mata duitan

Monday, August 27, 2012

lapan belas bulan!

setahun setengah dah pun anak mommy ni. lagi 6 bulan nak wean off kungkung lagi 6 bulan nak makan family food.

hee bukan merungut tapi sedih pulak fikir kalau dia 2yo nanti acane la ye. takpela tak mau fikir. sekarang fikir dia baby baby je. ehehhe baby tua.

baby tua setahun setengah ni sekarang dah pandai macam2. alhamdulillah. karenah tu macam biasalah. ada time okay relax je. ada time tak ok sampai guling2 kan tatau nak apa. haha.

  1. gigi geraham 4 batang sedang tumbuh. 2 atas 2 bawah. mommy tak perasan pun bila naik ni. tiba masa geletek2 dia ada nampak putih2. huhu tidakk nanti banyak gigi dah tak babyyyy
  2. banyak cakap. bolehla sebut banyak menda dah. tapi ada pelat2 jugak. ada yang clear. dia pelat F. frog jadi syrog. four jadi shore. L and R pon tak reti lagi. lorry jadi ayi. lalala pon jadi ayayaya. S jadi SH. 
  3. kalau main dgn baby kecik, dia panggil budak tu adik. suruh baby panggil dia kakak. 
  4. tiba2 jadi kedek dengan toys dia. apa yg orang lain main dia punya, tula yang dia tetiba nak main. dulu tak kedek pon. sekarang dah tau sense of belonging kot. hehhe. paling kelakar tengok dia main dgn twins kak jea la. twins tu pon cerdik kalau eisya buli abang, adik datang back up. haha. eisya pulak suka gelakkan dorang sebab dorang tak reti crawl lagi kan. so kalau eisya usik2 pastu dia lari, twins nak kejar dengan soldier crawl tu. pastu eisya lari gelak2kan. hih kelakar 
  5. suka gelakkan orang. pernah dia perangkap tokmi dia dengan botol air. pastu tokmi jatuh tersadung, dia gelak sampai terdongak2 kepala siap tutup mulut. kalau kita jatuh ke terkena apa2 ke, suka gelakkan. 
  6. tau express feelings - adoo, syakit ar!! anash (panas), shejuk (sejuk), basyah (basah) kadang2 kalau tanak apa2, kena paksa tukar lampin ke, dia cakap TIDAKKK! mana tah dia belajar. 
  7. oh kalau berak, dia akan bitau. mommy, sya yak. pastu buat muka busuk. busyuk ar, yeyek! dia cakap. tapi sekarang ni nak pakai baju ke nak bukak baju ke nak tukar lampin ke sure penuh drama laaaa.
  8. ABC tak hafal semua lagi. tapi reti sambung2 kalau kita start. kita A, dia B. kita C dia D camtu la. kalau nampak tulisan apa2 yang besar macam IKEA tu dia cakap ABC!
  9. 123 pon samala dia hafal yang genap je. kita one, dia two, shore, shid, eight, ten! kalau BM tau tiga, empat, lima n lapan je. haha. kalau main2 calculator, tiga empat lime. tu je. siap dgn jari2 lagi tengah bilang. 
  10. suka main lukis2 kat board. kalau terlukis kat mommy terus panic. lalu peluk mommy n kiss.
  11. makan banyak. tapi asik nak nasyik je. dengan fish. kalau nak suruh makan ayam kena masak special baru makan. nasi tumis2 macam nasi arab ke nasi bukhari ke nasi tomato ke nasi ayam ke, all time favorite. asik tak cukup jee. mmmh syeddap..nyeee. tapi tapi, i tengok macam makin kurus aje budak ni. mmmmhhh
  12. kalau buat salah dia akan mengaku cepat2. dia akan kata SYA! SYA! ALAH SYAAAA! tak pon awal2 dia tepuk tangan dia. BIP SYA ARRR. kadang kesian haha. kalau dia buat apa2, i macam saja ah berlakon nak marah ni. sapa buat ni?? dia jawab, SYA! abes tu cemana ni??? BIP SYA AR! hahaha.
  13. kalau dia nak something dia akan berbaik2 kiss2. lentok2 kepala panggil kita. adala tu niat tersembunyii. 
  14. kalau dapat duit raya or makanan dia akan cakap asyihh (terima kasih) tak yah suruh pon most of the time. tapi kalau menda lain, kena ingatkan. cakap apa eisya? asyihhh. tapi kalau i kasi duit raya kat orang, or even bayar barang yang dibeli pon dia marah sampai nangis. apa daaaa
  15. suka makeup. pantangla nampak org tenyeh bedak ke lipstick ke. mesti nak jugak. kalau mommy da calit2 sket, nanti dia gi kat papa cakap, paa, nenok! papa tanya, tengok apa? sambil dia point kan lips dia, cantikk!
  16. obsessed dengan transports pulak sekarang. dulu animals kan. sekarang suka cakap ayi, bashh (lorry, bus), car, epen (aeroplane), ten (train), moko (sengau sket) (motor)
  17. dah kenal baju2 orang. kalau kita tengah lipat baju sibukla dia amik baju yang da lipat ni nak kasi kepada pemiliknyaaaa. aiyooo.
  18. suka bila kita involve dia kalau nak buat apa2. rasa penting gitew. biasalah budak. kadang tengah masak pon nak tolong kacau. asyak asyak! nampak kuali ke stove ke kat kedai. asyak! mmh syedapp.
  19. kalau tengah main sorang2. ada time dia tanak kita join dia. ada time dia ajak kita main. kalau kita busy je buat kerja or nak tidur ke nak tengok tv je. nanti dia datang kejut. huhu. like last weekend, dia main blocks dia. yay eisya da pandai sambungkan haha finally. dia kejut i tengah tidur. mommy, nenok! i pon wowww what is that? dia kata, epen! wuuuu siap terbangkan kiri kanan. kadang penat la nak tidur je nak rest. time tula sian eisya main sorang2. nak susu je datang selak sendiri haha.
  20. pentakut jugak budak ni. haih. i tak ajar pon takut2 ni. tataula. dia takut guruh, bunyi cengkerik or cicak (masa balik kg), and dia takut CAMWOW. huhu some kids find it funny but not eisya. dia fobia gila2 macam nampak hantu. kesian ok. huhu. sampai nak tango dengan aunty2 dia n nenek pon da fobia. dia tutup muka dulu sambil tengok celah2 jari, tengok sume ok baru dia ok .
okaylah cukup ah 20 hahaah.

