mata duitan

Friday, June 14, 2013

tujuh bebelan

salam jumaat.

ada banyak nak cerita tapi asik masuk draft pastu tak publish2 haha. nantilah. nantilah tu maksudnya janji pelesu.

jom kita main random lagi ok

1.Weaning off

from kungkung mommy. dah 5nights eisya tak minum. not easy i tell u. nanti kita cerita ok. ni tak palsu sebab dah draft and hampir siap pon.

2. Diaper free

time siang. alhamdulillah. dah 2weeks tak pakai diaper siang. nak tidur malam je. tidur siang pon bibik tak pakaikan. awal2 memanglah bocor tapi day 3 ok. cuma tanak dok kat toilet bowl jek. hihi. tapi time dah pakai lampin, kalau dia nak kencing ke berak ke dia kelam kabut. nak jugak pergi toilet. malam lambat sikit kot i nak train sebab nanti kena bangun banyak kali kan nak ajak dia pergi toilet. i is malas lagi u know. :p

3. Gentle birth class

berjaya pujuk laki mak join class ni. chill lah dude. i amik 3hrs of your time every 4 sundays je k. while i do the rest. pregnant, mabuk, beranak, breastfeeding yada yada yadaaa. hehehe. anyway, thanks B. i doakan B terbukak pintu hati nak waterbirth kat rumah kita. HAHAHAH.

currently, we stick to our old O&G and hospital lah cuma kena make sure they will follow our birth plan. kalau sapa2 yang lama baca blog ni ingat kot menda2 yang i tak suka masa lahirkan eisya dulu. anyway, barang lepas usah dikenang.

dan yang paling kita kena ingat, kita ni plan, rancang je macam2. usaha je lah. doa banyak2. pastu tawakal and let God. Dia yang tentukan semua dan tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya kan.

4. Third trimester

30 weeks now. Alhamdulillah. lagi 10 weeks to my EDD. unbelievable. barang2 belum sort. official shopping belum start. unofficial adalah sikit2. hihi.

to be honest, i can't wait to beranak. tapi tengok2 balik video orang beranak. seram lah jugak haha. tapi nak ingat balik sakit dia cemana i lupala cemana sakit dia. tapi sakit ah kan. tatau cemana orang kata beranak macam kentut je haha. or macam nak berak je. oi tapi kalau sembelit pas beranak tu. pastu luka episiotomy lagi. memang sakit woi. aku menangis nak berak okayyyy. beranak pon aku tak menangis. tapi beranak sakit lagi k. eh tahlah. haha rezeki masing2lah tu. doa minta Allah pendekkan masa sakit bersalin, mudahkan semua, sihatkan semua. amin aminnnn.

 saja je letak gambar sya masa baby. agak2 sama tak adik nanti :)
 
5. Questioning Allah

Sorrylah ustajah nak tazkirah sikit. mmh cemana ye. lately ni, ada few kawan2 ustajah. eh kawan i yang single cakap stress dengan orang sekeliling sebab belum kahwin. not just them, orang2 yang belum dapat anak. or even anak sering sakit pun nak blame mak pak je kerjanyee.

orang sekeliling tak habis2 nak tanya, bila? kenapa? apesal kau tak buat itu ini? patutnya kan bla bla bla.... 

macam menda2 tu semua kat tangan kita pulak. yelah orang melayu ni kadang peramah sangat kan kalau borak sure nak tanya menda2 camtu. pastu nak ajar2 kasi tips semua kan. kalau orang tu memang tanya tips tak pe gak. ni kau pandai2 je pegi sound orang tu.

sedar tak sedar orang tu pon naik stress. perhaps kalau sorang dua cakap okay lagi. ni kalau semuaaa orang pon tanyaaaa je. tak ke rimas weh.

dari kau busy body, baik kau tolong doakan je orang tu. aman sikit donia ni. bukan kerja kitalah nak tentukan fate seseorang. kerja Allah semua tu. kerja kita, usaha doa tawakal jek.

6. On the surface

okaylah ni pon bebel gak ni. kadang2 kita tengok life orang tu macam dah complete. macam senang. kita rasa kitalah yang tersusah di dunia.

mmhh. biasalah kan kita manusia. tak boleh lari dah rasa macam tu. tapi janganlah anggap orang yang kita nampak senang, nampak ada semua tu tak diuji Allah. kau mana tahu kan. lagipon kesenangan pon salah satu bentuk ujian jugak. bukan kesusahan je. kalau kita ni hidup asikkk nak compare2 nak lumba2. stress lah jawabnya. nak2 sekarang semua orang rasa dia paling gempak.

kau nak rasa kau gempak sorang2 dah. jangan nak question decision or lifestyle orang lain. just mind your own business.

pastu kan. takyahlah nak pandang rendah kat orang. kita tak tahu rezeki dia. kita tak tahu apa yang Allah rancangkan untuk kita, untuk dia. again, doakan jelah orang. janganlah asik nak cari yang buruk je pasal orang. sangka bagusssss.  

7. Muruku ikan

dey dey dey apa dah bebel tak habis2. okay ni cerita baik. akak ada jual muruku ikan tersedap ok. kalau korang makan kan sure korang rasa tamak tanak share dengan orang sebab sedap sangat. meh order dengan akak. RM15/kg, RM8/500g. murah dek non. lagi murah dari supplier akak jual. haha orang tak biasa meniaga. takpelah saja nak kasi korang makan muruku ikan setap gils ok. cepat order sekarang!!!!!!!!! kawan2 akak, akak dah paksa dah beli. kikikiki.

order sekarang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 

komen kat post ni or email me ok. iedadanial@gmail.com

No comments: