mata duitan

Thursday, April 26, 2012

chadelea=santapan diraja


kalau dalam satu kawasan ada aku dan orang lain dan nyamuk. orang yang paling banyak kena gigit nyamuk adalah aku.

kini tidak lagi. para nyamuk durjana sekarang sudah bertukar selera kepada insan yang lebih muda. yelah mak dah kertu noks. tak laku dah.

darah eisya adelea memang nyamuk suka. kejap aje dah berbintat2 badan dia. dulu kejap aje hilang parut. tapi sekarang, belum sempat hilang dah kena hisap lagi darahnya. pastu dia garu terbaik punya sampai darah2 dan lama2 berparut dan lama untuk hilang.

kedua2 belah kaki tangan. memang emak eisya stress u ols.

paed cha cakap kena letak lotion yang stop dia from garu2. aku pun belilah ISB cream. tak jalan. in fact her skin condition getting worse. rasanya cha memang tak sesuai pakai moogoo punya range. milkwash dia pon sekarang mommy yang pakai. sekarang cha kembali kepada bubchen. masa newborn sampai 10m, cha pakai baby wash buds. dia tak ada eczema tapi kulit dia sensitif huhu. kalau pakai anakku ke pureen ke apa ke memang tak boleh. so hadiah2 orang tu semua mommy abiskan. T__T

lepas itu, emak eisya punyalah marah diri sendiri sebab tak aware yang wujudnya lotion untuk elakkan nyamuk hinggap kepada bayinya. setelah kawan2 kat facebook yang promote menda ni barulah daku ketahuan.

maka lepas itu, papa telah membelikan eisya mozzie clear lotion from buds organic. 

bau dia macam serai wangi. ada lagi few brands yang kawan2 recommend - pureen rekito dan johnson's baby punya. tapi tak jumpa (rush masa pegi OU) so grab aje ni.

lepas tu beli macam serai wangi tu. apa tah nama dia i lupa la u ols. tapi dia dalam bekas air freshener. memang bau serai wangi gak. letak dekat2 dengan cha masa dodo. kalau pasang ubat nyamuk (elektrik) tu, tak nampak pun  nyamuk2 yang tewas. tapi dengan menggunakan serai wangi ini, memang nampak nyamuk 4-5 ekor tumpas di lantai. rasakan kau!


then finally we beli vit e essence untuk hilangkan parut. pharmacist recommend ini. paed pon cakap boleh cuba pakaikan apa2 vit e essence oil. creme i tak berani pulak. tapi pharmacist tu kata, oil essence lagi cepat. dah ini selamat untuk baby sebab dia natural aje. tapi ini bukan je untuk scar tapi untuk anti aging haha. kang mommy nak curik pakai sikit boleh tak cha? :p

sianlah cha. kadang time dia gatal tu, dia amik tube creme dia tu suruh sapu kat tempat gatal. tau dia menda tu untuk ease her gatal2.

harap2 segala usaha mommy papa untuk menyelesaikan masalah cha dengan nyamuk ini berhasil! tokmi dah bising suruh bawak pergi jumpa pakar kulit. huhu. perlu ke? tengoklah cemana cha.

u ols doakan kulit cha cantik kembali.

on another side kan korang, i fikir2 balik. anak i kena serangan nyamuk pon i stress macam ni. apetah lagi u ols mommies yang ada baby yang ada eczema! kadang menitik air mata tengok gambar baby dorang. :'(

mari doa semua bayi2 sihat2 semua! dan doalah supaya jangan nyamuk2 jahat yang bawak penyakit yang geget cha! mintak jauh!

ok dah. tu aje babai!




Thursday, April 19, 2012

14 months baby


selamat menjadi 14 bulan anakku!

sudah laju berjalan. berlari belum terer tapi memang suka berlari terkedek2, suka dikejar.


 

suka tengok apa2 rancangan sukan. nanti cakap kunggg (means goal!) angkat dedua tangan dan cakap yishhhh! (yes! siap gaya tangan lagi)

 kungggggg!

remote control memang dia punya!

she is such a copy cat. yelah at this stage dia akan tiru apa2 sahaja kita buat dan ajar kan. ajar sekali terus tiru kalau dia berkenan tu. papa pulak ajar korek hidung. bila i marah, dia kata. ok apa takkan kita nak korekkan. tak muat ok jari kita. tu eisya korek dapat gak hasilnya.

