mata duitan

Friday, June 14, 2013

tujuh bebelan

salam jumaat.

ada banyak nak cerita tapi asik masuk draft pastu tak publish2 haha. nantilah. nantilah tu maksudnya janji pelesu.

jom kita main random lagi ok

1.Weaning off

from kungkung mommy. dah 5nights eisya tak minum. not easy i tell u. nanti kita cerita ok. ni tak palsu sebab dah draft and hampir siap pon.

2. Diaper free

time siang. alhamdulillah. dah 2weeks tak pakai diaper siang. nak tidur malam je. tidur siang pon bibik tak pakaikan. awal2 memanglah bocor tapi day 3 ok. cuma tanak dok kat toilet bowl jek. hihi. tapi time dah pakai lampin, kalau dia nak kencing ke berak ke dia kelam kabut. nak jugak pergi toilet. malam lambat sikit kot i nak train sebab nanti kena bangun banyak kali kan nak ajak dia pergi toilet. i is malas lagi u know. :p

3. Gentle birth class

berjaya pujuk laki mak join class ni. chill lah dude. i amik 3hrs of your time every 4 sundays je k. while i do the rest. pregnant, mabuk, beranak, breastfeeding yada yada yadaaa. hehehe. anyway, thanks B. i doakan B terbukak pintu hati nak waterbirth kat rumah kita. HAHAHAH.

currently, we stick to our old O&G and hospital lah cuma kena make sure they will follow our birth plan. kalau sapa2 yang lama baca blog ni ingat kot menda2 yang i tak suka masa lahirkan eisya dulu. anyway, barang lepas usah dikenang.

dan yang paling kita kena ingat, kita ni plan, rancang je macam2. usaha je lah. doa banyak2. pastu tawakal and let God. Dia yang tentukan semua dan tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya kan.

4. Third trimester

30 weeks now. Alhamdulillah. lagi 10 weeks to my EDD. unbelievable. barang2 belum sort. official shopping belum start. unofficial adalah sikit2. hihi.

to be honest, i can't wait to beranak. tapi tengok2 balik video orang beranak. seram lah jugak haha. tapi nak ingat balik sakit dia cemana i lupala cemana sakit dia. tapi sakit ah kan. tatau cemana orang kata beranak macam kentut je haha. or macam nak berak je. oi tapi kalau sembelit pas beranak tu. pastu luka episiotomy lagi. memang sakit woi. aku menangis nak berak okayyyy. beranak pon aku tak menangis. tapi beranak sakit lagi k. eh tahlah. haha rezeki masing2lah tu. doa minta Allah pendekkan masa sakit bersalin, mudahkan semua, sihatkan semua. amin aminnnn.

 saja je letak gambar sya masa baby. agak2 sama tak adik nanti :)
 
5. Questioning Allah

Sorrylah ustajah nak tazkirah sikit. mmh cemana ye. lately ni, ada few kawan2 ustajah. eh kawan i yang single cakap stress dengan orang sekeliling sebab belum kahwin. not just them, orang2 yang belum dapat anak. or even anak sering sakit pun nak blame mak pak je kerjanyee.

orang sekeliling tak habis2 nak tanya, bila? kenapa? apesal kau tak buat itu ini? patutnya kan bla bla bla.... 

macam menda2 tu semua kat tangan kita pulak. yelah orang melayu ni kadang peramah sangat kan kalau borak sure nak tanya menda2 camtu. pastu nak ajar2 kasi tips semua kan. kalau orang tu memang tanya tips tak pe gak. ni kau pandai2 je pegi sound orang tu.

sedar tak sedar orang tu pon naik stress. perhaps kalau sorang dua cakap okay lagi. ni kalau semuaaa orang pon tanyaaaa je. tak ke rimas weh.

dari kau busy body, baik kau tolong doakan je orang tu. aman sikit donia ni. bukan kerja kitalah nak tentukan fate seseorang. kerja Allah semua tu. kerja kita, usaha doa tawakal jek.

6. On the surface

okaylah ni pon bebel gak ni. kadang2 kita tengok life orang tu macam dah complete. macam senang. kita rasa kitalah yang tersusah di dunia.

mmhh. biasalah kan kita manusia. tak boleh lari dah rasa macam tu. tapi janganlah anggap orang yang kita nampak senang, nampak ada semua tu tak diuji Allah. kau mana tahu kan. lagipon kesenangan pon salah satu bentuk ujian jugak. bukan kesusahan je. kalau kita ni hidup asikkk nak compare2 nak lumba2. stress lah jawabnya. nak2 sekarang semua orang rasa dia paling gempak.

kau nak rasa kau gempak sorang2 dah. jangan nak question decision or lifestyle orang lain. just mind your own business.

pastu kan. takyahlah nak pandang rendah kat orang. kita tak tahu rezeki dia. kita tak tahu apa yang Allah rancangkan untuk kita, untuk dia. again, doakan jelah orang. janganlah asik nak cari yang buruk je pasal orang. sangka bagusssss.  

