mata duitan

Tuesday, July 31, 2012

penenang jiwa

orang PMS memang camni ke? ish ishh. 

meh tengok gambar sya kasi tenang cool sikitttt. 

hehehe


tick tick tick...KEBABOMMMMM

amaran: kalau puasa, tak yah baca ya. kalau nak baca scrol kat bawah ni ada nasihat berguna sikit. awal2 ni aku nak bebel nak lepas amarah.

pagi2 lagi dah meletop mak hari ni. my tolerance level is up to my head. rasa nak baling2 periuk pon ada. rasa je tak baling pon. hempas pon tak. T_________________________T

eisya sekarang ni kan asik tidur lambat. but lately dah okay balik, alhamdulillah. semalam dia tidur pukul 830pm. bangun 1130pm to change diaper and milk feeding. masa tukar diaper pon dia boleh terlena balik. dan malam tu pon 5am baru bangun susu. heavennya kalau tiap2 malam camni, nak oi.

so aku tak puasa kan so aku pon tak bangun sahur so aku pon berusaha nak tidurkan dia balik, sebab nak bangun masak lak kan kul 530am. eisya ni pulak sebab dia dah biasa join bangun sahur kan, so dia macam ternanti2 jela aku bangun.

tapi dia ngantuk sebenarnya aku tau. amarah bermula apabila papa dia lepas makan, masuk bilik tengok eisya. eisya dengan gembiranya bangunlah sebab nak main kan. dan lepas tu terus dengan gembiranya dia ajak eisya main kan.

selalu dia bangun time aku bangun sahur tu, excited, kejut semua orang bangun, then subuh tu dia mintak nak tidur balik. kau bayanglah aku lepas makan sahur, pastu kena baring kasi susu kat dia. mana tak kembang mak kau ni. susu duduk tak mau dia. sebab tak leh freestyle kot. whatever la eisya.


aku tak tahulah kenapa masa ni aku dah emo gila. bengang gila. mungkin sebab aku pantang orang kejut anak aku masa tidur. sebab aku tahu perangai anak aku kalau tak cukup tidur cemana. biasalah orang ni time main, nak lah. time nangis, time berak, kencing semua tanak. semua pass kat aku jugak. aku dengan menda lain lagi nak buat. dan mungkin jugak aku PMS.

eisya biasalah, time aku tengah masak tu lah dia bergayut kat kaki aku kan. orang yang kejut tu dah landing pulak depan tv. manalah aku tak menaga kan. tapi nak menaga ke nak memetir ke slow2 aje. bakar dalam hati jelah lebih2. kang kau yang kena naga balik. tak pasal2 je ada orang kena baling periuk. eh?

ah malaslah nak cerita panjang.

tak kisahlah apa2 pon, aku memang pantanglah anak aku dikejut masa tidur. aku tengah usaha nak tunekan masa tidur dia supaya cukup 12jam setiap MALAM. ini penting untuk tumbesaran otak dia.

masa eisya kecik sikit dulu, abah suka nak alihkan eisya. kadang eisya tidur senget sikit, dia nak alihkan. tak pun budak2 ni nak cium eisya masa tidur. pastu eisya wekkk nangis. aku dah bengang nak kena tidurkan balik. bukan macam baby lain, tepuk2 lena. tapi sekarang ok sikit tak adalah sensitif masa baby dulu2.

kadang orang laki ni dia tak faham. kenapa ini tak siap kenapa itu tak siap. kasi jaga anak sehari, baru dia tahu kan cemana. budak tengah lasak. kita nak kena multi tasking lagi. kecoh ketiak jugak kan.

so tadi, aku sempat masak breakfast je untuk eisya. lepas tu, eisya tidur balik kul 630 tu. nasiblah ummy jaga. boleh ummy masakkan. kalau hantar BS ke nursery ke? tak ke susah.

