mata duitan

Thursday, June 30, 2011

ecececehhh

ececececehhh
amacam? ada suka ka?
hihi kelakar kan?

tapi apa2 pun good step la ni.
nanti i update links kat sidebar pulak.

sorry sebab suka berjanji palsu dan melengah2kan pula.

have a nice day!!!

Sunday, June 26, 2011

pleaseee sleeeppp

it's 1.44am and she has not sleep.she did sleep for good few minutes or less than an hour, but whenever i tried to get up, she wants nenen again. she just wont let me go.

then turn out that she just want to play with us. mommy tiredlah sayang.

i let her see the flashcards from the phone, she focused and cakap sorang2 but i kenot tahan nak click one buy one.

sorry darling, esok ok.

i havent solat yet.

i'm having migrain now.

i have so many undone chores.

and i am so so tired.

whylah eisya got so cranky lately. she sleeps very less and she needs attention more than ever.

ni dah tanak nenen baring. mmmh sakitla pinggang daku.




nevertheless darling, mommy loves you sangat2. u have no idea!

but please be nice to mom, pleaseee




a warm nice back massage would be nice... but the masseur is in wonderland dah pun.

mmmhhhh eisya tidurlahhhhh


- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, June 22, 2011

tentang bulu

geli kan tajuk entry pada hari ini.

tatapiii geli lagi mata aku dan tubuh badan aku mentengok bulu (god knows what bulu) melekat kat seat toilet bowl tuuuu! dahlah aku nampak lepas aku sudah selesai tugasan. kerana dek tak tertahan kan terus aje daku duduk. silap besar!

ha kau jangan nak cakap entah2 tu ederq punya. shadap you. bukan akuuuu punya. sebab apa?

sebabbbbbnyaaaa

ya rabbi dahla panjang lebih kurang 1.5" atau in cm dalam lebih kurang 3cm++! berapa lama tak menten tu nok?

dah boleh beranak pinak segala jenis kelawar, kutu bakteria dan sebagainya.

eii yuckkkkkk please lah weh pleaseeee.

ketiak kau rajin kan nak trim tapi di sinun??? omaigoddd.

hehe sorry tetiba emo kat blog pesal. geli kan? macamlah tuan punya tu baca blog aku. hahaha!

tapi ini mungkin pengajaran. please keep it short or tebas jela. kalau ada bran pergi braz wax.

aku selalu teringin tatapiiiiiiiiiiii takutnya sakitttttt kotttttt

wax ketiak i beranilah.

heyy tak pepasal cerita pasal menda ni. sebab very amarah pula bila terkenang perkara terduduk atas toilet bowl berbulu panjang.

EUUUWWWWWWWWWWWW

suka tapi benci

i used to like this song very very much. that i even made this as my caller ring tone.



but now, dengar sakit hati tahu!



it's been a year since then.

Monday, June 20, 2011

happy 4 months young darling!

this my darling baby chilling on her 4th month day!

ish terkangkang2 terselak skirt hihi.

biasalah if we, her parents at home, nak dukung je kan. sampai papa dia nak sidai kain pun kena pakai carrier. mommy busy doing other chores.

then i malas nak layan, i letak kat tilam ni, bukak bbtv. (i know, tv no good tapi sekali sekala je). then dia baik jela tengok numbers semua tu. alih2 i tengok da terguling2 kat karpet.tapi tak nangis. hihi. masa dia dah senget2 pusing kat tilam tu i betulkan dia, tiba nangis macam orang cubit. ehhh budak ni.

rasa terganggu kot haha.

i perhatikan eisya ni dia malas nak meniarap if ada orang.pressure kot.tapi kalau dia sorang2, tiba2 je dah guling2. hihi.

at 4 months, dia dah banyak menjerit, kalau hulurkan barang, dia grab dan terus masuk mulut. even moo moo dia pun, dia nak masuk mulut, ingat kan nak cium tapi nak makan! tunggu ye, u baru 4 bulan, lagi 2 bulan baru bolehhhh.

kalau pakai baju asyik nak selak, skirt lagila.ish ishhh

kalau pagi2 bangun tidur, cukup tidur, memang bangun senyum2. tak ada orang nak layan baru dia jerit or nangis. my mom cakap kalau pagi2 yang i tinggal pergi kerja tu, sekarang dia tak nangis. dia jerit macam panggil orang. haha. bila orang amek baru senyum2.

dan lagi 1, if dia elok2 je dengan orang lain, tiba nampak mommy terus ek ekkkk ekkk nak minta simpati.ish ini budakkk.

kalau nenen, tangan dia kemana sajalah. tapi wajib genggam baju ke rantai ke, pegang breast ke. skil baru semalam, sambil nenen nak bercakap2 - mmh mmh mhhh mmhh. apa tah! haha! kalau i topless, suka hati dia cubit breast lagi satu. owchhh! memang kena berjaga2 huhuhu.

and her top interest now are books, flashcards, ABC and numbers (via phone, lappie or TV). i rasa mungkin sebab dia lagi outstand kot. kalau kartun kan macam kaler2 je, moving2. ABC and numbers ni macam seketul2 keluar. pehe dok aku cakap? haha. tapi eisya memang sukalah. kalau pasang je gigglebellies yangh ABC superstar tu, mulut bising. kadang tergelak sorang2. jadi lifesaver di situ, kita tak perlu jadi clown or penglipurlara. rehat rehat.

tapi budak ini amatlah cepat boring. silalah jangan buat perkara yang sama atau berada di tempat yang sama untuk tempoh masa lebih 15minit. so otak memang kena kreatif nak entertain dia. mak datinlah katakan. memang diva!

semalam pergi visit anak azealea. alee sangat behave. langit dengan bumi berbanding eisya. hihi. bangun tidur leh borak2 dengan i, berak pun senyum2 je.

alee relax je. eisya kayuh2 hayun2. dahla siap nak grab muka and baju alee. eiii

pastu dia nangis, alee pun dah sedih2 cebik2. ish ish. eisya suka trigger budak lain nangis. dulu miqael jadi mangsa! hihi

rupanya dia tak selesa dah basah diaper. eii terkejut aunty azea dengar eisya nangis kuat2 masa mommy change diaper. lepas tu biasalah nak upah nenen. we both bf our babies on azea's bed. hihi comel je. ehhhh? tetiba feeling comel kenapa?

then me and B terkesima alee senang gila nak tidurkan balik. letak je, selit bantal peluk dia. dah tutup mata! kalau lah eisya macam tuuuu, alangkahhh mudahnyaaaaa huhuhu. ini kena joget memanjang. huhuh. nasiblah awak tu kecil molek macam mommy. errr dulu la duluuu. sekarang gedempol!

takpelah nak. nak jaga u memang menguji jiwa raga tau. tapi eisya tatap num 1 for mommy dan papa. harap u menjadi anak yang solehah, pintar, dan dapat mendoakan mommy dan papa, dan sentiasa dilindungi Allah.


happy 4 months young darling! we love you so much!

:)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, June 16, 2011

kelate trip

lupa pulak nak cerita pasal trip to kelantan baru ni. that was eisya's first time naik flight. masa before nak check in kat LCCT tu eisya cranky la jugak. rupanya diaper basah. i went to baby room and changed her. jalan2 lari2 ke tempat check in sebab dah lambat, nangisss jugak. alahai ramai la kan tengok2 aku tengah pujuk eisya dengan pandangan oh-please-shut-your-baby-up!

i'm quite use to it already sebab eisya punya laungan tangisan adalah loudspeaker punya version. hihi. pujuk2, tetiba dia tertidur sendiri. eisya memang camtu. kalau nak tidur amukan puaka la jawabnya.

tunggu nak boarding after amok

dia uk ek uk ek jugak before take off sebab boring duduk tak ada buat apa. dah bagi nenen tidur aje sampai ke KB. masa on the way back, we distracted her guna buku2 dalam flight tu. nasib ada gambar cartoon2 colorful haha. diam lah dia kejap.

ya allah kelantan panas gila kot. ada wedding cousin kat pasir mas. eisya amok sakan lah panas2 ni. asal amok masuk bilik amik ekon. ekon kat luar pun tak rasa apa dah. panas sangat. last2 petang tu, eisya pakai spender je. hihi.

cabaran untuk mentidurkan budak ni. bukak carrier nangis. nangis appa awak, eisya.


bawak masuk ekon baru gembira

i was busy masa tu tak sempat sangat amik gambar ke sana ke mari. after all eisya adalah amok kerana panas, kerana bising, kerana tak boleh tidur siang dengan sempurna. hahaha sabar jela aku. tapi tau jela dia nangis kuat gila kan. sampai makcik2 suruh pergi jumpa tok bomoh. okay mokcikkk.