enjoy her pics. hehe. 

 mam, asyak. mmg syeddapnye!

 manja mommy

 tiru mommy!
18months princess eisya!

Wednesday, August 15, 2012

nak raya dah!

jumaat start cuti! yahoo!

aku pon tatau aku ni looking forward for raya ke for cuti aje. to be honest raya dah tak besh macam dulu sebab dah tak ada nenek2 kan. memang ada saudara mara tapi tak samalah suasana dia.

tak apalah takmau sedih2. nak raya kan kena happy!

aku dah start pasang lagu raya ni ha tapi lagu sedih2 aku skip. haha.

eisya punya barang dah cukup. udah2 la tu. eisya excited tengok baju2 dia kasut2 dia. last 2 days dia tanak bukak kasut dia. dok try2 and jalan hentak kaki. pegi kejut tokmi tidur nak tunjuk kasut dia. siap angkat kaki. kasyut kasyuttt! dia ni memang kalau tengah try baju ke apa ke, kalau orang cakap cantik, tengok cermin. kemain perasan lagi dia. ikut papa la tu. ehhh?

papa pun dah cukup. mommy je kasihan. tak ada tudung raya lagi ni. eh ada shawl niesa tu tapi macam tak reti nak pakai!

ngadanyalah macam budak2 pon ada kan itu tak cukup ini tak cukup. orang susah sana mana ada pon baju2 baru nii. pakai je apa ada ok. bersyukur alhamdulillah dengan apa ada.

eh terbebel diri sendiri pulak kan.


kecik je eisya masa ni kan? baik je nak pakai headband!

