assalamualaikum...
kejap je kan masa tiba2 dah 10 hari puasa. hope everyone is having a great, meaningful ramadhan.
i dah 35weeks. puasa was lot easier masa cha dulu masa tu 3months pregnant. sebab dah memang mabuk. tak selera makan. so puasa was not a problem that time. kali ni macam menletihkan jugak dengan tak cukup tidur kan. dah banyak kali tertidur masa drive pagi2. i know i know bahaya sangat. huhu.
i don't know why lah sekarang ni i memang asik nak tidur je haha. penattt sokmo. before ni gejala susah nak tidur. ni gejala suka tidur! kikkiki. but thinking again, ok la kan. nanti ada newborn kembali zombie. lagipun cha sekarang tidur lena sepanjang malam. well most of the time lah. sometimes dia bangun nak air or nak peluk mommy or mengigau! hohh part ngigau tu mmhh mmhh mhh. ikut i la tu kot haha.
eisya sekarang makin manja dengan mommy. tidur pon atas lengan ok. kebas tangan mak nak. kalau tak sentuh kulit masa tidur je kan nanti dia freak out bangun cakap --
nak mommyyyy nak mommyyyy! sekarang bangun tidur je perkataan pertama
nak mommyy nak mommyyyyy. bangun sahur pon nak mommy riba sambil i makan tu, dia tidur atas riba ok. baby sangat.
oh memang pon suka berlakon baby. suka cakap pelat2
baaa takkkk tatakkk neneneneen. suka nangis2 macam baby. suka buat lembik2 badan. suka didodoi. haha macam2 mek cha ni kan.
sekarang ni dia asik pretend play je. kaler2 ke buku2 yang kena tulis2 tak suka sangat. baca okay lagi la tengok gambar semua. kalau bacakan buku kat dia pon dia suka tambah2 cerita. kadang i cerita boleh salah pulak tu. dia siap betulkan ikut imagination dia. hehe.
but she is missing her swimming class so much lah. tiap2 malam before tidur cakap,
mommy eisya nak pergi syuwim eh esyok? alahai nak. tunggu lepas raya la ok. tu pon kalau papa sudi bawak eisya every weekend.
on her adik. mmh. adik is doing fine. cuma she is quite small for her age. maybe sebab puasa ke apa ke tataula. tapi kalau ikut genetic pon my mom delivered all her babies under 3kg. tengok la cemana nanti dik. kalau mommy tak larat memang mommy buka je puasa.
nama dia pon kitaorang tak decide lagi. bila tanya papa dia. dia kata alaaa nanti B fikir fikir penat je nanti mesti hunny jugak yang nak decide. eiiiiiiiiiiiiiii yela kalau tak sedap memanglah kan kalau sedap n bermakna baik2 takpe hehe.
barang baby pon belum 100% complete. huhuh. next weekend kena all out lah.
you guys, please pray that i will deliver this baby masa 39++ before edd yehhh! sebab i nak raya dulu and my edd pulak dr i tak ada kat malaysia hehehe. lagipon lepas cuti raya nak terus sambung maternity leave. malas dahh nak datang kerja ni haa. hope tak bazir sangatlah maternity leave tu. amik 1 week before due. masa cha dulu 2weeks before. and memang boringlah tunggu sebab cha kuar right on her edd kan.
i got a feeling that this baby will come out sooner than her edd tapi please kasi can mommy raya dulu ok? hehehe. masa raya tu i will be 38weeks. fewh!
okaylah tu jela nak cerita. sempena ramadhan ni meh tengok cha buat apa haha.
dia memang sibuk nak baca quran. lepas mommy solat je hulur quran cakap mommy, kita baca syama2. tapi susah ok nak baca dengan dia sebab dia asik nak selak2 page je kan. pasni kena belikan dia quran iqra' ke yang jenis plastik tu kan tak koyak.