pinky perantins

lepas tu kan, kita orang sewa 1 rumah banglo ni untuk duduk ramai2. sebab tak muat lah ramai2 rumah aunty aku. huihhhh mentakutkan kot rumah tu. aku masa abah bawak pergi sana tu aku dah, alamak aiii kenapa horror je nampak rumah ni.

apa lagi kan, baca2 macam2 lah supaya tiada gangguan especially yang boleh kacau eisya. alhamdulillah tak ada apa. eisya okay je. tapi ummy aku kata dia memang tak leh tidur. seram sejuk. sepupu aku pulak kena kacau malam tu. dia tidur sorang kat master bedroom. kena tindih je. aku rasa mana2 pun boleh kena kot.

aku pulak memang pasang quran sepanjang malam lah. nak masuk je B azan dulu. anak kecik ni kena beringatlah kan. even aku pergi shopping mall pun, balik rumah mesti baca2 dulu kat ubun2 dia. huhu.

2nd night mak aku paksa semua sepupu jantan datang tidur situ. termasuk kodiyappan (pekerja cousin aku dari india) haha! kodi siap jadi pengapit haha. dasat!

dorang semua kata okay je rumah tu tak ada apa. huhu. kodi pun kata, tada, tada apaa. saya sendiri duduk pun okay saja tada apa. hihi sila baca dalam slang india mari. yang sekeluarga aku dah terpengaruh dengan slang kodi pon aku pun tada paham dah. ayoyooo alagappas gedibasss

mula2 anak sepupu aku, eyush nak tidur dengan aku kat banglo tu. tapi bila dia dengar macam2 cerita, terus dia kata, kakak tanak tido kat banglo. kalau cikda tidur kat umah tokmi (aunty aku) baru kakak tidur dengan cikda. huhu

rumah tu sesuai buat penggambaran rumah misteri kot. sebab dalam tu banyak barang2 lama. dan gambar2 keluarga dia termasuk gambar tuan rumah yang dah meninggal. huhu. anak2 dia punnnn tak buang gambar2 tu. pastu baju2 lama arwah pun dibiarkan dalam almari bilik.

sebenarnya tak ada apa. tapi biasalah kan. huhu. lain kali nak buat guest house, biarlah barang2 personal dia orang disimpan betul2. huhu. tapi kalau ramai2 okay je kot. tak takut. tapi masih lahhhh kannn

eh lagi2 kisah seram hahaha. kata nak cerita pasal kelantan trip hihi.

tak ada pergi mana pun. sebab busy kan. sempat pergi rantau panjang, tu pun kejap coz abah rush nak balik KL. aku jadi gelap mata tengok pinggan mangkuk gelas kejadah semua kat duty free tu. nasib gak abah rush. kalau tak muflis aku.

tengah nak kumpul2 untuk rumah baru. hihi. sesiapa nak bagi hadiah harijadi (24 july) sila beri hadiah corelle corak yang bunga pink kecil2 tuuu. corningware pun okay. hahahahaha! nak makan penampar ni.

kat kelantan orang dia memang suka makan nasi pagi2 kan. hui gemok lah aku kalau dok sini. 3x makan nasik! haha! hari tu gi restoran ayam kampung. lepas tu makan gulai telur itik. ya allah sedap gila ok! dengan ayam goreng kampung garing2. dengan sambal dia. tak amik gambar la pulak. tapi tersedap gulai telur itik tu. first time aku makan. haha jakun.

aku nampak motor jual lokceng (camni ke eja entah) ala yang sate ikan tu kan. aku dah semangat nak beli. japgi kan, aku tengok dia korek2 mulut dia buang sisa makanan celah gigi kot, lepas tu hisap rokok lagi. lepas tu pergi godek2 lokceng tu. kensellll!

tapi B kata dia pakai plastik nak handle makanan tu. tanak lahhhh! geli dah. kempunan terus si gedibab ni.

terbaik woh!

okay tu je la kot. masa balik KL, sampai LCCT tu, tengah tunggu anip datang amek kita orang. datin eisya baik aje. dok gigit2 abes lencun carrier tu. ishh membantu ke kalau pakai carrier bib tu? huhu.

4 hari kan berkepit dengan datin ni. hari selasa, aku start kerja amok sakan wey eisya. kesian tokmi dia. macam tulah perangai eisya. nak cari nenen, cari mommy, nak berjalan.

alahaiiii datin datinnnnn

Wednesday, June 15, 2011

siapa nak??

ah topik stress!

aku gemuk. gemuk gila!

sebelum merandung - 50kg.
maximum pregnancy weight - 64kg

after deliver tak tahu berapa kg. tak timbang, kelupaan.

