mata duitan

Monday, January 31, 2011

Sunday, January 30, 2011

37

hola am on bed alone now huhuhuhu. b cpt blkkkkk

ok nak update bout my lil girl inside.

she's 2.5 kg now. dr kata kecik, size mcm 34 weeks. tak kisahlah. asal semua selamat. uri n baby dah matang. mmmhhh..

my weight tak naik. still 62kg. mungkin sebab dah mentahi 2kali before tu hahaha.

ok la sok keja. lusa cuti. tulat keja tuli tulu tulut cutiiiiiii.

nak tidoooo. nitey niteeeeee

pulun siapkan kerjaaaaaaaaaaaaaa esokkkk

notes: sekarang yang neves lebih ummy. asek risau tgk aku. cakap nak dekat daaa nak dekattt. relax ummyyyyyyyyyy

Wednesday, January 26, 2011

baby names part 2

okay as promised.

remember this post?

okay lepas i wrote that, hehe mestilah ada sikit cakar2 harimau kan. aumm aummm. hahah.

tapi that day i asked B when we both in lovey dovey mood.

B, baby kita nama apa?

Anak papa nama dia.... Qeisya ___

REALLLLLLYYYYYYYY????

Iya. tapi tengok betul2 apa maksud dia.

REALLLLLYYYY B?? Betul niiii?

YAAAA. Tapi apa maksud dia?

Hidup dalam keadaan baik and ______

OKAY.

YAYYYYY.

hehe. okay gembira sangat2 sebab B akhirnya mengalah! heheh.

AKAN TETAPI, untuk kepastian, saya telah bertanya kepada ayahsu tentang maksud nama Qeisya itu. beliau ustaz.

setap kannnnn nama tuuuuu! heheh

Ayahsu kata tak ada dalam arabic. dia tanya 2 kawan dia yang lecturer Arabic pun kata tak ada.

Hmmmmpphh. kenapa dalam internet ada? and saya dah kenal 2 orang yang letak nama anak dia Qisya.

Lepas tu saya minta tolong Mira. kan husband dia Algerian who also speaks Arabic. susah payah dia buat research. memang tiada in Arabic. tapi maksud dia adalah lebih kurang begini: perempuan yang baik, yang bekerja di gereja.

apa??? gereja?????

hancur luluh hati perasaan mummy ini.

kalau in English ke hebrew ke apa Keisya means noble and kind.

tapi bila Smail cakap ada related dengan gereja2 ni ish tak nak lah kan. kita ni Islam. tak kisah lagi kalau nama tu ada maksud yang baik dalam bahasa lain tetapi janganlah melibatkan agama lain pulak. nauzubillah!

makanya sekarang dalam kebuntuan nak ganti nama apa. memang ada few in mind tapi entah lah. huhuhuh.

pengajaran: jangan percaya internet bulat2. nasiblah aku tanya2 orang dulu. huhuhu.

so, korang. any suggestion?????

Monday, January 24, 2011

of antenatal class and 9 months!

petang semalam, me and hubby attended ANTI NATAL class kat PMC.

jap jap nak ketawa. ANTI NATAL. HA HA HA HA.

okay cukup2 nanti ada orang marah. HA HA HA HAHHH.

the class was fine. lagi BEST sebab ada lecturer tambahan kat belakang seat kita orang tau. me and B dah cuit2 each other everytime dia mensampuk. hi hi hi. nasib masa breastfeeding class je.

lepas tu ada pulak sorang dad to be who thought he is being funny, burping loudly in the class. for 5 times at least. and ask a lot of USEFUL questions.

B asked me, kalau B macam tu, hunny malu tak?
i wont be married to you at the first place! maluuuu! i exlaimed!

hehe tapi mungkin the wife thought the husband is being funny in his way. whatever. eh eh apa ni mengumpat. hahahaha

okay pasal kelas itu, ada puan jasmine tay on breastfeeding class. the same speaker masa kat MLO's talk dulu.

lepas tu kannn ada orang tu. bila speaker tanya,

do you think your wife is overweight during her pregnancy?

ada orang tu jawab YESSSS kuat2. macam dia sorang je cakap pulak tuuu!

bila tanya, do you think your wife is sexier now?

dia jawab YESSS pelan2.

