mata duitan

Monday, March 14, 2011

kisah melahirkan eisya adelea

wah finally i got time for this. haha! never thought that pantang means busy, tired, sleepless yet happy.

okay meh nak citer kisah saya melahirkan tuan puteri yang diva amat itu.

18/2/2011, 740pm

masa nak kencin tiba2 perasan ada lendir warna kuning pekat disertai garisan kemerah merahan. kurang pasti apakah ia, saya panggil B dan tunjuk dan tanya dia. haha macamlah dia tahu. tapi saya terus kata. ini adalah bloody show. hunny dah nak beranak kot.

tapi tak sakit pun.

lalu menceritakan kepada ummy dan beliau sahkan, ya ya! dah nak beranak ni. subuh nanti mesti start sakit.

GULP!

lalu saya naik ke atas update hospital bag dan B tolong pack kurma, air zam zam, minyak selusuh dan lain2.

call PMC, of course lah dia suruh datang hospital dan check. tapi ummy cakap tak payah, esok aje. dia predict gaya saya sakit mesti sama dia.

malam tu, makannn banyak2 hahaha.

lepas tu tidur zzZZzzzz....

3am+++

tiba2 ada rasa sakit. peluh2 okay. adakah ini kontraksi? kata hati kecilku. saya melihat jam di telefon bimbitku. dan cuba tidur setelah sakit hilang. tiba2 kesakitan itu adalah berulang setiap 10minit.

sah ini adalah kontraksi. barulah tahu gimana rasanya. orang kata macam period pain. pentipu. sakit dia adalah 196 kali ganda dari period pain yang saya pernah rasa. peluh2 okay.

lepas tu, saya kejut B.

B, hunny dah start sakitlah.

oh yeke. zzZZZzzz

oh fine.
tiba2 dia sedar dari tidur dan..

hunny, tolong urut sikit belakang B. lenguh.

oh fineee. sambil kontraksi sambil urut beliau. tak apalah malas nak kejut biar dia tidur simpan tenaga.

saya text ummy cakap dah start sakit dan rasa nak pergi hospital lepas subuh nanti.

in the mean time lendir tu dah makin obvious darahnya.

19/2/2011, 540am

ummy kejut saya suruh turun makan telur rebus bagi tenaga nak push nanti. haha!

subuh

saya kejut B suruh siap2 nak pergi hospital. dia terkujat dan terlompat dari katil bila saya cakap saya sakit. dia tak sedar langsung masa saya kejut dia semalam. haha kelakarlah tu.

tiba2 sakit setiap 5min.

7am++

arrived PMC. tiba2 kontraksi tak tentu kejap tiap 5 min kejap 10min. tapi sakit memang sakit tapi bearable.

single room penuh maka duduk dulu shared room. first nurse checked VE. gonjengdingdongbell senak la pulakk. dulu dr zarul buat tak sakit langsung!

baru 2cm. kuciwa, macam lambat je kan.

CTG scan, 2nd nurse datang and cakap, lambat lagi ni. esok kot baru awak bersalin. dr zarul on call today. nanti tunggu dr ratna buat round check.

suruh B pergi beli mcD hihi. nak pergi mcD sebelum datang hospital tadi ummy bising tak bagi haha.

lepas tu nurse datang memberi ubat berak, enema. wallah terus daku mentahi tanpa paksaan.

tiap kali kencing memang lendir dah jadi darah. saya takut adakah ini kembar darah? katanya sakit. huhu. tapi bila tanya nurse, dia kata bukan. tu tanda je. huhu

noon

halamak dr ratna tak datang check punnnn. sudah bosan. B balik rumah kejap and ummy abah datang teman. tiap kali contraction, ummy muka kasihan tengok daku. sambil gosok2 daku. (tiba2 daku daku kenapa tah)

sambil bosan2 duduk je kat bilik sejuk tu, saya dan ummy pegi jalan2 tengok baby kat babies room. huhu tak sabarnya, kata hati kecilku.

saya banyakkan berdiri, berjalan2 dan berkata kepada anak, tolongla mommy. jangan lama2 kat dalam okay. cepat cari jalan keluar. we'll do this together!

B dah bengang sebab macam tak ada apa2 feedback ni. kalau lambat dia nak bawak saya keluar jalan2 ke apa ke. dalam hatiku, ish taknaklah. by hook by crook i must get the baby out today! not tomorrow!