40 days delivery - 55kg.

last 2 weeks aku timbang adalah......

.
.
.
.
.
.
.
.

.
.

jangan pingsan okay

.
.
.
.
.
.
.

.
.

freaking 62kg!!!

macam mengandung 9 bulan ke apa niiiiii???

fine!

bila nak kurus ni? baju seluar nak beli pun tak ada hati sebab fikir size ala2 plus size model gitu.

kenapalah ada derma darah aje. derma lemak tak ada. kesian lah orang2 yang teramat kurus kan.

siapa nak lemak aku? mari mari mariiiii!

cepat bagi tips nak kurus weh.

Thursday, June 9, 2011

kisah seram

okay kalau korang pentakut cepat bawakan tetikus ke belah kanan, atas, klik yangh X tu. okay bye!

okay kalau penberani sila teruskan baca. (background lagu theme X-files)

semasa ke penang, kami telah booked deluxe room kat hotel ini. setibanya kami untuk check in (dah maghrib) bilik kami diupgrade kepada executive suite room. alasan - tiada lagi bilik deluxe dia non smoking floor.

mula2 rasa best tapi terfikir entah2 berhantu. masa masuk bilik aku dah bacakan2 ayat2 kat ubun2 eisya. masuk je B excited bilik besar.

tapi aku ada sedikit rasa tidak sedap hati. mmhh. b suruh amek gambar bilik tapi aku macam tanak sebab takut tetiba tertangkap gambar hantu ke kan.

memang rasa semacam!

tiba2 ada hantu pakaian putih terbangggggg!!

.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.

..
.
.
.
.
.

.
.


acah aje! haa kata berani! okay okay tak tak. sila teruskan pembacaan.

lepas tu me and eisya mandi2. then aku pun siap2kan eisya. rasa ada menda lalu kat belakang. tapi dalam hati kata, eh b kan mandi. aku turn tak ada apa.

kadang2 aku nampak bayang lalu2. tapi aku baca2 lagi supaya eisya tak nampak. eisya okay je masa tu.

then kiteorang keluar makan.

nom nom nom nomm

balik hotel. eisya terus lena. letak kat katil dia sambung tidur.

B tengok tv kat luar (living hall), aku kat toilet. then tiba2 eisya nangis.

bagi susu, mula2 okay lepas tu amok tanak susu. then nangisssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss je okay.

B azan.

aku zikir2 baca2. dukung eisya peluk dia.

aku bukak bacaan quran kat phone. dan lepas tu eisya diam. aku keep on dukung.

lepas tu nenen, dan eisya pun tidur. we slept with bacaan quran tu sepanjang malam sampai lah subuh tu.

bangun lambat dia esok paginya.

tapi semua2 ni aku tak cerita pun kat B until kiteorang keluar dari hotel tu. huhu. B pun kata masa eisya nangis mata dia meliar. huhu kesian anak mommy.

masa on the way balik ke KL, redah highway malam2 kan. memang tak henti baca2 la. risau gak kan.

mmh tu jela. tak la seram mana pun sebenarnya. hehe jangan marah. tapi adalah mentekan perasaan jugak la masa anak nangis tu huhu.

nak tahu hotel mana? Hotel Royal Penang.

dulu pun kita orang stay sini tapi tak ada pun. masa tu lagila B kerja, aku stay sorang2 kat situ. tapi siang la sorang2. hehe.

lepas ni tak mau dah pergi sini. ke sebab bilik tu ada something yang dia upgrade tu. mmmhhh

kita stay Hard Rock eh sayang pas ni. wink winkk!

tapi menda ni mana2 pun ada kan. tiap rumah pun ada. aktif ke tak aktif je. ada ustaz cakap. dia orang duduk atas bumbung!

damn! ni lagi 1 kisah. yang ni seram ok. tak tipu.

sepupu aku. suami dia pergi surau. tinggal la dia sorang2 kat rumah. masa tu belum subuh, dia pergi toilet, nampak ada orang tengah solat kat bilik sebelah. pakai serban. siapa2 entah kan. lepas tu dia pun cepat2 sambung tidur balik. buat tak tau.

lepas tuuu, orang tu datang kat katil dia dan senyum.

dann

jelir lidah kat sepupu aku!

choyyy!

dia pun baca2 barulah tak ada. huhu terus bangun tunggu subuh huhu.

masa ummy cerita ni B out station. masa ni la ummy kata ustaz kata seperti di atas. bilik aku kan ada balcony. depan tu menghadap rumah jiran. ada bumbung!

ya allah ummy ni kannn. wrong timing cerita. memang aku takut terus nak sidai2 bra spender kat situ malam2. terus kunci sliding door.

aaaaaaa

tak sukaaaa!

mmh korang ada kisah seram tak? pernah nampak apa2?