JAHATTTT TAUUUUUUUUUU!

and gues what. i met Eeza. first time jumpa beliau selama ni mengkomen2 blog aje. and bila jumpa macam dah lama kenal. punyalah banyak nak borak. japgi B kata dia nak cepat. okayyy nak hujan dan dia baru polish kereta. okayyy lahhh fineee.

tak sempat babai2 kiss2 eeza properly tiba dia dah pergi toilet. haha entah2 dia tahan2 nak wee2 masa borak2. hihih kesian eeza. all the best tauuuu eeza! her due is a week earlier than mine. woo wooo.

and last week ada visit my sedara's baby. c-zer sebab bleeding banyak sangat2 at 37 weeks. rupanya uri lekang. very small baby, 2.26kg. tapi both mum and baby are fine.

first time i dengar pasal uri lekang ni. still tak faham sebenarnya apa yang berlaku. huhu takutnya. minta jauh lah perkara2 macam tu.

she is now 9 months!

oh yes, my baby is 9 months now. we have 4 more weeks to go! or earlier, who knows.

sekarang rasa cepat penat. dan panasssss. asyik senang peluh je kat leher ni. kalau tidur malam memang ya ampunnnn. hope this is normal.

sakit2 tu macam biasa, back pain, celah kangkang and ari2 rasa sengal2 at times.

baby memang active like usual. amboi kalau lapar bukan main dia eh. tapi kalau dah kenyanggg sedap je dia tidur. hihih

okaylah itu je lah. next entry, i want to blog about baby names! pening kuuuuuuu

Wednesday, January 19, 2011

parut

bila belek2 perut saya dapati ada dua parut yang tidak dapat dilupakan.

satu, parut appendix removal. nasib saya menjaga pantang lepas operate makanya tidaklah buruk bebenor rupanya. tapi still lah. tak mulus dahh! dyah dulu kata hantaran patut kena turun dah. hehe

dua, parut err tindik pusat. hehe. meh nak cite pengalaman tindik pusat zaman dolu2.

masa sekolah saya adalah pengawas. ececeh. kan kat sekolah over kan cikgu2. kalau spotcek bukan luaran je. siap nak selak kain kau, tengok pakai kain dalam ke tak (haram aku tak pernah pakai. kain sekolah dah tebal kot!), lagi selak tudung tengok kau tindik telinga berapa lubang, tengok rambut dye ke tak. tapi pusat tak check lak kan. ihihih

sebagai pengawas, walaupun nakkk sangat buat menda2 tu, haruslah tahan ok. kalau aku sendiri yang kena mampuss. jadi pengawas kan boleh ponteng kelas yang tak best buat2 pergi meeting dan rest awal. hahhaah! jahat!

maka lepas SPM je dah plan macam2 lahhh.

dye rambut! done! tindik pusat! done!

lepas tu balik rumah selamba tunjuk dekat adik2. lepas tu adik aku aiman kecoh pergi bagi tahu ummy.

UMMYYYY! KAK LONG TINDIK PUSAT DIAAA!

alamak! dahla sebelum tu kena marah sebab dye rambut.

lepas tu apa lagi kenalah bebel dengan Ummy.

macam mana ummy nak lepas pergi penang ni? dah macam2 awak ni. tindik pusat dosa tahu! nak rosakkan perut kenapa? kalau kena jangkitan ke apa ke macam mana??????!!

hoho dah kau buat sapa suruh kan. tahan je la telinga tu. oh ya masa ni buat dengan warda. memang gila. dua2 kena bebel dengan emak masing2. hihi

lepas tu kann. sakit tau. sebab kan ni bukan buat kat pro pon. buat kat tempat tindik telinga je. memang bodoh tak buat research.

darah2 nanah2 wa cakap lu! letak2 minyak gamat pun tak jalan. lepas tu cakap ummy, ummy kata buang jelaa. kang burukkk.

makanya dalam toilet pada suatu hari, saya telah mencabut ia dari pusat lalu keluarlah segala darah dan nanahhhhh. memancut kot!