T____T
whateverrrr


 merajuk dengan mommy.

 
pasni mommy tanak bagi straw dah. cant stop drinking!

sudah pandai tantrum depan public. wah kemain lagi jeritan batin dia kalau tak dapat apa dia nak. selalu nak bebas la. or suap makanan sendiri. lagi suka berjalan2 dari dok stroller diam2. kena umpan makanan baru dok diam2 kat stroller tu.

buah memang favourite. kena sorok sebab cant stop eating haha. tapi tiba2 sekarang ni tak suka buah yang ada bijik halus macam kiwi dan dragon fruit. current obssesion adalah mango and strawberry and orange and guava. eh semualah suka.

 

nasi lembik, bubur tak mau dah. nasi butir2 yang dia suka. paling suka sekarang makan lauk ikan bakar dan masak lemak sayur kan. memang dia letak muka dia kat pinggan, mulut penuh pun suruh suap lagi. pasta dah slow sekarang. 

tengok apa2 lauk semua dia kata pish (fish). tapi dia panggil chicken kokkk (sebab bunyi kok kokk kokk!)

tengok dog ke cat ke dia buat bunyi decit2 macam kita panggil kucing tu. tapi piglet dalam buku pun dia buat camtu. hahaha



 tak abis2 jaw drop.

dia tak takut kucing. suka gila nak peluk lagi. kucing yang takut dia sebab dia jerit excited tengok cat. lalu cat lari. T___T

kalau suruh urut, dia memang urut, ketuk2 tapi sekarang siap sendawa. AKKK. sebab tokmi kan jenis sendawa kalau diurut. so dia ketuk lutut tokmi dan cakap AKKK AKKK. selagi tak sendawa tu dia macam tak puas hati je. haha.

minat sangat dengan kain. kalau kat mall suka betul dia masuk kedai baju. cepat2 lari ke tempat kain yang lipat tu. dengan serta merta nak tarik satu2.

 
rajin kan tolong mommy

 
see? pantang dia tengok yang cantik2 lipat ni


adik aku kalau suruh jaga eisya mesti dia kata penatnya. restless budak ni. sebab tu berat tak naik banyak kot. tapi ke memang dia jenis macam ni. tapi memang sentiasa peluh2. sebab tu salu topless haha. adoi non stop dia melasak. 

takpela asal cha sihat. mommy okay aje.tapi kasihan orang yang jaga dia. hehe.

 
 suka panjat

 panjat tokmi

sekarang ni dia pandai mintak apa yang dia nak. kalau lapar dia cakap mamam, kalau susu kungkung la kan. so tokmi cakap kalau dia bangun tidur kena tanya dia dulu nak kungkung ke nak mamam. sebab kadang walau dah timing dia mamam, tapi dia tanak lagi mamam, nak kungkung aje or water (terr dia panggil) dia tak makanlah nanti.

adoi kadang2 tokmi lagi tau cha boleh buat apa, pandai apa. jeles mommy. yelah mommy main dengan cha berapa jam aje. pastu tidur. kadang cha kalau baru pandai something, aku cerita kat ummy, dia cakap. aah cha memang camtu. selalu je dengan ummy camtu.

fine T___T

okaylah tu aje nak cerita. 14m dah anakku. lagi 10 bulan aje nak 2 tahun.

janganlah laju sangatttttt













Wednesday, April 18, 2012

kahwin pilihan siapa?

tadi kat HotFM ada cerita pasal kahwin pilihan sendiri atau pilihan keluarga.

membuatkan aku teringat kenangan zaman lampau dulu. eceh lampau. kertu sangat aku ni.

aku kenal laki aku ni masa pindah sekolah kat JB. masa tu form 5. awal2 dia cuba nak tackle aku, aku tak layan. not my tastelah! dahla classmate. ape kelasss. hahaa.

