mata duitan

Monday, May 10, 2010

untuk ummy

ya semalam tapi hari ni baru nak update. :p

so this year saya ada 2 ibu. ummy and mak (MIL). :)

tapi minggu ni tak balik JB so saya dapat chance celebrate dengan ummy. :)

ummy dan abah tersayang

selamat hari ibu ummy. kak long tak tau nak describe macam mana tapi ummy memang orang yang paling penting dalam hidup kak long. sayang ummy sangat2. appreciate semua2 yang ummy bagi dekat kak long. dari kecik sampai besar ummy sentiasa ada untuk support kak long. jadi kawan kak long. dengar semua cerita kak long. tolong kak long bila kak long tak da duit. :p

kak long seorang anak perempuan ummy. kadang2 rasa best sebab tak da adik beradik perempuan lain yang nak rebut perhatian ummy. hihi.

dulu masa belum kahwin, bila kak long cakap nak diet, ummy masak masakan khas diet untuk kak long. masa sakit pun ada masakan khas. masa kempunan lagi lah ikutkan je kak long nak apa.

ummy ada banyak tudung2 cantik kak long selalu pinjam kadang2 buat harta sendiri. kadang2 kak long pinjam brooch ummy pastu kak long hilangkan.

masa ummy tengok kak long penat balik kerja, busy ke sana ke mari, ummy tolong basuh baju kak long yang 1 baldi yang konon nak hand wash tu. ummy hand wash semua termasuk spender bra. siap sidai lagi. siap lipat. kadang2 ummy tolong iron baju kak long. kalau kak long nak out station, ummy tolong kak long packing barang.

orang kata muka kita sama. tapi kak long selalu wonder kenapa gigi kak long tak cantik macam ummy. kenapa kulit tak seputih ummy. kenapa kulit tak sehalus kulit ummy macam baby. kenapa rambut kak long tak ikal macam ummy. hihi. tapi tak pelah. orang kata kak long macam ummy pun kak long dah suka. :p

sekarang kak long dah kahwin, ummy selalu cakap ummy takut hilang kak long sebab nanti kak long dah tak dapat teman ummy pergi mana2. tak dapat berkepit dengan ummy selalu.

tapi tak pun rasanya. tiap kali ummy datang mesti kak long cerita dengan ummy tak berhenti. kan kita macam tu. semua nak cerita kat ummy. mesti kadang2 ummy bosan dengar. hihihi.

kadang2 kak long pelik kenapa ummy sekarang dah dapat menantu ni. kalau nak masak mesti nak concern menanti dia makan tak. nak masak yang menanti dia suka. sampai kak long marah arep sebab dia kata ummy lagi sayang arep dari kak long. mana boleh! bila kak long kata kat ummy, tanyalah kak long nak makan apa kenapa nak tanya arep. hihihihihi. pastu ummy kata sebab arep banyak menda tak makan kak long semua makan. okay fineeeeeee

kak long harap kak long pun dapat jadi ibu yang best macam ummy bila kak long ada anak nanti. rasa macam tak mampu nak jadi tabah macam ummy! tapi tak apa kak long berusaha! :p

kak long harap walaupun kak long dah ada family sendiri, kita macam dulu2 jugak. sebab tak da siapa yang dapat jadi macam ummy.

kak long harap kak long dapat berbakti untuk ummy dan balas jasa ummy. memang tak terbalas semuanya tapi kak long harap kak long dapat buat ummy bahagia.

terima kasih ummy sebab sentiasa ada untuk kak long. terima kasih sebab jadi kawan setia kak long. terima kasih sebab faham kak long. ummy memang best.

kak long minta maaf sebab kadang2 kak long cakap muka muncung2 dengan ummy. suara tinggi sikit. atau malas2 pastu last2 ummy kena buat. sorry sangat!

kak long paling sayang ummy! kak long doakan ummy sentiasa sihat dan sentiasa diberkati allah. kak long harap tuhan beri balasan syurga pada ummy atas segala pengorbanan ummy kat kak long and adik2. kak long tau ummy sentiasa doakan anak2 ummy. terima kasih ummy.

harap ummy had fun dekat spa semalam. hihi kelakar kan kita lupa pakai disposable panty. hihihihihihihihihihihih.
kak long and ummy masa kak long tunang

untuk mak, ibu mertuaku, terima kasih kerana melahirkan seorang anak yang hebat lalu menjadi suami ieda. ieda anggap mak macam mak ieda sendiri. harapnya mak dapat terima ieda seadanya. :)

ieda hargai semua yang mak bagi kat kita orang. insya allah nanti kita jumpa lagi 2 minggu. maaf tak dapat balik selalu sebab angah selalu ada kerja. huhu. selamat hari ibu mak! ieda pun doakan mak sihat selalu dan diberkati allah. sayang mak!

selamat hari ibu ummy and mak! selamat hari ibu untuk semua mommies! u are all really special!

i hope next year i will be celebrated on mother's day too! :p

amin!

5 comments:

aNoi said...

adalah sedeyyyy baca entry ini!!!!

sob sob sob T______T


[tapi bila terigt ko soh pole dance, aku boleh gelak macam nak mati hokehhh.... !! hahah ]

ederq said...

yelah bab2 ibu2 je mesti kita cepat nk sedey2 kan.

hihi suka la tu kau kann. mesti dah terbayang2. hahah

Ms. Omey said...

pole dance?? derq cam ada pengalaman lepas2 jek..hahah..

syiekin azam said...

yg paling aku suke part yg nie --> harap ummy had fun dekat spa semalam. hihi kelakar kan kita lupa pakai disposable panty. hihihihihihihihihihihih.

ahahha..ederq2..ko nie kan..:D

ederq said...

omey: uhuk uhuk rahsia. hahaha

syikin: haha jumpa pun kau dgn blog aku. :p

hahah tau xpe mmg sengal. sebab dia letak kat tmpt yg aku xtau. lepas tu baru nmpk. :p malu ai