mata duitan

Monday, May 31, 2010

baju raya 2010

puasa lagi 3hari tak abis ganti dah beli kain untuk baju raya. keji okay. hihi

rasanya tahun ni first time abah tak belanja baju raya. mungkin sebab dah ada suami.

hehe terima kasih encik suami.

KAU DUDUK DIAM2 LEPAS NI EDERQ HARAM SHOPPING DAH KAU BULAN NI!

Thursday, May 27, 2010

perlu siapa

kita ada keluarga kita ada pasangan kita ada kawan2 yang ramai. semua penting dan keperluan dia kadang2 tak sama.

kadang2 kita hanya perlu ibu kita untuk sesuatu perkara. bukan orang lain. bukan suami. bukan adik. bukan bapa. sebab ibu kita sahaja yang tahu dan faham bila kita cerita tentang itu. orang lain akan ketawakan, mungkin.

kadang2 kita hanya perlu suami kita sahaja orang lain tak perlu. sebab mungkin dia sahaja yang sudi layan gedik kita.

dan kadang2 kita hanya perlu kawan2 sahaja untuk dengar untuk tahu. bukan orang lain. dan jenis kawan yang macam mana yang sesuai untuk kongsi perkara apa. mungkin kita ramai kawan baik. tapi bukan semua sama. ada yang boleh diharap bab A ada yang boleh diharap bab B dan lain2.

dan bila keperluan itu berbeza, bukan bermakna kita dah abaikan kumpulan yang lain. cuma kita sendiri yang tahu di mana keperluan itu dan sama siapa. siapa yang boleh faham. yang tak beri komen yang tak perlu sama sekali. yang sakit. yang entah apa2. yang mengamarahkan. makanya, memang hanya kita sahaja tahu siapa yang kita perlu pada saat memerlukan.

adakala kita macam dah tau ata tak berani nak pergi kepada siapa2 dah. lalu simpan sendiri je.

dan kadang2 kita hanya perlu cakap kepada makhluk tuhan yang hidup dan tidak akan judge kita atas apa2. dengar dan faham. dan sentiasa gembirakan kita no matter what.bagi saya, beliau adalah jebon. jebon kak long sayang sangat jebon. selalu amazed kat dia bila kita cerita something yang sedih kat dia, dia akan keluarkan bunyi sedih kadang2 terus letak dagu kat lantai mata kuyu atau kadang terus cium2 kita. syukur tuhan cipta kucing.

apa2 pun kembali kepada mengingati allah. tak kira siapa yang kita ada pun, memang allah je yang tau kita in and out. apa2 kita nak mesti minta dari Dia jugak.

god has been nice to me throughout my life. have i been nice to him enough? have we?

Wednesday, May 26, 2010

oh suamiku

hihi sekarang i dah tau cara2 untuk membuat si dia (macam tengah baca majalah tak?) tiba2 rajin buat semua perkara.

caranya mudah sahaja - merajuk, buat kerja dan berlakon seolah2 tak ada masa untuk cakap dengan dia kerana busy nak buat semua kerja seperti memasak makan malam, mencuci baju sebanyak 2 bakul, mensidai pakaian, menggosok baju, sejurus pulang dari tempat kerja.

apabila si dia melihat kita seperti sibuk gila sampai nak bagi ciuman sebagai sambutan pulang dari kerja pun tidak bersungguh maka teruslah beliau tertanya2 kenapalah selepas period pun perempuan ni masih lagi nak moody. lalu bila dah tahu jawapan, dengan tangkas si dia mengambil semua baju untuk disidai, baju yang belum lipat dilipat semua sekali tanpa disuruh dan baju kerja sendiri pun digosok sendiri. suami siapa ni?

wah! berkesan ya cara itu. hihi.

sebenarnya merajuk pun sebab lain. bukan nak suruh sangat pun si dia buat semua tu. selalu pun memang buat sama2. tapi semalam macam, ah tak apa b duduk je tengok tv. biar hunny buat semua. siap cakap nak iron baju untuk sebulan. haha drama gila.

tapi tiba2 dia macam okay mari pujuk perempuan ini dengan cara ini. menrajinkan diri secara maksimum.