sakit? yelah sakittttttt tapi tak adalah sampai nangis. tapi lagi sakit hati sebab kenapa dia nak infected pulakkkk! rugi! hehe

lepas tu masuk matrix. orang belai muka, saya belai pusat. letak minyak hari2. dahla baru kenal kawan2 kat situ kan. kenal2 je budak ni tindik pusat sampai nanah2. terus bad impression di situ. haha!

lepas tu ingat kalau dah baik macam nak pakai balik lah kan subang tu. tapi jadi penggemuk pula. macam tak cantik pulak. haha lalu terus lupakan hasrat.

bila masuk UM, ingat nak tindik balik. hihi. tapi macam tak jadilahhh! tapi berjaya pengaruh kawan saya yang comel untuk buat. dia buat elok je! huhu jeles!

tapi saya pergi tindik telinga jela. tambah lagi 2 lubang kat bawah dan 1 kat cuping atas, kiri.

punnn ummy bising. bla bla bla. mula2 rajin la pakai. sekarang yang kat atas tu dah tertutup kot. sebab lama tak pakai. hihi

hehe setiap kali tengok pusat tu mesti tersengih2 teringat betapa bodoh tak pergi research dulu. main buatttt je. hehe tapi tak apalah. merasaaa jugak lah.

makanya kawan2, kalau nak buat pergi kat pro ya. jangan jadi macam saya. eh eh pergi suruh orang tindik pulakkkkk. hehe tapi kalau kena infection nasib ah okay. ahahha

nanti kalau anak aku nak tindik pusat, aku pun tak bagi! meh mummy yang tebuk mehhh! biasa niiiiii! haipppp!

Monday, January 17, 2011

fun weekend!

hola peeps! what a boring Monday to begin with. pagi tadi macam semangatlah nak kerja sebab baru lepas appraisal (alhamdulillah) and ada objectives (means money) to target for 2011. 2011 gonna be challenging! tapi tiba2 danggg jam gila. okay tak apa lagi.

tapi tak tahulah kenapa kan. merantuk sangat2 lah pagi ni. dalam discussion tadi sungguh keji. mata dah separuh tertutup. kat skrin tu dah double triple view dia. tapi surprisingly, i think i kind of absorb things said in there.

haha bukan apa. rasanya my mind works that way. masa dulu kalau study, pastu merantuk, menda yang tengah study masa minda separuh sedar tu boleh difahami.

hahaha crap!

okay tak nak caya dah. tu mungkin alasan untuk selalu tidur ketika hendak focus untuk apa2. okay meh nak cite meh nak cite.

Baby Fair at Mid Valley

tidak best. dah lah pergi lambat. nak beli more nursing bra tiba2 autumnz dah tutuppp.

we ended up at Jusco, buying more stuffs for baby. and my ummy actually suggested to use kain lampin jugak for earlier weeks. untuk jaga kulit baby.malam je guna dry diaper. itu pun katanya kencing terus tukar jangan biar lama2 bla bla. nak guna cloth diaper ummy kata besar nanti baby kengkang. so we bought lah macam liner untuk pakai kat luar lampin tu. ikut jela ummy. asal ummy yang rajin nak basuh nanti. hihi.

oh ya masa jalan2 tu, saya tiba2 rasa sakit celah kelengkang. huhu agaknya baby dah sudah main acah2 ni.

Baby aproaching 35 weeks

pagi ahad tu pergi check up. i'm 62kg now. hihi naik 2kg lagi donk! baby baru 2kg woh. dr kata kecil sikit. emak kecil, anak pun kecil la. maybe keluar dalam 2.7kg macam tu.

aik dr! kecil keeee saya? dr zarul kena tambah power spek ok. hihi.

tapi mujurlah kalau dia keluar bawah 3kg. biar besar kat luar ya sayang. hihihi

last check up masa dia 31 weeks, she was 1.7kg. perhaps after diarrhea tu i eat a little bit less than before. tak tahu kenapa. maybe perut dah sendat. dr pun kata my perut dah padat.

dr kata normal la saya dok rasa sakit kelengkang, rasa ngilu kat V, rasa baby tekan2 kat bawah. cuma nanti makin dekat, makin frequent. huhuh semoga dipermudahkan.

hari tu masa mandi, gosok2 perut macam dapat rasa baby's fist. hihih i tekan2 lepas tu dia masukkan balik. hihihihih selalu rasa bulat or tajam je. ni macam fist, macam ketul2 tu. hihih cute!

dah start cuci2.

moks date

lepas check up, rush pergi bangsar. pedicure time! even B kata, alaaa tak payah pergi. biar b je buatkan. alaa mana sama. hihi

@ somerset nails & waxing

i had 45minutes at the spa. and masa tu mok miyut tengah busy cari parking kat OU. i was like alahaiii nanti mesti susah nak dapat car parkkk! dah pukul 1 lebih masa tu.

masa nak masuk OU tu i called B.

