mata duitan

Friday, February 17, 2012

of Eczema and MooGoo event

this was last minute. kak farah ada last minute back out attendees so dia open up for others to sit in. mula2 i suruh shuk pegi since i know her baby ada eczema. pastu kak farah ederq kalau free, jom join.

so okaylah. join ajelah. boleh jugak nak tau more about eczema baby and about this moogoo thingy kan. walaupun mula2 macam, ah dahla comot. tak pe ke? nanti other e moms nak pegi dah tak ada slot. tapi sebab dah kosong, pergian jela. macam kak farah cakap, go as a mommy and educate others yang nak tau.

makanya dengan kecomotan dari pejabat, aku pergian......

met kak farah rahim, maghfarah (dah lama kenal thru blog baru first time jumpa!), shehan ismail, aina, intan, lagi sorang apa ya nama dia? and of courselah shuk, my junior kat UM dulu.

kak farah kat luar rupanya sangat lemah lembut. kalau kat fb kadang2 dia garang! sapa buat hal rotan kang! muahahah! just kidding!

maghfarah pulakkk, kat blog, kat fb bebel macam banyak cakap kan. tapi dia sangat reserved dan pendiam kot. hehe ye dok farah? ke pemalu? alololo

intan n shehan, sama je kot macam dalam FB. 

pandai je kan kau citer orang. kau tu comot dan kepochi ederq.

rasa sungguh pelik tanpa cha, rasa relax tak kecoh ketiak nak pastikan anak behave. haha! masa ni aku da windu2 cha huhu. sebab most of them datang dengan anak kan. aema (anak shuk) asik nak masuk bawah meja. haha. cute!

intan, a strong mom all the way from taiping sanggup datang! wallawey. gua saspek ok!(sengal buat lawak apek)

so MooGoo ni skin product all the way from Aussie. ummy kata produk susu lembu. hehe bukan ya. bukan produk susu lembu based. pada mulanya ia digunakan untuk milking cows. hence the UDDER name. hehe cute.moogoo is a natural product and edible.

from the talk, i can see macam dah ramai yang guna MooGoo and berkesan untuk their babies and even adult. macam dah jadi magic cream dah.

selalu before ni i ada jumpa or tengok or dengar anak2 eczema. i got a friend yang ada eczema. masa kat matrix dulu, kesiannn sangat. selalu ingat kan baby je kan. tapi ni dewasa pun ada. the only places yang tak ada adalah dekat muka dan tangan (start dari pergelangan tangan ada). apatah lagi baby kan. ada yang garu2 sampai darah2. oh my oh myyy. dan kena sangatttt berhati2 pasal pemakanan. ada yang allergic ayam, ikan, daging, sayur2 yang membesar dalam tanah (ubi, carrot etc), macam2 lagi! so most of them go vegan.

pastu awareness among the society about eczema memang the very the low lah. orang ingat ia contagious. ingat parents tak jaga anak ke. ishhhhh. listening to their stories buat i rasa sebak huhu.

eisya tu jenis suka garu sampai darah and parut kalau dia gatal kena gigit nyamuk. kuku dia tak boleh panjang sikit. i tolong garu tanak dia. tak puas kot! tu pun i dah stresss. apatah lagi these moms with eczema babies.god bless u lads....

so that night, the chief moo goo Mr Craig Jones (if i remember his name correctly) cite2 pasal product dorang, buat some demo (cant really see from my table. patut dorang buat atas stage - tinggi sikit senang nak tengok from behind), then moms sharing their experience, Q&A, and lucky draw. aku tak pernah pulak nak dapat kan. haha. shuk dapat woh! worth rm400++ dan maryam dapat william! syok ok menda ni. ada aromatherapy. kena panaskan dalam microwave. jelessss!

so enjoy the pics from the event.

 ni la guru besar kiteww. mimi moomoo nomel ni, eczema dia worsen after MMR jab. gosh. apesal banyak complication after MMR jab ya??

 ni hannah damia (shehan's princess) and maryam (maghfarah's princess)
 GB shared her experience. gosh. sedih kat few parts!
nila intan yang dari taiping iteww
 group picture from AAE and HSFFYB moms (and dad - zahir!)

doorgift dia adalah 2 moisturizing creams - skin milk udder cream and full cream . yay! i'm gonna apply this on cha's skin kalau dia garu2. AND ALSO FOR PAPA EISYA YANG ALLERGIC SEAFOOD TAPI DEGIL MAKAN JUGAKKKKKK. stress mak!



