mata duitan

Wednesday, January 20, 2010

meninggalkan suami, dan jebon. sekejap

ni apahal ni update tiap2 hari ni. kan dah hilang semua post pasal kawen2 kat muka hadapan blog ini. gedik siot perempuan ni.

baiklah ini yang singkat sahaja. esok saya TERPAKSA drive ke Lumut untuk out station. tak lama sehingga Jumaat sahaja. dan nasib baik saya berjaya minta Olynn teman walhal dia tiada kaitan langsung dengan projek ini. hanya semata2 untuk teman saya.

dan ya, company saya memang jaga saya macam remaja perempuan di mana tidak biarkan saya seorang diri (reasonable place and time lah) dan selalu protective bila ada lelaki miang tua yang seperti ingin mengurat saya. sungguh comel. eh bukan lelaki miang itu, maksud saya, adalah, company saya. ya company bukan bos atau colleague. sumpah tiada siapa yang comel di sini untuk jadi rangsangan pergi kerja hari2.

makanya, inilah pertama kali saya tinggalkan encik suami dan jebon sendirian. tolonglah B jangan buli Jebon ok. i knowlah dia penkecut tapi tolongla belai dia sikit okay. appreciate sikit jebon tolong jaga rumah siang hari.

bila bangun pagi, sila jangan terus mandi, sebaliknya, sila beri makan kepada jebon saya. dia memang kebulur pagi2 lagi. sementelah membuka pintu dia akan mengiau dari bawah berkata, please kaklong adibon laparr. adibon nak makann. please pleaseeee.

oh ya, saya memang suka berbual2 dgn jebon dan most of the time memang dia response as is faham i cakap apa. dan paling tak boleh belah bila dia jeling buat muka kerek. bila dia merajuk. sumpah rasa nak makan dia.

ehh kenapa cakap pasal jebon berlebihan ni. okay suami ya suami.

lepas ni encik suami akan out station setiap minggu. ok fine saya tak kisah. walaupon saya ketakutan di rumah malahan baju juga tidak mahu sidai dan hanya tunggu B balik untuk tolong sidai tapi ya adinda eh saya tidak kisah. kerana saya faham kita kan mencari rezeki. sudah cukup bersyukur posting adalah dekat. dan tidak perlu jauh seperti mira (algerian hubby and pregnant somemore), olynn (JB hubby) dan ramai lagilah. maka tidak perlu merungut bahkan bersyukur ya bersyukur.

nasib baik dah minta cuti the whole week minggu depan. kalau tidakk kena pergi Vietnam pula. dan saya cuba prank ariff cakap we have to cancel our honeymoon and guess what. i'm so baik not good in lying. haha!

eh kata singkat kenapa labuh pula post ni. okay dah bye! malas lah memikirkan esok. tak suka.

4 comments:

meezameez said...

"tiada siapa yang comel di sini untuk jadi rangsangan pergi kerja hari2." - hahaha! seb baik xde ok. kalau x pepagi musti kau x sabar mau pegi keje dan lupa utk buat bfast utk arep :p

ederq said...

hehehe xde rangsangan pun tak terbuat jugak bfast kdg2. :p

N said...

hehe.Kes buli si kucing si suaminye ye.jebon nak mcm nama beruk da. heee

kiri kanan

ederq said...

beruk?? how come youuu