ni adalah raya ke 3 as isteri kepada ariff ariza. raya ke 2 as mommy to eisya adelea. hii last year eisya kecik lagi. baru nak belajar makan. gi raya mana2 bawak fruit puree dia. haha. tahun ni pon bekal lagi tapi sekanrang asal jalan je i buat makanan yang senang dia nak makan. especially finger food lah. and lotsa snacks. fruits especially.

malam ni nak bake few cookies for her. kang dia tengok kita asik makan biskut raya nanti dia nak bekot nak bekot kan. sebelum papa dia nak beli pelik baby cookies tuuu. or orang lain suap dia kuih raya macam2 baik aku buat kan.

siapa nak tengok mak eisya jadi naga memetir di hari raya cuba cubalah suap pelik2. sembur api kangggg.


hehe. garang okkk.

last week masa sedara2 datang buka puasa rumah aku, kazen aku nak suap kembar (anak kazen aku yg lain) trifle. belum sempat dia suap aku dah termenjerit. kak nikk! jangan suapp! dia tak boleh makan lagi!baru 8 bulan tu. 

tekejutttt makcik tu hehe. dia cakap eh ni lembut tak pe je dia makan. 

oh no no. tu cukup lengkap tu kaklong buat gula, menda dalam tin sume ada perasa.

hhuuu biasalah certain orang tak tau kan. certain mommies redha je sebab nak jaga hati sedara. alamak aku ni tak boleh la jadi talam. aku kalau tak boleh aku cakap je depan2. sorryla kalau terpetir ke apa ke.  nanti hari raya i minta maaf okeh :p

okaylaa nak focus kerja balik walaupon hakikatnya tak boleh focus langsung!

korang, selamat hari raya yeh semua. maafkan ye terkurang terlebih sepanjang korang kenal aku. tak kisahlah kenal betul2 ke kenal fb ke blog ke. ehhe. thank you sebab sudi baca i bebel. love u ols.

muachsss!

selamat balik kampunnn! we is balik kelantan this year. semoga tabah hadapi jalan jam. doakan kami selamat pergi pulang ya!


xoxo,
mommy eisya!


 masa raya 2011 with 6m++ eisya!

Friday, August 10, 2012

nauzubillah

masa kat out station kat NZ tu, malam2 aku bosan, aku tengok tv. tiba2 hampir tiap2 malam tu la ada cerita kes bunuh pasangan.

ngeri.

kebanyakan kes sebab ada skandal. sebab nak duit insurans. 

ada satu cerita ni, husband dia baik gila. religious, sayang anak, sayang bini. tapi bini dia bosan sebab laki dia tak cukup adventurous kot. tapi memang macam sial perempuan tu sebab kat neighbourhood pon boleh selamba pegang2 tangan kiss2 dengan scandal. depan husband dia lagi. bukan satu scandal tapi banyak ah. sabarnya laki dia kan.

last2, scandal yang last ni pakat dengan pempuan ni sebab laki dia dah dah amok tau dia ada scandal. then diaorang putuskan tali brek kereta laki tu. tapi somehow tak mati laki tu. tapi last2 kena tembak dengan scandal perempuan tu. 

then, ada lagilah cerita lain2 u aku tengok. 


ni tetiba kan sekarang tengah hot cerita pasal kes Syaleza tu. ya allah sedihnya kan. aku paling tak dapat bayangkan, kalaulah betul suami dia yang bunuh, masa dia orang gaduh teruk2 tu. mesti anak dia tengok kan? mesti dengar? masa bunuh, cemana?  anak dia nampak ke?????!!!!!

ya allah, aku harappppp sangat tak! kesian sangat budak tu!!!

orang selalu kata syaitan yang akan selalu hasut manusia buat perkara jahat. tapi ni bulan puasa dek non. tak payah nak salahkan syaitan je ya!

entahla kan perkara macam ni susah nak jangka. kita tak tahu apa yang akan berlaku depan2 nanti. kalau korang tengok muka laki syaleza ni pon mesit tak sangka kan dia jahat. (kalau betul dia bunuhlah).