eh baru teringat ni second event aku bersama kawan2 alam maya. hehe dulu join bride to be gathering tu. siap jadi vendor lagi. kelasss kau jah. hahaa.

masa jumpa dorang ni macam dah lama kenal je. walhal kat fesbuk je pon. hehe. kadang2 laki mak pun pelik. hehe. tahla ya. aku rasa kita ni macam kalau ada common interest tu senang je nak ngam. dah salu borak2/chat/bbm pastu komen2 blog. macam dah lama nau kenal. haha.

dulu interest on perantin perantin. pastu preggie. pastu babies lak. pasni apa? membuat biskut? menjahit? menganyam tikar?

ok dah.

for more info on Moogoo, kelik here.
for the support group for eczema n asthma n allergy, kelik here.
for support group untuk homemade solid food for your baby, kelik here.

thanks kak farah for inviting. :)

Wednesday, February 15, 2012

babysitter? maid? or tokmi?

semalam borak2 dengan ummy. aku tanya dia,

me: ummy sebenarnya nak jaga eisya sampai bila?


ummy: tak kisah. cha kan cucu ummy. sampai bila2 pun boleh. 


me: yela tu. hehe

aku ni sebenarnya kalau ikutkan dah tak sabar2 nak duduk sendiri. balik kerja, terus pulang ke rumah sendiri. bukan apa. sebab dah ada rumah kan. pastu rasa macam rugi je tak duduk. lagipun nak jugak rasa duduk sendiri kan.

sekarang ni kat rumah parents aku, adik2 aku yang 3 orang tu semua ada kat rumah. so memang penuh dan meriahlah rumah tu. eisyalah paling happy. kejap orang tu kejap orang ni amik kan. kalau dah petang2 tu, dengar bunyi kereta or motor kat porch tu terlompat2 excited. orang masuk je dia wave hand - HI! and suruh orang dukung and bawak tengok bird.

satu sebab yang aku tak pindah2 duduk sendiri lagi adalah sebab eisya je. sapa nak jaga eisya? nak cari BS bukan senang kat area tu. tak ada kot? kalau ada pun, belum tentu okay. nursery? alahai. kalau boleh tanak. maid? macam nak tapi B tanak. lagipun anak baru sorang dan belum tentu dapat maid yang ok.

hok alohh laaa. banyak betul kisahnya. pening kepala ku. last2 stay je dulu rumah ummy abah.

aku tengok ummy macam kepenatan aje jaga cha. yela dia bukan muda macam dulu. plus dia ada sakit2 tangan. so kadang2 dukung cha time nak mandi ke, nak basuh berak ke, adalah rasa sakit sikit2. nak buat kerja rumah lagi. kadang2 dengan eisya, pukul 4 baru dia lunch. nak masak dinner memang tunggu aku balik petang. tu in days kalau cha meragam - tanak tidur,nak berkepitlah. kalau dia tidur lama dan tepat masa tak ada hal.

tapi sebagai anak, aku rasa sangat kasihan kepada ummy. sebabnya, dari kecil dok jaga kita orang. pastu jaga cucu lak. memanglah aku bagi duit saguhati tapi tak sama kot.

entahlah kan. kan bagus kalau aku tak payah kerja tapi masuk duit bulan2. kah kah kah.

tapi eisya duduk dengan ummy aku memang tak risau. cuma risau dia terlebih manja kededek je. hehe.

tokmi pulak rajin ajar eisya macam2. kadang2 aku tatau pun eisya da pandai itu ini. tokmi yang ajar. such as - baca doa (tiap kali dia didudukkan kat baby chair, otometik tadah tangan baca doa, nak makan), solat (tengok kain semayang, sejadah terus angkat takbir, and sujud). haha part solat n doa ni comel sangat. zikir kat oasis tu memang favourite dia lah. siap badan kiri kanan, tadah tangan lagi, solat lagi. kalau dia melasak2 pasang je, diam je dia tengok.

pastu tokmi ajar termenunggggg! nanti cha letak tangan kat bawah dagu sambil lentok muka. hahah! geram sangat. ajar no no no, goyang jari telunjuk. nanti cha ikut haha. sekarang ni cha kalau dia nak sentuh apa2, kita cakap no no no dia buat camtu. pastu dia tak sentuh la. 3 saat. kita paling, dia sentuh. cakap no no no. dia stop. pastu sentuh balik . hehe

apa tah lagi tokmi ajar. banyaklah. haha


soo cemana ni ya. sampai bilakah ini semua akan berlarutan? ummy cakap camnilah, kalau nak duduk sangat sana, ari kamis pegi alam budiman. jumaat umy pegi rumah kak long jaga cha. pastu petang balik sg buloh. weekend korang sana. pagi isnin anta cha rumah ummy. pastu dok umah ummy till kamis. amacam?

