mata duitan

Tuesday, December 27, 2011

am a fussy mommy? so what?!

ada banyak sebab kenapa ibu bapa jaga pemakanan anak2. bukan saja2. makanya orang lain sila jangan pandai2 nak suap anak orang boleh tak? especially makanan yang dia belum boleh makan. tak kira sikit ke banyak ke, nak bagi rasa ke, dia macam nak rasa ke. tak payahlah susah2. suap mulut sendiri je. #maksentap!
that was my FB status sometime ago. alahai memang banyak reaction lepas tu. aku tuju kat kazen aku kak je, a new mom to twins babies (boys)! tapi macam2 pulak lepas tu. ada pulak yang datang confessed pernah bagi cha rasa jugak before ni. hehe.

ok apa je yang disuap oleh kazen ku itu? kentang rebus je. tapi bukan JE sebab dia taruk secubit garam di dalamnya. tu je yang aku jumped! dan dengan harapan aku bagitahu dia aku tak suka dia buat macam tu so lepas ni dia tak buat lagi. garam garam takmaulah. lagipun pernah sebelum ni cubaan2 dia nak suap eisya tu terhalang oleh ku sebab masa tu aku ada. so perlu lah aku marah sikit masa lepas tau pasal kentang tu. kalau takat cakap jangan lah awakkk. jangannn. jadi lagi kang aku yang sentap!

aku memang jenis macam tu lah. tak ada talam2 ni. tak puas hati cakap direct to her face dan esok aku boleh gelak2 senyum2 tolong urut2 dia semua. gua tak ada hal ok. talam talam ni yang aku lemah sebenarnya.

ada pulak kawan ku (sorry dude :p) kata camni lah lebih kurang:

aku dah tengok 9 orang anak buah aku. dah aku perhatikan anak2 yang mak dia kontrol2 tu lah yang paling tak berjaya dan yang tak kontrol tu ok.

gulp! mak sentap lagi!

aku tahu sangat2 orang akan label aku fussy mommy, suka kontrol, terlalu menjaga dan sebagainyalah kan. ikut koranglah nak kata apa pun. i do what i have to do. apa2 pun nanti yang menanggungnya kita.

walaupun kadang2 tu memang kena pejam sebelah mata jela perkara2 yang kita tak suka tapi kenalah ingat kita tak boleh nak kawal semua. contoh: kau beriya basuh tangan before pegang baby bila balik dari mana2 tapi orang lain balik2 je terkam cha. T___T adik2 aku dah selalu kena marah dah pasal ni. haha!

kalau kat luar pulak, dengan asap rokok orang2 ni haih rimas akulah! aku selalu nak tutupkan hidung cha. tapi cha pulak tak leh nafas nanti haha. ada hari tu aku makan kat satu tempat ni. open area tapi kat dalam tau bukan kat luar. budak ni isap rokok just nice belakang aku dan cha. sepoi2 bahasa asap rokok menerjah sistem paru2 aku ni. aku dah rasa amukan puaka di dalam hati. tapi baik2 aku cakap kat dia, adik, boleh tak adik smoke jauh sikit. akak ada baby ni. sian dia. dan aku senyum.

pastu budak tu cakap ohhh sori kakk! lalu beralih ke tempat lain. dan of course aku cakap terima kasih lepas tu.

aku tak boleh terima ada bapak2 ni bawak baby pakai carrier konon cool sangat pastu kepol2 asap rokok. heyyyy aku rasa nak flying kick okeh! kau nak isap rokok gua tak ada hal ok. tapi janganlah suruh anak kau hisap sekali! dahlah passive smoker lagi risky dari kau yang smoker tu! eiiiiiii



dan aku rasa aku bukanlah sampai tahap nak kawal semuanya. jatuh sikit tak boleh, kotor sikit tak boleh, calar sikit tak boleh, kasar sikit tak boleh. lembik ler anak aku macam tu!

insya allah i will know the limit. i'm trying the best for my baby and i hope others pon boleh tolong beri kerjasama or at least have some respect. tu je ok tu je. is it too much to ask for?

kemonlahhh!

note: my kazen kak je tu masa dia preggie she has no idea on how worry a mom can be, how motherhood is like. i think masa tu dia rasa her pregnancy was a total burden. she waited for 5 years and she had a very traumatic pregnancy experience. sangat kesian. my nenek sedara even suggest suruh gugurkan aje sebab dia terlalu banyak sakit.