sorryla puasa2 pon nak bebel kan. tapi aku tak puasa tak apa. muahaha.

bawak bertenang. bertenang. tarik nafasssss lepasssssssss. okay. 

tengok lin ada post ni kat FB. bacalah ya. isteri berleter, sabar aje.

tapi laki mak tak ada pon diam camni. kalau kau nak berleter tiga empat patah kata boleh lah. kalau lebih dari itu, kau yang kena balik.

kadang orang dok judge aku macam2, queen control pon ada. whateverrrrr. kau tak tau kau diam je jangan nak merepek ok.

air yang tenang jangan disangka tiada buaya kannnn. 


kesimpulan di sini adalah, semasa eisya adelea tidur, DO NOT WAKE HER UP!

Semasa Umar memegang jawatan pemerintah Islam menggantikan Abu Bakar, seorang lelaki datang ke rumahnya. Lelaki itu berhasrat untuk mengadu berkaitan dengan hal isterinya.
Apabila hampir tiba di rumah Umar, dia tercegat di hadapan pintu rumah pemimpin Islam itu. Dari luar rumah, dapat didengari suara leteran isteri orang ternama itu. Pada masa itu, isteri Umar ialah Ummu Kalsum bin Ali, anak kepada Ali bin Abi Talib. Yang anehnya, suara Umar langsung tidak kedengaran.
"Sekiranya beginilah keadaannya semasa berhadapan dengan leteran isteri sedangkan di luar beliau dikenali sebagai seorang yang berani dan tegas, bagaimana pula saya? " Lelaki itu berfikir sendirian.
Kemudian, dia melangkahkan kaki meninggalkan rumah Umar. Ketika itu, Umar membuka pintu. Lantas beliau menyapa dan bertanya tujuan kedatangan lelaki tersebut.
"Tujuan saya datang ialah untuk mengadu perangai buruk isteri saya yang suka berleter. Tetapi apabila terdengar isteri tuan sedang berleter sedangkan tuan tidak berkata apa-apa, lalu bagaimana pula keadaan saya? " Lelaki itu meluahkan perasaannya.
"Saya bersabar mendengar leterannya kerana beliau ada hak ke atas saya," Umar menjelaskan keadaan.
"Isteri saya memasak, mengadun roti, membasuh pakaian dan menyusukan anak, sedangkan kebanyakan yang dilakukannya itu tidak diwajibkan ke atasnya. "
Lelaki itu mengangguk-anggukkan kepalanya perlahan mendengar penjelasan Umar.
"Isteriku juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan haram. Itulah sebabnya saya bersabar dengan leterannya."
"Benar segala apa yang tuan katakan. Isteri saya juga melakukan semua itu," akur lelaki itu.
"Bersabarlah. Leteran mereka hanya sekejap sahaja." Umar menenangkan.
Lelaki itu pulang dengan wajah yang lebih tenang berbanding semasa dia tiba ke rumah pemerintah Islam itu...

Tuesday, July 24, 2012

29year OLD and 17 months YOUNG

 ederq is 29 omgsooldoledi

now, people! this can't be true! i know, right? how can i be 29 already when people constantly thought i'm only 20! gosh, some people!

boleh belah sekarang kau ederq! dush dush dush!

okay okay. ni tahun terakhir aku di abad 20 an. tahun depan, kalau panjang umur murah rezeki, boleh kita berjumpa lagi. da di du di da di da da di. eh no i mean, lagi setahun 30tahun ler pulak.

allah, thank you for everything. harapnya dengan menjadi 29 tahun ni aku lebih dekat kepadamu bukan semakin menjauhimu ya allah.

thanks for all the wishes. i really appreciate it. i'm not a little girl anymore, who is expecting gifts on her birthday. though an LV would be niceeee, but ermm really, just pray for me ok? doakan saya murah rezeki, lebih beriman, dapat jadi isteri, anak, ibu yang baik dan hamba allah yang beriman dan rakyat malaysia yang dapat berbakti kepada nusa dan bangsa kita. satu malaysia! janji ditepati. tiba2. eh kita kan dah daftar undi, muahaha finally! daftar masa hari last tu. so tahun ni i is boleh mengundi okay! boo! umur 29 tahun baru daftar!

