mata duitan

Tuesday, September 29, 2009

bzz bzzz

tarik nafas hembus nafas

  • banyak nak catch up today
  • esok pergi lumut untuk ship assessments. gila risau boss tak dapat pergi sebab dia mat saleh maka tak boleh masuk shipyard. maka i'm on my own.
  • thurs-fri Spore trip - memberi presentation. gila bosan pergi dengan boss sahaja macam mana nak poya2. dahla sekejap sempat ke nak shopping cari bag hantaran?
  • kenapa my caterer suka call i instead of calling my parents yang tukang bayar? peninnnn.
  • my wedding card punya design siap besok and sabtu baru we all boleh finalize design. dan janji siap on 13/11. lambat kan? tapi harap sempat nak distribute.
aaaaaaaaaaaaaa

encik tunang pun fly to bintulu esok for work purpose. tiba terfikir kalau dah kahwin dua2 out station pun okay. tak la bosan dok rumah sorang2. unless dah ada baby. hehe haip haipppp

Monday, September 28, 2009

petai

ada orang makan petai tapi tak nak mengaku konon kampung la kan. aku? makan je weh. makan petai dalam apa jua bentuk, ulam ke, masak sambal ke. makan je. (eleh perempuan ni bukan makan semua je ke?)

dulu masa kecil aku tak suka makan sayur atau ulam. pastu ummy kata kalau nak kulit cantik mulus macam dia kena makan ulam dan sayur banyak2. okay sedari kecil menjadi beauty freak aku makan jelah. (eleh padahal food freak. alasan!) tapi kenapa kulit masih tidak mulus seperti ibu???!

tapi masalahnya sekarang. makan petai je mula lah hidung gatal. mata berair. telinga gatal. kepala gatal. lelangit gatal dan tumbuh bijik2 putih. siotlah! sangatlah tak selesa bersin berapa kali dengan mata berair pedih dan nak gosok pun seksa. nak tidur pun seksa okay.

tapi degil makan jugak. lepas tu menyesal bila dah sakit terseksa. haha

eh tapi tahukah anda bahawa petai adalah sihat? dan berkhasiat. sesungguhnya bila makan petai (selain dari seksa hidung gatal) kentut saya adalah sangat busuk dan mampat dan banyak kali pula sehingga boleh battle dengan sepupu sepapat. oh ya. saya masih perlu balas 2das kentutan kepada si durjana pengentut atas muka saya! siap ah kau. ingat kau boleh lepas ke?

dan juga bila anda berhajat besar, sangatlah lancar dan meyakinkan. tapi bila saya terseksa gatal hidung, secara tekad saya berjanji tidak mahu makan lagi petai. tapi sejauh manalah dapat tahan? kalau dah ada tempoyak lagi. budu lagi. ulam pegaga lagi. pucuk mengkudu, ulam raja. hishhh. tempting lah.

eh lagi 2 bulan 2 minggu 1 hari lagi saya bakal jadi isteri orang. maka saya kena diet dan bersenam secara bersungguh2. berusahalah!

Friday, September 25, 2009

raya update

fewh back to KL now. raya was okay. just okay. not much fun. huhuhu

anyway glad meeting up the family, good food, anddd away from work!

few pix on raya activities.

kids - fairuz wirdani

BBQ

dam dam dum

berkebun

birthdays

and jebon didn't enjoy raya! he apparently hates crowd and kids. hihi

i ate loads of raya food and i heve to believe my scale, it doesn't move! hih!

Thursday, September 17, 2009

mood raya


gatal lah. mood raya konon. malas okay nak siapkan kerja. tengah fikir tudung raya. tipu siot perempuan ni. kata tak nak beli tudung raya. hahhaha

SALAM AIDILIFITRI

few things for you bunnies,

  • Selamat Hari Raya Aidilifitri
  • maafkan salah silap saya. halalkan makan minum. sorry if ada terasa hati. sorry if apa yang ditulis kat blog ni tak best dan merepek gila. haha
  • have a great raya. drive safely.
  • makan pada2. jaga kesihatan. cough cough. ke ni patut cakap kat diri sendiri je?
  • semoga semua amalan kita diterima Allah
  • jangan lupa kepada mereka yang dah tiada. seksa kubur akan start balik. banyak2 kan doa untuk dorang. mmh
  • semoga kita semua berkesempatan bertemu ramadhan lagi pada tahun depan. aminnn
my updates:

  • i have got my baju raya. 2 pairs ajelah. itu pun abah beri kain. kalau beli sendiri mungkin beli yang murahan. and i likeeee my baju raya sangat2. dan terus bercita2 nak beli tudung baru. cis apa ni. kata nak jimat cermat! tapi the baju raya will look so wrong without tudung baru. kan? hihi
  • i have got kasut raya jugak. tapi kadang2 menyesal because with that price i should have got 2 shoes instead of 1. eii lempang kang!
  • last raya as a single. tahun depan sudah jadi bini orang dan mungkin mummy to be? cough cough.
  • this raya. i have no nenek. apa tah lagi atuk. okay, dah tak nak sedih.
  • ni raya first bersama ahmad jebon mendebon gedibon mucuk tercinta. haha!
okay ni lagu raya favourite i. ignore mamat. i only like this song. not him. eh tapi mawi nyanyi buruk gila. so okay. fine. mamat and this song. not him with other song. so geli. eh why am i explaining myself here??? ok dah go click and enjoy the song.



Selamat Hari Raya! Love you lot!

Tuesday, September 15, 2009

three months to go


okay bear with me.

i have got 3 months to go and now i mean right this moment i am so utterly depressed thinking of this coming wedding!

it's becoming worse when reading all those bride to be blogs. they seem so prepared and they have lost kgs and kgs and all the preps are nearly done and they are like so ready to be the bride.

and here i am. feeling so not ready for the big day yet. urgh! depressed!

well actually i can't wait for it. but thinking of the unprepared things, i wish i can have another year.

