sampai hati eisya makanan yang selama ini kegemarannya, setelah bosan dia mensembur2 setelah 2-3 suap, ke arah muka emak dia. tsk tsk tsk.
pumpkin soup
bahan2nya puan2,
- 1tsp unsalted butter
- 2tbs bawang besar ( i use bawang holland)
- 1/3 cup celery sticks
- 1/3 cup of chicken
- 1 cup pumpkin
- sedikit cinammon
- panaskan butter (kalau tak ada sila guna olive oil/canola oil/sukati).
- tumiskan bawang sampai wangi2
- masukkan celery stick
- masukkan ayam
- masukkan cinammon
- masukkan pumpkin
- masukkan air secukupnya
eisya suka. emak eisya pun suka. kalau nak makan seisi keluarga, tambah garam, kiub pati ayam. pasti menselerakan. pakai roti perancis kan. lagi setap. macam kat secret recipe. ecehh.
note: kalau taknak tumis2 pun tak apa, rebus je semua bahan. pun sedap. kalau ada chicken /vegetable stock pun ok.
chicken and potato soup
bahan2nya puan2,
- unsalted butter/canola oil/olive oil
- 2tbs bawang besar ( i use bawang holland)
- 1/3 cup celery sticks
- 1/3 cup of chicken
- 1/3 cup of potato
- 1/3 cup of carrot
- daun sup
hehe iklas ke tak nak bagi resipi ni emak eisya????!!!
baby pasta soup
bahan2nya puan2,
- unsalted butter/canola oil/olive oil
- diced meat (chicken/meat)
- chopped garlic and onion
- celery stick
- daun bawang
- daun sup
- baby pasta
okaylah cukuplah 3. nanti i tulis lagi. senang je kan? eisya dah bosan makan rebus2, so i try tumis2 la pulak. suka sangatlah dia.
oh ya ni i nak bagi tips.
- ada yang kata baby tak suka makan. tak apa, jangan paksa. cuba slow2. bagi time dia baru bangun tido, time dia tak terlalu lapar. kalau lapar sangat, bagi separuh susu. makan dulu, baru bagi separuh lagi susu. jangan force feed, tak elok untuk mental baby.
- jangan kata baby tak suka homemade food, tapi lebih suka instant food. baby tak akan tahu mana satu sedap kalau kita tak beri in the first place. kalau dia tak suka untuk pertama kali, atau beberapa kali, cuba lagi dan cuba lagi tapi jangan terus bagi instant food. akan tetapi, every baby is different. so we just have to try and try and try. ada yang 8-10 bulan baru nak terima solid food. be it.
- kalau macam lauk2 kan hanyir, baby tak suka. so hilangkan hanyir dengan letak sedikit halia/kayu manis/rempah lain bila baby boleh terima rempah (jangan blend sekali pulak ya)
- check label setiap kali beli makanan bayi. i dah buat silap dengan beli brown rice cosway. it's not baby food! i tak tau lah ada sodium (garam ke tak) tapi entah rasa tak elok kot for baby. mmhh. tapi sebenarnya baby bites kat pasaran pun ada sugar and sodium. but they are still baby food. so better dari adult food.
lepas ni nak try bagi bihun sup ke, nak try bagi tofu. eh macam2lah. suka sangat tengok dia makan. jom join group ni kat FB. macam2 info. HOMEMADE SOLID FOOD FOR YOUR BABY
maaflah tak ada gambar. tak sempat pulak nak snap2. tapi kalau nak gambar jugak, nahhh.
tetiba kan? hahaha. ni eisya tak puas hati emak dia paksa2 pose.
haihh eisya ni kan tanak dok car seat! lepas tu melasak je kerja dia dalam kereta. nak suruh dia diam i bagi nenen. tapi kadang2 dia marah sebab sikit2 nenen. kalau dia marah, dia gigit i. eiii sakit ok walaupun tak ada gigi. i dah tergenggam lengan dia kuat2 masa dia gigit. hihihi.
tak pun i bagi dia makan biskut or buah. pun dia nak pegang sendiri tapi nanti comot baju, comot kereta.
dah besar ni macam2 karenah ok. tapi best lah. hehe.
perkembangan eisya sekarang, dia dah pandai berpaut dan berdiri sendiri. bila tak nak dia geleng2 kepala. tapi taknak makan pun, geleng2 nganga jugak haha. then dah boleh clap her hands. boleh duduk, lesen L tapi. merangkak paling jauh pun, errr mmh 2 langkah. haha! tak apalah slow2 ok.
semua ni she got in a week. nasib i cuti lama last week. so happy to see all these. cuti lama sikit last week buatkan dia jadi terlebih manja. yang tetiba nak nangis manja pilu. eiii geram tau.
hehe emak2 ni memang kan. walaupun achievement tu biasa je, emak2 tetap rasa overwhelm. biasalah tu, please just bear with us. haha.
entry dia dah rojak. well u know me.
okaylah itu sahaja. bye!!!! eh jap ni gambar lama eisya. i letak kat meja ofis. suka tengok sebab mata dia bersinar2.