B, meut took 1.5hrs nak cari parking! nanti hunny mesti lagi lamaaaa. hunny suruh B anta B tak nakkk.


B said, yela sebab hunny taknak bawak B. haha! cuba kalau ada B kan senang. B jadi driver.

me said, you are not helping!

B said, okay okay. dont worry. mesti ada je parking. kan kalau kita keluar masa hunny pregnant ni senang je cari parking. mesti ada rezeki baby.

T____T

and guess what! he was right. hihi. saya masuk je, follow orang yang keluar lalu terus dapat car park. gembira. alhamdulillah. if not i'll be crazy to go round and round to find 1 car park. i know miyut dah tensi nak mati masa i called her.

then, we had lunch at paddington. we had good time together. rupanya dah 10 tahun kenal dengan moks. sebab apa moks? sebab masa kat matrix kita orang gang gemok dan tamak makan. ish ish. dahla stok weekend bangun lambat, lapar terus makan nasik, lunch. gossip. makan kat cafe sampai tangan kering tak habis gossip.

lepas tu naik bilik, sambung gossip. tertidur 3 orang atas 1 katil. bangun2 lapar lagi. pergi makan lagi. betapa keji kan. orang lain study beriya2. kita oranggggg. hahaha!

my two moks tersayang, iza and meut

apesal tah meut buat muka panik. panik takut orang curi food dia. dasar gemok!

besar kan perut saya! hihi. yang iza terlompat macam tu tak tahu kenapalah!

hidup moks! forever moks!!

balik je penat gila. sebab dari pagi ke situ ke sini. nasib lah ada tukang urut! :p

Wednesday, January 12, 2011

that's not my name!


oh suka gila ting tings!

okay tema hari ini adalah that's not my name!

ala tak payah la cakap nama sebenar. nama panggilan adalah ieda or ederq.

yang panggil ieda ni tak kisah lah. nak menyebut pun senang. very the common. tapi ederq? adoi macam2 okay. nak2 yang tak biasa panggil aku ederq tiba2 nak panggil ederq.

atau kenal di alam maya ni pastu panggil aku ederq secara salah. membuatkan aku lambat gila nak turn. haha!

aku tidak mensalahkan kau orang sebab siapa suruh pergi letak nama itu! hihi

tapi janganlah ingat aku sombong pula.

tu nama kawan2 masa kat STF bagi tapi aku taknak pun orang panggil aku ederq masa tu. semua panggil ieda je masa kat STF. dah keluar STF barulah orang panggil ederq kerananya ada ramai gila ieda kat situ. masa tu kat matrix, KMPP. makanya keluarlah nama ederq tuu.

okay cara mensebut ederq adalah, I-DEK (dek as kau sebut buat dek je, faham kan?)

ada yang sebut adek lah, err-dek, err-deck. hahaha kelakar tau. manalah aku nak berpaling. paling best sebut adekk. hahaha!

tapi selalunya, bila dengan orang baru, aku akan memperkenalkan diri as ieda. tapi bila kawan yang biasa panggil ederq mesti geli bila orang panggil aku ieda. apahalll korang. muahahahha.

okay jangan terkejut kalau masa kat UM dulu berapa kerat je yang tahu nama penuh aku. bila lecturer panggil mesti yang eh siapakah itu? cis! kalau sebut ederq baruuu orang ohhh si perempuan gedik ni ke.

siap tipu kakak senior nama aku adalah nur azderq binti ahmad danial. hehehe. berapa sem kakak tu kena tipu. kesian. siap kagum dengan parents aku sebab creative bagi nama. tolonglah jangan namakan anak korang azderq. haha!