mmhhh. boleh gak kan. tapi sampai bilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

to be honest i do not mind sending my baby ke bs or nursery if i have to. tapi hubby tak nak. he said eisya kecil lagi. abis kalau nanti ada 2nd baby cemana?

perhaps my mom tak ada issue pon pasal ni. just me. sebab rasa susahkan. but fikir anak, of course she is happier with her tokmi kan.

adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

cemana tahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

nak jadi surirumah tanggalah camni

Monday, February 13, 2012

lately...

nothing interesting lately. same old same old.

had drafted some posts and deleted them coz they sound stupid and ridiculous and not worth it at all. got ideas to blog on few issues/dillemas but so malas. blogpress ngengada tak leh pulak. so tambah malas ler.

eisya's food recipe. ada try few new things tapi malas ambil gambar lalu malas update blog.

dah dua kali tulis malas ni. now three times dah!

spent my weekends at home, spring clean ummy's house all by myself and body aching after that haha.

then went to our house lepaking. these were us on matress. her papa was out to his office, leaving us at home.

eisya loves seeing herself in the phone screen and mimicking my every doing. it was fun haha!

 

 
:D

lepas tu we played roll and roll and she loved it since balik JB ari tu dok main guling2. then she rolled and terhantuk her head on mine.

mommy pun sakit apatah lagi beliau. lalu menangis.

lalu mommy pujuk, lalu nenen lalu dodo for 3 hours++ until papa reached home. i tak sedar langsung apa2 dan nasib baik hubby was on time - hujan renyai2 dah basahkan sikit our carpet and tikar yang dijemur. dang! kalau basah carpet tu sah2 aku kena marah haha.

i love being at our home. even though it's empty still. but i'm loving it. thanks B, for making it real for us now. we made it! now go work harder, buy us furnitures!

:)

Thursday, February 2, 2012

bihun sup for baby

hai ibu2 sekalian. sudah lama pula saya tidak update resipi makanan anak2 kan? huhu. baiklah sila cuba masak bihun sup untuk bayi engkorang.

ni eisya first time bagi makan bihun. kalau orang johor panggil mi halus. haha! comel je kan?

bahan2:

bihun - rebus lama2 sampai sangat lembut dan lembik

bahan2 sup:

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia
setengah sudu kecil jintan manis
jintan putih
rempah 4 beradik (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang)
setengah sudu kecil rempah sup (serbuk)
isi ayam
daun sup, daun bawang
carrot
tomato

cara2 buat sup:

  1. sangai jintan manis n jintan putih sehingga wangi
  2. tumbuk jintan2 ini dan tumbuk bawang merah(lumat), bawang putih(kasar) dan halia(kasar).
  3. tumiskan rempah 4 beradik dengan minyak jagung. masukkan bahan tumbuk. tumis sampai wangi dan bawang layu.
  4. masukkan isi ayam
  5. masukkan air dan serbuk sup
  6. masukkan sayur2 tersebut
okay dah siap sup. tapi bihun sup ni tak setap kalau takde begedil. makanya mari buat begedil jugak.

masa tengah buat sup tadi tu, sila rebuskan sebijik kentang ya. ni bahan2 untuk begedil

sebiji kentang size sederhana (dapat 4 bijik begedil)
isi ayam, dicincang halus (curik dari sup tadi)
carrot - diparut
daun sup dan daun bawang- dihiris nipis
tepung atta
telur

cara2:

  1. lenyek kentang rebus tadi.
  2. campurkan isi ayam, daun sup dan carrot
  3. bentukkan 
  4. masa nak goreng tu, celupkan dengan telur pastu celup kat tepung dan sila shallow fry. 
awal2 lagi aku dah ngap sebijik begedil cha ni. hihi

so masa nak serve, racikkan2 isi ayam tadi dan makan bersama begedil ni. kuah sup tu, tapis la dulu sebab banyak rempah2 tu kan.

