kita ada keluarga kita ada pasangan kita ada kawan2 yang ramai. semua penting dan keperluan dia kadang2 tak sama.
kadang2 kita hanya perlu ibu kita untuk sesuatu perkara. bukan orang lain. bukan suami. bukan adik. bukan bapa. sebab ibu kita sahaja yang tahu dan faham bila kita cerita tentang itu. orang lain akan ketawakan, mungkin.
kadang2 kita hanya perlu suami kita sahaja orang lain tak perlu. sebab mungkin dia sahaja yang sudi layan gedik kita.
dan kadang2 kita hanya perlu kawan2 sahaja untuk dengar untuk tahu. bukan orang lain. dan jenis kawan yang macam mana yang sesuai untuk kongsi perkara apa. mungkin kita ramai kawan baik. tapi bukan semua sama. ada yang boleh diharap bab A ada yang boleh diharap bab B dan lain2.
dan bila keperluan itu berbeza, bukan bermakna kita dah abaikan kumpulan yang lain. cuma kita sendiri yang tahu di mana keperluan itu dan sama siapa. siapa yang boleh faham. yang tak beri komen yang tak perlu sama sekali. yang sakit. yang entah apa2. yang mengamarahkan. makanya, memang hanya kita sahaja tahu siapa yang kita perlu pada saat memerlukan.
adakala kita macam dah tau ata tak berani nak pergi kepada siapa2 dah. lalu simpan sendiri je.
dan kadang2 kita hanya perlu cakap kepada makhluk tuhan yang hidup dan tidak akan judge kita atas apa2. dengar dan faham. dan sentiasa gembirakan kita no matter what.bagi saya, beliau adalah jebon. jebon kak long sayang sangat jebon. selalu amazed kat dia bila kita cerita something yang sedih kat dia, dia akan keluarkan bunyi sedih kadang2 terus letak dagu kat lantai mata kuyu atau kadang terus cium2 kita. syukur tuhan cipta kucing.
apa2 pun kembali kepada mengingati allah. tak kira siapa yang kita ada pun, memang allah je yang tau kita in and out. apa2 kita nak mesti minta dari Dia jugak.
god has been nice to me throughout my life. have i been nice to him enough? have we?
4 comments:
betul derq. setiap org ada keperluan berbeza. mcm jugak keperluan kita pada org lain mungkin berbeza. kena terima. yang penting sayang semua org :)
br sedar that i have to appreciate what i have..huhuhuhu
omey: betol tu beb!
ain: ehh ain dah ada blog lah! cayalah! :p
hehehe..br belaja..tp still x tau nak write per..later...
Post a Comment