mata duitan

Tuesday, May 29, 2012

sya!


mommy: siapa nama?
eisya: sya!!!
mommy: oo ni la eisyaaa.
eisya: kapete ape te dada mada taatii tiiti  sya nada ya apata pesh peshhh! apacaapaca tetetetiti..
mommy: oooh really? lepas tu? (kena pura2 faham kalau tak dia marah T___T)
eisya: angguk2. kapete kapete bla bla bla blaaa.

ok tu aje bye! :p



Thursday, May 24, 2012

limabelas bulan!


 okay ni dok terperap kat draft. baru nak publish and tempek gambarrrr!




mommy say: nama saya eisya! cakap! eisya say: sya! :p


selamat 15 bulan nak.

we ols baru balik dari percutian pendek. eceh percutian ke? sebenarnya kawan papa eisya punya wedding kat kemaman. so lepas tu we ols lepak kat kuantan. kat swiss garden. okay la jugak, kejap aje pon stay.



 eisya excited. pish pish!


 masuk bilik je terus busy!
 

 i buat pasta sauce, and lasagna. bekukan. then bawak dalam cooler and bawak cooker. bawak jugak begedil. begedil paling senang buat bekal, cha pon suka.

ni masa papa jadi bibik. jaga cha, mommy masak. 

eisya 15 bulan ni macam2 perangailah. kadang2 menguji jugak kesabaran mommy. especially bila dia jerit2, pastu nak jugak buat menda yang kita tak bagi. bila kita panggil dia eisyaaaaaaaaa!!!! pastu dia jegilkan mata dia and tunjuk jari telunjuk tu kat kita, muka garang. wah wahhhh!!! nak kena ni.

T___T

eisya ni kan penggeli abis. tak boleh kotor sikit tangan or kaki terpijak apa2 ke, dia sure suruh basuh. eti eti (dirty). kadang dia gak makan sepah pastu dia terpijak mesti dia panic dah.

kalau main kat luar, terjatuh, tangan terkena tanah ke rumput ke, sure dia cek tangan dia. kalau tak ada air masa tu, i sapu2 tiup cakap okay dah tak dirty dah! baru dia ok. tu pon macam tak puas hati je haha.



me loves pool!

me hates sandy beach! dirty! yeyek!

paling tak boleh blah kelmarin ah masa kat cherating tu! lepas mandi pool, pergi beach dia excited je nampak laut. tapi bila aje letak dia kat pasir, dia da nangis. masa tu barefoot dengan dia pakai swim suit haha. we both pegang tangan dia suruh gak dia jalan. muka stress gila ok. pastu we duduk main pasir korek2, cer teka cha dok mana. ye tepat sekali dok atas riba mommy sambil peluk mommy ketat2 dan buat muka tak faham kenapa kita orang main pasir. yeyek! eti! tapi i tak kira, i lumur2 badan dia dengan pasir. ahha pastu dia nangis. apa daaaa cha. mommy masa kecik kalau datang pantai tanak balik tau. sampai itam macam bangla terus.

cockroach (yosh) and lizard (ized) dia pon takut. kalau dia melasak, cakap je eiii ada cockroach!! dengan pantas dia lari. haha. tak yah lipas cicak, semut and nyamuk pon dia takut.

eii stress pulak cha ni semua pon nak takut hahaha.

cha copy cat sekarang. so tv tu kena hati2 lah. cepat je dia tiru. kalau tengok Hi 5 tu bukan main lagi dia melopong tengok sambil menari2 clap2. hehe. kalau dengar lagu 1 Malaysia pon kemain lagi menari. patriotik anak aku kan. okaylatu balance. dengar zikir or azan pon layan macam biasa hehe.
feeding elmo kungkung

cha sekarang sayang sangat dengan cat dia. peluk2 cium. kadang dia tepuk2 cat cakap sssh ssshh sshh. konon nak dodoi la kan. tapi kalau kita pura2 nangis pon dia tepuk2 kita cakap sshh shhh.

pastu bagi kungkung kat cat. kadang bagi botol. kadang breastfeed! hahahaahahaahah! pastu dia gelak2 ah. adoi cha cha. pakaikan cloth diaper pon ya kat cat. hihi. cat shishi dia kata. dia memang minat sangat kat cd dia. semalam siap amik liner and lapik atas cd dia. okayla pasni cha pakai sendiri la ok? :p

sekarang gigi bawah dah nak masuk 4 batang. wuuu kadang2 dia geget i. *menangis* kadang2 dia geram dia gigit bahu kita time kita dukung. eii. tokmi pon penah kena gigit kat dada sampai berbekas! ni semua time dia gatal gusilah. nasib tak melarat gigit2 orang ni.

dah tau tunjuk body parts - rambut, hidung, gigi, pipi, perut, kaki, tangan. yang lain tengah praktis lagi hehe.