sampai sudah dia panggil aku azderq azderq! hahah! manalah aku tahu dia percaya woh. sori kak ida comelll.

lepas tu masa sekolah suka je letak nama derq hammet, email address pun. sebab macam serasi bersama kirk hammet. hihi masa tu zaman2 rock woh. masa tu layan lagu2 keras je! email address ke apa ke semua nak letak nama guitarist and bassist. hahah! that is where noodlesgreg come from. band offspring. eh tiba2 lama dah tak layan semua band2 itu. adema, korn, woh woh. mana kaset2 aku tu ha. haha kaset ok.



anyway, bloggers, ye kalau nak panggil saya ederq, panggil dengan betul ya. susah2 panggil ieda aje lah hehehe.

oh ya nama bayi belum lagi mencapai kata putus sebab malas nak fikir sebab saya dah fikir pun hihihihihih.

Tuesday, January 11, 2011

11012011

merantuklah.

tukang urut tak ada till khamis. tak besh. kesian kaki dan belakang tak ada orang nak urutttt. patut my next check up is tomorrow. tapi tunggu jelah dia balik khamis ni.

oh ya, this weekend ada baby fair kat Mid Valley. besh ke tak tahu. ada few more items yang belum beli. nak tengok2lah. ada barang2 kecik yang belum complete.

ada orang tu tak sabar nak pasang baby cot. sabar yaaaaaa. lambat lagi.

baby kan, dia kadang2 tekannnnn ke bawah. sampai saya kena jalan kengkang sikit, jalan tampung perut. ngilu sikit2. memang dah time dia nak turun2 kan. kan kannn?

tapi jangan keluar lagi ya sayang. awal lagi ni.

ingat tak last time saya kata saya mungkin menderita akibat PUPPP? kat perut, maybe sebab berpanas2 pergi site pakai baju tak sesuai. lepas Dr Zarul bagi cream, dan saya tukar sabun mandian kepada Sebamed, taraaaa sudah kembali sihat kulit perut. Alhamdulillah. tak adalah saya tergaru dan terpedih2 masa nak mandi lagi. :)

sekarang dah 34 weeks. baru nak start2 perineal massage dengan gel ia. boleh start 6 weeks prior labour.

wuwuwuw berkesan tak agak2? mula2 macam ehhh macam mana niiiii nak buat??? haha! lepas itu ohhhh okayyyyyy. mungkin lebih senang kalau orang lain yang buatkan. uhuk uhuk uhukkkk.

adoi. kerja boleh tahan banyak nak pulun nak siapkan before ajar orang baru take over sekejap.

laparlah. nak makan. pagi tadi makan karipap tak setap langsung! ishhh macam mana terfikir nak jual pun tak tahu lah.

okay bye! take care folks!

sebelas satu dua ribu sebelas wohhh.
11012011

Monday, January 10, 2011

AJL 25

ececeh konon kau macam wartawan hiburan nak bagi review pasal AJL yaaa?

hehe. semalam mentonton tetapi adalah bosan. penat je sorok remote dalam poket sebab petang tu dah gaduh2 dengan orang tu dia nak tengok bola. tapi kita bagi je can bila iklan. hihi

ah yang best performancenya Yuna je kot pada aku. smart! she is a real performer!

yang menang vokal terbaik hafiz??? what the?????? lepas tu kan lagu tu menang tempat ke berapa entah. yang dia secara rakus pergi ambil trofi kenapa? kan ke tu hadiah untuk pencipta lagu?

tiba2 rasa faizal tahir dah semakin lame. boringggggg! tapi okaylaaaa dapat persembahan terbaik

lepas tu ana rafali juara lagu. ramai tak puas hati eh? laa kenapa dok kutuk pasal suara dia live la apa la. itu song competition. bukan vocal. vocal dah ada kategori dia ya.

lagu tu kuat kot. tapi personally aku macam tak berapa suka pun ana rafali tu. dia cakap macam pelat2 lepas tu dia nyanyi pun macam pelik2 je aku rasa. entah lah. tapi dia adalah putih gila kan!

ah tak kisahlah siapa menang pun. haha!

