mata duitan

Thursday, April 3, 2014

hai, 3yo eisya and 7m++ safiyya

hai semua.

harap semua sihat2 dan sentiasa dalam kegembiraan bersama yang tercinta. ceywahhh.

saya ok je gemuk macam biasa (or lebih dari biasa) bersama yang tersayang. kikikiki.

eisya sekarang dah 3tahun.

dah besar dah macam2. boleh buat gaduh. haha. tapi dah besar pon still manja mommy sangat2. tadi pagi call dia, dia marah sebab i pergi keja tak kejut dia bawak pusing2. haiyayayaayy. boleh sepanjang dalam perbualan kat phone tu dia hanya cakap - eisya nak mommy eisya nak mommy. last2 bila i cakap bye, dia meraung.

T________________T

dia masih suka princess and all the pinky stuffs. suka buku. tiap2 malam suruh mami bacakan. tapi tak suka kaler ke belajar abc ke numbers ke. kenal dah few tapi tak suka kalau kita asik tanya2 dia ni apa ni apa. art work ke project apa2 dia memang suka.

mula2 adalah risau jugak sebab ramai je budak baya dia dah kenal ABC semua kan. tapi sebab dia tanak belajar takleh paksa gak kan. i talked to a friend yang ada tadika and share my worry and she just laughed and said i je think too much.

so after that i legalah. i know she is a smart girl. i dont have to teach her, read this, hafal this. just show her and she will knowlah eventually. mak dia tah apa2 nak skema suruh duduk and baca and hafal ahhah. tak rti pulak nak make it fun kan. banyak je idea from google tu masa je lahaiii terkejar2 sana sini buat itu ini.
tapi sebenarnya padahal dia sambil2 main ke cakap2 dengan kita tu pon dia belajar.

contoh, zikir2 asas tu, al fatihah dia da boleh nyanyi dengan pelat2 tu la sebab kita asik baca/dengarkan dia kan. tak de pulak paksa dia macam abc tu haha.

takpela kakak, i let you to be kid. at the same time mommy try as much as i can to show you things. tahun depan kita masuk pre-school ok.

social skills dia ok aje. kan terlebih peramah haha tapi recently dia kadang2 malu. masa nak pergi playdate rumah kawan i, dia boleh cakap banyak kali - tapi sya malu mommy! cemana ni eisya maluuuuu! haha

safiyya dah 7 bulan lebih. dah boleh duduk, merangkak (style seret kaki haha), panjat tangga, berdiri berpaut kat sesuatu dan meniti, boleh sebut paa paa. dan masih je kuat nangis hahaa. biasalah anak2 dara i semua vocal power hahahahaaa.


alhamdulillah tengok safiyya baik2 saja. yela kan sebab dulu dia kuning tingggi. pastu kan blood transfusion masa umur dia 5hari. macam2 dr kata risk menda tu. masa tu aku nangis je keja. huhu. harap adik sentiasa membesar dengan sihat dan jadi anak soleh.

time sekarang ni rasa nak pause je adik ni. sedap peluk cium pastu belum pandai nak tantrum macam cha hahaha.

time cha dulu tiap2 bulan update blog kan. ni mak dah malas betul nak update blog. hahaha. sorry dik bukan mami tak sayang, cuma malas nak type2 dah sekarang tua tua ni.

pastu tatau nak cerita apa kan. asik cerita pasal anak je. macam tak ada menda lain ke jadi kat hidup aku ni. ahhaa. banyak je kan tapi MALASSSS hahahaa

okaylah tu je nak lepas rindu kat blog ah konon konon. kikikiki.

take care korang!


1 comment:

Allene said...

comel je princess u...