 

alhamdulillah, cha suka.

kalau mommy nak makan, buat sambal kicap la ok. hehe.

resipi sambal kicap. eh nak bagi jugak? hehe. ni untuk dewasa je ya.

bahan2: 

bawang merah, bawang putih dan belacan - bakar
cili kering (rebus dan blend - sikit je)
cili api 
gula 
garam
kicap

tumbuk semua bahan2 ni dan tambah kicap dan tambah kuah sup ayam tadi. nyums! bihun sup ni makan dengan kacang goreng n bawang goreng dan potong2 daun sup, daun bawang dan limau nipis. letak sambal ni banyak2! yumsss!

huhu masa pregnant dulu aku ingat lagi aku mabuk tak tau nak makan apa. pastu order bihun sup ummy. aku makan ni dari pagi sampai petang dan esoknya makan lagi. tak muntah. haha all time favourite lah bihun sup ummyku!

sekarang cha da ada baby chair baru. mmh antilop ikea. cossato aurora tu dah anta rumah alam budiman. sapa nak pakai tu cha? masa mula2 nak beli baby chair tu pon mommy n papa gaduh2 pilih. mommy nak ikea je. papa ler nak cossato. sudahnya cha tak gemar sangat pun dok situ. maybe sebab besar ke, panas ke apa ke. tahla. tokmi kata cha ni suka barang murah2 aje. i beli toy pasar malam dia suka ok. joget2 lagi bila spider ni nyanyi. toys mahal2 tu dia suka elmo je. yang lain. mmh tak ada perasaan sangat. okaylah cha pasni mommy beli sume kat pasar malam je ok? :p

 

 showing her perut. bila tanya, mana perut? kadang2 dia tepuk perut buncit mommy.

 
 makan prune on her new chair.
boleh je dia duduk diam2. tapi last2 kalau dia boring nak diri gak. so kena bagi dia tengok tv - oasis yang zikir2 tu. baru diam. sambil tadah tangan baca doa or allahu akbar. 
suka bertempek atas orang macam ni. nampak tak gigi dia kat atas tu? 
 .
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.

jarang2 macam sapa eh? 

T____T

Monday, January 30, 2012

menjadi baligh

masih segar di ingatanku di saat kali pertama daku mendapati diriku sudah baligh. 26 disember 1996.

wah siap ingat tarikh kan! kelasss!

haha tak de. sebab masa tu one day after Xmas day, dan masa tu cuti sekolah dan masa tu aku form 1 nak masuk form 2. aku rasa budak2 sekarang cepat! darjah 3 dah period kan.

masa tu ramai kawan2 aku dah period. tapi aku belummm lagi. masa tu ramai kawan2 aku yang alim2 suruh aku pakai tudung tapi aku cakap belum baligh tak pe. haha! tapi lepas baligh pun tak pakai lagi. :p


hari pertama aku datang tu, aku bangun lambattttt sangat sebab sakit badan. tak pernah2 aku sakit badan macam tu. pastu aku bangun kul 11 macam tu. aku nak mandi pastu aku tengok ada darah kat spender! apesal aku tidur pakai spender eh masa tu? haha.

pastu aku jerit dalam bilik air. dan menangis jerit UMMMMYYYYYYYY!

adik2 aku datang ketuk pintu toilet tanya, kak long kenapa? kenapa nangisss?!! bukak pintu ni!

masa tu ummy tengah gayut dengan kawan dia kat fon. pastu dia tak naik2 atas tengok aku. aku dah tek keruan.

aku turun bawah, bawak spender and pegi kat ummy. sambil nangis cakap, ummy!!! tengok niii! kak long ada darah ni. apa ni? period ke????!


ya allah budak ni. ye! period la tu. dah2 pegi mandi. pakaila pad. kan ummy dah ajar! sambung bergayut.boleh?

aku ingatkan mak aku nak celebrate ke apa kan. atau mentenangkan aku. tapi dia halau je aku dan sambung cakap kat fon. aku ingat lagi masa tu dia tengah gayut dgn cik nani.

T___T

lepas period tu aku rasa macam. wah aku dah dewasa. aku sudah anak dara. apahal tah malam tu aku terus pakai kain batik konon senang nak handle cuci2 ke tukar pad ke apa. macam what the hell? hahhaa!

ummy lak gelak2kan aku nangis. tah apa2 awak ni. kan ummy dah ajar. apesal nangis? takut apa? haha!

yela kak long ingatkan penyakit. hahaha! kemenda kan?!

lepas tu heboh kat kawan2 gfs cakap. aku dah period la weh. kita setaraf sekarang. haha! yela masa tu semua orang je da period. aku dengan few girls je belum ok. hehe.

after tu period aku secara puratanya adalah teratur every 28 days. aku last period adalah bulan may 2009. lepas tu aku pregnant. lepas tu ni ha january 2012 ni baru aku period! masa cha 11m.

fewh finally! tapi besh gakla tak period lama ni. tak susah2 fikir pasal pad, pasal nak ganti puasa. dan tak ada period pain!

ni dah ada balik, biasalah orang pempuan kan.

