mata duitan

Sunday, March 1, 2009

tentang ofy

hari ni aku nak blog pasal ofy yang baru je meninggal few days back.

me n ofy @ bagan lalang

cane nak cite eh.. where to start nih.. mmh tibai je la..

ofy dilahirkan bersama lagi 2 kitties. mak dia aku memang tak kenal pon. tibe je muncul beranak kat depan rumah. so, kita orang bagi mak dia makan sume. tak lama lepas tu, mak dia tak balik2 lagi. and one of the kitties hilang. so tinggal lah si ofy and jebon je. kesian dan comel punya pasal, kita orang adopt dia.

ofy n jebon

memang dari kecik, ofy tak seaktif jebon. asyik sakit-sakit. nak bersihkan diri sendiri pun tak berapa pandai. so, jebon sebagai abang yang baik, selalu tolong ofy. kadang2, bontot ofy pas berak pon jebon jilat.

tapi kalau time makan, jebon selalu buli ofy. berebut-rebut makan. kalau makan separate, dua-dua tanak. nak jugak makan berebut. pulak tu, time makan kena tunggu kat sebelah. belai2 siap. baru nak makan banyak. kalau tak, sikit je makan. ngada2 kan? haih kesayangannn

hugssss

ari tu ofy dah sakit2. dah bagi ubat semua. tapi still lagi sakit. time tu dia constipation tau. pastu taik dia kuar sket2 je. so, aku malasla nak dukung dia. tapi dia asyik nak dukung. so, aku pun lap la buntot dia. bila dah bersih2 semua, barula dukung. last time aku belai dia lame2, petang sabtu. aku n ofy terbongkang tdo depan tv. ofy lena tdo atas dada aku.

time ni dia memang dah tak larat. sakit perut semua. tdo je keje dia. kesian sangat. jebon asik nak wrestle ofy time tu. tapi ofy macam berserah je. tak larat sangat dah nak lawan. memang kena careful time tu sebab jebon tak pernah nak putus asa kacau ofy. kesian ofy takde energy dah.

ingatkan akan ok la pas makan ubat semua. tapi tiba-tiba hilang. risau gila dah time ni. tapi semua terjawab bila jiran aku jumpa ofy dalam enjin skyline dia. kesian gila ofy..aku bila dapat sms abah cakap pasal tu, terus nangis. sampai malam. bila teringat, sebak... betul la kawan2 aku cakap. kucing takkan mati depan tuan dia.

terus rasa nyesal tak belai dia cukup2 time dia sakit... nyesal gila.... ofy, sorry eh.


ofy: oopps! did i just fart??

ofy tekangkangkangkang

jebon pulak. memang nampak la sedih. lonely. time belum jumpe ofy, bila dengar je bunyi kucing kat luar, dia miaw2 suruh ummy bukak pintu. bila die tengok bukan ofy, dia masuk balik. pastu, makan sikit. asyik termenung... dah tanak kuar rumah dah. dok dalam je. sampai ada tebiat baru. nak tdo dalam toilet. apesal tah. sian jebon....

kalau before ni, aku n aiman seronok buli jebon. jebon kan playful, hyper. sorang2 pun, boleh galak melompat2 tak tentu pasal. entertaining. tapi jebon ni, dia bukan suka kalau lama2 kita belai dia. dia rimas. kejap2 ok.

ofy jenis yang manja suka dibelai and tak la playful sangat. asik nak pow2 je. sekarang, ofy dah takde. so aku n aiman da nekad tanak buli jebon dah. kite orang akan manjakan dia macam mana kita orang manjakan ofy dulu.

so, aku tak kan paksa jebon lompat dari tempat tinggi, lambung2 dia, aku takkan kacau jebon tido, paksa dia kejar ribbon yang diikat kat ekor dia (eh tapi ni bagus untuk kesihatan la jeb) dan lain-lain lagi la... ok jeb? deal! hah? ape??? nak tuna more often? yela2.. ok2..

yela jebon. nak tdo atas kaki kak long sampai kak long numb pon takpe. ok?

note1: aku dah tanak dah bela guinea pig. life span pendek. nanti tak larat nak sedih2. pastu aku ada jebon. tak boleh kot kan? takut jebon makan dia. pastu, ummy tak bagi sebab dia geli. huh. penatnya study, survey guinea pig. :(

note2: aku tanak replacement ofy lagi (buat masa sekarang)

note3: ofy dan jebon kucing kutip je. ada orang kata takdela comel pon. better bela kucing parsi sume2 tu. ya, memang dorang kucing kutip. tapi aku sayang dorang. macam family aku sendiri. faham?

note4: aku rindu ofy. rindu nak letak dia atas dada. pastu ofy selit kat leher aku, sambil terbongkang. macam kat bawah ni.

...........................................ofy............................

8 comments:

derqdnl said...

aku crop gmbr2 tu, pastu mls nk crop balik. huduh dah dgn space putih2 tu. lantakla

d.O.n.A.t said...

sedih baca pasal ofy. aku pun ada kucing (Chiko) jugak kt kg. kucing dtg umah jugak. memula tu mak aku nak buang (dia x suka kucing) tp sbb anak buah aku umo br 1 thn ms jupe Chiko masa tu. dah suka main2 then terus claim tu kucing dia.

mak aku x jadi buang (dia pun dah syg kt Chiko).. sampai skg ada. manja2 tp suka menggigit. skg bunting and tgh tunggu masa beranak je. sian tgk dia tgh bunting nmpk x larat. tp still menggigit kejenya..

sedih woo kalo kucing kesayangan mati.. aku penah ngamuk gila la sbb kucing aku kena langgar tp ms aku darjah 2. sampai skg aku banned takmo jd doktor sbb doktor yg langgar kucing aku.hahaha

derqdnl said...

sama dgn mak aku. dulu dia xsuka kucing sebab takot berak sepah. tapi skang, dia sayang gila kucing. huhu..

kau jaga chiko baik2! esp babies dia.

kak mas said...

salam takziah.

aku xpenah bela koceng.. sbb famili aku tak ske.

tp kalau pi umah org yg ada koceng, aku slalu nak belai2 ganas.. hahaha

skrg ni yg dibela kat umah aku tu adalah ikan dan kura2.. tp da banyak gak yg mati.. tak larat tgk mak bapak aku sedih, so stiap kali ada yg mati, sure ganti baru cepat2.. hehehe

skian!

derqdnl said...

kak mas, ikan n kura2 xleh belai2 la. hihi..

dulu ieda ada 2 kura2 kecil name marcos n maritza. mati sbb adik jemur dia tengah panas lama sangat. die lupa.

huhu

mie@nis said...

artikel ni memang 'touching' smpai satu tahap macam bukan baca artikel pasal kematian pet plak.anyway kitorang suami isteri pun nk kongsi ksedihan ko,tp kitorng mmg x bela kucing coz ada allergic.Lgpun takut nanti Qaseh buli kucing plak.

mie@nis said...

artikel ni memang 'touching' smpai satu tahap macam bukan baca artikel pasal kematian pet plak.anyway kitorang suami isteri pun nk kongsi ksedihan ko,tp kitorng mmg x bela kucing coz ada allergic.Lgpun takut nanti Qaseh buli kucing plak.

.:pUbLiC_eNeMy:. said...

sungguh menyayat hati..adusss.. :(