pastu aku kan budak baru. ala2 hot stuff gitu. haha muntah pegi muntah. yela ramai la kan orang nak masuk line kengkononnya. last2 kapel dengan sorang ni nama tipah. hihih. pastu ala banyaklah drama swastanya. dengan ariff ni konon2 tak puas hati la apala. eii tah apa2. gedik je. patut tumpukan aje ke spm. ngengada semua orang.

tetiba tahun 2003, masa aku kat UM laki aku kat Bangi. jumpa balik saja nak lepak2. tiba2 je lama2 tu. cemana tah dia meluahkan hati perasaan kat aku. dah kenapa kan. ish ingat balik rasa nak lempang aje laki aku haha. sebab dia tak give up langsung sampai asik call aje. annoying! sampai aku suruh kawan aku angkat telefon cakap aku beraklah mandilah apalah haha. smapai sekarang dia ngungkit pasal ni cakap dia terhegeh2 kat aku dari dulu. haruslah. takkan i nak terhegeh2 kat u?

tah cemana tah tetiba boleh kapel kan. (euw tua2 ni aku geli sikit nak sebut perkataan kapel2. )

pastu pum pam pum pam abah tahu. abah marah. masa kawan2 dia tak marah. tapi tahu kapel, marah. dia tak suka aku kapel masa belajar, tu satu. dan masa tu abah pun tak berkenan kot dengan laki aku ni. mungkin pada dia aku kena kawan dengan orang yang lagi tua dan bukan dari kalangan kawan2 aku sendiri. pulak tu dok dekat2 aje (masa tu aku dok JB)

wah aku sampai bergaduh dengan abah aku. tak pernah2 gaduh dengan mak bapak. ni pasal boyfriend, nak gaduh. serious aku rasa nak lempang diri sendiri bila ingat ni. aku tak balik JB lama tau. kalau call pun cakap dengan ummy je. (sebak pulak aku menaip ni).

last2 aku balik gak lah. cakap dengan abah camtu camtu aje.

pastu masa raya rasanya. salam minta maaf sambil nangis berjurai2 air mata. derhakanya aku...abah pun mata dia bergenang2 air mata.

tapi aku tetap kawan dengan ariff. sampai aku dah kerja, dan kita orang plan nak kahwin. aku takut gila masa ni nak cakap cemana. walaupun aku tengok abah macam dah okay, tapi aku tahu jauh di sudut hati dia, dia masih harapkan aku ubah fikiran. tapi sebab tengok aku bersungguh2 dia pasrah. dan suruh kahwin cepat2.

aku cerita kat ummy aje. ummy pun comfortkan aku, suruh aku solat istikharah dan dia kata ummy abah akan doakan untuk kaklong. no matter what.

to cut short, selamatlah kita orang kahwin. bernikah sehingga sekarang.

aku dulu ingat abah akan tak layan ariff elok2. tapi aku silaplah. baik aje dia layan ariff. tu memang unquestionable. dia anggap ariff ketua keluarga kalau dia tak ada kat rumah, bukan adik2 aku. apa2 hal memang dia akan seek for ariff. legalah aku.

dan dia pun pesan, kena dengar cakap suami. dia yang number satu sekarang. bukan abah ummy lagi. 

tapi aku ni kan manusia lemah. bila mana aku gaduh teruk2 dengan laki aku, mulalah terdetik.. kan bagus kalau aku dengar cakap abah. mulalah rasa menyesal la apa la kan. biasalah setan2 kan banyak.

tapi bila time happy bahagia, aku rasa aku buat keputusan tepat untuk pertahankan apa yang aku nak dalam hidup aku. come on, look at eisya. kalau aku tak degil macam tu. eisya tak wujud :p bukan sebab eisya ajelah. sebab dia sendiri. ala ni time sweet2 la kan. time menyampah tu macam2 pulak kan haha. biasa la tuu

so kalau kau tanya aku, mana lebih elok? aku rasa ni semua rezeki masing2. ada orang kahwin pilhan keluarga tapi tak bahagia sebab tak serasi langsung. ada orang pilihan sendiri tapi tak bahagia jugak. yela weh. zaman kapel dengan kahwin lain ok lain! ni aku cerita nanti ok.