eisya is 17months young 

ini budak kicik sudah macam2 punya perangai woh. kadang2 saya sama papa dia sudah pusing kepala woh. ayo apa pasai mommy cakap ini macam woh.

muahaha. sebabbbb eisya suka amik blackberry mommy pastu kepit kat telinga ngan bahu, jalan2 cakap hayo??!! haaaaa! bla bla bla! 

ni je sempat snap haha. 

macam cina apek cakap telepon cakap kuat2 tu ha. pastu gelak2 tiba2. pastu kadang siap sangkut handbag, kepit telefon. cehh macam busy sangat je kan. rasa dia suka main camni kot. masak2 pun suka. berdesing telinga dengar dia ketuk2 periuk tu. adoi over masak apa sampai nak kena ketuk?

at this age, gosh it is exciting i must say. macam2 aksi si manja yang mencuit hati. eceh. tapi yang mencuit ada, yang menggelegakkan hati pon ada. haha. takdela sampai gelegak sebab sure kita cepat cairkan. yela. she is just a baby! what does a baby know? memang kena banyak sabar nak jadi ibu bapa ni ya. bukan senang.

tak kiralah cemana lasak anak kita tu. patut kita kena syukur dia sihat. dari dia duduk diam tak aktif lebih baik dia aktif kan, berkembang sikit minda dia. HYPERACTIVE tu lain ya. dont simply use that term to any baby because it is a symptom that need proper treatment. kalau anak melasak2 tu biasalaaa budakk. jangan marah, jangan pukul. cakap je elok2 lama2 dia faham. cara kita didik, layan dia masa dia newborn hingga ke umur 3 tahun akan beri kesan bagaimana perangai dia sampai besar nanti.

i take few examples la kan. kadang orang kata, anak kau nangis, kau biar je. lama2 dia diam. hey what is new about this? i was told to do it masa pantang lagi. do i ever listen? well, at some point i do ignore her cries but i think we mommies knowla when to ignore and when to entertain kan.

contoh, kalau anak menangis, kita amik dia pujuk dia, usap belakang dia. cakap sshh shhh shh. mommy is here, dont u worry. sekarang, she will do the same to her soft toys or dolls. she grabbed one of them, dukung ketat2, kiss, hug and say shh shh. siap bawak lari ke tempat lain, maybe to a quiter place? hehe.

and not just toys. there was one time, eisya gave mommy a difficult time till i got so tired so i just ignore her let her watch her favourite movie at 3am in the morning and i was back to sleep at the couch. when she had enough of tv, she came to me and kiss me. i tanya dia, eisya kenapa buat macam ni kat mommy? mommy tired u know? esok mommy gotta go to work. tak kesian mommy? then she immediately tepuk my face, kiss me and hug me and pat my shoulder and say shh shh. schhwweeettt kan.

sekarang pon kalau bangun pagi, if dia bangun dulu, dia akan usap muka kita and call mommy? papa? and kiss banyak kali. just like what we do to her.

so berbuat baik kat dia untuk ajar dia berbuat kat orang lain. insya allah.

this is funny one. selalu kalau orang balik, orang kat rumah tokmi tu selalu dukung dia, duduk belakang pintu and pastu kasi sapraisla konon2 kat org yang nak masuk tu. tiba2 semalam, kereta tokbah n tokmi balik dari terawih, dia sendiri lari ke belakang pintu, letak jari kat mulut n hidung (T__T) cakap shh shh. pastu tokbah bukak grill dia pon HAAHHH! siap angkat tangan tu. haha!