apa2 pon aku rasa yang paling penting adalah iman. ingat allah. nak buat jahat ke nak curang ke ingat je allah. kalau tanak ingat pasangan kita pon ingat allah dulu kan.

minta jauhlah perkara macam ni. nauzubillahhhhh.

perkahwinan ni pun bukan sesuatu yang mudah. kena banyak SABARRRRR!

aku dah hampir 3 tahun kahwin, dari gaduh manja ke gaduh besar ke gaduh gila babi besar pun ada dah. rasa dah semua. kalaulah jiwa tak kental, alahaii. 

betullah orang kata, zaman bercinta dengan masa kahwin lain. aku ingat tu semua dusta haha!

ala biasa lah tu kot. alah bisa tegal biasa katanya khennnn.

tapi tak tegal2 jugak kot aku ni ahahaa. ada hari tu, menda kecik je. ni contohh.

aku tengah drive nak g kerja. hubby dah keluar awal. si dia call. eceh si dia.

hubby: eh awak jangan ikut jalan dpn KTM ni. jam gila. masuk ikut hosp sg buloh.
me: o yeke. teruk ke?
hubby: teruk gila yanggg. ni B dari tadi kuar, baru je sampai traffic light ni. adoo.
me: ok nanti bitau kat hiway jem tak sebab kalau jem nak ikut LDP.
hubby:NAK IKUT LDP BUAT APA? TAU TAK JEM GILA NI JALAN HALA KE DAMANSARA DAMAI TUU KE OU TUU!
me: MANA TAUUU! tadi cakap depan KTM JEEEEE!

pappp! aku hang up! MENYIRAP! tataula kenapa tetiba je hangin. maybe sebab dia tetiba tinggi suara kan. he called back like 6 times baru aku angkat. 
 
me: what?
hubby: kat hiway ni tak jem dah. ok tu ikut hospital sg buloh.
me: sama je jem niii.
hubby: tapi lagi okay dari bawah tu bla bla bla blaaa
me: ye lain kali cakap kasi terang ni tetiba nak marah orang kenapa?
hubby: mana ada saya marah. awak yang tak dengar. janganlah sensitif sangat.
me: cakap elok2 laaaaa. tadi cakap KTM je pastu lain pulak!
hubby: bla bla bla. pung pang pung bla bla *whatever*
me: ok bye!

pap! hang up lagi!

haha nampak tak? menda kecik je tapi boleh jadi situasi memetir antara satu sama lain.

tapi sebab dah biasa kan, so bila dah jumpa tu macam nothing happened. dalam hati aku bengkek je tapi malas la cari pasal lagi kan. lagipun malas nak gaduh depan anak kan.

tapi kalau kumpul2 yang bengkek2 ni memang bernanah jugaklah kan.

mungkin korang akan cakap apesal la aku ni tak leh jadi perempuan yang redha je. diam je bila kena marah ke kan. macam tulah yang MIL and BIL aku nasihatkan. hehehe.

adoi. bukan tak pernah. selalu je tapi kalau dah asik kenaaa je. acaner tu? ha macam tu lah.

haih. tu time gaduh. time loving ok pulak kan. macam pagi tadi aku tak tau la aku mimpi apa tapi tiba2 sedar rasa sayangg sangat kat laki mak. hehehe.

adoi. harapnya biarlah sentiasa ada loving2 tu kan. kalau memetir je siksa jugak haha.

macam kawan kita amira sariyati kata, orang perempuan kena banyak sabar. sebab lelaki ego kan. kena sabar bebanyak je.

cakap senang kan sabar jela sabar je. takpela sabar je selagi mampu, asal tak diambil kesempatan atas kesabaran tu ye dok?

biasalah ups and downs dia perkahwinan ni. takkan nak happy je kan. sekali sekali kita remukkan hati pon okay je kann. hihii.

remuk hati jela ye jangan nak remuk badan pulak. takutnya!

okayla tu aje nak cerita. aku doakan rumah tangga kita semua dijauhkan dari semua mala petaka. dan sesiapa yang cuba merosakkan rumah tangga orang, semoga dia mendapat hidayah Allah ataupon balasan setimpalnya.

p/s: hubby, i love you.

