mata duitan

Thursday, March 29, 2012

tips anak cirit birit

hi u ols,

apa kabar? anak2 sihat? ramai betul budak sakit sekarang. we blame the weather, the virus. semualah huhu.

anak i baru je baik sakit2. demam dan cirit birit. tak taulah what went wrong. but it lasted for few days lah. alhamdulillah now she's recovering.

meh meh ahkak nak cerita tips dia berdasarkan pengalaman ahkak. yela ni first time eisya berry2. dia tak amik rotavirus vaccine before ni sebab masa tu dah terlambat. so i was a bit worried if she kena rotavirus. ok tips!!
 
KEBERSIHAN

lepas handle poo poo dia/sental cloth diaper, kita kena basuh tangan bersih2. i basuh 3kali. 3kali with anti bacterial sabun dan sekali with normal hand soap. yeah, i'm anal like that. asingkan tuala lap lepas berak dengan tuala lepas mandi. okay maybe just me.


KEEP HYDRATED

penting ni. kalau tak nanti sure kena drip air. so bagi dia minum air, dan kalau dr prescribe smecta, kasi setiap kali lepas mentahi. alhamdulillah eisya masa sakit tu, dia tak selera makan tapi air dia minum, susu minum (breastmilk only). air barli pon dia minum dan membantu sejukkan badan.

BRAT DIET?

well it is a good practice kalau kita lebihkan BRAT diet dalam pemakanan dia. (BRAT - banana, rice, applesauce and toast) tapi penting juga untuk memberinya nutrien yang secukupnya sebab dia asik kehilangan banyak nutrient dan air semasa proses mentahi. makanan BRAT ni selalunya mengandungi banyak potassium makanya ia akan membantu untuk mengeraskan najis.

my paed advised me to feed eisya macam baisa walaupun buah-buahan. i cakap takut lawas, dia kata lawas tak apa, yang kita risau dia cirit birit. so i pun lepas tu masak macam biasalah untuk cha delea. tapi tak ada la pulak tetiba nak kasi makanan yang kita tahu dia akan mentahi dengan jayanya kan seperti oat, prune, papaya dan pear.


PROBIOTIC

dr ada bagi probiotic capsules ni. ini penting untuk membantu usus dia. probiotic ni ada bakteria baik untuk bantu ketidakselesaan perut, tak kira sembelit ataupun cirit birit. selain dari capsules ni, boleh bagi makan yogurt. kalau boleh full fat, natural yogurt. farm fresh ler tewww. tapi eisya sungguh kasihan. abis stok farm fresh so i amik je yang natural yogurt tapi low fat. tak apalah asalkan yogurt. emergency punya pasal. i'm glad she loves yogurt.

selain yogurt, boleh cari sumber probiotic food lain. macam tempe. haa tak pernah bagi eisya tempe lagi. tapi tak leh gorenglah. abis sume termati. :p

ATTENTION

bayi sakit memang manja kededek. eisya active masa sakit. so kerisauan tu tak sangat. cuma ada time malam2 dia tak selesa sebab demam, dia memang nak melepek aje kat kita. i had to dodoi her dukung sampai tidur, pastu dia tanak baring so i tidur duduk, pastu da lama sikit, i baring with her on my tummy.

okay la tu aje tipsnya.

eisya punya demam dan cirit tu lasted for more than 4 days. dr kata kalau sebab virus memang normal kalau sampai 2 weeks berry2. tapi demam tu kena monitor tak boleh lebih dari 5days. 

punca eisya sakit ni i pun tak tahu kenapa. mula2 i ingat sebab orange. pastu sebab kulit orange. pastu tahla tak tau kalau ada sapa2 terbawak balik virus ke apa ke. tah lah kan. it must something, somewhere.

and the last thing you want to do when your child is sick is exposing her to outside environment. nak bawak pegi mall ke, zoo ke apa ke. tunggulah dia sihat. i personally dislike tengok budak2 yang kepala dia ada coolfever tapi makpak bawak jenjalan kat mall, budak tu melepek kat stroller. the very the kesian u ols. they need rest.

sebab eisya nampak active je, so hubby ajak kuar masa dia sakit. i tanak. eisya masih lemah masa tu. dia nampak sihat tapi dalam dia tengah lawan kuman2. soooo, dok rumah jer lerrrrr.

okay harap eisya is fully recovered lah. ni gambar budak budak mentahi cair 5-7kali sehari sehingga pingsan mommy nak basuh cloth diaper beliau. dah slim sikit dia.

oh yes, she walks now. lesen L :)
 kocak2 ni pon dia hepi semacam :)

 ni my cat dari zaman U, umy simpan, bagi cha main. so ni dia punya favourite sekarang. panggil cat, QEHH pastu aawww pastu tedt tedt (cemana nak eja bunyi kita decit2 panggil kucing tu)

 okay ni masa sakit. tiba2 bangun cari mommy. dan landing atas tangan mommy
 
 suka sangat masuk bilik ni, nak kacau ayahsu




 masa ni sakit tapi selera makan ada ok sket. sambil jalan2 makan. 



 tengah nyanyi2 aaaa ooo aaaa


 kat hospital, main cak2 dengan aunty belakang. ayahsu tengah dodo.paksa dia bangun, teman
 

okay dah sihat, alhamdulillah. ketawa terkekek2. gambar last ni macam muka i kan kan kan kannnn



1 comment:

Anonymous said...

tips terbaik mummy.seronoknya tgk eisya dah boleh jalan.bestnyaaaa