Wednesday, June 8, 2011

susu ibu

satu

wife aku dah stop BF sejak anak sebulan. sebab tak larat anak asyik mengempeng je. dan tak larat asik kena pakai breastpad. basah baju.

dua

dah stop BF sejak kerja sebab malaslah nak pump. lagipun elok lagi ke susu simpan lama2 kat peti ais? baik bagi FM jela.

tiga

susu memang banyak. tapi kena top up dengan FM jugak sebab susu badan tak ada khasiat macam FM. DHA lah AAA ke apa semua tu tak ada.

why why whyyyyy? kenapa orang yang banyak susu begini pula. orang yang tak banyak susu bersusah payah menangis2 tak cukup susu. huhuhuh i'd say, life can be so unfair sometimes. satu, dua dan tiga adalah yang aku dengar dari beberapa orang sekeliling aku. tak tahu nak cakap rasa macam mana. marah, sedih, jeles, kesian. huhu.

tapi aku kagum dengan orang Indonesia. masa aku potong rambut, the shampoo girl adalah Indonesian. dia cakap dia datang Malaysia lepas cerai susu dengan anak dia. after 2 tahun. "saya datang ke mari lepas nyusuin. doktor kan bilang harus diberi ASI (air susu ibu) sehingga 24 bulan. makanya saya harus tungguin baru bisa datang ke mari. kamu juga susukan ya. bagus tu donkk".

lagi satu kes orang indon aku rasa. muda lagi. anak dia nangis2 kemudian dia masuk surau. aku nak solat masa tu. dia pun selak baju, macam malu2 nak bagi susu kat anak dia. aku senyum dan tegur, "lapar eh baby, sian dia". dia kata, "tak mahu ni susu botol kak. saya dah cuba macam2 tak mahu. mahu susu badan aje. nasib saya tak kerja".

"eh baguslah tak payah bagi susu tepung. awak tak kerja lagi senang." aku cakap dengan harapan aku pun nak banyak susu macam dia. huhu masa tu aku mengandung lagi.

mmmh macam2 la kan. kadang2 aku menangis sendiri mengenangkan produksi susu yang tidak memberangsangkan. dah macam2 buat. kadang2 aku wonder kenapa tuhan bagi susu banyak kat orang yang malas nak susukan anak. kenapa tidak aku?

tapi jahat okay aku ni fikir macam tu. buruk sangka pada tuhan. aku kena ingat tuhan dah permudahkan banyak perkara dalam hidup aku. nak kahwin, ada suami. nak anak, tuhan bagi. nak beranak, tuhan permudahkan. nak susu banyak? kena usaha lebih sikit. lebih banyak. mungkin tak cukup usaha. tak cukup doa. tak cukup minta dengan tuhan. mungkin ada dosa banyak. kan?

kebanyakan masa, aku juga seperti nak salahkan orang lain. salahkan nurse. salahkan orang yang tidak menyokong. entahlah kan.

tapi kan, aku harus terima kasih kepada kawan2 aku yang banyakkk bagi semangat, tips dan sentiasa tak kedekut ilmu.

dan tentunya B yang memang supportive dari awal lagi.

kan bagus kalau aku tak kerja. kan bagus kalau maternity leave sampai 6 bulan. kan bagus kalau dapat tinggal tetek kat rumah masa kerja.

nanti kita cerita my breastfeeding update okay. ceh tak cerita2 lagi eh. sabar jela ya. tu kena tunggu feel dulu. hehehe.


ni eisya adelea after dapat susu mommy kat hospital. perasaan bila eisya minum dan mata dia tengokkkkk je aku masa ni... adalah priceless... OMG tiba rasa nak nangis ni.

bye!!