B panggil nurse and barulah nurse datang check saya. okay tak sakit sangat macam pagi tadi. 4cm.

okay, u progress naturally ni. tapi anak sulung selalu main2. dr tak akan bagi apa2 ubat lah. kita tunggu aja.

hohhh. asik cakap lambat lambat.

tapi ummy cakap kat saya.

ummy rasa kak long beranak lepas asar. sama macam ummy beranak kat kaklong dulu. mananya esok tak adanya. ni cepat minum minyak selusuh ayahsu buat ni! biar mudah2.

saya punya degil tak nak sebab takut baby stress. ingat dah bukak 8cm baru nak minum haha! tapi call ayahsu, dia kata, dah boleh minum sangat dahhh.

so, minumlah.

ummy abah dah nak balik rumah nak solat semua. dan ummy kata nak solat hajat untuk saya dan baby. masa salam peluk cium ummy tiba2 sakit. saya tahan sakit sambil peluk ummy sambil nangis. sampai hilang kontraksi.

nangis bukan sebab sakit tetapi sebab sebak fikirkan dulu pun ummy sakit masa nak tunggu saya keluar. huhuhu.

bila ummy balik je mak ai sakit ia semakin menjadi2 woh. semakin lama. tiap kali sakit saya focus kepada pernafasan. innnn, hee hee hoo.

saya baca semua doa yang ayahsu ajar dan orang suruh. sambil2 tu sempat je fb, blog, ym. haha bila sakit masa ym siap cakap, jap2 aku sakit. pastu bila tak sakit sambung ym. haha!

di samping pinggang saya yang macam nak patah, tangan B pun macam nak patah sebab dia terpaksa urut saya. hihi

saya sempat cakap kat B, B maafkan semua dosa hunny tau. B doakan hunny and baby okay.

ye sayang. tak ada dosa pun. everything will be fine.

huhu sebakkk.

4pm++

pakcik PMC membawa wheel chair untuk bawa saya ke single room sebab dah kosong dah sekarang. bagus lah. sebab makin sakit makin kuat pula saya bernafas dan mengucapkan zikir. malu pulak kat patient lain.

masa ni saya sakit amat2. cakap kat B, tak kan esok kot hunny nak bersalin. panggil nurse panggil nurseee. bila nak bagi pain killer niiii

nurse pun datang dan cakap, ha dah tak boleh senyum ya? pinggang pun nak patah dah kan. okay ni lah procedure yang paling tak best kan? lalu check VE.

tak sakit pun.
mmh awak ni dah nak bersalin ni. lepas asar kot. nanti kita call dr zarul okay.

berapa cm dah?

8cm. awak ni jenis mudah bersalin ni.

gulp. sudah tiba masa kah.

440pm

lalu saya dibawa ke labour room. nurse lagi sorang yang bawa tu tanya, ehhh macam pernah tengok awak ni. dulu awak warded kan? hypermesis kan. haa dah nak bersalin pun awak ni. cepat eh awak dilate. mudah ni.

huhu apa2 ajalah. saya sakittt ni. huhu

bila masuk labour room tiba2 saya kena inject kat buntot.

nurse kata, okay ni bukan tak hilangkan sakit terus ya. tapi buat awak ngantuk dan relaks.

apa? mengantukk? damn it. kenapa aku biar dia cucuk??? damn damn!

saya sempat call ummy abah minta maaf. dan ummy cakap dia akan datang lepas asar.

5pm

dr zarul sampai. pakai hard rock tshirt n jeans je and said, bagus! cepat! anak sulung cepat nanti anak kedua lagi cepat.

tak mampu nak cakap apa, senyum je. lepas tu dr check VE. dah 9cm. nurse suruh practise teran sambil mengiring. tak reti sebab daku mengantuk kot. huhu.

lepas tu dengar B tanya nurse kenapa ada darah2 ni? pastu nurse kata, biasalah memang macam tu. saya memang dah tak tahu apa yang jadi kat bawah tu kan. yang tahu tiap kali contraction, b urut pinggang. and mulut memang dok cakap astaghfirullah, allahu akbar, allah allah. dalam hati minta tuhan gugurkan semua dosa sebelum ni.

juga terdetik, okay cukup kot anak seorang hahaaaa

tiba2 dr cakap okay it's time. nurses n dr ajar push. suruh b tekan kepala saya masa saya push. mak aii saya macam ngantuk. push sambil tutup mata. pastu nurse pun kata, mengantuk ni awak ni. huhu.

