mata duitan

Monday, April 22, 2013

apa khabar mu di sanaaaa. sayanggggggg

ha korang baca tajuk entry tu kena nyanyi tau. aku pon lupalah tajuk dia, sapa nyanyi tapi cute aje. ahhaha.

ok sayang2 akak semua apa kabar u olssssssss.

bajet retis sangat kan.

hari ni akak nak update secara pukal je ok?

Happy deday to syaaa!

hehe i know dah basi. but tak apalah. better late than never katanya!

theme: Tinkerbell
party planner: SugarLova
caterer: kak rose (beef lasagna, dadih, chicken pie) and D'Cahaya bihun goreng, bihun goreng singapore, roti jala with kari ayam, chicken drummet, sardine puff, teh tarik, air oren. rezeki eisya, catererer tu bagi extra menu sebab dia nak sedekah sempena nak pergi umrah. Alhamdulillah... Sardine puff dia setap!) ummy masak gulai kerutup ayam and pulut kuning. 
cake: Le'Chouette Macaron
candy buffet: mommy cha. hehe. tapi chocolate fountain i sewa dengan Partylicious by Dyahaha 

preparation, the night before. 

 photobooth

 entrance

 cik tinkerbell kita yeh

birthday cake!

candy buffet


 eisya's favorite moment

 foooodddddddddddd
i ni belum transfer pon lagi gambar2 dari adik i. haha. punya pemalas. gambar2 kat fb tu pon banyak kawan2 whatsapp je. thanks to tetamu yang datang, hadiah2 semua. thanksss sangat! to family and friends yang tolong, thankssss. to friends yang bawak food, allah bless u, semoga rezeki korang murah! u know who you are lah. bawak pavlova, sherperd's pie, choc cake, fruit tart etc. mewah makanan that day, murah rezeki eisya. muachssssss!
Eisya's Swimming Class
hehehe poyo jek. belum start lagi lah. ni pon beli kat living social kot. baru lepas assessment. kelas nak start may. tricky sebab kena pergi every week kan. harap tempat ni okay. if okay, nak proceedlah. nanti adik eisya, i nak hantar awal2. eisya dah kertu baru mommy hantar. hehehe sorry cha mommy cakap cha kertu hahahaha.




sekarang eisya memang asik ajak swim je. kadang dia main float dia kat rumah cakap, eisya syuwimmmm. pastu pakai topi yang bulat tu. bila tanya dia nak pergi mana dia kata eisya nak pegi pasir la nak syuwim. okay, pasir tu pantai yeh.

GCDC 2013

kali pertama join. syioklah dapat banyak doorgift kan. thanks to sponsors!





cukuplah tu kan 3 menda.

okaylah u ols. bye! tak care!

bagus betul penutup. kalau buat karangan dapat markah sikit je ni. hehe k byee!

Tuesday, April 9, 2013

susahnya jadi perempuan

assalamualaikum semua!

hee dah sebulan yeh akak tak tulis apa2 kat sini uols? malas okay. busy pon ye. huhu. kata nak update pasal birthday party eisya kan tapi gambar pon belom transfer lagi. dah basi pon eh? huhu.

bulan ni macam2. kerja banyak. kejar deadline. eisya demam batuk selesema semua.

hari ni mari kita bebel2 aje ok. oh sebelum tu akak nak cerita update pasal akak sikit. wah retis sangat kan.

akak dah 5bulan pregnant. alhamdulillah. kalau masa cha dulu time ni dah totally tak mabuk tak muntah. akan tetapi kali ini, masih mabuk sikit2 dan muntah sekali sekala. tapi makan dah selera so akak bersyukur sangat ok. walaupon akak telah naik berat badan tapi bila dapat makan akak happy uols. hehehe. tapi akak tak happy sebab akak ada lagi 7 hari puasa tahun lepas tak ganti. kurang hasam betul sapa suruh tak ganti before pregnant kan!

huh, anyway, akak dah tau dah gender baby. hehehehe.

okay berbalik kepada tajuk asal perbincangan kita pada hari ini ya.

susahnya jadi perempuan. wah bukan main merintih lagi kau.

hehe bukan akak soranglah. ni ayat asal kawan baik kite yang sama2 merintih bila kepenatan menjadi isteri dan emak.

sebenarnya bukan setakat penat tapi apa yang perempuan kena lalui dari selepas berkahwin sampai beranak pinak.

single - kahwin - ada suami - jaga suami - merandung - mabuk muntah masuk ward gemuk selulit - sakit beranak - penat jaga baby - breastfeeding - pakai family planning - hormon tak stabil - gemuk - tak cukup tidur - buat kerja rumah - pergi kerja - tekanan di tempat kerja - tekanan kena cantik dan kurus kembali - dan lain lain lagi.