she is now sangat loving jugak. tiba2 nak hug orang, nak kiss. alahai. kalau dia baru balik dari mana2 pon sure dia cari semua orang nak hug. kalau orang baru balik pon sama.

her vocabs now, okay alhamdulillah. dia tiru2 apa yang kita suruh sebutla kan. kadang2 dia panggil me or hubby YAM! means YANG. her papa dia panggil B or PAPABIE. boleh pulak kan bergabung.

dah pandai express her feelings through words, contoh: kakut (takut), akit (sakit). kalau i cari barang, i suka involve her. contoh. eisya where is your bedak? mana bedak? nanti dia kata, edak? ane? edakk? pastu tolong cari2. pegi situ sini. then if she cant find she will say, ade ade tapi maksudnya takde sebab dia goyang tangan yg mcm salu kita buat bila cakap takde tu. haha.




nampak bird ke epen (aeroplane) masa ni?

suka sangat sangat


 weeee!

okay those are the sweet ones lah. mmhh. biasalah budak kan. eisya is very vocal about what she wants. and at some point dia akan tantrum if she is not getting it. well i hate it when some people regard it as being degil, mengada2, tak dengar cakap and all those negative thought. for me, IT IS JUST A PHASE. I WILL DEAL WITH IT WITH PATIENCE. insya allah.

kalau kena marah, kerut2. 

 asking for mommy's help


 she is a baby. she does not talk so well though she tries. she cries. she laughs. that is how she communicates. all babies are like that. and if ada ketika tantrum tu. alahai biasaaaalaaah. kita parents kena sabar. SABAR! masa kita kecik2 dulu macam tu la jugak. kesian kan parents kita? and having baby bukanlah kita nak dia masa dia gelak2 dan being cute aje. there will be times when we will have sleepless nights, taking care of sick baby, handling their tantrum etc etc. FACE IT! kalau tak, nanti tua2 esok anak tanak jaga, blame yourself.

allright. since my return from NZ, eisya sleeping hour at night dah pelik pelik. i am trying my best to reschedule her sleeping time, coax her to sleep. coax not force. forcing baby to sleep, is a wrong thing to do. refer again above: SABAR!

i have not gotten enough sleep for weeks now. what to do kan. ni la perngorbanan. harap lepas ni eisya akan kembali tidur macam sedia kala. thinking of having enough sleep, man i cant remember when was the last time yang i tidur betul2 lena tanpa bangun malam untuk menyusu, change diaper, or check on my baby. kalau masa OS pon, i will get up to pump my milk or sure terbangun automatically sebab tak biasa tidur without her. masa preggie yang last few weeks pon asik sakit2 belakang, sakit kaki la apala. pon there was no goodnight sleep all night. so yeah, what is new about not having enough sleep? but yeah, there are some times eisya slept through the night sebab penat sangat kot. but i still wake up untuk check dia sebab takut jatuh katil ke apa ke.

i am not writing this to tell the world imma the best momma in the world, no. not that. im just reminding myself to be a better person. sebab kadang2 memang goyah jugak kesabaran. no matter how difficult it is to be a parent, i will never ever take it as beban. sebaliknya rezeki dan ujian allah. ujian sebab nak tengok kita ni sabar tahap mana dan cemana kita nak seimbangkan hubungan kita dengan allah bila dah ada anak ni. hey not easy kan?

ni baru 17 bulan nanti dah besar lagi pelbagai ragam kan. ni baru 1 anak. kalau 2? 3? 4? 5? eh banyaknya. :p

bila jadi emak ni baru kita ingat kan cemanalah mak ayah kita jaga kita dulu? dan cemana kita jaga dorang sekarang? mmh

okay nampak sangat aku ni dah tua. bebel banyak kan. haha.

udah2 la tu. selamat berpuasa ya semua. mari aminkan doa di bawah:

semoga ederq berjaya kurus di bulan puasa ini dan seterusnya. AMINNN

kikikik babaiii!

Tuesday, July 17, 2012

her current top five favourites!

five eisya's favourite things sekarang.

  1. TV - kena sentiasa on. kalau tutup je dia amik remote suruh bukak. bukak bi! (bukak tv) dia bukan nak tengok. naksuruh on je
  2. Karoot Komedia - sabar jelaaa. amik remote tv, pas kat kita, dia dia! (karoot komedia la tuu) 132 macam dah jadi favourite channel dia dah. eiii. kadang dia tengok orang gelak dia pon gelak. tapi dia memang camni. kalau dia tengah jauh nun di sana, dengar kita borak2 gelak2 ni, nanti tiba2 dia meluru laju datang, gelak2 gak siap gelak sampai terdongak2 kepala ke atas. yapadaa chaaa.kepochi tau.
  3. suka cakap KAKUT - kakut ni means takut. tatau kenapa. tetiba je mommy, kakut. tapi muka tak ada tanda2 takut pon. tapi kadang2 dia cakap, mommy, kakut. pastu buat2 nangis. dia expect kita cakap, no jangan takut. mommy ada. meh sini mommy peluk. ngadala. ada tu i buat tatau dia cakap kakut i diam je. pastu dia pergi cakap kuat2 kat i, mommy!!! kakuttttt! sabar jela.tapi kalau bunyi petir dia memang takut. lari terus peluk. haha.
  4. suka JOGET - dengarla lagu apa pon. sure goyang. ringtone pon goyang. tengah nangis2 kalau ada lagu kat tv, stop terus. joget2 pastu sambung kerai.
  5. suka makan roti. aiyo tatau kenapala. kadang2 penat je buat breakfast macam2 tapi dia nak makan roti bakar je! haha. 
 okay la tu aje. rindu pulak budak tu. harap tak demam dah. hari tu jangkit papa dia. dia ni selalu demam malam2 time tidur. mmh tapi dia tak crancky. tidur je susu pon tanak sangat. i yang risau kalau dia camtu huhu. tapi makan ubat, okay dah dia. active like usual.

nah tempek gambar sya ayiyaaaa. (dia sebut nama dia. tapi tak reti lagi nak sebut 2 perkataan camtu hehe.)

 haih. tak boleh tengok playground.
 suka dia pakai jersi ayahsu. (ashu)
 with her kesayangan elmo
suka paksa mommy pakai goggles ni. pastu kiss mommy. tak faham kenapa kena kiss lepas mommy pakai ni haha.

Thursday, July 12, 2012

mommy sudah pulang!

hola peeps! i am back!

huh. my trip to NZ, huh the most boring one! haha. semua disaster. kerja pon tak smooth. australian tak hantar cukup barang! dah hold up plan aku! orang yang patut replace i for the second week tak jadi datang. patut i stay for another week tapi i became so selfish sebab rindu anok. pastu ada earthquake pulak tu! 7.2 magnitude. huhu takut mak. alhamdulillah tak ada apa2.

selalu pegi sana sempat jalan2 sebab ada weekend or say for 2 weeks. tapi ni memang tak de ah. hehe lainlah da ada anak dengan tak ada anak. tak ada hati pon kat sana nak gumbira2. malam2 nangis rindu anak. huhu. sebab tu tak stay...





 masa ni eisya ingat dia ikut mommy. babai & salam semua orang. tapi tetiba mommy pergi. keraiii


at auckland airport. nak tunggu ke wellington pulak. 

