mata duitan

Monday, December 19, 2011

sepuluh bulan!

10? wait wait slow down please. cepatnya!

tadi baru realise yang hari ni dah 19hb dan terus rasa bersalah sebab tak masak apa2 special pun untuk eisya hari ni. sorry bucuk mommy.

okay anak dara daku dah berumur 10 bulan. makin lasak makin cerdik makin macam2.

last week first time out station - pergi china (guangzhou and shanghai) - tinggal eisya for 3hari 2 malam. kejap je tapi aku rasa macam aku away from her like for a month! haha! over kan.

eisya siang2 ok mula2 maybe dia ingat petang nanti mommy balik la kan. kejap lagi nak tidur malam tuuu punya meragam. dia tanak dengan sapa2 dah kecuali papa dia. dia tanak botol. dia cari mommy - abububu dia kata.
gambar papa MMS mommy. after puas nangis and papa dodoi. eisya dodo with baju bucuk mommy.


lepas tu papa dia dodoi lama2 tu baru dodo. malam2 pulak bila tersedar nak susu, meraung2 hentak dan sental kaki. yela kan kalau ada mommy, hekk sikit je terus dapat susu. tak payah buka mata pun. buka2 mulut je mommy sua. ni tokmi kasi air masak dulu then tokmi kena prepare susu dulu. apa lagi kan amarahlah dia.

sekarang cha dah pandai marah orang. HEHHH dia kata kadang siap dengan tangan. ishhhh garangnya! tokbah baru tau cucu dia dah pandai sental kaki masa marah. oh ya cha tido dengan tokmi and tokbah masa mommy tak da. papa tido mati kot penat sangat kerja. pukul 2pagi tokmi bangun nak cek cha tengok cha dah kat hujung katil. hampir jatuh. ya eisya memang tidur lasak. sedar2 kaki dia kat perut kita, kepala kat lutut. memang tak leh tido matila mommy ni. kena cek2.

so all and all eisya tak berapa ok pun masa kena tinggal. dia okay masa orang main2 dengan dia. tapi time susu dia amok. siang2 pon dia pernah buat hal tanak botol. maka kurang minum susu tokmi kata. dahla siap selak baju tokmi nak nenen. haha! masa dia amok2 tu adik aku sajes bawak eisya ke rumah kazen aku yang baru deliver baby suruh nenen. hahaha yela tu.
pumping in nursing room at Pudong Airport. hijau tu baju bucuk cha :)

aku kat sana pun pam mana sempat jela. dalam van, dalam flight, dalam nursing room kat airport. kat hotel buat power pumping. tapi ada time terlalu bengkak dan susu macam merajuk tak keluar. first night aku bangun pam. dahla tak lena tidur sebab rindu cha. second night aku demam so tidur lena sikit lepas tu tak bangun pam sebab aku mimpi ada hantu kat toilet. haha!

dan nak bawak susu balik KL pun satu hal. kat Baiyun Airport, Guangzhou aku disuruh buang susu. aku tanakla kan. colleagues aku explain la bla bla si ryan siap buat hand gesture perah tetek pehal hahaha. custom tu bau satu2 botol. cis. pastu lepas. then kat shanghai (Pudong Airport) aku dah terpisah dengan colleagues cina aku. so terpaksalah explain sendiri dan aku cakap english dia cakap cina. kena pegi situ sini kaunter dan aku insist tanak xray susu tapi aku suruh dia xray cooler bag je (tq mira pinjamkan). japgi sorang custom ni - what? milk? drink drink. can not bring!

aku terus berdrama kat situ.  whattt? noo! i'm not gnna drink my milk. this is for my baby! other airports no problem. u check! check my milk. scan this bag. no no! no xray milk!

cong cheng cong chenggg sambil bau2 susu aku tiap2 botol  last2 lepas sebab aku buat muka nak nangis gitu. haha! alhamdulillah!

tak sempat nak shopping pun since we all pegi kat factories aje. rural area. rasa bersalah kat cha sebab tak beli apa2 pun for her. should have grabbed that panda. masa tu aku jiwa kacau pasal susu dan tak sabar je nak pergi boarding gate haha kemenda tah!

masa touch down, colleague aku tak bagi balik lagi sebab dia nak beli alcohol so nak tumpang la kan. ahh! sorry! arak2 aku tak campur. laki and anak aku dah tunggu ni. babai lah ok!