perempuan ni memang macam tu. kalau merajuk tiba2 semua perkara nak buat supaya dapat hilangkan rasa geram. hihi

tapi B memang mengada. kalau orang merajuk dia pulak ikut merajuk paksa saya pujuk dia. cis. pastu bila dia ingat saya tak nampak, dia senyum simpul. macam yes yes hunny pujuk. cis! nasib baik saya nampak! hahah!

tapi kan, saya mestilah bersyukur sebab suami saya bukan jenis yang suruh bini buat semua perkara. memang banyak je dia tolong saya kat rumah. esp vacuum rumah. memang tip top dia bersihkan. saya tinggal nak mop sahaja. (mungkin sebab kalau tak tolong nanti saya muncung kot. hihi)

ni bukan nak puji suami sendiri tapi nak bodek sebab nak telefon baru. hihihihihihihihihi

nakkk nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

sekian. B i love you!

Tuesday, May 25, 2010

bengong!

guess what. i took 100 min to work today. okay. yes i went out 20min later than usual. but 100min? that is almost 2 bloody hours! we pay tolls and we still get that! so unfair.

a colleague said i'm looking upset now and doesn't want to interrupt me. well okay. yeah you better dont.

that's me. my face will show it all. i'll show happy face when i am. i'll show upset face when i am. i just dont pretend. dont act.

and not just because of that fecking traffic. i am not in good mood.

i'm in frustration mood. it's really frustrating. huh.

i feel like crying when it comes to my mind.

i can't really do much about it though.

just. live.

Monday, May 24, 2010

what a day!

kereta pancit. rim bengkok rosak tyre. dem it!

nak kereta baru! (dan phone baru! macam B!)

chacha jgn kecik hati. macam lah aku rajin nak spend banyak2 duit nak beli kereta baru.

terima kasih encik suami kerana berpeluh2 tolong saya, tinggalkan ofis sekejap.

oh i know i have chosen the right man!

jap bukan kerana tolong tukar tayar je tapi for all the reasons.

i love you sayang.

Friday, May 21, 2010

happy!

yay! B dah balik yay! yay! yay!

haha so gedik kan?

biar ah sayapunyasuka lah. :p

anyway, shrek dah keluar. haha so childish suka tengok shrek. me and hubby are going for the movie tomorrow! B kata ala kalau tgk Shrek mesti B tido.

hihi. ok nak tidur pun tidur la sayang. asal teman i tengok :p

alah b tu LOTR pun tido, cite antu pun tido. cis.

hajat nak tgk bersama adik2 ipar kat JB tapi adik exam so mak kata balik lepas adik exam supaya adik tak ikut. haha! baiklah mak!

okaylah i'm sp happy today coz today is FRIDAY! yay!

bye all. have a good weekend! take care!

Thursday, May 20, 2010

dont give a damn!

okay maybe it's just me.

but i am seriously annoyed. i don't know what is she trying to proof.

get a life!

whatever the reason is, i seriously do not give a damn!

Monday, May 17, 2010

cerita hujung minggu yang gemuk

phew begitu malas nak update sekarang ini. walaupun sepatutnya saya janji nak update gambar2 barang2 kawen untuk sewaan, malas gila ok. dah draft pastu tak siap2. oklah macam ini lah. kalau interested, sila email ok. :) terima kasih! (gila give up dgn kemalasan diri sendiri!)

marilah saya menceritakan kisah hujung minggu saya. 15 haribulan may adalah harijadi adik bongsu saya, mohamad aiman bin ahmad danial. sudah 18 tahun rupanya adikku ini. dah berbulu kaki secara kerinting dah. betapa dewasa.

dalam banyak2 adik (macam banyak gila adik), aiman adalah yang paling dikenali di kalangan kawan2. kawan2 akan tanya, adik kau yang kecik nama aiman tu dah besar mana? hah? besar dah? dulu comel je kecil. (nampak sangat sekarang tak comel)

masa kecil dia memang suka mengendeng kat aku. kalau aku balik bercuti ke rumah dari tempat pembelajaran, dia akan gembira lompat2 sambut aku. pastu kalau tengok tv, mesti nak peluk2 aku. aku penah marah dia sebab aku rimas. nak tengok tv pun tak selesa dok menempekkk. pastu ummy kata, janganlah marah dia. dia rindu kak long masa kak long tak da. hihihi susah betul jadi kakak yang cantik dan penyayang ni lah. ok lepas muntah datang sini baca seterusnya okeh.

