mata duitan

Wednesday, May 29, 2013

for husbands

i am almost 7m pregnant.

i am hormonal.

i am bitchy.

i am tired.

i am ugly.

i am frustrated.

i feel sorry for the baby,if ever she feels the same. i am a bad mom i know.so sorry.

i was browsing and found this blog.
almost a dad

i thought that works for first time dad only. but anyway,every man with expecting partner should read it.

women have gone through a lot so they have every right to be bitchy.

at some point.

urgh.whatever.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, May 27, 2013

wedding iwan

hai.

seronoknya cuti sekolah kan. 2weeks kan. jalan tak jem akak suka uols!

fewh akak adalah penat mengerah tenaga untuk majlis bertandang adikku ini. sekarang haji mat danial n hajah pah ada 2 menantu dah. dedua orang johor. hehe.

besh rupanya kenduri kat rumah yeh. dulu akak kat dewan tak merasa meriah camtu. dedua pihak pulak tu. nantila kita cerita okay pasal majlis tu. alhamdulillah all went well.

berfungsi sebagai floor manager gitu. jalan merentas 8 khemah, panas and hugely pregnant, pakai heels pulak tu hahaha. lagi 1week++ je nak 7m dah. 2days before majlis pon abah dah buatkan sekali solat hajat and doa selamat sempena 7m adik cha dalam perut mommy. semoga selamat semuanya.

barulah tau kan dulu orang lain penat2 cemana untuk majlis kita kan. i will never ever forget jasa uols kat kaklong yeh!

orang dok tanya, eh relax mak buyong. jalan pelan pelan. tapi tak rasa pon penat masa tu. malam tu amik kau sengal pangkal peha semua hahaha. malam pulak cha amok tanak tidur bilik uncle dia. yela bilik mommy dah guna untuk bilik perantin. hehe tak pe cha kita kasi pinjam sekejap aje. raja sehari je kan. dua hari ok bye! hahaha jahat tak kak ipar kau ni faezah. kikiki. taklah akak ok je. :p


okay this is us on the day. nantilah akak compile gambar2 semua. tak banyak gambar perantins pon kat phone. biasalah tu akak tu kalau cakap nanti, compile gambar tu mesti tabur janji dicapati la tu. tak payah nak berharap sangat. eh eh siapa tah menaruh harapan kau jangan nak perasan sangat.

okaylah bye tu je.

huu bosan ni tak sabar nak balik rumah! ok byeeeeeeee

Friday, May 17, 2013

sembang

hai korang.

alahai ada lagi ke orang baca blog ni? sekarang orang dah tak blog2 sangat kot eh. banyak sangat social medianya. mana satu nak update pon tak tau. kenapa nak kena update pon tak tau hahaha. whatevssss.

okaylah mari bebel ok. dah memang hobi akak yeh.

sekarang ni dah 26 weeks pregnant. alhamdulillah. sihat walafiat. baby pon ok. makan selera umak aiii. kikiki. dulu berat masa tunggu hari eisya adalah 64kg. sekarang at 26weeks dah 62kg! tapi pre-pregnancy weight masa preggie second ni 60kg. so i naik 2kg je sepanjang 26weeks. hahaha acah mak enon!

padahal masa mabuk turun sampai 55kg pastu naik naik naik lalalalalalaa.

tak kisahlah. i makan je apa nak makan. nanti pas pantang stress kan tak leh nak makan itu ini. nanti kita juicing, exercise, diet healthily ok? jangan sembang je ederq! aku pang kang.

mengidam pon tak ada yang pelik2. paling2 teringin pun hari tu jela nak makan ketam gemuk. tapi yang dapat takdela gemuk sangat tapi sedap. alhamdulillah.

pregnant kali ni tak ada banyak ragam ngada2 ke apa. tapi dugaan tu tetap adalah. biasalah tu. kita amik positif je. jangan terlalu fikir. nak puaskan hati semua orang memang mustahil. there are some things are within our control. some are not. so nak buat acane. akak pasrah je lah yeh. 

eisya pulak being cheeky, macam biasa. dia dah faham dah ada adik dalam perut mommy. suka mintak nak cakap dengan adik, nak gosok adik. tapi tapi. bila je papa cakap dengan adik. dia terus merajuk. tunduk. muka masam.

papa tanak cakap denan adik! papa janan kiss adik! papa shayang eisya je.

alololo. masa papa dia amik dia lepas dia cakap tu, terus dia peluk papa dia. aiayayaya. cemana ni belum lagi adik keluar ni. hehe. normal la tu kan. nanti eisya mesti jadi kakak yang baik punya :)


oh ya. minggu depan adikku punya majlis bertandang. busy busy busy. lepas wedding ni lah nak focus kat apa2 yang patut. baby's preparation, gentle birth class, me time, our house. etc etc etc. 




ok korang. selamat berhujung minggu. tata!!!