masa aku arrive kat KLIA, cha n papa n aiman jemput aku. bila cha tengok je aku, dia tengok and speechless and muka terharu dan tertunduk sipu2 kenapa tah. aku dukung dia then dia lentok kepala kat bahu and peluk aku kuat2. dia genggam bahu aku. masa kat kereta pun macam tu. haha. dia macam tak percaya kot.

pastu aku nenen dia. muka dia macam besh sangat je haha.

lepas2 tu dia fobia sangat takut kena tinggal. aku bangun nak basuh tangan pun meraunggg je. nak berkepit je. mommy balik terus sombong dengan orang lain. tapi ada time dia macam asik nak papa je. paa apaa paaaa je dia kata. nak pakai baju, nak papa kat sebelah, nak makan nak papa ada. before ni tak pun. ewah2 nak protes la tu kat mommy eh. papa awak OS awak tak kisah pun kan. tapi mommy OS nak majuk2 eh.

so eisya dah 10 bulan pun. lagi 2 bulan dah 1yo. ni progress beliau:

  1. dah rajin merangkak. tak main engsot2 sangat dah. tapi still tak suka sebab sakit lutut kot?
  2. asik nak berdiri tapi belum betul2 stabil. ari tu dia diri dan berjalan ke arah mommy for 2-3 steps je belum balance haha
  3. cepat tiru orang/ikut apa orang ajar. sekarang suruh solat - Allahuakbar nanti dia letak tangan dua2 kat telinga pastu letak kat perut. hihi ni tokmi ajar masa mommy g china. pastu ari tu tiba2 dia tiru aku tengah cakap fon. dia amik BB dan letak kat telinga sambil lentok2 kepala. sekarang kalau kata helo, eisya ada? nanti dia genggam tangan, letak kat telinga, lentok kepala dan kata aaa, oooo? haha sumpah geram ok. rasa nak makan mulut dia tu.
  4. kalau kita nyanyi if you happy and you know it nanti cepat2 dia clap. sangat suka clap yang pernah masa tidur, pejam mata japgi clap2 pastu tidur balik. kadang nangis pun clap2.
  5. pandai kiss orang. kalau dia rasa loving, tak payah mintak pun nanti dia kiss tapi dia bukak mulut so konfem muka kita basah dengan air liur dia. haha sib mulut awak wangi. 
  6. dah tak perlu blend halus makanan dia. aku lecek2 je. tapi ada perkara yang masih blend - pasta sauce yang ada daging ke apa2 yang aku rasa dia susah nak gigit. kalau food tu dia suka, dia akan duduk kat kita dan akan datang minta lagi. kalau tak berapa nak suka, kita kena kejar dia dan konon2 orang lain makan makanan dia. tapi dia bukan kedekut so dia tak kisah pon orang makan. hehe
  7. tau cakap papa, bird (bbbeergghh), bye (baaahh), abah, (aabbbaaahh) abang (aabbpaang), baby(baabyyhhh) tapi semua tu tak clear pun. macam struggle nak sebut. papa je clear hahha. dan dia senang nak belajar yang B n P words je. bila nak mamama mimimi cha?

tak apa lah cha. no hurry. mommy saje je. sebab mommy bengang tengok muka papa bangga semacam bila cha panggil papa. pfftt
mommy papa eisya.

4 comments:

Mrs. Eeza Herman said...

touchingnye.....
cian cha, mommy tinggalkan cha..
pandainye cha skg nie..da pandai ckp..
hazeq setakat buah, abahh, mammm tu jela...yg lain2 xtau lagi..
clever cha!!

syiekin azam said...

wahh ederq, kau pegi outstation ye? beshnyee..

aku balek dr mekah nie, aish pon takut kene tinggal..sian pon ade tgk..lg aku dah start keje(pg td) die punye melalak nak ikut, siap senget benget tudung aku die tarik2 takmo lepas aku..syahdu wehhh..

bestnye cha dah pndi sebut2 words..suke2..iihihhihi..

tapi kelakar plak bace dorg suh ko minum susu ko sendiri..aku pon tak sanggup..aish je sanggup minum susu aku..ahahaha..

hug cha2 for me..makin comel die tau..

yaNa said...

aduhai cha..
makin besar terserlah ikut muka abubuu dia..hi3..
tomey!

ederq said...

hahahahaha :)