1 week before period aku dok sakit pinggang, dan rasa ovari dua2 belah ni bengkak. memang sebelum ni aku macam tu. tapi sebelah aje selalu sakit. dr kata tiap2 bulan masa kita period tu, salah satu ovari yang nak lepaskan telur tu (ovulating) yang akan bengkak sikit.

ingat lagi masa buat pre-natal check up, dr scan perut cakap masa tu, ovari belah kiri yang tengah ovulate sebab dia nampak lagi bengkak dari sebelah lagi. no wonder ada rasa sakit sikit2 kat situ.

ni agaknya sakit dua2 belah ovari. kalau aku plan nak merandung dapat kembar tak seiras kot sebab ada 2 telur. HAHHHAAHAHAHAH! mengada kan.

jap nak bagi tips kat orang yang tengah TTC (trying to conceive), kita boleh iringkan badan kita untuk lead encik sperms ke arah ovulating ovary. contoh, ovulating ovary is the left one, so untuk mensatukan sperm n ovum, sila baring mengiring ke kiri untuk bagi laluan.

tetiba dapat kelas biology ya hari ni. haha!

susu pulak macam biasa aje so far. harap2 tak jejas lah.

okaylah tu aje nak cerita. 

mmh this time tak PMS! haha

Friday, January 20, 2012

sebelas bulan dah aduhai nye pun!

cha cha chaaaa
sebelas bulan dah anak bucuk tayang mommy. (kalau tokmi dia cakap camni, cha delea cha delea, cucu tokmi bucuk tokmi tayang! dia cakap banyak2 kali hari2. haha kadang jiran sebelah pun gelak dengar. comel kan tokmi?)

lagi sebulan anakanda genap setahun.

progress cha biasa2 aje. she understands what we say tapi dia tak banyak sangat vocab dia. tapi, latest dia tau cakap apa tau,

DADAAKKKK!!

which means duck! hahaha

takut sangat kan before. kan aku dok letak duck tu kat depan tv. dia tak takut sangat dah. kalau kita gurau2 dgn duck dia gelak tapi kalau kita sua ke muka dia, dia paling. dengan duck yg paling besar tu dia takut. yang sedang n kecil tak apa lagi.

so semalam dia jerit2 panggil dadakk! masa aku main2kan duck tu dgn dia. haha.

bila suruh say duck, dddaaahhk! okayla cha whatever. bila aku citer kat papa dia yang OS tu cha pandai cakap duck, dia kata. oh ok. mommy bila mommy? dengan suara berlagak tu. eii. takpela walau cha tak pandai cakap mommy lagi, mommy tetap num 1 di hati, kan cha kannnn

cha belum pandai jalan. asik meniti je.berdiri pun kejap2 ketar lutut. suruh langkah kaki dah gelabah. hehe.

menyesal gak tak beli push walker dari awal. nak beli sekarang macam tak worth je pulak.

progress dia macam biasa aje. boleh faham bila kita tanya. kalau kita tanya dia mana itu mana ini, dia tunjuk. kalau kita tanya nak tak? dia tanak dia geleng2. kalau dia nak, dia excited semacamlah. okaylah sebab kita rasa dia faham je kan apa yang kita borak2 kat dia. seronok. nak2 kalau dia gelak mengekek. eii geram.

tapi now suka gesek gigi bawah n atas yang sedang tumbuh tu (ada 3 batang tengah tumbuh!) ngilu dowh. memang aku picit pipi dia. eii


makin lasak
dah pandai turun dari kati or sofa. dia hulur muntot dulu



 makin besar makin manja kededek. pingsan!
 cha suka makan.
 dan makan
 
dan makan
 
dan makan
 dan suap orang jugak
 kalau kita kata allahu akbar or solat. dia angkat takbir dan sujud.

see video of her solat (sekali je pun) ni hihi





 
tak suka pakai apa2 topi or headband dah!