Thursday, May 9, 2013

maid

sorry to bore you with this long post.

okaylah mari hari ini kita cerita pasal maid. since aku ada maid ramai jugaklah tanya cemana itu ini kan.

well pada aku, terpulang masing2lah cemana kau nak layan maid korang. konsep aku senang aje. maid tu manusia. pembantu kita. bukan kuli. buat baik sesama manusia. doa hati dia Allah jaga betul2 jangan kabur, bak kata maid aku. dan selebihnya serahkan kepada Allah. kalau dia OK, alhamdulillah. kalau buat baik pon dia tak OK, tak kenang jasa anggap tu bukan rezeki kitalah.

tujuan aku amik maid mula2 adalah untuk jaga Eisya. memanglah orang kata, ala setakat jaga anak seorang kena bayar RM600. baik hantar daycare kan. alahai kalau korang tahu betapa letih aku dan laki aku cari the best daycare kat area rumah aku tu. dan betapa letih aku nak ulang alik Shah Alam- Sg Buloh ke rumah ummy semata2 nak hantar Eisya. pastu lepas kerja kena balik Shah Alam balik. fewh!

berapa kali gaduh dengan laki pon tak tahulah pasal sapa nak jaga anak ni. sebab dia cerewet pasal sapa yang nak jaga. tapi tak kasi solution! haha! memang jiwa kacau ok masa tu.

memanglah ummy tak kisah dah cucu dia kan. tapi akulah yang kisah. ummy tu ada jugak nak join pergi tazkirah kat surau ke apa2 siang2 hari tu. nak jugak rest. memang dia tak pernah merungut tapi sebagai anak, aku fahamlah kan. sekarang ni aku tengok baru dia dapat join. 

so last resort, amik maid! doa lah banyak2 dapat maid yang baik. susah nak katalah kan manusia ni baik ke jahat mana kita tahu. awal2 baik lama2 jahat ke apa ke memang bukan kerja kita nak jadi nujum nak ramal. lagi sekali kita hanya boleh berhati2, beringat dan berdoa dan selebihnya serah pada Allah.

so now, Watiah dah kerja dengan kita orang lebih 5 bulan. Alhamdulillah so far ok. nak kata perfect tu tak adalah. mana ada orang perfect kan. kau perfect ke? tak, kan? eisya dengan dia pun ok. pasal kerja rumah, mana2 yang aku tak puas hati aku terus tegur. so dia take note and next time dia buat better. kadang2 nak tegur apa2 aku suruh laki aku je tegur sebab dia takut dengan arep. aku dah pesan dia, apa2 nak cakap, cakap je. dan tak semestinya aku sentiasa akan setuju dengan dia kan. walaupun dia lagi tua dari aku, aku nak dia hormat aku dan aku boleh tegur dia bila aku rasa perlu. lagipon aku ni dah memang jenis camni. aku nak tegur/marah aku cakap direct. cakap belakang tak ada guna kan.

aku selalu ingatkan dia tujuan dia datang sini nak cari duit untuk keluarga. ingat Allah selalu tengok dia. solat jangan tinggal. jangan mudah terpengaruh dengan orang luar. kalau nak berhenti kerja, bincang elok2. jangan lari.

so adalah perkara yang kita kena tolak ansur. dan perikemanusian.

my wise ummy selalu pesan. 'dia tu pembantu rumah. yang sepatut manage rumah tu kak long. mana yang boleh buat sendiri, buat. dia hanya bantu sahaja. jangan fikir dah bayar gaji dia banyak tu, nak suruh dia buat semua sekali. jangan kedekut. niat sedekah je apa2 kita bagi dia, doa dia lembut hati. nanti Allah balas.'

So my way, sebulan sekali, dia cuti weekend. dia balik rumah sedara dia kat kuang nun. dia kata, kalau aku hantar rumah mak aku pon tak apa. dia cuti situ. pada dia, cuti jaga eisya je lah. sebab kerja rumah dia still buat kat rumah mak aku. ummy tak suruh pon dia yang cari kerja apa yang boleh buat. tak reti dok diam. kadang2 dia yang mintak nak kemas itu ini time boring.

so okaylah kan. tak yah nak suruh2. tapi ummy pon bukan jenis amik kesempatan. dia tak kasi wati iron baju dia/abah. sebab dia kata tu maid kaklong. kemas rumah pon da cukup bagus kata dia. dulu pon masa tak ada maid kadang2 aku amik wiken maid bersihkan rumah ummy sebab manalah ummy larat nak spring clean kan. aku pon kadang ada kadang tak ada. so ni dah ada maid, bolehlah tolong2.

aku tengok dia pon tak berkira buat kerja, so kenapa aku nak berkira dengan dia kan. alhamdulillah jugak laki aku bukan jenis kedekut tak tentu pasal.

i don't let her cook. tolong2 kat dapur tu ye lah. eisya's food, our family food aku yang masak. kalau aku penat, laki beli kat kedai. laki pon cakap tanak makan maid masak. (walaupon bini dia bukan reti masak mana pon kan haha).

so dia masak untuk diri dia time aku keja je. kalau pergi jalan2, most of the time bawak je. aku tanya dia nak makan apa, nak minum apa. let her choose. tak kisah kedai mana pon. kat hotel pon aku kasi je dia makan. aku tak sanggup kot nak biar dia tengok je kita makan sedap2.