Tuesday, August 7, 2012

random

let's talk random.

ramadhan

not a productive one for me. ni dah separuh ramadhan. masih banyak tak buat lagi. harap dapat improve. plan nak bawak eisya ke surau. harap dia behave! tapi terawih pukul 10pm baru start. by then eisya kadang dah ngantok. kadang dia tidur as early as 830, 930. so kena tengok cemana. buat kat rumah liatnyaaaaa.

in terms of lemak2 di badan, muahaha. apesal tak ada perasaan kurus pon? ishhh. whatever.

tapi kan, baru perasan setakat ni we tak ada lagi buka puasa kat luar. semua kat rumah. haha. asik busy je tak ke mana pon.

persiapan syawal 

baju eisya dah banyak mommy borong direct from US. dah prewash semua pong! so tinggal nak beli sandal and kasut je lah. papa dah setel lama dah. hamboi. semangat nampak. mommy belum. ingat berazam nak pakai tudung jangok2. tapi muka pinggan kan. harap sedar diri.

sorry

some people. gosh. sorry seems to be the hardest word for some people. u make mistake, u say sorry. how difficult is that?

eisyaMMM

tatau kenapa sekarang eisya suka tukar bunyi NG jadi M. dulu elok je sebut sekarang dia suka tukar.

abang = abam
kung kung = kum kum
sayang (yang) = yam
sit down - syit dowm

Olympic Games

okay esok dapatla eskrim BR free. ahha single scoop je la ingat dapat handpacked ke kan. ehhe ingat lagi masa preggie eisya hari2 nak makan eskrim. sampai kena ada stock kat rumah. tapi lama2 bosan BR makan sundae cone McD je hari2. haha balik keja, drive thru McD beli eskrim je. tu je yang tak muntah haha.

takpela Ah Wei kalah pon sume orang cakap dia kalah bermaruah. yela sume orangla sebab aku missed the game! aku mati2 ingat kul 1130 padahal 1130 tu pocket rocket man! choyy. masa tu tengah layan eisya guling2, hubby lipat kain. dia cakap eh bukan sekarang ke chong wei? tukar channel tetiba dah penyampaian pingat. grrrrrrrr. frust mak.

eisya dah la tengok olimpik beriya. biasala my baby ni kan sporty kot haha. kalau dulu sorak2 kan, goal ke apa ke. apa2 game pon dia sorak, yes! yes! (dulu sebut kung tapi sekarang dah jelas. goal! goal dah! goal arrr).

eh hari tu tengok bola kelantan lawan apa tah. kan ada player nama ghaddar tu. masa tu dia tengah bawak bola pastu aiman cakap GHADDARRR, GOALLL! pastu eisya GHADDAARRRRR!!!!!! hahaha. sabar je.

sekarang dia tiru orang lempar cakera. pusing2. angkat tangan sebelah.

dan dia suka main pusing2 sampai pening pastu terhuyung hayang pastu kecepek jatuh terbaring haha. sabar jela.

suka buat lawak budak ni sekarang.


okay la tu aje nak cerita ceritii. tatat titi tutu!!

gigi sama pattern kan.

Friday, August 3, 2012

TGIF!


yahooo! it's friday again! nak golek2 dgn eisya all day long!

selamat meneruskan ibadah puasa. selamat bershopping raya. hehe.

heee tengok eisya tu. dia kalau amik gambar kemain lagi. especially kalau nampak muka kat screen kan.

eisya sekarang selera makan is very tinggi. layankan ajelah. kang dia tak selera mak jugak susah hati kan.

nampak buah je. haaa buahhh buahh. epeellllll. nakk. syidapppp.

nampak roti je, atiii atii. nakkk. syidapppp.

nampak nasik je. nak nasyikkk. mmmh syidappp.

nampak ikan je. fish! nakkk. mmmh syidappp.

tapi kadang2 cakap syedap. kadang syidap. hihi.

ok dah tu je byeee.