pada aku, pilihlah pasangan yang baik dan direstui keluarga. terutamanya ibu bapa. doa ibu bapa tu sangat2 penting. tu salah satu penentu kebahagiaan dan keberkatan hidup.kalau ibu bapa bagi pendapat tu jangan belakangkan sebab dorang memang tahu! 


sampai sekarang aku kalau nak buat apa2, mesti call ummy, sms ummy minta doakan. be it just a presentation at work. cakap pukul berapa nak kena buat, doakan please ummy. masa zaman sekolah pun, ummy akan sembahyang hajat untuk aku ikut time aku exam. means aku tengah jawab exam n ummy solat hajat. arwah nenek aku pun. harap2 aku punboleh buat the same thing untuk anak2 aku nanti, amin.

kalau kita ni ada apa2 kesempitan, minta aje mak kita doakan. tak pun ayah kita. mudah mudahan...

anyway, memang hak seorang ayah untuk menentukan jodoh anak dia. janganlah deny hak dia. tapi ayah pun tak boleh berlaku kejamlah kan. yang kat paper tu sampai nak ugut bunuh? uuu takutnya.

bila aku tanya laki aku pasal apa yang abah buat kat aku - tak bagi kapel. tak bagi dating, macam2lah. tetiba laki aku kata, dia pun akan buat menda yang sama kat eisya. dia akan tapis betul2 pasangan eisya.

haha see! see!

yelah aku pun rasa camtu. eisya nanti tak payah kapel2lah. buang masa aje. nanti mommy cari jodoh for you. terus kahwin. hahahahah! 

semoga eisya nanti jumpa jodoh yang baik, alim dan budiman. amin...

for my hubby, hunny just harap b tak sia siakan hunny aje. after all what we have been through, ups and downs. let's make this worth it.

ps:sayang abah sangat2. tapi kalau abah quit smoking lagi sayang gila2. sekian.


Monday, April 16, 2012

cha delea di janda baik

ni first timelah eisya merasa air terjun. months back, i cakap kalau eisya dah pandai jalan, nak bawak pergi pantai. tapi till now belum ada kesempatan nak pergi. huhu nanti eh cha.

ni sebenarnya ikut gang basikal tokbah. they ride pastu ada BBQ kat Janda Baik ni. ummy ajak teman dia, so ikut aje la.

mula2 aje nampak sungai, eisya tunjuk2 pish pish (fish). pastu kalau bawak dekat punya excited kan macam nak terjun aje.

budak2 pon ramai. sukalah dia. QAQAQQQQ dia panggil semua orang. kadang2 aje panggil abang.

wearing baby beehinds diaper 




 tokmi riba baby ni. cepat2 dia datang dok atas riba tokmi

 dah lama cha tak mam baby biscuit. orang bagi, mommy ok aje asalkan baby food. :)

 
sebab eisya macam over aje tengok orang mandi, kitaorang pon nak rendam dia lah.

papa yang bawak dulu. tapi tak berjaya.


 sejuk gila kot air dia. hahaha! 

so mommy had to went in. kasi dia main2 dengan batu sungai tu. campak2. tiba2 dia tak sedar dah rendam sampai lutut. then letak kat pelampung ni. dia baring2. letak sebelah budak kicik sorang ni. dia sukalah gelak2 tengok budak tu beraksi.

then i pun cepat2 naik nak amik camera. tiba2 dah macam ni.






 hahah fail la papa ni. so lepas tu cha terus naik. kalau kat pool kat rumah tu tak apa je sampai kecut tangan. tapi ni air sungai kan. memang sejukkkkk. masa ni baru pukul 10am. hehe. next timela ya cha.

  she wont stop eating. i memang pegi mana2 bawak fruits cut utk bekal dia. sampai i kena sorok container tu sebab dia asik nak mam buah aje. 

 

pastu dia penat gila lalu pingsan. hehe. ah last weekend memang penat gila. patut balik JB last week. tapi papa eisya berjanji palsu aje.

okaylah u ols. tu aje i nak cerita.

tata!