handphone. ni dia dah ada masa awal2 kerja lagi. ramai suruh aku rampas. haih aku pon dilemma. so aku cakap terus terang kat dia. apa concern aku kalau dia ada telefon. tapi aku still perlu call dia time aku kerja kan nak tahu eisya cemana semua. so give and take and again, serah kat Allah.

kalau aku ada kat rumah, seboleh2 aku nak urus eisya sendiri. kalau aku masak, aku akan panas hati kalau laki aku tengok tv je tak jaga eisya. haha. yelah aku panas hati tengok eisya main dengan bibik je kan. baik dia tolong aku kat dapur. eisya mainlah dengan papa.

so memang aku soundlah laki aku kan. tapi yelah eisya ni kadang dia tahu dengan bibik dia boleh ngada2 so dia kalau nak ngada2 dia cari bibik lah. geram jugak budak ni. sekarang kalau marah sikit, terus cari bibik. bibik tak berani marah dia kan. ikutttt aje. tu pon aku sound jugak wati jangan manjakan sangat. dia kata takut eisya nangis.

alahai. susah betul. tapi aku biar jelah daripada orang cubit anak aku kan. nauzubillah. oh ye, masa awal2 kerja aku dah cakap wati, jangan sesekali pukul anak aku. kalau aku dapat tahu, kiteorang belasah dia cukup2.

so far aku tengok, eisya okay dengan dia, so aku tak adalah saspek bukan2. eisya pon caring kat bibik. kalau dia tengah makan, dia ajak bibik makan jugak. tanya bibik dah makan ke? kalau bibik cakap belum, dia cakap bibik lapar tak? so aku rasa cara kita treat bibik pon reflect kat anak kita nanti. so tunjuk je contoh baik.

tapi eisya kadang2 ada gak perangai ngada2 dia. kalau aku ada, kemain ngada2 lagi dengan bibik, nak marah ke nak manja ke. tapi kalau aku tak ada dia baik je. ummy pon cakap memang camtu perangai eisya dari kecik. hari tu papa dia MC sebab demam teruk. tak leh rehat papa dia sebab dia ngada2 nak papa dukunglah ajak jalanlah. pastu merajuk dengan mommy sebab papa cuti tapi mommy tak cuti. ayayayaiiii.

paling penting. aku tak nak anak aku lemak even ada maid. tak nak dia malas. dia nanti wajib tahu kemas katil sendiri, kemas bilik, iron baju sendiri dan semua survival skill asas termasuk cuci toilet! lepas makan, cuci pinggan sendiri. jangan sebab ada maid, nak lemak2 semua menda tak reti nak buat. tak kisahlah kau lelaki ke perempuan. kalau pemalas hangit pengotor, orang menyampah tahu? nasiblah dapat mak cerewet camni nakkk.

lagi 3 bulan, adik eisya pulak lahir, insya allah. so nanti bibik kena jaga 2 budak. harap ok2 sajalah! aku selalu cakap, anak first priority. rumah sepah dengan toys tak apa asal jangan kotor. sebab dulu dia selalu cepat2 kemas yang eisya main. eisya bengang je haha.

so sukahati koranglah cemana korang nak treat maid korang. ada orang buat kuli betul goyang kaki je. basuh berak anak pon tak mau. anak pon tak pernah tidur dengan mak. maid makan lain2 lauk dengan majikan. siap pinggan asing2. makan dok kat lantai dapur je. kadang2 maid tu dah siap kerja, nak rehat tidur pon tak boleh. haih. macam2lah kan cara korang. tu suka hati korang.

maid pon boleh tahan macam2 perangai kan. ada yang tak kenang budi. tak sedar dek untung. dera budak. mencurik. melawan cakap. lari dengan boypreng. haihhh.  

so aku rasa nasib/rezeki masing2lah menda ni. kita tak tahu apa yang Allah rancang untuk kita. aku pun tak tahu apa nasib aku lepas ni. aku hanya mampu doa aje. sebelum tinggal anak pagi2 tu aku doa, cium kat ubun2 eisya, semoga allah lindung dia dari orang yang niat jahat kat dia. masa masak pon, aku selalu niat, biar dorang yang makan masakan aku ni lembut hati dan takut Allah. wah2 kantoi dah guna2kan orang. bahahaha!

yelah bukan tak ada kan kes maid teruk2 ni. despita kita dah buat baik kat dia. again, bukan kerja kita nak meramal huhu.


aku selalu jugak suruh ummy doa. doa ibu kan makbul. so kita pon dah jadi emak ni cubalah kita cakap menda baik2 je untuk anak kita. cakap banyak kali, kira doa banyak kali jugaklah tu.

ada jugak yang tanya aku kalau boleh tolong carikan maid. dulu aku pernah tolong and now aku malas dah ya. kang kau komplen2 maid itu ini. susahlah aku. aku bukan agent. bukan amik untung pon. nak tolong jadi pening nanti haha.

my blogger friend, diah pon cakap. dia offer kawan2 yang dia rasa akan jadi majikan yang tak berkira je kalau ada maid available.

so kesimpulan, mari kita berbuat baik sesama manusia. dan serah kat Allah selebihnya, OK?