 



 at work place - Porirua. besh aje kalau office dikelilingi bukit bukau camni. tapi sejukkk ah winter time ni.

 
 macam biasa kalau kat sana hari2 segala tok nenek coffee or hot choc. apesal tah setap semacam.

 hari2 lunch kat ground up. layannn

 
almost everyday aku makan salmon tapi lain2 version lah haha. fresh gila tak hanyir langsung. teringat kat cha suka salmon huhu.

makanan halal banyak kat wellington. but not in Porirua tempat aku kerja.




haaha ni je sempat pergi, dekat dengan work place. tempat wan baru discover. hampir muntah aku masa dalam kereta nak ke sini. sebab jalan pusing2. bwelkkkkk. trip this time aku tak de amik2 gambar pon. hahahah. segan lak nak pose2 kkiki. lagipon tak ada gang.

  kungkung eisya selamat dibawa pulanggg. alhamdulillah. 

eisya pulak first fews days dia okay aje. maybe dia faham sebab dia yang hantar i kat airport semua kan. pastu lama2 dah tak ok. time i video call dengan dia kadang2 merajuk tanak cakap, kadang2 nak bawak lari phone dia nak cakap sorang2. hehe. malam2 kul 2am baru tido. kadang2 raba tokmi nak kungkung haha. susu fm hanya minum 2x sehari, each time 2oz. fresh milk minum. haih ni masalah ni. dia tanak fm sekarang. mommy's milk 4oz minum. cakap sedap2. adula kesiannya anakku. susu i dah drop sesangat sekarang. :(

balik2 je, eisya tengah tidur masa tu. i pon baring kat dia. tunggu dia bangun. bila bangun, dia nampak i, dia terkejut, bulat mata n mulut in disbelief dia cakap, mommy? mommy? terus bangun peluk i. hwaaaa terus i kerai u ols. aiman kata macam dalam drama eisya ni haha. 

pastu i offer kungkung. guess what? dia tanakkkkkk! i dah nak kerai. tapi takpe relax. kasi dia breakfast. pastu relax2 kasi lagi, tanak gakkk. pastu i dah nangis masa ni. my mom dah risau gak. dia cakap tunggu dia nak tidur kot sebab kalau nak tidur dia cari kungkung mommy.

so i mandikan dia, pastu lama2 tu i baring, ajak dia baring sama and sua nenen. mula2 tanak. pastu lama2 dia minum. pastu i letak tangan dia kat nenen lagi satu baru dia get the feel. hee yela dia suka menggentel. syukur alhamdulillah. i tak dapat bayangkan kalau dia refuse df terus. huhu. tula masa i cakap kena stay NZ for 2 weeks tu, abah cakap kat ummy, haih kalau 2weeks kira putus susu dah tu. sian eisya nanti. tapi masa tu ummy tak bitau i pon. ala masa i kat NZ dia tak bitau pon pasal eisya cari i ke apa ke. sume dia cakap ok. huhuhu.



 

 





happy sangat dia dapat guling2 dengan mommy. lepas amik gambar ni i memang pingsan tapi dia panjat2 i sambil nenen. haha! asyik peluk2 i tepuk2 i kiss2. alooo siannnya anak mommy



lepas mommy balik tu eisya jadi sangat manja kededek la dengan mommy. semua nak mommy buat. sombong dengan orang lain. elehhhh. sampaikan masa tu dia mintak air dgn i. pastu tokmi yang kasi. dia majuk tanak. cakap, nak mommy! eleh ngada tauuuu.

haih memang rasa tanak os dah pasni kalau boleh. tapi baru semalam boss cakap kena pergi lagi NZ untuk tengok progress. T______T

hubby pulak macam biasala. dia OS takpe. dia balik keja lambat takpe. kalau i? i OS, dia tak keruan. haha. kalau i balik kerja lambat, dia akan call every 15minutes tanya bila nak balik. geram tauuuu.

hehehe. tapi masa kat NZ i tak ada pula rindu dia sangat2. sebab asik fikir eisya kot. tapi bila balik rumah, tengok hubby, terus rasa aaaaa rindunyaaaaaaa.:p dahla so sweet i balik je bilik dia kemas sampai bersinar2 and siap ubah kedudukan perabot lagi. thanks B!

okaylah tu aje nak cerita. till then! babaiii.