masa aiman kecil dia lah paling rajin tulis surat kat aku masa aku di tempat pembelajaran. kadang2 masa birthday aku dia pos hadiah. aloh manis.

tapi itu semua masa kecil! sekarang dah besarrrrrrr perkara manis itu mungkin ditujukan kepada awek dia sahaja lah. cis. sekarang kalau suruh vakum rumah tuuuu tak tau kena suruh berapa kali. nak mintak tolong ambilkan barang punnnnnnnn kejap kejap kejapppppp. sampai aku macam nak menangis tunggu! (tapi aku memang suka suruh2 adik aku weh, amek kan kak long tu. weh tutupkan lampu tu. weh naik atas jap amek charger kat bilik. dan sebagainya. sebab tu buntot besar malas bangun kalau dah duduk. la la la)

okay mana isi penting entry ni jap jap. okay sebenarnya nak cakap happy birthday aiman. lepas ni aiman pergi belajar kat uitm penang. silalah belajar dengan cemerlang. walaupun aiman mintak land survey tapi dapat civil engineering. tak apalah. sama dengan kak long kan. okay apa jadi budak engin.

ni first time aiman dok asrama. selama ni si bongsu ni tak nak pergi asrama sebab kata tak best sebab tak dapat tengok bola. hmmphhh. padahal manja tak nak pisah dengan ummy. (tapi memang betul pun. asrama sux! that explains why aku blah STF dan tidak pernah suka suasana dok kolej kat UM. matrix je terpaksa. nasib baik 1 year je.)

rasakanlah nanti berjauhan dengan keluarga. mesti aiman akan rindu pada ummy dan kak long dan lain2. dan jebon. (jebon dah tak biasa dengan aiman sekarang sebab aiman dah lama tak jumpa dia). apa2 pun nak buat apa2 tu ingat ummy abah. solat jangan tinggal. jangan kawan dengan orang tak bagus. kena cari kawan yang rajin supaya boleh tiru assignment dia eh eh salah. supaya terdorong belajar sama2. belajar rajin2. wajib dapat 3.5 pointer above. sebab senang kacang je diploma! (padahal tak pernah ambil diploma pun. eh tapi kan ke semua budak uitm diploma scorer! so wajib dik wajibbb. haha pressure la tu)

gambarajah kat bawah ni menunjukkan gambar aiman dan abah. bersama kek tiramisu oh setap. oh ya harijadi abah 21 hb tapi sebab kak long balik JB pula maka sambut sekali lah. (may memang mempokaikan haha) dan oh ummy masak nasi dagang. gemuknya!

anak beranak may bersama kek tiramisu

selepas itu, pada hari ahad pula saya, suami dan keluarga yaya pergi melawat puan dyah haha demi melawat baby rifhan. oh my god seketul rifhan sungguh good boy dan seketul si gebu geram nak makan. saya picit pipi dia tak tahu berapa kali. rupanya rifhan terkena kenan saya iaitu kuar kentut ya. bergegar peha aunty ederq tau.

kesian rifhan selalu jadi mangsa cubit2 sebab ketul2 sangat

puan dyah memasak nasi beriyani dan choc cheese cake yang saya dan yaya tidak percaya sama sekali dia membuat sendiri. hihi. sungguh enak yum (weekend yang gemuk kan? wajib pegi gym 4 hari berturut2)

okay so there were me n hubby, yaya, shamir n baby amal, dyah, cain and baby rifhan. dyah kata tunggu kau je derq. i said oh yeke. thought dia kata tunggu makan! coz i arrived the latest amongst them. then baru macam perasan. ohhh tunggu tu. okay. haha! rupanya lain!

uhuk uhuk uhukkkkk.

mmmhhh welll mmmmmmhhh. okaylahhhh bila kami dah mentamatkan honeymoon secara berdua, babymoon akan bermula kot. :p

Monday, May 10, 2010

untuk ummy

ya semalam tapi hari ni baru nak update. :p

so this year saya ada 2 ibu. ummy and mak (MIL). :)

tapi minggu ni tak balik JB so saya dapat chance celebrate dengan ummy. :)

ummy dan abah tersayang

selamat hari ibu ummy. kak long tak tau nak describe macam mana tapi ummy memang orang yang paling penting dalam hidup kak long. sayang ummy sangat2. appreciate semua2 yang ummy bagi dekat kak long. dari kecik sampai besar ummy sentiasa ada untuk support kak long. jadi kawan kak long. dengar semua cerita kak long. tolong kak long bila kak long tak da duit. :p

kak long seorang anak perempuan ummy. kadang2 rasa best sebab tak da adik beradik perempuan lain yang nak rebut perhatian ummy. hihi.