Alhamdulillah eisya is now 11m dan sihat walafiat. thanks Allah

Wednesday, January 18, 2012

cha takut. . .

ini budak kicik,sebelum ni tak ada takut apa2 pun. dalam gelap pun dia relax je gelak2. suka betul main tutup bukak lampu.

kalau dengan anak2 patung dia pon ok aje. favourite dia of course lah let's rock elmo and her singing moo moo. kalau dengan let's rock elmo tu dia siap tau tekan lagu favourite lagi. dia skip lagu yang dia tak suka until elmo nyanyi lagu it takes two. kalau dengar lagu dia ni, geleng2 kepala sambil tunduk ke bawah dan tangan ke atas. sapa ajar tah! haha!

tapi sikalang, ini budak sudah menjadi pentakut. ini semua bermula dari ini keluarga...

makan budakkkkk

kalau nak suruh eisya duduk diam2 dalam bath tub, aku selalu bagi dia buku fish (bath book) dia tu. relax je dia baring or duduk sambil mandi. aku tataulah pegi mana bath book tu so dia kalau nak mandi tu asik nak bangun kuar dari tub aje. stress mak kau ni.

so belikan la 1 keluarga rubber ducks. ada mama dia, papa dia, abang dia, kakak dia, adik pempuan dia and adik laki dia. dengan harapan eisya akan sukalah kan.

mula2 dia ok. dia gelak2. pastu aku pegi picit.

dia terus menjadi takut. peluk aku and geleng2 kepala, nangis2.

cis! apa je nak takut kan.

esoknya aku tryla susun 6 ekor ducks tu kat tub dia. wah! silap besarlah. melompat2 hentak2 kaki dia tak nak mandi situ. fine eisya fine.

then tokmi dia dah bising suruh simpan semua ducks. aku pun simpan dalam plastik. tak tau cemana eisya boleh tau pulak. so dia nampak plastik tu dia da peluk2 aku.

tapi papa dia kan lagi jahat. dia kalau eisya melasak2 je nak pegi panjat situ sini, dia cakap. haaaa eisya, come back here. situ ada duck. duckk oh duckk! tengok eisya ni.

eisya cepat2lah merangkak balik kan. muka takut, cuak. ei jahat kan?

tapi lama2 aku fikir, to overcome the fear, kena lah face the fear kan.

so aku pun amik duck tu, main2 dengan duck kiss2 duck. sambil dukung eisya. punyalah dia genggam tengkuk aku ni ha. aku cakap, see, mommy's kissing the duck. muahhh! sayanggg duck. helo eisya, i am duckie. i want to be your friend. you are such a sweet girl.

pastu buat2 lawak dengan duck. cha gelak ok gelak. pastu aku cakap, eisya can duck kiss you? aku pun hala duck ke muka cha.

hheehhh ehhhhhhhh waaaaaa! 

okay fine cha fine.

tapi tak apalah slow2 aku train dia agar tidak takut dengan duck. tapi bagus gak. sebabnya kalau dia lasak asik nak diri depan tv, tengok tv dekat2 or asik nak pegi main bekas ubat nyamuk. aku letak aje ducks tu kat situ. konfem dia tak pegi. tapi ari tu dia nak amik remote tv kat tv rack tu. duck dok tengah2. dia laju2 amik remote pastu patah balik n duduk kat aku. aku cakap, duckkkkk tengok cha ni. dia muka risau, nak nangis dah. hahahahaha! seboleh2 dia nak pegi jugak amik remote tu!

pastu dia sekarang dah tak nangis sangat nampak duck tapi more to marah n tak selesa. sental2 kaki, hehh hehhhh dia kata. haha! macam cakap, please mom take this creature away from me!!!!

apa da cha ni.

anak korang takut apa? lama ke dia takut? korang buat cemana nak bagi dia tak takut?

 muka stress cha. muncit dah dia. :p

Monday, January 16, 2012

nasi tomato untuk bayi

hi u ols.

mencik tau. las wiken charger tertinggal kat ofis. apa pun tak boleh kalau tak dak fon. dahlah ada netball n futsal last weekend. terus tak dapat dihubungi. T___T

nasiblah berjaya jugak main u ols. kena main every month untuk membakar lemak2 tepu ni hah. 

last weekend jugak mommy masak nasi tomato untuk cha. tokmi balik dari pasar, wahh semerbak bau katanya.

ok gambar tarak sebab tak bother pon nak amik dgn bb. :p

bahan2

rempah tumis (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga and bunga cengkih)
2 ulas bawang merah (tumbuk)
1 ulas bawang putih (tumbuk)
homemade stok ayam
homemade tomato puree
beras (3 sudu besar, i campur beras perang n beras wangi)
daun pandan
minyak untuk menumis (canola oil)

cara2:

panaskan minyak, masukkan rempah tumis.
masukkan bawang yang ditumbuk.
masukkan chicken stock dan tomato puree. (kalau tak ada chicken stock boleh guna daging ayam sikit. tanak pun tak apa. tomato puree tu boleh ganti dengan fresh tomato, potong dadu)
masukkan air
masukkan beras dan daun pandan.
masak sehingga lembut.

boleh makan dengan ayam masak tomato n sup sayur ( i made sup bayam,campur carrot with chicken stock).

recipe ayam masak tomato is here.

the verdict. cha suka. setap! i rasa sikit from her bowl, dia hehh hehh.

cis!

selamat mencuba mommies!

