mata duitan

Wednesday, May 7, 2014

resignation

hello korang...

yeah u read it right. akak dah resign dah kat company sekarang ni . 26/5 ni last day kat sini. lepas tu akak start kerja baru mid June. 

akak bukan tak sabar nak kerja tempat baru tapi akak tak sabarrrr nak cuti panjang, nak spend masa berkualiti dengan anak2. :)

macam2 dah ni plan nak diet, nak masak (aik? kata nak diet kan), nak exercise betul2, nak pergi jalan2, nak buat art work dengan cha, nak bawak dorang pergi swim. wah wah macam2 sungguh. tapi masa tu kejap je kan sebenarnya. huhu. 

akak dah bersama company ni sejak fresh graduate lagi. dapat kerja ni masa final semester. lepas exam, rehat seminggu pastu terus kerja. rezeki akak la tu. 

dari fresh graduate sampai da dekat 8tahun menjadi jurutera, dari single to married woman to a mom of two now. dari kurus ke gemuk. wow Promat memang watch me grow and evolve lah haha. 

akak ni da berapa lama cakap nak cari kerja baru, tahun ni baru bersungguh2. update Jobstreet, update LinkedIn. alhamdulillah dapat. harap kerja baru ni okaylah kan.

sedih la jugak nak tinggal Promat ni sebenarnya huhu. 

dream job akak mestilah nak jadi stay at home mom. tapi nak ada income bulan2la sebab komitmen banyak ni haha. syiok akak tengok korang macam2 bisnes, based at home, watch the kids grow.. 

doakan akak yehhh!

okaylah. tu jela akak nak cerita. 

bye korang.

Thursday, April 3, 2014

hai, 3yo eisya and 7m++ safiyya

hai semua.

harap semua sihat2 dan sentiasa dalam kegembiraan bersama yang tercinta. ceywahhh.

saya ok je gemuk macam biasa (or lebih dari biasa) bersama yang tersayang. kikikiki.

eisya sekarang dah 3tahun.

dah besar dah macam2. boleh buat gaduh. haha. tapi dah besar pon still manja mommy sangat2. tadi pagi call dia, dia marah sebab i pergi keja tak kejut dia bawak pusing2. haiyayayaayy. boleh sepanjang dalam perbualan kat phone tu dia hanya cakap - eisya nak mommy eisya nak mommy. last2 bila i cakap bye, dia meraung.

T________________T

dia masih suka princess and all the pinky stuffs. suka buku. tiap2 malam suruh mami bacakan. tapi tak suka kaler ke belajar abc ke numbers ke. kenal dah few tapi tak suka kalau kita asik tanya2 dia ni apa ni apa. art work ke project apa2 dia memang suka.

mula2 adalah risau jugak sebab ramai je budak baya dia dah kenal ABC semua kan. tapi sebab dia tanak belajar takleh paksa gak kan. i talked to a friend yang ada tadika and share my worry and she just laughed and said i je think too much.

so after that i legalah. i know she is a smart girl. i dont have to teach her, read this, hafal this. just show her and she will knowlah eventually. mak dia tah apa2 nak skema suruh duduk and baca and hafal ahhah. tak rti pulak nak make it fun kan. banyak je idea from google tu masa je lahaiii terkejar2 sana sini buat itu ini.
tapi sebenarnya padahal dia sambil2 main ke cakap2 dengan kita tu pon dia belajar.

contoh, zikir2 asas tu, al fatihah dia da boleh nyanyi dengan pelat2 tu la sebab kita asik baca/dengarkan dia kan. tak de pulak paksa dia macam abc tu haha.

takpela kakak, i let you to be kid. at the same time mommy try as much as i can to show you things. tahun depan kita masuk pre-school ok.