mulut pon becok tapi tatau dia cakap apa. haha. bolehlah ajar few words kat dia, mana yg boleh dia amik ujung2 tu. asik cakap nak je sekarang. kalau tanak, nanak sambil geleng2 kepala. kadang cakap toksye, ikut tokmi )sambil geleng kepala haha. dia ikut je org cakap yg hujung tu. kalau makan, mmm dap! minum kungkung pon sama, sure benti jap, mmh dap! nasik, dia panggil syik.

sekarang dia panggil i mama. time marah je kuar mommy or memi. sabar je. kalau nak susu, dia datang cuit i pelan, cakap mama pastu lentokkan kepala dia, senyum, cakap kungkung! heee cair mommy. kalau time dia garang nak susu pon ada. datang kat riba terus baringkan badan dia, cakap nada kuat - KUNGKUNG!! okayyyy T__T

tu je la nak cerita kot. kejap je dah besar kan.enjoy the rest of her piccas!

ni tengah bawak purse mommy. minat handbag, purse, wallet. kalau ada tali dia gantung kat bahu camni. hihi.

with her new ride 


panjat2 tu biasa

tempat biasa.


nak terr! (water)

Monday, May 14, 2012

lasagna for eisya

okay cha dah bosan pasta - macaroni, spageti, angel hair spageti, spiral yada yada. tapi baru tau dari ummy maryam ada san remo punya instant lasagna sheet. nak buat sendiri jangan harap ler. hihi.

maka dengan pantas mommy belikan for eisya.

eisya memang suka sangat2. licin 1 ramekin. baru buat 2kali. satu buat chicken bolognese sauce macam biasa aje. tapi tambah labu.

second time, buat 2 sauce. beef bolognese with pumpkin (grated) dan cheese sauce.

ni before bake. after bake tak amik gambar :p

nantilah experiment dengan sauce lain2 pulak. 

nak recipe? ala u ols beli aje san remo instant lasagna sheet tu. pastu kat kotak tu ada recipe. i kopipes situ aje :)

hari ni isnin. memang bosan i dah homesick. eh tetiba homesick. last weekend, rasa betul2 seronok spend time dengan eisya. she kissed me a lot until my face got all wet. everytime i look into her eyes, i thank god for this chance. alhamdulillah.

prayers for baby uzair who lost his parents in an accident and baby yang kena tibai dengan bantal oleh her dumb-arse-hole mom tu. 

gosh memang jiwa terganggu betul. 

ok bye peeps. muah muah!

Thursday, May 10, 2012

nasi tomato for baby

cha ni ada time dia tak suka nasi. suka pasta je. ada time nak finger food sokmo. now adalah masa untuk selera kampung! haha.

nasi dia suka. kalau masak lemak paling suka. ikan bakar paling suka. nasi tumis2 ni laaagiii suka.  ni i nak share recipe kegemaran cha.


so ni i tempek la resipi nasi tomato for baby.

bahan2 nasi tomato:

rempah 4 beradik (1 biji pelaga, 1 biji bunga cengkih, 1 kelopak bunga lawang, sedikit kayu manis 1cm)
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
homemade chicken stock
homemade tomato puree
daun pandan
4 sudu beras

cara2:

panaskan sedikit minyak jagung, tumis rempah 4 beradik. tumis bawang. lepas bawang layu, masukkan stok ayam, tomato puree dan beras. masukkan air dan daun pandan.

selalu i bagi makan dengan sup sayur dan ayam masak tomato.

ayam masak tomato:

balut isi ayam dengan serbuk kunyit. goreng dengan minyak yang sedikit. 
angkat, ketepikan. 

bahan2 untuk sauce ayam 

2 ulas bawangmerah
1 ulang bawang putih
homemade tomato puree
puree kurma (atau sebiji kurma)
*kalau nak tambah apa2 sayur pon boleh. sometimes i tambah peas, carrot. 

cara2:

tumis bawang dan masukkan puree tomato dan kurma. tambah air untuk kadar kepekatan yang dimahukan. dan masukkan ayam goreng tadi. dah siap.

senang je kan? eisya kalau makan ni sambil clap2 pastu cakap yes yes sambil tersembur nasi kena tangan pastu nangis suruh basuh tangan sebab geli. T___T

okay tu basic untuk nasi tumis2. buat aje nasi jagung ke (guna puree jagung), nasi daging ke (guna stock daging), nasi ayam( guna stock ayam) dan lain2.

kalau nak masak untuk kita, campur susu cair sket. setappp. 


okay mommies, happy cooking!

Thursday, May 3, 2012

menggelusur ke mengengsot?






i smiled everytime i look at this picture. i remember i laughed so hard until i had my eyes on tears n perut cramp sebab gelak gila.

after we had breakfast kat mamak on the labour day tu, we head to the playground. eisya excitedlah of course.

then i paksa papa eisya masuk slide yang terowong ni with eisya. he had difficulties to put himself in sebab kaki panjang. okay pastu bila dah masuk pun, i tunggu kat end of slide ni sambil gelak gilababs sebab bunyi degung degung throughout the slide.

he was suppose to slide, bukan mengengsot hahaah! tula kaki panjang sangat!

adoi. oklah tu aje nak cerita.

babai!