mata duitan

Thursday, August 1, 2013

of kakak eisya

eisya. 2 tahun 5 bulan dah anak mommy ni. makin besar makin cerdik. makin banyak akal. banyak alasan.

tapi...

makin manja, makin mengada punya. especially these few weeks. orang kata sindrom orang nak dapat adik. mmh. perhaps lah.

tapi....

uji kesabaran mommy papa banyak banyak banyak sangat. she normally behaves OK bila one of tak ada. tapi kalau either of us ada, especially papa ada, pergh dia punya mengada tu memang maksimumlah.

makpak dia memang berasap2 telingalah jugak.

tapi....

bila fikir2 balik. okaylah mungkinlah she knows adik is coming real soon. no matter how much we tell her we will love them both equally, there is always number one and two. things will never be the same, for either of us. but, it can be better, right? not to the worse.

so i will try my best not to marah marah. to sabar. to show more love. i tried everything. but sometimes i break too lah. i'm only human kan.

then i realise. she wants more time with mommy/papa. memang nak attention je.

semalam, i was on sick leave (again). walaupon tak berapa nak sihat tapi my nesting instinct nak beranak ni dah ligatlah nak kemas2 apa patut. pack2. orang lain mana tahu kan nak pack and kemas apa semua. so, masa dia tidur tu non-stop kemas2 semua.

pastu dia bangun, amok la tengok papa je ada. nak mommy nak mommy! seb mommy ada. senyum panjang. i immediately stopped doing whatever i was doing and spent time with her. suap breakfast semua. main sama2. bla bla bla. untl i got dizzy again and got to sleep. hehe. papa pulak take over.

she looked happier and tak mengada. malam pulak, dia ajak i masuk play room and main dengan dia. i baruuu je nak berehat2. tapi muka dia masa i said, main kat depan je boleh tak? mommy nak rest. 

dia macam diam pastu ajak papa, jom. ok then i got up immediately and went to the play room with her.

tantrum.

now, she throws tantrum almost everyday now. macam dah rutin. macam budak besar. siap cakap -- mommy papa tak shayang eisya. eisya nak duduk soyang2. mommy papa kuar janan masyuk biyik ni. eisya nak dok soyang2. biar eisya biar eisyaaaa.

and she really tolak us out from the room and tutup pintu and nak kunci. nasiblahhhh mommy sempat tahan tak kasi kunci.

at one point. i cried. what have i done wrong? and she is only 2.5years old for god sake. i remember locking myself in the room when i was mad with my parents when i was 6. or 7 or 8. sigh. kids nowadays....

masa tu, i tried peluk dia kuat2 tapi dia pon kuat. try baca ayat2 quran, did not work. pastu i angkat je dia. called hubby and cakap jom kita mandikan budak ni.

of courselah dia struggle kan tanak mandi. jiran2 mesti dengar eisya nangis macam apa je kan.

lepas mandi dia tak berhenti lagi nangis. taknak pakai baju semua nak bogel je. papa dia dah mula nak menyinga balik tapi i cakap. dah! jangan marah lagi. makin marah makin amok. biar je dia nangis sampai penat!

then, dia terus cakap nak mommy. nak peluk mommy. nak tido kat mommy. she was calmer. she stopped crying slowly.

so ubat dia mandi rupanya. dan marah balik hanya make it worse. at least at this stage lah. bukan tak leh marah langsung. tapi ada caralah kot.

i'm not the best mom, but having her banyak ajar erti sabar. kalaulah zaman tak ada anak, budak meraung2 camni dah lama dah i rasa nak lempangkan aje. haha. biasalah tu bila dah jadi emak kan. papa dia naik suara kat anak and marah2 pon i rasa nak smack down papa dia. walaupon hati ni membara bengang dengan anak amok. hehehe.

in 2weeks++ time i will deliver her adik.in shaa Allah. so i think i will just try my best to layan her. tidur atas lengan mommy all night, nak dukung, nak peluk, nak itu ini. kadang masa makan pon dia nak i riba. nak tidur berpangku. nak masak ponnn nak berdukung. mmh buat jelah selagi mampu. dengan perot besar ni lagi. dengan dia yang 13kg tu.

ada time i cakap. kesianlah mommy. mommy nak bawak adik lagi ni.

tapi dia boleh jawab -- mommy dukung eisya kat tepi ni tak kena adik ponnnn.

tapi kalau dia terlanggar adik, cepat2 dia -- i'm showi adik. kakak tak senaje. showi ok showiii.

kadang2 dia amok, kita nak marah, adaaa je dia jawab buat kita rasa nak gelak balik. sekarang bibik pon selalu kena marah dengan dia especially kalau kitaorang ada.

kalau ada semut je, dia cakap, bibik tak mop ke lagiii. kalau bibik nak mandikan ke suap makan ke -- bibik tak payah. bibik tak pandaiii. kalau apa2 je dia cakap -- mana boyeh macam tu bibikkk! biarkan eisya buat jeeee. dia punya mana boyeh tu i dengar pon geram ok.

kadang dia dah tau kan dia buat salah. lama2 tu dia tetiba cakap:

e: mommy, eisya shayang mommy. 
m: tq. mommy pon sayang sya.
e: mmh.
m: sayang mommy banyak ke sikit?
e: banakk. 
m: banyak cemana? 
e: *depa tangan.
m: wow banyaknyeee. 
e: mommy nak banak lagi tak? 
m: nak la. nak banyak banyak banyak.
e: tak yah. dah cukup ar tuu. penat dah eisya ni. 

FINE.... T______________T

tu baru satu anak. nanti keluar lagi sorang princess ni hahahahaha. takpelah. kita masa kecik pon macam2 kan. so it's payback time muahahha.

sekarang kita orang dah start invlove her with adik's things. kemas2, shopping semua. dia suka. siap cakap kat adik. adik, kakak toyong adik bawak ni tau. kakak kemas ni tauuu.

hari tu dia ada pegangkan lampin adik masa tengah shopping pastu dia distracted menda lain so dia letak je lampin tu kat mana2 tah. then papa dia sound, kakak, kenapa letak lampin adik sini?nanti orang amik. 

dia cepat2 amik pastu cover -- tak ar. kakak letak kejap je kakak nak tenok syabun kakak ni. kakak amik bayik ehhh? 

dia ok je bila cakap adik nak pakai baju2, kasut2 dia, dia ok je. tapi ada gak buat perangai nak pakai baju adik yang i beli. berkenan kot haha.

camtu la ye jadi mak pak ni. takkan nak time dia behave je kan. time mengada tu kenala hadap. huhu.

semoga Allah permudahkan kita semua untuk didik anak2 kita, semoga kita sabar dan semoga dorang ni membesar jadi anak yang baik, soleh beriman dan baik hati.

ameen, ya allah.....

ni dia yang suruh amik gambar. hehe. shayam mommy niiiii

2 comments:

Allene said...

seronok baca. anak u petah cakap. =)

biasa la tu bila adik nak kluar, yang atasnya memang akan buat perangai. Macam i b4 bersalin aritu, siap merajuk ngn anak lagi. Tapi bila da keluar, semuanya ok... good luck ye.

aZZa said...

rasanya most mommies pun akan lalui perkara mcm ni.. sindrom dpt adik.. aiman pun lebih kurang mcm ni jugak la before aisyah keluar..
sekarang alhamdullilah dia dah ok.. lagi-lagi dah pergi school so dah boleh independent sikit..
so eisya. jadi kakak yg baik tauuu.. shayam adik tauu..