tapi ada orang tu tiba sebelum tidur tiba2 macam ni,

tolong ingatkan akuuuuuu (bla bla nyanyi2)

eh eh ehhhhhh

Saturday, January 8, 2011

adoi

Bukit Tinggi. mmhh ingat sempatlah nak suka ria nak camwhore semua kan. japgi sampai je meeting. hujan. meeting sampai lebam. malam sambung discussion dan penat lalu tidur.

makan errr memang banyak. ada macam2 desserts so errr makan la.

lepas tu semalam pagi2 buta adalah mentahi secara tidak sihat. ayoyoyo. masa breakfast makan porridge and toast je. kemudian BWELKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK

okay selamat semuanya dalam toilet bowl. 3kali muntah lepas tu. dahla ada 1 time tu muntah abes bersepai kat toilet. haha tak sempat derrrrr. eii geli je cerita muntahan.

MD dah suruh rehat balik bilik, and offer nak arrange hantar balik KL lagi. tapi alahai tak apalah. saya nak tunggu meeting habis dan nak tunggu turn our group present.

lepas tu medical officer hotel tersebut datang menrawat saya. mmhh baru je nak habis minum ORS, secara terus adalah BWELKKKKK.

kali ini maaf, tak sempat nak lari pergi toilet. terbwelk depan pintu toilet kat main corridor. nasiblah bukan kat tempat buffet. kalau tak mesti semua orang sumpah saya. masa tu medical officer dia and hotel punya PA ada kat situ. secara tidak geli dia membawa saya muntah ke toilet bowl pula. huhuhu. thanks Evelyn.

kelakar jugak orang admin aku bising2 kat orang hotel cakap, she is pregnant and had food poisoning because of your food you knowww! now she cannot eat anything from your buffet. prepare porridge for her lahhh!

hihi.

tadi dah check out lepas tu orang hotel mensuruh saya masuk semula bilik dan rehat. zasss tidur few hours. escape meeting yang last session.

hoho tak amek gambarr punnnnnnnnnnn!

balik KL pun masih lembik. hari ini pun, tak boleh nak makan sangat. muntah dah stop. mentahi itu ada lagi sikit2 pagi ini.

baby, sian anak mummy ni. sorry tau. mummy tak tahulah what went wrong. orang lain makan ok je. kita je makan sampai macam ini. huhuh.

papa awak sungguh baik sebab jaga mummy secara penuh kasih sayang. pukul 430am pun bangun urut mummy yang tak boleh nak gerakkan badan sebab back pain. huhu. mummy suka sebab banyak dapat sessi urutan dan belaian. hihihihihihihi

tapi mummy tak suka lah sakit. cepatlah baik.

nanti besar2 baby pun kena jaga mummy and papa macam tu okay!

oh ya, ummy saya dah bawa balik ubatan kampung tu. gulp makjun segala donk! adoila. layankannnn.

lepas tu bakul baby and set tilam kekabu dah siappppp! comel comelll. papa dia dah rasmikan tilam baby. amboi amboiiiii

okaylah sini jelah. tak larat nak type. bye!

Wednesday, January 5, 2011

set bersalin dan bengkung

emak kita kan dia kan dah beli kan set bersalin untuk kita. tapi orang kampung yang buat. kisahnya, turun temurun saudara mara makan lepas bersalin.

T_____T

sesungguhnya adalah malas untuk habiskan set itu untuk 60hari engkau tahu takkkkkkkkk. makan vitamin hari2 pun liat. ni pelik2 punya ubat wajib tak sedap pahit euwwwwww!

T____T

tapi ibu yang suruh jangan derhaka. harap okay aje ubat itu. kalau tak okay, buat taktik masa kecil, ubat pura2 telan, buang selepas itu. hihi. jangan contohi.

lepas itu kawan kita nama mira dia comel hadiahkan kita bengkung woo weeeee. terima kasihhhhhhh!

nanti nak tengok macam mana. adakah beli leesa formula punya bengkuingg

haha tiba teringat kawan2 kat JB sebab dulu suka cakap awak kita awak kita. comel kan?

memang paling comel di hatiku. kau yang cantik! paling comel di hatiku. bola bola api. yang sedulunya kecil kini menjadi besar.

ehhh apesal tiba2 nyanyi bola2 api ni haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

pergi kerja cepat!

esok dan lusa company meeting kat bukit tinggi! wee woooooo! harap dapat dengar berita bagus dari MD. amin!