Wednesday, January 11, 2012

tak reti reti ke?


amaran keras: read at your own risk. ini entry amarah dan emo

some people just dont know how to respect other's privacy.

things can wait lah. it's not that you are a doctor pon. kalau orang mati tu memanglah cant wait dah.

ni time mandi, berak, makan, tidur, romen, jaga anak, tengok tv, tengah malam buta, weekend ponnnnnnnn nak call2 pasal kerja. ponnnn nak check2 email. ponnnnn nak buat paper work lagi. serabut aku tengok. lebih baik pergi je bertapa kat office tu. makan tidur situ jelah lagi bagus.

finelah kalau penting sangat ok fine tapi kalau dah tak berapa nak penting tu tak payahlah bazir bil telefon nak call tak kena masa. aku bukan hati kering sangat tak tolak ansur. tapi adalah batasnya. tu pun tak reti nak appreciate ke?

memang bikin guwa panas hati ok. bernanah otak. menggelegak paru2 jantung limpa semua ni. berdarahhh telinga dan mata aku mendengar dan menengoknya.

paling pantang nenek moyang betul kalau tergesa2 nak angkat fon calls or call orang tak kena masa. nak2 time tengah drive! tiba2 yang kepala teringat terus amik fon, dial. wah! amarah ni. tak nyempat2 ke? kang eksiden, aku mati cemana? suka ke?

memang aku ada perasaan nak rampas telefon dan campak je dalam longkang. tapi nanti telefon aku jugak jadi mangsa. i tak rela. bazir bateri i. nanti nak main temple run pun tak boleh. nak tweet pon tak boleh. nak fb nak blog pon tak boleh.

nehi nehi i need my iphone.

ah cakaplah cemana pun, sama aje. dah lah mak stress ni ha. makin stress bila dia stress aku pulak jadi mangsa. dah kenapa kan.

belum masuk part kalau demam lagi. apa pun tak boleh, ibarat baru sahaja melahirkan anak kembar 8 kisahnya.

tak payahla nak suruh aku jadi memahami kalau sendiri pon tanak faham aku. aku nak redha pun tak boleh. pasrah jela. redha itu iklas, pasrah itu menyerah katanya kann

ingat satu je la ya u ols. company ni, ofis ni, kawan2 sekerja ni. akan guna kita sehabis mungkin untuk kerja. once kau sakit, once kau dah tak perform, they can kiss u goodbye.

at the end family jugak yang akan sentiasa bersama kau.

so tak reti2 ke?

takpelah kalau tak reti2 i pun malaslah nak kisah. sukati lah ok bye!

Monday, January 9, 2012

baby food recipe

dah lama tak update recipe food cha kan? bukan apa. setiap kali masak i tak rajin pulak nak snap kan. tapi tak apalah u ols. i share jelah ok. selamat mencuba!

oh ya sekarang cha makan banyak. tengok bowl dah licin dia nangis nak lagi. eiiii. kadang i tak layan amik dia basuh mulut, drink water. diamlah dia. hehe. tapi sekarang nasik memilih sikit. lauk nak yang setap aje. lebih suka layan oat n pasta lately.

ini budak suka buah. ada ke aritu semasa mentunggu mommy shopping kat ariani, cha and papa duduk sebelah pakcik sedang makan betik. lalu tanpa segan silu cha hehh hehhh. sambil tengok papaya pakcik tu. lalu pakcik tu berikan cha seketul. papa dah malu. lepas abis seketul, minta lagi. pakcik tu tinggal seketul je lagi lalu diberikan kepada cha. T___T

mommy kuar kedai je tengok oren2 mulut cha. haha. time kasih ye encik :)

okay recipe recipe u ols!

 dah boleh ikat rambutnya bah (terikut kak fara ni hehe)

baby bolognese

 bahan2
 any pasta direbus lama2 sehingga sangat lembut with olive oil sikit. 

bahan2 sauce:

  1. bawang putih
  2. bawang holland
  3. protein source - daging lembu or ayam
  4. tomato masak ranum
  5. italian herbs
  6. oregano
  7. celery stick
  8. carrot
cara2nya

rebus tomato, bila dah masak, buangkan kulit dan mash or blend.
tumis bawang putih dan bawang holland dengan olive oil. masukkan daging or ayam.
masukkan tomato yang dilenyek tadi .
masukkan oregano dan italian herbs.
masukkan celery stick n carrot.

