mata duitan

Monday, April 2, 2012

deco deco deco

eceh tajuk macam kau da deco je kan. walhal tak pun. haha.

okay saja je tengah nak cari ilham cemana nak deco deco rumah ni. sebenarnya kasi buang masa je nak fikir2 sebab kuasa veto kat tangan orang tu. i cakap semualah dia kata tak lawa. dia punya paling besh. tapi i dont care. i akan bersuara demi hak i. eh tetiba kan. haha!

beli magazine macam2. belum apa2 dah bercanggah pendapat. haha. 

yela semalam masa pakdi tu datang nak repair pipe tu tetiba dia kata kat pakdi dia nak buat wall separator tu pakai half glass and half kayu ke apa? i was like. eh sejak bila pulak kita bersetuju yang sedemikian. masa dia tengah cakap dengan pakdi tu, dia pandang i and i buat muka tak puas hati. tapi ada dia kisah? nan ado. haha. takpela bukan nak buat sekarang pun so i let him berimaginasi dululah.

pasal meja makan pun sama. we pegi SSF semalam dan dia tunjuk 1 meja makan ni dan dia cakap nak ni nak ni nak ni. i said tanak tanak tanak. hahahaha. tapi ni i dah beralah la. biarlah dia nak tu. i pilih kerusi.

memang camtu pon sekarang ni. seb dua2 takde duit lagi takdela tiba2 kang beli pastu sorang lagi sakit hati sebab tak berkenan hahahah.

tv rack pon sama. dia fikir nak menda yang senang dia nak bersihkan. nak mop lantai senang. sebab laki mak ni jenis kalau vacuum ke mop ke dia akan angkat semua furniture alih2. so kalau furniture tu berat dia ada sikit bebel. pastu kan dia angkat tu bukan dia reti nak kemas balik. makk jugak. haha. tapi dia rajinla kot kerja2 mop ni. kat rumah kita orang memang dia je buat. i masak je. jaga cha. tolong2 sket je bab kemas. helo barang tak ada senangla keja ngemop kan haha. pastu cha buat sepah, makan sepah2. tak apa, papa mop balik. wah wah.


sekarang ni rumah kita orang hanya ada TV, tilam je (nasib tilam setap. cha siap guling2 hentak2 kaki lagi). lain2 tak ada. haha. mesin basuh i ada kat rumah ummy. tak pindahkan lagi. peti sejuk pun tak beli lagi. dok pakai bekas polistrin tu haha. isi ais banyak2. dapur ada. barang2 masak memang banyak, hadiah kawen. lain2 adalah single bed, double decker bed, drawer, baby cot cha. hahaha. bosan kan? orang datang tidur atas toto je buat masa ni. heeeee.

hubby dah bising sebab i asik shopping cloth diaper. so okay pas sampai itti bitti from UK ni nak focus ke barang rumah balik dan kasut . eh tetiba kan.

yelaa asik barang eisya je. i memang tak ada baju baru. kasut pun dah buruk. tsk tsk.

terima kasih kepada abah kerana telah mensponsor langsir rumah kami. heeee. sayang abah!!!!

ni few pictures of the kosong house. ada gambar lama, yang masa langsir belum pasang. 
 cha mam atas lantai je.

 living hall (masa belum pasang langsir) ok masa design plaster ceiling pon kemain gado laki bini. 
 tv rack belum ada. kasi gantung je dulu tv. bagus gak. cha xde sibuk2 nak pegi tengok dekat2. tapi mendongakk je dia haha kelakar.
 ni pun gambar lama. tu kat situ ha nak buat wall separator. nak design cemana tak tau. eisya asik panjat2 je sini.
 ok tu gmbr langsir secara tak jelasnya. hihi. kat ruang patut ada sofa tu da jadi playyard eisya. 

ni gambar dapur. gambar lama. dapur pun tak ada lagi masa ni. barang2 pon tak keluarkan lagi. ayo duit takde lagi nak buat kitchen cabinet. heeeeee. 

belah kanan belakang tu, lorong ke tempat mesin basuh. dan pintu belakang. 
 dry kitchen
wet kitchen. sini letak dapur. tempat masak2.

ikutkan hati nak cat semua2 bilik tapi laterla. hehe. sikit2 kumpul duit dan beli barang. tak ada ke contest untuk hias2 rumah nii? serious aku nak masuk. ahhaaaaahhaa!

nak free aje.

okay nak berangan japppp


13 comments:

iza.rahman said...

ederq, cantek nye rumah awakkk! :)
spacious gila!
nice plaster ceiling!
cantekkk!

:)

ederq said...

haha. thanks. kosong lagila iza. :)

M.U.M.M.Y M.I.Q.H.A.E.L said...

ida..

gado2 pun very the nice plaster ceiling taw..hahha

dulu beli rumah ni bape ye? ni at alam budiman kan?

ederq said...

ha seb gado. kalau tak, plain aje laki mak design hihih.
masa beli almost 290k aje. skrg dah 400k++. aah alam budiman.

NURUL JAMIAN said...

bestnya deco2 ederq

sally said...

bestnye umh ederq besaq siok222..ntah bilelah dpt rase umh ats tanah ni..tp mmg besar umh awak

Darling Aween said...

walapun bak kata sis ape pun takde lagi..tapi design rumah ni mmg awn suka...cantik okeey..please upload gmbar lain lg tentang rumah =)

zaza iman said...

wa...suka lah zaza tgk rumah mcm ni..kat mana ya...mcm nak suggest je kt someone tgl kt sini..apa nm tempat dia ye..

yaNa said...

syok weh echa main guling umah beso gnie..
moga2 murah rezeki kowg nnt..
acara pemanasan umah jgn lupa ajak aku eh..
bleh jalan2 umah meeza gak.. ;)

ederq said...

ala sebab xde barang tu nmpk luas. biasa ahe ni standard rumah teres biasa je hhaha.
zaza, ni kat alam budiman shah alam

iDz aUra said...

beshnye umah ederq.besar giler hall die.boleh cha man larik2 nyorok2 ngan mommy kot..hihi..:)

fara kertina waty said...

ida...lawa gilak ba rumah ida ni..
adui..kalo kakak disana boleh jejalan tgk rumah ida..best o..rumah baru ida best!!!

ederq said...

kak fara, ya ba. datangla. nak tido pon boleh baaa tapi atas toto aje takpe ke hehe