Tuesday, June 7, 2011

uk uukk

hi!

owh i have so many things in my mind to share here but time is being so jealous (masa mencemburui whatever).instead of updating of more useful subjects, i always end up with a post like this! typical me kan!

okay, north trip was good.attended 2 weddings.first wedding adalah rush so we didnt get to see the perantins.sobs sori jana.tapi kau cun gila n slim gila.sampai laki aku ajak kahwin semula so that aku boleh kurus kembali.

oh ya. dia suka nyanyi lagu direnjis2 sekarang. mmhhhh kalau maknanya nak kahwin lagi, sila ingat allah.ha kauuu! hehe jgn mara B.

dann tak sempat ambil gambar pun sebab eisya da amok.rupanya berak. i mandikan terus kat rnr tu. panas kannn!

gambar dia pakai short skirt denim tu pun tak sempat ambil. ish ishhh

then after sesat barat tibalah ke 2 nd wedding. pun tak ambil gambar perantin. bummer!









we reached kl at 12am n datin tidurrrrrrr je.bgn susu je. kiteorang berenti rnr pun tidur.penat sangat ni.

the next day ada lagi 1 wedding. n i found out eisya loves crowd. mmh good girl!






since yesterday eisya duduk with BS. mmmh guess what dia behave okay! magika ka apa? bedung pun gelak?? tapi malam tadi we both kena buli.

tak apa dah biasa!

okaylah. dahla tengah berak ni.bye!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, June 4, 2011

north trip

we are in penang!



eisya's first time here


- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, June 2, 2011

semalam

agaknya dalam clock eisya, if mommy papa cuti je means 2 hari. kan selasa we both cuti, so dia amok hari rabu. nak berjalan. ni salah papa dia sebab ajar jalan2 pagi2 bawak dalam baby bjourn last weekend. tapi baru sabtu dan ahad baru ni je berjalan. dah ingat kena bawak hari2 ke nakkk?

semalam dia amok tak tidur sangat. tidur kejap2 je siang tu.

B pulak demam. balik rumah awal dan eisya nampak papa dia lagilah amok. nak mintak jalan lah tu. B tunjukkan carrier dia tu. dia terus diam dan tunggu B pasang2. eh reti?

lepas tu aiman eksperimen konon nak pakai baby bjourn time eisya nangis. ya memang dia diam. lepas tu saja buat2 lambat, dia rasa tertipu lalu menangis. ehhhh letihla kan. kesian nanti ummy asik kena bawak dia berjalan. tak terbuat keja la nak oi. dah la tok mi awak selalu lunch pukul 4 kalau time awak amok. adoi! sekarang ayahsu awak cuti tak apalah.

malam tu B demam. tapi after makan ubat, letak towel basah semua, dia okay sihat je. so lega di itu.

eisya tidur awal. kul 8 dah tidur. pukul 11 bangun. kita ni dah ngantuk kepenatan dia segar bugar lagi nak main. tak tau lah i berjaya tidurkan dia pukul berapa.

tiba2 bangun setiap jam. dahla eksyen tanak nenen baring. kena duduk peluk. tiba2 pukul 3 lebih tu semua tak kenalah. nenen tanak. merengekkk je

bawak turun bawah, tersengih2, terkekek gelak. nak main rupanya. huhu nasib aiman belum tidur so boleh tolong layan. dengan B demam lagi. panas gak badan dia.

kul 4 lebih eisya amok lagi. this time tidur. huhu selamat.

baru nak lena. bapa bayi pula menkejutkan saya. demam makin panas.

i turun bawah ambil air. kejap lagi tengok B terbaring atas lantai toilet. omaigoddd! terus rasa nak nangis.

angkat dia (padahal papah, takpe macam gagah sikit cakap angkat), makan ubat semua bla bla. dia tidur. i pun tidur jap. tiba2 da kena bangun pergi kerja.

tiba2 eisya amok nak nenen lama2.

ehhh tiba2 lambat dah pergi kerja. tak dapat nak cuti jaga suami sebab cuti memang dah nazak. huhu. lagi pun looking at him, dia demam biasa je. hope nothing serious.

pergi rawang lak. tengok projek pintuku. yess! doors siap next week!

panas.

migrain.

stress.

huh!

harap B cepat baik. tak demam lagi. macam kerap je demam lately. risau gak ni. tula hunny suruh b makan sayur banyak2 b degil. actually orang sakit ni memang sangat degil. ubat pun kena ingatkan banyak kali, kena hulur, suap.

esok nak pergi penang. lusa kedah. B get well soon. kalau B tak baik lagi kensel la utara trip huhuhu.

love u too!