mata duitan

Monday, October 10, 2011

petang tadi.masa aku sedang tunggu giliran ambil ubat di hospital, aku duduk sebelah makcik ni.

dari tadi macam rajin nak ajak bual. aku senyum je.

makcik: cik, pregnant ke?
aku: hahaha! tak makcik. saya gemuk. (rasa nak menangis tapi rasa kelakar)
makcik: ohh alaa tu biasa! lama2 kurus la. jangan risau! (muka bersalah, sambil gosok bahuku)
aku: entahla acik. anak dah 7 bulan lebih tapi tak kurus2 pun. hihi

perbualan bersambung macam2. dia teman anak dia buat check up, dr suruh induce, cucu ke 11. anak dia panggil suruh teman dia jumpa dr pun makcik ni tanak pegi tapi nak bual dengan aku. hihi

and come to part yang anak perempuan dia lagi seorang meninggal masa deliver 4th baby. tak sempat pegang baby, tak sempat nyusu. due to kanser kelenjar. ada kanser ni since mengandung anak kedua. dah buat kemo 32 kali macam2 berubat tetapi akhirnya meninggal masa umur 31 tahun.

aku dah sedih tapi makcik ni masih relax.

then aku ambil ubat, aku pun nak pergi salam makcik tu. dia suruh aku duduk, tarik tangan aku. aku pun salam dan dia peluk cium aku.

aku cakap, saya balik dulu eh cik. anak dah tunggu lama.

ha yelah. mmh sebenarnya, makcik tengok awak ni teringat kat anak makcik yang meninggal tu. sedih sangat. masa ni mata dia dah berkaca.

aku pun masa ni tak tahu nak kata apa. aku dah sebak.

aku gosok belakang dia dan kata tak apalah makcik.

aku gerak cepat2 sebab dah sedih.

lalu cepat2 jalan ke kereta dan menangis sambil drive.

losing someone is painful kan? kasihan that makcik. i wish i could hug her tighter and longer...


- Posted using BlogPress from my iPhone

4 comments:

Iza said...

Saya pon sebak jugak baca pasal makcik ni ;'(

aZZa said...

mata aku berkaca-kaca..

Jesse Tan said...

sweet post..but sweeter you my dear..hati u so kind..:)

intoxicated-catastrophe™ said...

sedihhhh :'(