dulu masa belum kahwin, bila kak long cakap nak diet, ummy masak masakan khas diet untuk kak long. masa sakit pun ada masakan khas. masa kempunan lagi lah ikutkan je kak long nak apa.

ummy ada banyak tudung2 cantik kak long selalu pinjam kadang2 buat harta sendiri. kadang2 kak long pinjam brooch ummy pastu kak long hilangkan.

masa ummy tengok kak long penat balik kerja, busy ke sana ke mari, ummy tolong basuh baju kak long yang 1 baldi yang konon nak hand wash tu. ummy hand wash semua termasuk spender bra. siap sidai lagi. siap lipat. kadang2 ummy tolong iron baju kak long. kalau kak long nak out station, ummy tolong kak long packing barang.

orang kata muka kita sama. tapi kak long selalu wonder kenapa gigi kak long tak cantik macam ummy. kenapa kulit tak seputih ummy. kenapa kulit tak sehalus kulit ummy macam baby. kenapa rambut kak long tak ikal macam ummy. hihi. tapi tak pelah. orang kata kak long macam ummy pun kak long dah suka. :p

sekarang kak long dah kahwin, ummy selalu cakap ummy takut hilang kak long sebab nanti kak long dah tak dapat teman ummy pergi mana2. tak dapat berkepit dengan ummy selalu.

tapi tak pun rasanya. tiap kali ummy datang mesti kak long cerita dengan ummy tak berhenti. kan kita macam tu. semua nak cerita kat ummy. mesti kadang2 ummy bosan dengar. hihihi.

kadang2 kak long pelik kenapa ummy sekarang dah dapat menantu ni. kalau nak masak mesti nak concern menanti dia makan tak. nak masak yang menanti dia suka. sampai kak long marah arep sebab dia kata ummy lagi sayang arep dari kak long. mana boleh! bila kak long kata kat ummy, tanyalah kak long nak makan apa kenapa nak tanya arep. hihihihihi. pastu ummy kata sebab arep banyak menda tak makan kak long semua makan. okay fineeeeeee

kak long harap kak long pun dapat jadi ibu yang best macam ummy bila kak long ada anak nanti. rasa macam tak mampu nak jadi tabah macam ummy! tapi tak apa kak long berusaha! :p

kak long harap walaupun kak long dah ada family sendiri, kita macam dulu2 jugak. sebab tak da siapa yang dapat jadi macam ummy.

kak long harap kak long dapat berbakti untuk ummy dan balas jasa ummy. memang tak terbalas semuanya tapi kak long harap kak long dapat buat ummy bahagia.

terima kasih ummy sebab sentiasa ada untuk kak long. terima kasih sebab jadi kawan setia kak long. terima kasih sebab faham kak long. ummy memang best.

kak long minta maaf sebab kadang2 kak long cakap muka muncung2 dengan ummy. suara tinggi sikit. atau malas2 pastu last2 ummy kena buat. sorry sangat!

kak long paling sayang ummy! kak long doakan ummy sentiasa sihat dan sentiasa diberkati allah. kak long harap tuhan beri balasan syurga pada ummy atas segala pengorbanan ummy kat kak long and adik2. kak long tau ummy sentiasa doakan anak2 ummy. terima kasih ummy.

harap ummy had fun dekat spa semalam. hihi kelakar kan kita lupa pakai disposable panty. hihihihihihihihihihihih.
kak long and ummy masa kak long tunang

untuk mak, ibu mertuaku, terima kasih kerana melahirkan seorang anak yang hebat lalu menjadi suami ieda. ieda anggap mak macam mak ieda sendiri. harapnya mak dapat terima ieda seadanya. :)

ieda hargai semua yang mak bagi kat kita orang. insya allah nanti kita jumpa lagi 2 minggu. maaf tak dapat balik selalu sebab angah selalu ada kerja. huhu. selamat hari ibu mak! ieda pun doakan mak sihat selalu dan diberkati allah. sayang mak!

selamat hari ibu ummy and mak! selamat hari ibu untuk semua mommies! u are all really special!

i hope next year i will be celebrated on mother's day too! :p

amin!