masukkan air in between tu bila perlu. dah siap! tuang atas pasta tadi dah parut cheese.

baby flat bread pizza

ni before letak cheese

sapukan roti dengan unsalted butter. sapukan bolognese sauce tadi, tabur keju parut dan bakar dalam oven. setap u ols! kalau i buat bolognese utk cha for lunch salu i buat ni utk breakfast dia. dia sangat suka dan macam tak cukup je makan sekeping roti. ishh.

oh ya, i selalu setkan rotisserie at 130F bakar for 10min aja. agak2 keju cair. kalau nak bakar atas pan pon takpa. setap aje u ols!

bolognese pie

hehe emak eisya memang suka kerja mudah. masak bolognese sauce 1 hari lepas tu tukar je cara makan. hehe.

untuk ni, u ols rebus kentang putih n keledek oren, then lenyek2kan. campur unsalted butter sikit.
masukkan bolognese sauce dalam ramekin, dan masukkan mashed potatoes tadi ni kat atas. dan taburkan keju parut. bakar dalam oven. set apa eh lupa lak. bake kot. masak 180F dalam 15min.

baby tomyam

sengaja potong carrot panjang2 utk dia suap sendiri

bahan2

  1. daging ayam 
  2. bawang besar
  3. bawang putih
  4. lengkuas (ketuk)
  5. serai (ketuk)
  6. daun limau purut
  7. daun ketumbar
  8. carrot
  9. celery stick
  10. bunga kubis
  11. tomato
senang aje. masukkan semua sekali dalam pot tapi sayur2 tu laterlah bila yang lain2 dah masak. dah siap. haha. makan dengan bubur nasik. 

baby steamed fish

bahan2

  1. bawang merah
  2. bawang putih 
  3. halia
  4. serai
  5. daun sup
  6. celery stick
  7. carrot
  8. bunga kubis
  9. sedikit lemon or lime (perah sikittttt je. citrus fruits above 1yo kan. tapi kalau sikit dan dimasak RASANYA acidity dah kurang)
  10. any ikan. i use salmon or tenggiri or ikan merah
senang aje. hiris2 semua dan susun semua dalam pinggan dan kukus. eisya sangat suka ikan. pastu cium dia bau ikan ok. :p

 baby tenggiri sweet sour

bahan2

  1. bawang merah (tumbuk)
  2. bawang putih (tumbuk)
  3. halia (ketuk)
  4. tomato (kalau ada puree lagi bagus)
  5. kurma (kalau ada puree lagi bagus)
  6. celery stick
  7. carrot

cara2:

tumis bawang merah, bawang putih dengan corn oil. masukkan halia. lepas tu tomato kacau2 sampai masak. masukkan kurma (kalau tak ada puree, buang kulit dan biji dan lenyek2 aje). masukkan air jika perlu. masukkan ikan dan ikan ni kejap je masak kan. dan last sekali masukkan sayur2. dan siap.

this is cha's favourite!

baby's ayam masak tomato

bahan2

  1. daging ayam
  2. bawang merah (tumbuk)
  3. bawang putih (tumbuk)
  4. halia (ketuk)
  5. tomato (sukati nak puree or fresh)
  6. celery stick
  7. kacang peas
  8. carrot
cara2:

tumis bawang dengan corn oil. masukkan halia. masukkan ayam. masukkan tomato. air sikit. dan sayur2 sukati. da siap.

cheesy pasta
u ols leh tengok blog ummi maryam. i tiru je mac n cheese tu tapi tukar2 sayur n protein . and i guna angel hair pasta. cepat masak u ols! haha. sian cha. next time mommy buat macaroni or penne lak ok.





 chicken oat

bahan2:

  1. bawang holland
  2. bawang putih
  3. ayam
  4. kacang peas
  5. keledek oren
cara2:

tumis bawang2 dengan corn oil. then masukkan ayam, masukkan air. masukkan oat lepas oat masak, masukkan sayur2. dah siap.

oat and barley with prune and yogurt

bahan2:

  1. oat
  2. barley
  3. dried prunes
  4. raisins
  5. full fat yogurt
cara2:

blend barley untuk cepat masak. masak oat bersama barley. bila dah masak, masukkan prune and raisins. and serve with yogurt.

ha ok. tu jela dik non. TU JE ya? 9 recipe tu u ols. korang pandai2la ubah suai ikut citarasa anak2 ya. kalau baby makan blend2 lagi, blendkan aje.

nanti akak setap (budak2 eh emak2 HSFFYB panggil aku) update lagi u ols.

cau cincawwwww.