mata duitan

Thursday, May 24, 2012

limabelas bulan!


 okay ni dok terperap kat draft. baru nak publish and tempek gambarrrr!




mommy say: nama saya eisya! cakap! eisya say: sya! :p


selamat 15 bulan nak.

we ols baru balik dari percutian pendek. eceh percutian ke? sebenarnya kawan papa eisya punya wedding kat kemaman. so lepas tu we ols lepak kat kuantan. kat swiss garden. okay la jugak, kejap aje pon stay.



 eisya excited. pish pish!


 masuk bilik je terus busy!
 

 i buat pasta sauce, and lasagna. bekukan. then bawak dalam cooler and bawak cooker. bawak jugak begedil. begedil paling senang buat bekal, cha pon suka.

ni masa papa jadi bibik. jaga cha, mommy masak. 

eisya 15 bulan ni macam2 perangailah. kadang2 menguji jugak kesabaran mommy. especially bila dia jerit2, pastu nak jugak buat menda yang kita tak bagi. bila kita panggil dia eisyaaaaaaaaa!!!! pastu dia jegilkan mata dia and tunjuk jari telunjuk tu kat kita, muka garang. wah wahhhh!!! nak kena ni.

T___T

eisya ni kan penggeli abis. tak boleh kotor sikit tangan or kaki terpijak apa2 ke, dia sure suruh basuh. eti eti (dirty). kadang dia gak makan sepah pastu dia terpijak mesti dia panic dah.

kalau main kat luar, terjatuh, tangan terkena tanah ke rumput ke, sure dia cek tangan dia. kalau tak ada air masa tu, i sapu2 tiup cakap okay dah tak dirty dah! baru dia ok. tu pon macam tak puas hati je haha.



me loves pool!

me hates sandy beach! dirty! yeyek!

paling tak boleh blah kelmarin ah masa kat cherating tu! lepas mandi pool, pergi beach dia excited je nampak laut. tapi bila aje letak dia kat pasir, dia da nangis. masa tu barefoot dengan dia pakai swim suit haha. we both pegang tangan dia suruh gak dia jalan. muka stress gila ok. pastu we duduk main pasir korek2, cer teka cha dok mana. ye tepat sekali dok atas riba mommy sambil peluk mommy ketat2 dan buat muka tak faham kenapa kita orang main pasir. yeyek! eti! tapi i tak kira, i lumur2 badan dia dengan pasir. ahha pastu dia nangis. apa daaaa cha. mommy masa kecik kalau datang pantai tanak balik tau. sampai itam macam bangla terus.

cockroach (yosh) and lizard (ized) dia pon takut. kalau dia melasak, cakap je eiii ada cockroach!! dengan pantas dia lari. haha. tak yah lipas cicak, semut and nyamuk pon dia takut.

eii stress pulak cha ni semua pon nak takut hahaha.

cha copy cat sekarang. so tv tu kena hati2 lah. cepat je dia tiru. kalau tengok Hi 5 tu bukan main lagi dia melopong tengok sambil menari2 clap2. hehe. kalau dengar lagu 1 Malaysia pon kemain lagi menari. patriotik anak aku kan. okaylatu balance. dengar zikir or azan pon layan macam biasa hehe.
feeding elmo kungkung

cha sekarang sayang sangat dengan cat dia. peluk2 cium. kadang dia tepuk2 cat cakap sssh ssshh sshh. konon nak dodoi la kan. tapi kalau kita pura2 nangis pon dia tepuk2 kita cakap sshh shhh.

pastu bagi kungkung kat cat. kadang bagi botol. kadang breastfeed! hahahaahahaahah! pastu dia gelak2 ah. adoi cha cha. pakaikan cloth diaper pon ya kat cat. hihi. cat shishi dia kata. dia memang minat sangat kat cd dia. semalam siap amik liner and lapik atas cd dia. okayla pasni cha pakai sendiri la ok? :p

sekarang gigi bawah dah nak masuk 4 batang. wuuu kadang2 dia geget i. *menangis* kadang2 dia geram dia gigit bahu kita time kita dukung. eii. tokmi pon penah kena gigit kat dada sampai berbekas! ni semua time dia gatal gusilah. nasib tak melarat gigit2 orang ni.

dah tau tunjuk body parts - rambut, hidung, gigi, pipi, perut, kaki, tangan. yang lain tengah praktis lagi hehe.

mulut pon becok tapi tatau dia cakap apa. haha. bolehlah ajar few words kat dia, mana yg boleh dia amik ujung2 tu. asik cakap nak je sekarang. kalau tanak, nanak sambil geleng2 kepala. kadang cakap toksye, ikut tokmi )sambil geleng kepala haha. dia ikut je org cakap yg hujung tu. kalau makan, mmm dap! minum kungkung pon sama, sure benti jap, mmh dap! nasik, dia panggil syik.

sekarang dia panggil i mama. time marah je kuar mommy or memi. sabar je. kalau nak susu, dia datang cuit i pelan, cakap mama pastu lentokkan kepala dia, senyum, cakap kungkung! heee cair mommy. kalau time dia garang nak susu pon ada. datang kat riba terus baringkan badan dia, cakap nada kuat - KUNGKUNG!! okayyyy T__T

tu je la nak cerita kot. kejap je dah besar kan.enjoy the rest of her piccas!

ni tengah bawak purse mommy. minat handbag, purse, wallet. kalau ada tali dia gantung kat bahu camni. hihi.

with her new ride 


panjat2 tu biasa

tempat biasa.


nak terr! (water)

6 comments:

Fieda said...

comell esya....gerammm!!sebaya ngn my lil airis hehehe...

Areyou Callypso said...

seluar sama ngan mia. semua pulak tuh..wakakakaaa.. seb baek mia xpakai cloth diapers... ahahahaa

Areyou Callypso said...

eh.. over lak ckp semua... yang polkat dot ijow ngan monkey cekelat tu jer.. kihkihkih..
maapkan keoberan ibu mia nih.. ahahaa

Fathiyah said...

ederq, kat mana nak beli bekas lasagna or pudding tu ye? :)

ederq said...

hii thanks aunties!

ayu, haha dah kata beli kat fos kan haruslah sama kiki. weh laki aku kata kat shah alam yg pasar kat stadium pagi ahad tu kan. suar camtu rm5 je. jom beli situuu

fathiyah, i beli kat daiso rm5 aje :)

Areyou Callypso said...

ye ker? akan ku terjah nnti. tq 4 dat info