but after dia deliver her twins i can sense that now she feels it. she was on her tears bila dengar cerita eisya speechless masa pick up aku kat airport, balik dari china tu. when eisya said nothing but hugged me thightly. seriously she was on tears. so, kesimpulannya? be in my shoes then u will know how it feels like.

of emak

lepas subuh hari sabtu tu, kita orang sambung dodo. tiba2 dalam pukul 8 tu biras ku call. katanya ambulans dah amik emak (MIL) dan orw to hospital.

aku tak terkata apa. terus kejut B cakap jom balik JB sekarang! mak sakit!

terkejutlah dia kan. aku dah terketar2 jugak masa tu. yang laki aku lagi relax dari aku. aku yang bising2 kat dia suruh cepat. haih!

siap2 semua lepas tu kita orang pon sampai JB. kat hospital, mak tengah tidur masa tu. lega tengok dia dah nampak ok.

tapi mak macam kuat je. asyik kata mak tak ada apa mak ok. tapi tula BP and gula dia tinggi masa mula2 warded tu.

alhamdulillah after few days dah stabil dan dapat discharge.

masa mak warded, eisya tak dapat naik tengok nenek sebab memang policy hospital kerajaan rasanya budak bawah 12yo tak boleh masuk. banyak kuman kan. so eisya pun tunggu kat bawah. situ ada ramai budak2. eisya pon sibuk panggil. qaqaq (kakak) or apang (abang) sambil hulur2 tangan. hihi

nasib tengahari nenek dah sihat sikit, boleh jalan so nenek turun bawah.

cha tunjuk bakatlah apa lagi.

cha exercise (goyang tangan kiri kanan depan belakang), cha doa (tadah tangan), cha solat (angkat takbir), kiss nenek, cakap telefon (letak tangan kat telinga, ooo?) cakap kakak (yay! another new word. macam burung dia kata qaqaq!)


huh! lega aku all well now. mak please, take care of yourself. huhu. risau.we love you mak!


 cha tengah doakan nenek
 alololo
:)

Wednesday, December 21, 2011

kahwin

aku dah berhadapan dengan ramai orang single yang melihat perkahwinan ni sesuatu yang menakutkan, merugikan dan tak besh. most of them are guys.

all women will end up demanding for things that husband can't afford


you will get bored and find other entertainment outside


you wont have any freedom/leisure anymore


you will lose all your friends


you will end up unhappy/stress/divorce

those are just some of the perception doranglah. banyakk lagi.

alahai. cemana nak cakap eh. sebenarnya ini semua bergantung kepada kita bagaimana kita nak corakkan perkahwinan kita. dan juga bergantung kepada nasib. kadang2 dah try the best tapi pasangan tak beri kerjasama. so, susahlah nak cakap.

aku baru kahwin 2 tahun, dan apa yang aku hadapi dan punyai sekarang adalah tak sama macam yang aku expect masa zaman bercinta. haha!

harus diingat kepada mereka yang sedang asyik dilamun cinta, life lepas kahwin seronok tu seronok tapi lebih banyak perkara serious yang kena fikir dan buat. kalau tak kena cara - stress lalu gaduh lalu tak happy. dan bersedialah untuk terima kenyataan pasangan kita atau kita sendiri pon, perangai masing2 masa kapel, masa mula2 kahwin masa dah lama sikit kahwin adalah berbeza ya. hehe.

dan memang betul bila kahwin ada banyak perkara yang kita selalu buat masa kahwin tu dah limited. but they this is life. kalau kau tak kahwin kau tak dapat rasa apa nikmat berkahwin, nikmat berkeluarga semua2 tu. so life is like that. you cant have it all.

komitmen pun satu hal. duit is a big thing! janganlah kata cinta akan membawa kita ke syurga dan membahagiakan kita. sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup. dah dah dahh! wake up now! money is not everything but everyhting is money!!

apa2 pun pada aku yang paling penting dalam sesebuah perkahwinan adalah, toleransi dan ability untuk menerima pasangan kita seadanya dan komunikasi. tak lupa jugak asas agama yang kuat. tu penting ya.

kalau nak kata masa berkahwin tu semua happy je tu tak la. ada lah pasang surutnya. biasalah kan. time happy tu appreciate every moment. masa down, masa tu mungkin sebab allah nak kita lebih ingat dia. dan lebih mematangkan kita.