Monday, January 3, 2011

kerajaan ke swasta?

apabila merandung mesti orang akan tanya kan. beranak mana? kerajaan ke swasta?

ada setengah orang bila cakap kerajaan, nanti dia cakap,

ishh janganlah. bahaya. kang macam2 jadi. nurse dia garangggg!
janganlah kedekut sangat. swasta bagus.

ada setengah orang bila cakap swasta, nanti dia cakap,

ishh mahal. bazir je. sakit bersalin sama je. beranak je kerajaan. pun ok.
jangannnlah swasta. nanti apa2 hal dia refer kerajaan jugak.
swasta kat mana? kenapa pegi situ? pegilah kat hospital tut tut. memang mahal tapi ngetop.

dah pulakkk. macam2 lah komen engkorang.

pada aku, tak kisah lah mana2 orang tu pilih nak deliver. tak payah lah nak komen pelik2. penin ibu merandung. hehe.

tapi memang betul lah. kalau apa2 hal yang kronik, banyak hospital swasta akan refer kepada hospital kerajaan jugak last last.

mesti ramai antara korang yang check up kat swasta tapi ada buku merah just in case. kan?

aku pulak, tak ada. walau pun B dah bising2 awal2 dulu suruh amek cuti pergi daftar kat hospital kerajaan, aku macam ya allah malasnya. sanggup je dengar orang tu bebel hihi.

akhirnya dia give up. B pergi tanya sendiri kat klinik kesihatan tu, dia kata oh tak apa tak payah. kalau apa2 hal, bawak je buku dari hospital tempat check up sekarang. tak ada masalah pun kalau tak ada buku merah.

ha jimat masa aku di situ ya. dan baik je pun nurse kat situ.

sebenarnya menda ni tengok nasib lah. tak semua hospital kerajaan servis dia teruk. ramai je cakap okay. dahla semua pun baby friendly punya hospital kan. (paksa kau breastfeed baby, which is very very good). memang ada orang yang ada bad experience. tapi kau tak payah nak saiko orang yang pilih untuk ke hospital kerajaan. biarlah dia buat pilihan dia sendiri.

tak semua servis kat hospital swasta tip top pun. kan? tapi kalau ada duit banyak tak ada salah pun nak pergi hospital grand2. tak la full sangat hospital kerajaan. hihi

tapi sakit beranak tu sama jelaaaa mana2 pun. huhu takuttttt.

siapa yang company dia tanggung kos bersalin tu wuwuw beshnya. kerana company aku tidak ada! wuwuwuw!

dan jika kena keluar duit sendiri haruslah bersedia kepada kos yang mungkin yang paling tinggi kerana kita tidak tahu bagaimanakah keadaannya kan.

tapi tak mampulah pulak nak save up to 10k nak pergi hospital grand2. biasa2 aja lah.

pilihan aku, hospital yang tidak berapa mahal dan sangat dekat sekangkang kera dari rumah. dannn gynecologist yang disenangi lakibini.

jap. disenangi laki bini? iya donk. ada setengah suami tak suka gynae lelaki kan. pada aku pulak, dari prenatal check up sehingga sekarang. sudah jumpa banyak gynae, female and male. kita berdua sepakat bersetuju memilih khidmat Dr Zarul ni.

so far, dia sangat okay.

lagipun ramai dah saudara mara yang jadi patients dia. (dulu dia muda lagi, kacak lagi. suami sedara aku jeles dengan ke gentleman an dr ni. haha. sekarang dah tua tak apa kot. hihi)

ummy dulu beranak pun semuaaa gynae lelaki yang sambut. so tak kisahlah.

dan berdoa mudah2an semua lancarrrr. tak kisah mana2, tak kisah siapa2 asalkan mummy and baby selamat aminnnn.

eh apesal aku dah cerita pasal beranak2 ni. padahal due lambat lagi. 19/2! sekarang adalah 33 minggu merandung. haha! sebab aku cuak lahh.

sebab, semalam cakap dengan ibu mertua ku.

mak, ida nak balik JB minggu ni dengan angah.