7. Muruku ikan

dey dey dey apa dah bebel tak habis2. okay ni cerita baik. akak ada jual muruku ikan tersedap ok. kalau korang makan kan sure korang rasa tamak tanak share dengan orang sebab sedap sangat. meh order dengan akak. RM15/kg, RM8/500g. murah dek non. lagi murah dari supplier akak jual. haha orang tak biasa meniaga. takpelah saja nak kasi korang makan muruku ikan setap gils ok. cepat order sekarang!!!!!!!!! kawan2 akak, akak dah paksa dah beli. kikikiki.

order sekarang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 

komen kat post ni or email me ok. iedadanial@gmail.com

Friday, June 7, 2013

tujuan hidup

kemain serius tajuk.

kadang aku fikir2 apakah tujuan hidup aku kalau hari2 aku asik long for weekend aje. hari2 bilang hari berapa hari lagi nak weekend.

ah ni semua poyoo! ni semua doniaaa aje!!!

eii whatever betul. kikik

anywayyyy

esokk. cha start swimming class. tak sabar. pastu lupa lak nak test if i still fit the swimming suit haha. kalau tak muat, papa la kena masuk yeh. tapi tak beshla i nak masuk dengan chaaaa. huhu harap muat.

pastu ada few weddings to attend sabtu dan ahad. biasalah tu musim cuti sekolah bermakna musim mengawan kan. orang jemput kita kena pergi yeh.

ahad jugak ada gentle birth class. alhamdulillah akhirnya encik suami ku tersayang akhirnya memaksa diri menjoinkan diri untuk attend ni for 4 consecutive sundays. not easy lah to convince him kan.

actually memanglah niat di hati tu nak try waterbirth, at home. tapi, buat masa ni, ummy and hubby tak setuju. we talked to my gynae, dia tak ada masalah nak waterbirth ke dry birth ke apa ke at home ke. even nak beranak kat hospital dalam ward, nanti diskas birth plan dengan dia cemana. dia pulak semangat dah beli birth stool. hehe. fewh legalah kalau itu macam. doa jela semua smooth kan.

tapi kalau lepas ni tiba2 hubby ajak homebirth haruslah aku paling gumbira hehehehe.

anyway, tak kisahlah. asalkan gentle birth. asalkan selamat. asalkan hubby at my side masa tu.

oi birth plan tak siap2 lagi ni. relax je la kan awal lagi. tapi ingat nak tunjuk dr this coming check up huhu. 

cha sedang potty train sekarang. atas inisiatif bibik. memang ada cicir la kan of course. tapi alhamdulillah these 3 days dia dah reti rasa nak kencing. pastu cepat2 bawak pergi toilet. tapi tanak dok kat bowl tu.

mula2 tanak masuk toilet. cakap ni nak kench tapi tanak toilet. pastu improve - masuk toilet tapi diri. pastu improve tapi cangkung. haha harap pasni duduk kat toilet bowl pulak.

ada orang kata awal lagi nak train. tapi sebab dia sendiri before ni sibuk tanak pakai lampin. tapi bila nak kench je suruh pakaikan. meaning dia tah tau rasa cuma tak ready nak duduk toilet tu kan. takpe slowly la nak.

kalau nanti by the time adik kuar eisya da diaper free, wahh bagus tu nak. takpe mommy tak paksa ok?

my sweethearts muachsss

okay apa kaitan tajuk tujuan hidup kat sini dengan entire post ni kan?

Tuesday, June 4, 2013

oh eisya

i feel so bad of leaving my blog page with very hormonal post like below. hahaha. pardon this pregnant lady yeh.

tapi kan, sometimes memang kena jadi hormonal baru things move. kikiki. 

haiya third trimester is not going to be easy kot. i mengah. i am heavy. sheesshh. i kena make sure next pregnancy kan, i kena 50kg baru get pregnant. kalau sudah gemoks awal2 nanti dah makin berat adalah meletihkan yeh. okay i am aged...

balik kerja, penat travel penat jem kan. sebenarnya rasa all i want to do is sleep and care about nothing. tapi i have husband and daughter to take care kan. so separuh mata terbuka, dengan sakit pinggang gagahkan dirilah. selalu cita2 nak tidur awal tapi lambat jugak jadinya.

okaylah stop whining jom cerita pasal eisya. 

eisya's first times of...

watching movie. we watched epic. tu jela yang okay untuk cha kan. tak kan nak bawak anak kecik tengok movie 18sg kan. tak seswai youu.

actually i pon dah lama gila tak tengok wayang. last masa preggie cha la. pas cha kuar mana ada tengok wayang kan. dating dua orang pon tak ada. yawnnn!

okaylah boleh bawak lagi eisya ni. we had a great time. memang dia banyak tanyala, as expected. bila kita bisik2 suruh cakap pelan2 dia cakapla pelan2 bisik2. kadang terlepas. pastu lama2 dia bosan kejap dia bangun duduk semua. pastu tanya2 lagi haha. tapi ok je overall.

we took couple seat tapi cha kat tengah2 or kat atas riba papa lah kan. mommy n papa nak loving2 pon limited muahahahah. 

macam2lah dia tanya and cakap. dia panggil wayang tu tv besyarrr. 

pastu time dia bosan2 tu --

E: mommy, nak kungkung mommy tak?
M: takyahla sya. kita tengok cerita ni k.
E: mommy mayu (malu) ke?
M: aah mommy malu. 
E: ok. 