social skills dia ok aje. kan terlebih peramah haha tapi recently dia kadang2 malu. masa nak pergi playdate rumah kawan i, dia boleh cakap banyak kali - tapi sya malu mommy! cemana ni eisya maluuuuu! haha

safiyya dah 7 bulan lebih. dah boleh duduk, merangkak (style seret kaki haha), panjat tangga, berdiri berpaut kat sesuatu dan meniti, boleh sebut paa paa. dan masih je kuat nangis hahaa. biasalah anak2 dara i semua vocal power hahahahaaa.


alhamdulillah tengok safiyya baik2 saja. yela kan sebab dulu dia kuning tingggi. pastu kan blood transfusion masa umur dia 5hari. macam2 dr kata risk menda tu. masa tu aku nangis je keja. huhu. harap adik sentiasa membesar dengan sihat dan jadi anak soleh.

time sekarang ni rasa nak pause je adik ni. sedap peluk cium pastu belum pandai nak tantrum macam cha hahaha.

time cha dulu tiap2 bulan update blog kan. ni mak dah malas betul nak update blog. hahaha. sorry dik bukan mami tak sayang, cuma malas nak type2 dah sekarang tua tua ni.

pastu tatau nak cerita apa kan. asik cerita pasal anak je. macam tak ada menda lain ke jadi kat hidup aku ni. ahhaa. banyak je kan tapi MALASSSS hahahaa

okaylah tu je nak lepas rindu kat blog ah konon konon. kikikiki.

take care korang!


Thursday, January 16, 2014

2014

assalamualaikum....

my first blog post for 2014. so, what's up everybody? hope nobody missed me. kikikiki

2013 has been nice to me, alhamdulillah. but i ended my 2013 and begin my 2014 with series of orang sakit in the house. started with husband, then eisya and safiyya. after that Ummy being warded for dengue fever and at the same time abah pon demam.

those were tiring weeks. bukan merungut. but i wish i can do better to take care each of them. everyday masa ummy sakit tu i can't stop thinking that how ummy has always been my side whenever i needed her since i was a baby till now. but when she is sick, i cannot be with her all the time due to my commitment with work and family. it was so stressful to think of it.

but i have tried my best and alhamdulillah now she is recovering.

anyway...... 2014.

resolutions? haruslah nak kuruskan badan mak yang macam mmmh mmhh. malaslah nak describe. tapi i am now being the fattest ever in my life. tak kurus gila pon takpela asalkan berat badan yang unggul dan bentuk badan yang sihat. wahh unggul gituuu.

nak kurus ni orang kata bukan susah kan. tapi determination and consistency tu yang susah. tu yang aku selalu fail. aku ni kalau nak kurus senang, kena pregnant. sebab the first 2 trimester tu mesti aku kurus hahaha. tapi lepas beranakkk?? hew hew hewwwww.

kadang2 tanya eisya, mommy gemok tak? dia kata aah mommy gemuk. pastu aku tanya lagi sekali, yeke mommy gemok? dia kata, tak laaa. mommy cantik la dont worry.

sweet sangat. kkikiki. tapi aku malas ah nak tanya laki aku kan takde makna dia nak sweet2 camtu haha. salu dia cakap ni je -- exercise.  huhu salah satu aku gemuk adalah kerana dia suka bagi aku makan macam2 ah.

cis kau ni tak habis2 nak salahkan orang kan. sendiri yang ngap pon and malas exercise!

grrr. apa lagi eh nak cerita. lama tak tulis blog tak reti dah haha.

cha bulan depan 3yo k. besar dah anak dara tu.

safiyya bulan depan dah 6m. tak sabar nak kasi dia makan. tanda2 ready nak makan tu dah banyak dah tapi mommy of course tunggu till 6months. tapi malas pon ada sebab fikir kena prepare mcm2 puree la apala haha. cha kan dah senang makan adult food aje.

amboi amboiiii. banyak cantik kau nak malas2??!!!!

okay okay. semangat semangat. tu jela nak cerita. semoga semua yang dicita tercapai.

ok bye korang. have an amazing year ahead!

love,
mommy chafya