mata duitan

Tuesday, July 31, 2012

tick tick tick...KEBABOMMMMM

amaran: kalau puasa, tak yah baca ya. kalau nak baca scrol kat bawah ni ada nasihat berguna sikit. awal2 ni aku nak bebel nak lepas amarah.

pagi2 lagi dah meletop mak hari ni. my tolerance level is up to my head. rasa nak baling2 periuk pon ada. rasa je tak baling pon. hempas pon tak. T_________________________T

eisya sekarang ni kan asik tidur lambat. but lately dah okay balik, alhamdulillah. semalam dia tidur pukul 830pm. bangun 1130pm to change diaper and milk feeding. masa tukar diaper pon dia boleh terlena balik. dan malam tu pon 5am baru bangun susu. heavennya kalau tiap2 malam camni, nak oi.

so aku tak puasa kan so aku pon tak bangun sahur so aku pon berusaha nak tidurkan dia balik, sebab nak bangun masak lak kan kul 530am. eisya ni pulak sebab dia dah biasa join bangun sahur kan, so dia macam ternanti2 jela aku bangun.

tapi dia ngantuk sebenarnya aku tau. amarah bermula apabila papa dia lepas makan, masuk bilik tengok eisya. eisya dengan gembiranya bangunlah sebab nak main kan. dan lepas tu terus dengan gembiranya dia ajak eisya main kan.

selalu dia bangun time aku bangun sahur tu, excited, kejut semua orang bangun, then subuh tu dia mintak nak tidur balik. kau bayanglah aku lepas makan sahur, pastu kena baring kasi susu kat dia. mana tak kembang mak kau ni. susu duduk tak mau dia. sebab tak leh freestyle kot. whatever la eisya.


aku tak tahulah kenapa masa ni aku dah emo gila. bengang gila. mungkin sebab aku pantang orang kejut anak aku masa tidur. sebab aku tahu perangai anak aku kalau tak cukup tidur cemana. biasalah orang ni time main, nak lah. time nangis, time berak, kencing semua tanak. semua pass kat aku jugak. aku dengan menda lain lagi nak buat. dan mungkin jugak aku PMS.

eisya biasalah, time aku tengah masak tu lah dia bergayut kat kaki aku kan. orang yang kejut tu dah landing pulak depan tv. manalah aku tak menaga kan. tapi nak menaga ke nak memetir ke slow2 aje. bakar dalam hati jelah lebih2. kang kau yang kena naga balik. tak pasal2 je ada orang kena baling periuk. eh?

ah malaslah nak cerita panjang.

tak kisahlah apa2 pon, aku memang pantanglah anak aku dikejut masa tidur. aku tengah usaha nak tunekan masa tidur dia supaya cukup 12jam setiap MALAM. ini penting untuk tumbesaran otak dia.

masa eisya kecik sikit dulu, abah suka nak alihkan eisya. kadang eisya tidur senget sikit, dia nak alihkan. tak pun budak2 ni nak cium eisya masa tidur. pastu eisya wekkk nangis. aku dah bengang nak kena tidurkan balik. bukan macam baby lain, tepuk2 lena. tapi sekarang ok sikit tak adalah sensitif masa baby dulu2.

kadang orang laki ni dia tak faham. kenapa ini tak siap kenapa itu tak siap. kasi jaga anak sehari, baru dia tahu kan cemana. budak tengah lasak. kita nak kena multi tasking lagi. kecoh ketiak jugak kan.

so tadi, aku sempat masak breakfast je untuk eisya. lepas tu, eisya tidur balik kul 630 tu. nasiblah ummy jaga. boleh ummy masakkan. kalau hantar BS ke nursery ke? tak ke susah.

sorryla puasa2 pon nak bebel kan. tapi aku tak puasa tak apa. muahaha.

bawak bertenang. bertenang. tarik nafasssss lepasssssssss. okay. 

tengok lin ada post ni kat FB. bacalah ya. isteri berleter, sabar aje.

tapi laki mak tak ada pon diam camni. kalau kau nak berleter tiga empat patah kata boleh lah. kalau lebih dari itu, kau yang kena balik.

kadang orang dok judge aku macam2, queen control pon ada. whateverrrrr. kau tak tau kau diam je jangan nak merepek ok.

air yang tenang jangan disangka tiada buaya kannnn. 


kesimpulan di sini adalah, semasa eisya adelea tidur, DO NOT WAKE HER UP!

Semasa Umar memegang jawatan pemerintah Islam menggantikan Abu Bakar, seorang lelaki datang ke rumahnya. Lelaki itu berhasrat untuk mengadu berkaitan dengan hal isterinya.
Apabila hampir tiba di rumah Umar, dia tercegat di hadapan pintu rumah pemimpin Islam itu. Dari luar rumah, dapat didengari suara leteran isteri orang ternama itu. Pada masa itu, isteri Umar ialah Ummu Kalsum bin Ali, anak kepada Ali bin Abi Talib. Yang anehnya, suara Umar langsung tidak kedengaran.
"Sekiranya beginilah keadaannya semasa berhadapan dengan leteran isteri sedangkan di luar beliau dikenali sebagai seorang yang berani dan tegas, bagaimana pula saya? " Lelaki itu berfikir sendirian.
Kemudian, dia melangkahkan kaki meninggalkan rumah Umar. Ketika itu, Umar membuka pintu. Lantas beliau menyapa dan bertanya tujuan kedatangan lelaki tersebut.
"Tujuan saya datang ialah untuk mengadu perangai buruk isteri saya yang suka berleter. Tetapi apabila terdengar isteri tuan sedang berleter sedangkan tuan tidak berkata apa-apa, lalu bagaimana pula keadaan saya? " Lelaki itu meluahkan perasaannya.
"Saya bersabar mendengar leterannya kerana beliau ada hak ke atas saya," Umar menjelaskan keadaan.
"Isteri saya memasak, mengadun roti, membasuh pakaian dan menyusukan anak, sedangkan kebanyakan yang dilakukannya itu tidak diwajibkan ke atasnya. "
Lelaki itu mengangguk-anggukkan kepalanya perlahan mendengar penjelasan Umar.
"Isteriku juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan haram. Itulah sebabnya saya bersabar dengan leterannya."
"Benar segala apa yang tuan katakan. Isteri saya juga melakukan semua itu," akur lelaki itu.
"Bersabarlah. Leteran mereka hanya sekejap sahaja." Umar menenangkan.
Lelaki itu pulang dengan wajah yang lebih tenang berbanding semasa dia tiba ke rumah pemerintah Islam itu...

1 comment:

syiekin azam said...

aish: mommy eisya, takmo marah2 ok? meh aish nak hug..

ihihihihi comel je entry kau kali nie..pliz jgn nak marah2 aku plak k? ihihihihi..t aish bg laser otomen br kau tau..

ok bye..