ehh tak payahlaaaa! nanti mak yang akan turun ke KL. bukan tak bagi balik. tapi apa2 boleh jadi dah time2 macam ni. mak dulu anak sulung awal. bla bla bla

oh yekeeeee. hehehe

gulp! mak lambat lagi mak. jangan takutkan ida please. huhu. tapi tak apalah. ida akur jela. hihi.

tapi macam nak balik JB sebab nak makan JB food sebelum beranak. hahaha! ngada2. tengoklah macam mana!

aku macam nak makan makanan berikut:

kacang pool bomba larkin, yong tau fu wak radol, mee rebus haji wahid, tauhu bakar.

kalau makanan kelantan aku macam nak:

laksam, lompat tikam. ummy sila buat nanti please!

kalau makanan sarawak aku nak:

laksa sarawak.

kalau desserts nak:

pavlova, macaroons, vanilla cake with lotsa cream and strawberries.

kalau makanan okay dah dahhhhhh. ni bukan mengidam. ni ngada ngada. dah berat2 pun ada hati dia nak macam2. haipppppppppppppp!

eh kau ni nak cakap pasal tempat beranak ke tempat makan. ngada nya lahhhhhhhhh. dahlah penin haku lah!

bye!

blog bosan dowh

rupanya dah dua tahun lebih blog ini berusia. akan tetapi rupanya masih kecoklatan begini. kalau korang perasan aku cuma tukar header je few months back.

itu punnn adalah hasil cilukan dari kad kahwin ku dulu. hihi

aku tak reti okay nak tukar layout cun2. nak tambah itu ini.

konon nak update sidebars ni la apa la. tapi haram.

bosan gila warna cekelattttt ni je laaa. apasal aku buta IT sangat ni.

siapa baik hati nak ajar aku. atau buatkan. hahah

panggg! ngadanyaaaa

dah bertambah bosan dengan entry tiada makna ini. hahahahah!

oh bosan di hari pertama kerja 2011. rasa tak cukup rehat. ahhh manjang lah aku tak cukup rehattttt je.

okaylah byeeeeeee!

note: setapnya cokelat daim ni. aku asik makan niii je lahhh.

Saturday, January 1, 2011

01012011

oh ya! congrats nysa on the newborn,semalam. musnah harapan kau nak new year baby.haha!dyah da bagi tips kau takmau ikuttttt hihihi.

ni tengah baring kepenatan. pegi mybabyshop this afternoon. silalah pergi beli barang kat situ kerana servis sungguh bagus. senang nak kira2 diskaun. worthla kitaorang pergi jauh2 dengan aku pening2 nak tengok map!

b, nanti tolong install GPS pleaseeeee.

rasa barang baby dah 80-85% kot settle. tinggal lagi sikit2.

korang guna jamu ke pas bersalin?ikutkan hati adoi tak kuasa nak hadap.tapi terus kena jerit dengan ummy.

ehhh awak nak pakai badan tu lamaaa.kenalah jagaaaaa.

T_______T

okay sila suggest yang okay.ingat nak beli leesa formula punya bengkung and set2 jamu tu amway. katanya amway punya sesuai untuk baby yang dibreastfeed.

adakah benar? sila tunjuk ajar.

ohhhh laparnya. sedang tunggu B balik tapau food. baby sekarang kalau lapar, macam gempa bumi perutku.

semalam dia tunjuk lutut dia. haha terbonjol.maybe sebab dia buat aksi macam tony ja dalam ong bak semalammmm. hihi

tadi pergi midvalley kak limah sold out.dahla b x bagi tengok cita tu. ok je kannnn.dia klaka je kannnn. huhu

weh benci gila pegi mid valley.busukkk ramai sangat orang. nak solat, sempit. nak kencin ramai. kasi penat sajaaaa.

dahla lakibini ngidam choc cream chip tapi malas nak trn starbucks sebab serabut. balik2 tengah surf intrernet, ada blog tuuuu gambar minuman ngidaman. both of us were like aaaaarrrrghhhhhh! terus scroll cepat2. cis kenapa sg buloh tade starbucks!

lapaaaaaaaaaaaaaaaaaa

nak choc cream chippppppppp

tapi nak baringggggggg je! huhu

note: apple's programmers are in deep shit!