Monday, April 2, 2012

deco deco deco

eceh tajuk macam kau da deco je kan. walhal tak pun. haha.

okay saja je tengah nak cari ilham cemana nak deco deco rumah ni. sebenarnya kasi buang masa je nak fikir2 sebab kuasa veto kat tangan orang tu. i cakap semualah dia kata tak lawa. dia punya paling besh. tapi i dont care. i akan bersuara demi hak i. eh tetiba kan. haha!

beli magazine macam2. belum apa2 dah bercanggah pendapat. haha. 

yela semalam masa pakdi tu datang nak repair pipe tu tetiba dia kata kat pakdi dia nak buat wall separator tu pakai half glass and half kayu ke apa? i was like. eh sejak bila pulak kita bersetuju yang sedemikian. masa dia tengah cakap dengan pakdi tu, dia pandang i and i buat muka tak puas hati. tapi ada dia kisah? nan ado. haha. takpela bukan nak buat sekarang pun so i let him berimaginasi dululah.

pasal meja makan pun sama. we pegi SSF semalam dan dia tunjuk 1 meja makan ni dan dia cakap nak ni nak ni nak ni. i said tanak tanak tanak. hahahaha. tapi ni i dah beralah la. biarlah dia nak tu. i pilih kerusi.

memang camtu pon sekarang ni. seb dua2 takde duit lagi takdela tiba2 kang beli pastu sorang lagi sakit hati sebab tak berkenan hahahah.

tv rack pon sama. dia fikir nak menda yang senang dia nak bersihkan. nak mop lantai senang. sebab laki mak ni jenis kalau vacuum ke mop ke dia akan angkat semua furniture alih2. so kalau furniture tu berat dia ada sikit bebel. pastu kan dia angkat tu bukan dia reti nak kemas balik. makk jugak. haha. tapi dia rajinla kot kerja2 mop ni. kat rumah kita orang memang dia je buat. i masak je. jaga cha. tolong2 sket je bab kemas. helo barang tak ada senangla keja ngemop kan haha. pastu cha buat sepah, makan sepah2. tak apa, papa mop balik. wah wah.


sekarang ni rumah kita orang hanya ada TV, tilam je (nasib tilam setap. cha siap guling2 hentak2 kaki lagi). lain2 tak ada. haha. mesin basuh i ada kat rumah ummy. tak pindahkan lagi. peti sejuk pun tak beli lagi. dok pakai bekas polistrin tu haha. isi ais banyak2. dapur ada. barang2 masak memang banyak, hadiah kawen. lain2 adalah single bed, double decker bed, drawer, baby cot cha. hahaha. bosan kan? orang datang tidur atas toto je buat masa ni. heeeee.

hubby dah bising sebab i asik shopping cloth diaper. so okay pas sampai itti bitti from UK ni nak focus ke barang rumah balik dan kasut . eh tetiba kan.

yelaa asik barang eisya je. i memang tak ada baju baru. kasut pun dah buruk. tsk tsk.

terima kasih kepada abah kerana telah mensponsor langsir rumah kami. heeee. sayang abah!!!!

ni few pictures of the kosong house. ada gambar lama, yang masa langsir belum pasang. 
 cha mam atas lantai je.

 living hall (masa belum pasang langsir) ok masa design plaster ceiling pon kemain gado laki bini. 
 tv rack belum ada. kasi gantung je dulu tv. bagus gak. cha xde sibuk2 nak pegi tengok dekat2. tapi mendongakk je dia haha kelakar.
 ni pun gambar lama. tu kat situ ha nak buat wall separator. nak design cemana tak tau. eisya asik panjat2 je sini.
 ok tu gmbr langsir secara tak jelasnya. hihi. kat ruang patut ada sofa tu da jadi playyard eisya. 

ni gambar dapur. gambar lama. dapur pun tak ada lagi masa ni. barang2 pon tak keluarkan lagi. ayo duit takde lagi nak buat kitchen cabinet. heeeeee. 

belah kanan belakang tu, lorong ke tempat mesin basuh. dan pintu belakang. 
 dry kitchen
wet kitchen. sini letak dapur. tempat masak2.

ikutkan hati nak cat semua2 bilik tapi laterla. hehe. sikit2 kumpul duit dan beli barang. tak ada ke contest untuk hias2 rumah nii? serious aku nak masuk. ahhaaaaahhaa!

nak free aje.

okay nak berangan japppp