cakap pasal matang ni, dulu awal2 kahwin aku ni mudah sentap. sensitif. suka merajuk dan dipujuk. awal2 kahwin pun laki mak rajin nak pujuk. sekarang? time mood baik oklah nak pujuk. salah timing jangan harap ok. kena marah balik lagi ada. mula2 kena marah pun sentap. sekarang kena marah? well i dah alah bisa tegal biasa. haha! tapi janganlah take for granted kan. mentang2 i dah biasa you nak asik marah2? no no no no. nehi nehi nehi

trust pun penting. sebab once broken dah tiada guna lagi u ols.

aku doakan u ols berbahagia dengan rumah tangga masing2 ya. dan kepada u ols yang masih mencari. relax! ada sebab kenapa tuhan lambatkan jodoh. mana tahu crown prince of johor nak masuk meminang? ehhh tu fazura punya :p

acah je. hehe. lebih baik kahwin lambat dari dapat pasangan entah apa2. 

lebih baik juga single dari dapat pasangan entah apa2. 

tapi please janganlah melihat perkahwinan itu sesuatu yang susah atau mentakutkan. besh je ok :)

okay? so chill! tuhan itu maha adil.

Monday, December 19, 2011

sepuluh bulan!

10? wait wait slow down please. cepatnya!

tadi baru realise yang hari ni dah 19hb dan terus rasa bersalah sebab tak masak apa2 special pun untuk eisya hari ni. sorry bucuk mommy.

okay anak dara daku dah berumur 10 bulan. makin lasak makin cerdik makin macam2.

last week first time out station - pergi china (guangzhou and shanghai) - tinggal eisya for 3hari 2 malam. kejap je tapi aku rasa macam aku away from her like for a month! haha! over kan.

eisya siang2 ok mula2 maybe dia ingat petang nanti mommy balik la kan. kejap lagi nak tidur malam tuuu punya meragam. dia tanak dengan sapa2 dah kecuali papa dia. dia tanak botol. dia cari mommy - abububu dia kata.
gambar papa MMS mommy. after puas nangis and papa dodoi. eisya dodo with baju bucuk mommy.


lepas tu papa dia dodoi lama2 tu baru dodo. malam2 pulak bila tersedar nak susu, meraung2 hentak dan sental kaki. yela kan kalau ada mommy, hekk sikit je terus dapat susu. tak payah buka mata pun. buka2 mulut je mommy sua. ni tokmi kasi air masak dulu then tokmi kena prepare susu dulu. apa lagi kan amarahlah dia.

sekarang cha dah pandai marah orang. HEHHH dia kata kadang siap dengan tangan. ishhhh garangnya! tokbah baru tau cucu dia dah pandai sental kaki masa marah. oh ya cha tido dengan tokmi and tokbah masa mommy tak da. papa tido mati kot penat sangat kerja. pukul 2pagi tokmi bangun nak cek cha tengok cha dah kat hujung katil. hampir jatuh. ya eisya memang tidur lasak. sedar2 kaki dia kat perut kita, kepala kat lutut. memang tak leh tido matila mommy ni. kena cek2.

so all and all eisya tak berapa ok pun masa kena tinggal. dia okay masa orang main2 dengan dia. tapi time susu dia amok. siang2 pon dia pernah buat hal tanak botol. maka kurang minum susu tokmi kata. dahla siap selak baju tokmi nak nenen. haha! masa dia amok2 tu adik aku sajes bawak eisya ke rumah kazen aku yang baru deliver baby suruh nenen. hahaha yela tu.
pumping in nursing room at Pudong Airport. hijau tu baju bucuk cha :)

aku kat sana pun pam mana sempat jela. dalam van, dalam flight, dalam nursing room kat airport. kat hotel buat power pumping. tapi ada time terlalu bengkak dan susu macam merajuk tak keluar. first night aku bangun pam. dahla tak lena tidur sebab rindu cha. second night aku demam so tidur lena sikit lepas tu tak bangun pam sebab aku mimpi ada hantu kat toilet. haha!

dan nak bawak susu balik KL pun satu hal. kat Baiyun Airport, Guangzhou aku disuruh buang susu. aku tanakla kan. colleagues aku explain la bla bla si ryan siap buat hand gesture perah tetek pehal hahaha. custom tu bau satu2 botol. cis. pastu lepas. then kat shanghai (Pudong Airport) aku dah terpisah dengan colleagues cina aku. so terpaksalah explain sendiri dan aku cakap english dia cakap cina. kena pegi situ sini kaunter dan aku insist tanak xray susu tapi aku suruh dia xray cooler bag je (tq mira pinjamkan). japgi sorang custom ni - what? milk? drink drink. can not bring!