okay tu bukan semua perempuan alami tapi generally macam tu lah ye.ada yang bernasib baik ada yang lebih tak bernasib baik. rezeki masing2.

tu perempuan kan. lelaki? mmmh kalau kau semakin gemok, boroi, hatta kurus melidi, muka minyak. kering tak bermaya, pon tak ada orang pon nak sound! pressure okay jadi perempuan!!!!! tak mekap pon kena sound! PFFTTTTT!

tu yang macam2 produk keluar nak kasi kuruslah, kasi putihlah, kasi teganglah kasi ketatlah. OMG OMG! tu je ke kerja perempuan?

cop cop sebelum akak meneruskan lagi perbincangan ini wah perbincangan ok! korang tak yahlah nak cakap ala tu kan semua pahala, ada ganjaran bla bla bla. ye yeeee akak tau ok. ni saja nak merintih allright.

sebenarnya kalau fikir-fikir balik. perempuan ni kuat kan. cuba kalau lelaki yang kena buat semua tu? belum tentu mampu kan?

kadang2 kita ni mulut je bising penatnya penatnya. tapi dalam hati tu tahu nak tak nak memang kena buat, kena hadap sebab kita buat tu demi orang2 yang kita sayang. demi suami demi anak-anak2.

selain dari ganjaran dari Allah, kita ni manusia kan. nak jugaklah merasa penghargaan dari orang2 yang kita sayang tu. kita tak expect pon suami kita beli hadiah mahal2 untuk balas, kadang2 tu little things yang remeh2 tu lah yang matters.

little things like - saying thank you, saying please, hugs, smile, etc. free je tak yah bayar pun!

dari anak2 pulak, apalah yang dorang tahu kan kecik lagi. tapi kalau macam aku ni, tiap kali aku rasa susah sikit dalam nak handle eisya, aku akan cakap kat eisya, sya nanti sya besar, mommy dah tua, eisya jaga mommy tau! eisya ingat mommy tau, u don't let me down okay?

eisya bukan faham tapi dia akan cakap, okay! hehe so cute.

kadang2 tu bukan senang kan nak buat semua orang gembira. dahla orang lain kadang2 tak kisah pon kau gembira ke tak. kadang2 aku harap aku ni boleh jadi robot. atau eisya cakap YABAT! ya allah marah betul dia bila aku tak faham yabat tu apa! haha!

anyway, kalau kita boleh jadi robot, kita function as how other people want us to be. kalau orang suruh kerja, kerja. suruh bangun, bangun. orang marah, kutuk, tengking, maki pon kau boleh tak ada perasaan. kan senang kan? tapi hoi elok2 Allah dah jadikan manusia nak jadi yabat pulakkkkk. 

mmh tapi kan, best kalau dapat jadi robot kat office kan. kerjaaaaa je pastu bos maki kau pon kau boleh yes boss. pui!! yes boss boleh belah sekarang! muahahaha ni mode dendam dengan boss tak habis2. :p

kadang2 jugak untuk sedapkan hati dan muhasabah diri, bila Allah bagi kesusahan sikit, aku akan cakap kat diri sendiri, nak tunggu pahala dari amal ibadah aku ni dah memang ciput kan. so Allah bagi perkara2 macam ni - dugaan, tanggungjawab, kesusahan untuk aku deal with. dan Allah tu tak kan bagi sesuatu yang kita tak mampu nak tanggung kan? so kalau dapat apa2 dugaan atau kepayahan yang kau rasa macam ya allah peritnya! maknanya tu Allah cakap kau tu lebih kuat dari yang kau tahu. 

dan lagi satu jangan sesekali anggap tanggungjawab tu sebagai beban. never ever.

fikir je kadang2 kita rasa life kita ni gila tak best. tapi mungkin ada jugak orang yang rasa nak jadi macam kita. maka hargailah apa yang ada depan mata ni sebelum terlambat.


wah macam ustajah la pulakkkk.

saja je nak remind diri sendiri sebab diri ini pon selalu rapuh hehehe.

anyway... lepas kahwin memang banyak menda yang kita kena korbankan. banyak sangat. kalau rasa diri tu belum ready, tak apa take your time. kalau rasa dah ready then all the best. tak payahlah kita nak compare2 life kita masa sebelum kahwin dan selepas. sebab memang akan lain pon. kalau rasa nak enjoy single aje. tak yah kahwin lah senang cerita ok?

tapi emak2 ni kan, bising2 je tapi mesti last2 cakap--- after all shits i am going through, i look into my children's eyes and i dont mind doing all these for the rest of my life! 

haih hati perempuan sangat........  but i know ini memang berbaloi2. insya allah.....

okay bye!