ada time saya terangkat buntot, serentak dr n nurses cakap, jangan angkat pungongggg! huhuh

saya tak tahu apa jadi after few trials, tiba2 dr cakap, okay 2kali push lagi baby keluar. this time, saya pegang B kuat2, and suruh nurses pegang kaki saya sebab saya dah tak larat nak tarik. push very very hard and dr pun cakap alhamdulillah, okay tengok your baby girl ke boy. at 522pm, keluar pun dia.

suara dia macam ekkkk cam tu. so saya tanya dr. dr, kenapa dia tak nangis?

you mengantuk, baby pun mengantuk. kita bagi antidot nanti dia nangis.

tiba uwekkkk uwekkk kuat gilaaaa! hahaa nurse pun cakap wah garangnyaaa.

masa ni B still pegang tangan saya. saya terus cakap, B hunny okay dah, cepat pegi amek gambar baby cepattttttt. hihih dia macam speechless woh. hihi.

lepas tu dr keluarkan uri dan saya tak ingat apa2 dah.

tiba pingsan dan sedar2 saya seorang kat labour room. huhu masa ni dah tak sabar nak jumpa baby.

lega semua dah selamat. perut dah kempis, baby dah keluar tapi masa nak gerak sikit2, terasa sengal kat tempat jahit episiotomy. huhuh.

bila baby sampai macam ahh uuhhh ahh bercampur baur perasaanku. ini rupanya hamba allah yang selalu dok main tendang2 daku dalam perut. first thought, uhu muka B sejibik. haha.

baby dah diberi air zamzam before sebab i pingsan kan. masa nak breastfeed, dia latch tapi ngantuk. sabar jelaa haha.

susu memang tak ada lagi masa ni tapi, bila picit keluar la kolostrum kuning2 tu sikiittt sangat.

mmmh kesimpulannya, sakit bersalin tu memang sakit tapi bearable. patutnya dah 8cm tak payah pain killer! tak pasal2 mom n baby ngantuk sampai terpaksa vacuum. iyee rupanya vacuum. saya cuma tahu lepas paed yang cakap. agaknya dr zarul dah cakap tapi i ngantuk. ralat sungguhhhh!

sebab saya percaya saya boleh teran sendiri huhu. for few days saya dok ralat tapi tak apalah asal semua selamat. huhu.

after all, i dont mind the pain for next babies sebab semua tu kejap n bearable cuma, nak abiskan pantang dan sakit episiotomy tu yang tak suka. huhuhu. kena jahit 4 jahitan huhu.

tapi jaga baby seorang ni pun mencabar juga. huhu nanti kita cerita lagi ya.

di saat ini eisya sedang tidur atas riba after being fed. dan saya tengah topless sebab tadi berak kat baju saya!

T___T

okay nanti kita cerita lagi ya. tataaaa

7 comments:

NURUL JAMIAN said...

tiba2 teringat time nurul bersalinkan raina dulu. teringat kesakitan itu tp puas dan hepi sgt bila tgk anak selmat dilahirkan

♥ Fasha ♥ said...

ohhh dah berjaya citer kesah bersalin rupanya. aku jek yg dok malas nak menyusun ayat tu yg smpai skrg tak tulis2 lagi T_T

Nariko said...

isy bergenang ayaq mata.. terigt saat2 daku bertarung nyawa. hehe.. tp best kan? tolak rasa sakit tu, experience yg tak boleh dijual beli :)

.:pUbLiC_eNeMy:. said...

wahhhh..nampak mcm senang je nk bersalin nie..tp hakikatnya adalah sgt sakit..bella dulu pun tgk dia sakit rasa kesian sgt..
nasib baik slmt smua ye kak..
comel btol eisya tu..gerammmm..

dialicious said...

besnye senang bersalin.tp mmg betol preggy n bersalin tu tak susah sgt.menjaga baby dan berpantang tu yg mencabar kan.tp anak ke2 kita akan lebih mahir insyaAllah.nak je anak ramai2 kan.hahaha

fati said...

aloloooo~~~ bessnya pengalamann kamuu, all d bes,ederq selamat menjalankan tanggungjawab sebagai ibu pula ;)

~dYaHaHa~ said...

'saya text ummy cakap dah start sakit dan rasa nak pergi hospital lepas subuh nanti'...ko sms ummy even 1 umah ke weyh?