rasanya selain dari cerita mabuk, i tak ada cerita apa2 lagi kan pasal kemerandungan kali ini. haha. masa first pregnancy kemainlah cerita progress setiap bulan kannn.
kadang2 i mengeluh but husband remindkanlah tak baik camtu camni bla bla bla. kena buatan orang camni lah yang... eh eh ehhhhhhhhhhh.
okay. kali ini tahap mabuk lebih kurang sama. kadang2 rasa macam lagi teruk. entahlah. tapi sebab dah ada anak kan, so memang bertambah letih. plus eisya masih BF whenever i'm around.
ada few times tu i letih sangat2 sebab kena bangun setiap jam BF eisya. then her CD pulak full malam2 kena bangun tukar. then nak kembali tidur, hubby snored pulak. oh my! then bila nak lena tiba2 dah subuh. lepas tu kena pergi kerja. or masa weekend, i nak tidur lama sikit pagi2, eisya dah suruh bangun. or masa nak nap siang2 hari hubby kejut. whoah!!! all these terus mengamarahkan i lalu bertukar menjadi naga and really gave my husband a real good lesson after that. just don't mess with tired preggie mom ok. :p
tapi sekarang eisya dah tak bangun every hour dah tengah2 malam. perhaps susu dah ada balik. kalau ya, alhamdulillah.
tapi semalam dia tiba2 selesema so she kept me awake every 15minutes or so. poor baby. poor mommy :p
other than that...
kalau dulu rajin sapu lotion/olive oil kat perut. sekarang hew hew hew. bila teringat je. dulu ada orang tolong sapu, sekarang tidak lagi! ehem ehem. malas nak suruh2lah hahaha.
kalau dulu asyik cakap2 dengan baby dalam perut, sekarang jarang2 sebab macam terbusy. terpenat. terlupa. sorry baby... but it does not mean mommy forget you ok?
kalau dulu, tiap kali check up, hubby wajib teman. tapi this time dah dua kali i drive sendiri to hospital. sekali tu pergi dengan maid and eisya. tapi tunggu lama sangat, so i send both back home lepas tu pergi bila dah agak2 turn i tiba. lagi sekali memang i drive sendiri aje. lepas tu kena tahan masuk air kejap hahaha.
i tak complain pon sebab dedua ni masa working days, so hubby has to go to work. okay je lah selagi i boleh drive, i drive je. pening2 pon tahankan jelah. ummy offer nak anta pun i refuse.
4th month check up, hubby ikut. tu pon i pegi dulu hospital. dia balik dari penang, kawan dia terus drop kat hospital. dapatlah jugak dia tengok baby lagi. hehe. scan masa tu tak clear lagi gender baby. hohohohoo. dr zarul baru tukar machine. tapi skrin belum tukar. sebab masih dalam trial katanya. tak kisahlah girl ke boy asalkan semua selamat. huhu.
ada je time yang i betul2 tak larat nak pergi kerja. i dok je rumah. petang tu hubby balik baru dia tau i tak pergi kerja. masa tu i nak pergi hospital je rasa nak masuk air. tapi i was with maid je masa tu kat rumah. ummy masa tu balik kampung. malas pulak nak call orang lain nak mintak hantar hospital. so amik je EL dan muntahlah puas2 kat rumah sampai berdarah2 tekak.
alhamdulillah, ada maid time2 macam ni. she has been really helpful with lots of things. sekarang macam2 cerita pasal maid kan. nothing new kan about that. just that, i am bersyukur that my maid is reliable. so far. harap berkekalan. ummy cakap kita buat je baik kat orang kerana Allah, jangan buruk sangka, berhati2 dan tawakal je kat Allah.
alhamdulillah jugak ada ummy. i tak larat duduk rumah on my first 4months ni i sebab i have to cook. i just can't stand the cooking smell. masa masak tu, kopek bawang muntah. tumis muntah. dah masak muntah. so by the time nak makan pun dah tak lalu haha. laki mak pulak makan rebus2 je mana lah dia nak.
hey kan ada maid, kenapa tak suruh je maid masak? well. i ask her to kopek bawang, she helps with the cleaning and all. and i siap2kan bahan2 dia tumiskan. tak pernah pulak nak suruh dia masak A to Z kita tinggal nak makan je. dia pon tak reti sangat masak kot. lagipun malas nak biasakan diri makan air tangan bibik. takpela. makan beli pon i tak lalu le pulakk. boring lak tu. leceh k. pergi kedai makan dah loya. beli bungkus, bukak bungkusan makanan punn muntah. hoh! sian jugak eisya makan beli dia tak suka.
then bila ummy dah balik, cepat2 lah berhijrah ke rumah ummy semula. ummy akan penuhi hajat di hati kalau ada apa2 yang i teringin nak makan. and kalau dia masak tumis2 ke apa ke, i lari je dok diam2 dalam bilik. i pun tak ada dah bangun seawal 530am untuk masak untuk eisya.semua tokmi tolong masakkan.balik kerja pon ummy yang masak dinner semua. kalau ummy masak tumis2, macam biasa i lari duduk diam2 dalam bilik.
ummy abah pon kata, dok jela seberapa lama nak duduk dorang tak kisah pon. huhu manja kededeks kan i.
tapi ni i dah back to our home. bolehlah masak sikit2. back to routine ler. bangun 530am, masak for cha simple2. pergi keja. jem gilababs sampai nak nangissss. balik jem lagi. pastu masak pulak. huiii letihlah jauh bebenor shah alam niii. kalau tak jem tak pe. mak ok je noks. huhu.
tapi mujurlah sekarang dah jarang2 muntah. cuma mabuk tu ada lagi tak tahan bau. tapi much better, alhamdulillah!
so all in all, i rasa pregnant kali ni adalah mencabar jugak tapi thank god i ada orang2 yang membantu di sekelililingku. kalau dulu masa cha, i cepatttt je sentap and suka nangis. tapi sekarang, happy jek hehe. tak ada pon nak cepat2 sentap. kecuali kalau jolok sarang tebuan la kan. tu namanya sentap bertempat. hehe. tak payahlah nak fikir sangat pasal orang2 atau perkara2 yang mensemakkan kepala otak. orang2 atau dugaan macam ni ada di mana2 sahaja. :)
i just doa, semua selamat2 aja sepanjang pregnant ni. mabuk2 tu i tak kisah sebab dah biasa. bagus jugak sebab i dah lost 5kg muahahha! tapi not for long i know kikiki. just let me be happy sekejaps ok hehe. tapi perut sudah nampak maa. yelah, tak pregnant pon orang kata pregnant kan. apatah lagiii la time ni hehehe.
harap delivery nanti smooth ajek, as natural as i want to it to be, please Allah.
harap baby tak colic macam cha dulu. harap baby behave baik2 hehe. harap dapat fully BF.
semualah yang baik2 i harapkan.
doakan i yeh u ols!!!
thanks for reading! bye!!!
xx
hihi nampak tak perut i ols? ha ni masa birthday party eisya. nanti i dah dapat semua gambar baru i update ok! :)