Monday, September 14, 2009

indonesia oh indonesia

ganyang malaysia. sapu malaysia. tarian pendet. dahla discovery channel yang cakap. bukan malaysia.

lagu terang bulan. lagu rasa sayang. baju kebaya. rendang. kunyit. ha apa lagi. semualah kau punya. ceh buluh runcing konon. siap nak perang? apa ni weh?

semalam aku baca surat khabar, ada wartawan ni dengan pelajar malaysia di indonesia, beli selimut kat bandung. kena perli. manohara beli selimut. ha ni orang malaysia yang curi tarian pendet. siap bagi muka keji lagi. orang kita, macam biasa. diam buat tak tahu.

lepas tu peniaga biadap tu tanya lagi, pak ini selimut mau dijual di malaysia ya? wartawan tu cakap, tak lah. ni nak beri pada mangsa gempa di jakarta. terus diam. tahu pulak diam.

malaysia baik sangat kot? lembut. dan terlalu beri peluang.

dan sekarang abah suruh aku cancel the trip. hoh! hassle okay. eii tak sukalah. menyampah!

Friday, September 11, 2009

Wednesday, September 9, 2009

19 ramadhan dah ke?

cepatnya masa! dah nak raya ke? dahla ummy bising aku tak sempat tolong buat kuih raya. time ni jugak lahhh baru nak setel kad kahwin, bulan madu di awan biru, baju arep. ishhh! tolonglah masa jangan cepat sangat.

dah dekat tarikh kahwin? omaigodddd! seram seriau gila weh.

semalam kat office adalah macam bangang dan rasa nak maki semua orang yang bangang dan bercita2 nak makan banyak untuk berbuka puasa dan bergedik2 dengan gedixbabes and the gang kat KGPA.

dan tercapai. bergedix di meja makan bersama gedixbabes. dan sehingga tidak dapat kawal diri bergelak2 seperti bimbo. dan secara bangang telah terlepas kata membuat lawak bangang yang tidak sepatutnya dibuat sebab ada orang yang tidak sepatut dengar dan perkara itu memang tidak baik tambahan lagi di bulan ramadhan yang mulia. memang lah kelakar dan benar tapi ish. kalau dah sampai orang itu dengar takut dia pikir apa ke nanti. ishh! sepak siri sendiri laju2. pastu humban dalam laut. pastu pastu. ish! aku selalu macam ni lah!

Haih! sebab tu boss aku pernah berkata begini apabila ada orang offer aku minum arak busuk - don't offer her any. she doesn't need alcohol to make her insane.

3 bimbos semasa buka puasa

dan aku rasa itu adalah benar. aku dah memang macam orang tak ada screw kadang2. not that i ever want to drink lah kan. tapi aku adalah bangang kadang2. ke most of the time? haha! lantaklah.

anyway, aku ada 3 buku nak kena baca sekarang yay! kinsella's, grisham's and dan brown's! eh eh bulan puasa ni aku dah khatam banyak buku cerita tapi quran separuh pun tak sampai lagi apa nak jadi dengan budak zaman sekarang tak ingat akhirat kelak ke apa?????

Monday, September 7, 2009

woot woot

the beach
the spa
the romen2
eh eh silap
the romance
the private pool
awww
can't wait!

Friday, September 4, 2009

HEARTBURN

pada suatu petang saya ingin berbuka puasa dengan homemade bihun soup dan popia. setelah bertungkus lumus di dapur saya pun berbuka dengan ia bersama jus oren twister. tiba2 perut adalah sakit pedih.

sebenarnya semasa masak pun dah rasa dada sakit. lepas berbuka makin sakit. tapi gagahkan diri pergi terawih. tapi adalah seperti orang tua yang hendak turun bangun payah. pastu nak tidur malam2 pun tak boleh. sakit laa.

masa tu da fikir sakit jantung ke apa. nak mati ke apa. dahla berada seorang diri di rumah. huhu

esoknya pergi klinik rupanyaaa dr kata saya adalah gastrik dan heartburn. cis. kenapalah? bukan tak makan langsung pun time buka. kan. mengada. tapi nak buat macam mana dah nak kena. kan? mungkin ni pembersih dosa ke apa.

makanya perut adalah pedih. makan pun tak boleh banyak. perut lapar tapi angin menolak. eii degil. makanya terpaksa lupakan makanan masam dan pedas. how come you???

selalu puasa okay aja. kenapalah kena? huhu. ummy kata sebab tak makan nasi. hello tak ada kaitan. tsk tsk

tapi ni dah better. semalam nak batuk, bersin, ketawa pun macam orang tua. tapi hari ni dah better. alhamdulillah. tapi perut pedih. tolonglah cepat baik. saya nak makan normal. apa itu kehidupan tanpa makanan pedas dan masam?

Thursday, September 3, 2009

who needs love?

my current favourite band now.
and yes i favor british/UK band more than those americans. same goes with the books!
:)



and. AWWCH

Wednesday, September 2, 2009

HAHA

apalah bangang nya saya ini. mac disangka mcD. debabbbb!

AMARAH

kenapa lately entry semua pasal marah2, garang, bengang2 ni. dahla bulan puasa. ishhh.

tapi aku memang sedang amarah dengan CIMBCLICKS. gila lembap slow nak mampppp! menguji tahap keimanan dan jiwa raga sanubari lah.

MAYBANK2U okay je. ni rasa nak libas rotan nih.

dan semalam. menyampah. membazir. penat. rugi. tak sukaaaa!

lantaklah.

sesungguhnya aku berpuasa.