10minutes after that.

E: mommy, mommy mayu tak?
M: aah malulahhh. 
E: sya tak mayu pon?
M: takyahla sya. 
E: tapi tutup yampu (lampu) kann?
M: urgh. okay fineeeeee.

so kungkung mommyla kat cinema tu. haha. whatever betul makcik ni. lepas dah abis cerita tu, dia boleh tak nak keluar. nak lari patah balik cakap eisya nak tenok tv besyar lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. kan sebab kat screen tu ada lagi. sebab tu dia nak tengok haha.

ok sya next time mommy belanja wayang lagi ok?

excited hahha. 

baking. we baked choc cake that day. haha mommy ni sengal pegi google easy recipe kan. pastu tak sedap macam selalu buat. kikiki. orang lain xde pon cakap tak sedap. papa dia je cakap haha. sian cha tauuu. :p sebab cha yang buat bukan mommy muahahah.






she loves it lah. mommy will try to spend more time like this ok cha? lately we all been busy kan. tak sempat nak beraktiviti.

lepas ni pon papa tak OS kot. kot lah. tataula jadual papa awak tu kan sya. puasa tak OS kot. bulan 8 lagilah tak OS i is tunggu hari kan.

sometimes masa hubby OS i rasa macam okaylah boleh balik rumah my mom, relax2 tak yah masak, nak pergi kerja tak jem teruk. like hubby said, dia OS i is macam cutilah being a wife haha. tapi bila time anak meragam, rasa bengkekkk je kena deal sorang2 kan. memanglah ada maid and my family around tapi manakan sama kan.

sekarang pon eisya kemain mengada time papa dia ada. semua nak papa buat. mommy of coursela happy sebab dulu2 papa dia suka mengelat. part basuh berak je, kalau i suruh, dia suruh i balik or bibik. i cakap, haaa suruhlaahhhh. nanti esok2 dah tua, berak dalam diaper, anak tak mau basuh nak ke camtu?? sengih2 je dia.

tapi sekarang, eisya dah pandai. nak papa mandikan, nak papa basuh kencing. nak papa wash biyak. everytime like that, mommy cakap -- sya, u r such a good girl! pastu kasik thumbs up kat papa dia. bengkekkk je member hahaa.

eisya jugak dalam phase mencabar kesabaranlah jugak sekarang ni. tak nak mandi, taknak pakai baju, tanak sikat/ikat rambut, tanak minum susu, tanak tido. adaaa je akal dia nak apa2. memang kena banyak2 istifar tahan sabar. kadang2 terlepas gak la nagaan tuuu. pastu biasalah menyesallll. dan dia copy cat sangat k. janganlah kasi dia tengok or dengar menda merepek. sekali je tengok terus pick up and tiru. pergh. lagi sekali parenting skill adalah tercabar cemana nak deal with the situation.

time papa dia ada adalah worst. pagi2 bangun je paksa papa beli nasi lemak or roti canai. ada sehari tu dia bangun lambat and papa dia dah balik beli breakfast. wah apa lagi. terpaksalah keluar lagi beli sekeping lagi roti canai. hew hew hew.

kalau time datang angin dia nak berjalan, haa memang kenalah papa dia bawak pergi jalan. da sampai depan rumah, meraung, eisya tanak balikkkkkkkkkkkkkk. so kena lagi seround dua.

memang suka mengikut. bukan dengan papa jelah. uncle2 dia, my parents. meraung2 ok. semalam masa mandi, dia tengok tokmi tokbah dah lawa2 siap2 nak pergi wedding orang. dia menaruh harapan lah lepas mandi dapat ikut. kejap lagi dah kena tinggal kan. nangis sambil cakap tokbah tokmi tak wait shor (for) meeee.  balik je my parents, tengah2 happy main pon dia ingat je kena tinggal. apa lagiii. marahlah. soo terpaksa jugak tokmi tokbah bawak jalan2. pastu dah sampai depan rumah cakap, sya tanak balikk. sya nak pergi kedai. tokbah beli eshkwimmmmmmmmmmm.

macam2lah dia ni. tapi tak apalah. mommy take it as a challenge lah. be wise on how to deal with things. after all she is such a nice, lovely smart lil girl. the reason we smile everyday. lepas ni ada adik eisya pulak. can't wait pulak i nak tengok dedua ni.

ni sya dgn second cousin dia. dia layan budak2 kecik dari dia baik. comel je tengok dorang. 

okaylah nak berangan sat. hahha.

bye!