aku terus berdrama kat situ.  whattt? noo! i'm not gnna drink my milk. this is for my baby! other airports no problem. u check! check my milk. scan this bag. no no! no xray milk!

cong cheng cong chenggg sambil bau2 susu aku tiap2 botol  last2 lepas sebab aku buat muka nak nangis gitu. haha! alhamdulillah!

tak sempat nak shopping pun since we all pegi kat factories aje. rural area. rasa bersalah kat cha sebab tak beli apa2 pun for her. should have grabbed that panda. masa tu aku jiwa kacau pasal susu dan tak sabar je nak pergi boarding gate haha kemenda tah!

masa touch down, colleague aku tak bagi balik lagi sebab dia nak beli alcohol so nak tumpang la kan. ahh! sorry! arak2 aku tak campur. laki and anak aku dah tunggu ni. babai lah ok!

masa aku arrive kat KLIA, cha n papa n aiman jemput aku. bila cha tengok je aku, dia tengok and speechless and muka terharu dan tertunduk sipu2 kenapa tah. aku dukung dia then dia lentok kepala kat bahu and peluk aku kuat2. dia genggam bahu aku. masa kat kereta pun macam tu. haha. dia macam tak percaya kot.

pastu aku nenen dia. muka dia macam besh sangat je haha.

lepas2 tu dia fobia sangat takut kena tinggal. aku bangun nak basuh tangan pun meraunggg je. nak berkepit je. mommy balik terus sombong dengan orang lain. tapi ada time dia macam asik nak papa je. paa apaa paaaa je dia kata. nak pakai baju, nak papa kat sebelah, nak makan nak papa ada. before ni tak pun. ewah2 nak protes la tu kat mommy eh. papa awak OS awak tak kisah pun kan. tapi mommy OS nak majuk2 eh.

so eisya dah 10 bulan pun. lagi 2 bulan dah 1yo. ni progress beliau:

  1. dah rajin merangkak. tak main engsot2 sangat dah. tapi still tak suka sebab sakit lutut kot?
  2. asik nak berdiri tapi belum betul2 stabil. ari tu dia diri dan berjalan ke arah mommy for 2-3 steps je belum balance haha
  3. cepat tiru orang/ikut apa orang ajar. sekarang suruh solat - Allahuakbar nanti dia letak tangan dua2 kat telinga pastu letak kat perut. hihi ni tokmi ajar masa mommy g china. pastu ari tu tiba2 dia tiru aku tengah cakap fon. dia amik BB dan letak kat telinga sambil lentok2 kepala. sekarang kalau kata helo, eisya ada? nanti dia genggam tangan, letak kat telinga, lentok kepala dan kata aaa, oooo? haha sumpah geram ok. rasa nak makan mulut dia tu.
  4. kalau kita nyanyi if you happy and you know it nanti cepat2 dia clap. sangat suka clap yang pernah masa tidur, pejam mata japgi clap2 pastu tidur balik. kadang nangis pun clap2.
  5. pandai kiss orang. kalau dia rasa loving, tak payah mintak pun nanti dia kiss tapi dia bukak mulut so konfem muka kita basah dengan air liur dia. haha sib mulut awak wangi. 
  6. dah tak perlu blend halus makanan dia. aku lecek2 je. tapi ada perkara yang masih blend - pasta sauce yang ada daging ke apa2 yang aku rasa dia susah nak gigit. kalau food tu dia suka, dia akan duduk kat kita dan akan datang minta lagi. kalau tak berapa nak suka, kita kena kejar dia dan konon2 orang lain makan makanan dia. tapi dia bukan kedekut so dia tak kisah pon orang makan. hehe
  7. tau cakap papa, bird (bbbeergghh), bye (baaahh), abah, (aabbbaaahh) abang (aabbpaang), baby(baabyyhhh) tapi semua tu tak clear pun. macam struggle nak sebut. papa je clear hahha. dan dia senang nak belajar yang B n P words je. bila nak mamama mimimi cha?

tak apa lah cha. no hurry. mommy saje je. sebab mommy bengang tengok muka papa bangga semacam bila cha panggil papa. pfftt
mommy papa eisya.

Tuesday, December 13, 2011

dua

alhamdulillah we have survived for 2 years now. hehe.

happy anniversary my dear hubby.

may allah bless us. may we love each other, stronger everyday.

and i must say, this tiny little baby has brighten our marriage to the max. she is our everything. and this tiny little baby has thought us so many things in this life.

and she has made us put her at very first in whatever we do or decide to do.

b, i love you. 


eisya, mommy papa love you so much. thank you so much. 

oh by the way sya, please call mommy fast. mommy got jealous everytime you look at papa, with your bright eyes, beaming and called pa-pa everytime. this is mommy. not abubuu ok? maaaaammmmiiii! say it! :p







ps: hehe this was in my draft last week tak publish. haha.

Wednesday, December 7, 2011

Bamboolite Giveaway

i am all crazy about cloth diapering my baby. but sebab banyak sangat commitment sekarang, pengumpulan CD dah jadi slow.

walaubagaimanaponnn, i still look around dan kadang2 tersangkutt jugak. oh tidak!

marilah kita semua sama2 join ini giveaway dengan harapan dapat menjadi emak yang bertuah untuk dapat hadiah CD besh dari Bamboolite!

go here - http://www.bamboolite.com/giveaway.htm

kemon mommies. kemon!


Monday, December 5, 2011

awesome random

ececeh awesome ke? sebenarnya tu tajuk lagu Yuna. haha. okay peeps. let's go random.

 Rumah kami

rumah sudah siap. alhamdulillah. puas hati la jugak hasil kerjanya. *happy*happy*lompat*lompat*

tinggal nak touch up sikit2 je. dan pakdi kata cuci rumah excluded. hey dulu kata include? cis. kalau upah orang kena dalam RM300 dia cuci semua. aku rasa macam mahallah! aku rasa nak upah pekerja India cousin aku si Kodiyappan tu jelah. tengok cemana laki mak kata apa.




Anniversary 

Our anniversary is coming soon. hari tu kan orang tu suruh aku listkan wishlist. kejap lagi kan dia bertindak veto beli dah hadiah. nak tau hadiah apa. tilam. romantik kannn? haha! aku dah berangan2 je nak beli apa je kan. fine lah tilam pun tilam lah. dia pergi sorang2 beli kat Dreamland warehouse sale last week. katanya harga drop up to 70% u ols.

aku cakap dia, kalau dia bagi tilam aku nak bagi dia vacuum cleanerlah. sebab nak suruh dia rajin bersihkan rumah nanti kan. berguling2 dia cakap tanak tanak. T___T yes he really did guling2. well baby, i'm still expecting you will be a lil bit more romantic when our anniversary comes. janganlah harapkan hadiah tilam tu je. lalalalaa

Eisya

ini budak kecil kan. suka ajuk orang sekarang. kelakar ok. dia punya favourite sekarang - tiru orang bersin or batuk. mula2 ummy kata eisya sesema. aku pun dah pelik. bila masa pulak dia sesema kan. yelah asik bersin je tu.

la ni dia tirula ummy. bukan betul2. haha since then semua orang rasa lawak kalau dia tiru orang bersin. bila suruh je, sya bersin sya. then dia siap tutup mata, tertunduk kepala ke bawah dan kadang2 tangan dua2 terangkat, aaachihh. geram tak? haha.

dulu dia memang kenal orang tapi tak kisah je dengan siapa2. sekarang dah pandai pilih. kalau tokbah baru balik kerja, tapi tak dukung dia, akan menangis sekuat hati. nakk jugak suruh dukung bawak jalan2 kat luar jap. kalau tokbah nak pergi surau pun nak ikut. ish ishhh.

dengan aku tak payahlah cakap. tiap2 pagi nangis nak ikut pergi kerja. kalau time dia tanak orang lain tu. dia akan berpaut kat baju aku tanak lepas. nangis. tapi kalau kita tak ada dia ok je.

dulu masa eisya selalu nangis masa dia colic aku dah risau kalau dia tak kan jadi happy baby. sekarang ni, galak kemain. asalkan ada orang layan dia, sure happy. kalau ramai2 keliling dia, agah2 dia, tickle2 ke. she will be the happiest baby in the world. :)

so i guess it is memang awesome random :) alhamdulillah

Sunday, December 4, 2011

eisya saja saja jewww

pada suatu malam....


eisya sedang baca buku.



mommy nak eisya pose.so eisya pun pose.



tapi eisya banyak kerja ni. malas nak layan mommy




kan eisya kata,eisya busyyy




okay okay eisya pose! mom, pinjam bb jap!




nooo! mine mine!!




okay nak try diri lah. woh woh steady steadyy




okay mommy catch me!




acah mak enon! cha sandar kat tokbah laaaa




:p

- Posted using BlogPress from my iPhone