mata duitan

Monday, August 27, 2012

lapan belas bulan!

setahun setengah dah pun anak mommy ni. lagi 6 bulan nak wean off kungkung lagi 6 bulan nak makan family food.

hee bukan merungut tapi sedih pulak fikir kalau dia 2yo nanti acane la ye. takpela tak mau fikir. sekarang fikir dia baby baby je. ehehhe baby tua.

baby tua setahun setengah ni sekarang dah pandai macam2. alhamdulillah. karenah tu macam biasalah. ada time okay relax je. ada time tak ok sampai guling2 kan tatau nak apa. haha.

  1. gigi geraham 4 batang sedang tumbuh. 2 atas 2 bawah. mommy tak perasan pun bila naik ni. tiba masa geletek2 dia ada nampak putih2. huhu tidakk nanti banyak gigi dah tak babyyyy
  2. banyak cakap. bolehla sebut banyak menda dah. tapi ada pelat2 jugak. ada yang clear. dia pelat F. frog jadi syrog. four jadi shore. L and R pon tak reti lagi. lorry jadi ayi. lalala pon jadi ayayaya. S jadi SH. 
  3. kalau main dgn baby kecik, dia panggil budak tu adik. suruh baby panggil dia kakak. 
  4. tiba2 jadi kedek dengan toys dia. apa yg orang lain main dia punya, tula yang dia tetiba nak main. dulu tak kedek pon. sekarang dah tau sense of belonging kot. hehhe. paling kelakar tengok dia main dgn twins kak jea la. twins tu pon cerdik kalau eisya buli abang, adik datang back up. haha. eisya pulak suka gelakkan dorang sebab dorang tak reti crawl lagi kan. so kalau eisya usik2 pastu dia lari, twins nak kejar dengan soldier crawl tu. pastu eisya lari gelak2kan. hih kelakar 
  5. suka gelakkan orang. pernah dia perangkap tokmi dia dengan botol air. pastu tokmi jatuh tersadung, dia gelak sampai terdongak2 kepala siap tutup mulut. kalau kita jatuh ke terkena apa2 ke, suka gelakkan. 
  6. tau express feelings - adoo, syakit ar!! anash (panas), shejuk (sejuk), basyah (basah) kadang2 kalau tanak apa2, kena paksa tukar lampin ke, dia cakap TIDAKKK! mana tah dia belajar. 
  7. oh kalau berak, dia akan bitau. mommy, sya yak. pastu buat muka busuk. busyuk ar, yeyek! dia cakap. tapi sekarang ni nak pakai baju ke nak bukak baju ke nak tukar lampin ke sure penuh drama laaaa.
  8. ABC tak hafal semua lagi. tapi reti sambung2 kalau kita start. kita A, dia B. kita C dia D camtu la. kalau nampak tulisan apa2 yang besar macam IKEA tu dia cakap ABC!
  9. 123 pon samala dia hafal yang genap je. kita one, dia two, shore, shid, eight, ten! kalau BM tau tiga, empat, lima n lapan je. haha. kalau main2 calculator, tiga empat lime. tu je. siap dgn jari2 lagi tengah bilang. 
  10. suka main lukis2 kat board. kalau terlukis kat mommy terus panic. lalu peluk mommy n kiss.
  11. makan banyak. tapi asik nak nasyik je. dengan fish. kalau nak suruh makan ayam kena masak special baru makan. nasi tumis2 macam nasi arab ke nasi bukhari ke nasi tomato ke nasi ayam ke, all time favorite. asik tak cukup jee. mmmh syeddap..nyeee. tapi tapi, i tengok macam makin kurus aje budak ni. mmmmhhh
  12. kalau buat salah dia akan mengaku cepat2. dia akan kata SYA! SYA! ALAH SYAAAA! tak pon awal2 dia tepuk tangan dia. BIP SYA ARRR. kadang kesian haha. kalau dia buat apa2, i macam saja ah berlakon nak marah ni. sapa buat ni?? dia jawab, SYA! abes tu cemana ni??? BIP SYA AR! hahaha.
  13. kalau dia nak something dia akan berbaik2 kiss2. lentok2 kepala panggil kita. adala tu niat tersembunyii. 
  14. kalau dapat duit raya or makanan dia akan cakap asyihh (terima kasih) tak yah suruh pon most of the time. tapi kalau menda lain, kena ingatkan. cakap apa eisya? asyihhh. tapi kalau i kasi duit raya kat orang, or even bayar barang yang dibeli pon dia marah sampai nangis. apa daaaa
  15. suka makeup. pantangla nampak org tenyeh bedak ke lipstick ke. mesti nak jugak. kalau mommy da calit2 sket, nanti dia gi kat papa cakap, paa, nenok! papa tanya, tengok apa? sambil dia point kan lips dia, cantikk!
  16. obsessed dengan transports pulak sekarang. dulu animals kan. sekarang suka cakap ayi, bashh (lorry, bus), car, epen (aeroplane), ten (train), moko (sengau sket) (motor)
  17. dah kenal baju2 orang. kalau kita tengah lipat baju sibukla dia amik baju yang da lipat ni nak kasi kepada pemiliknyaaaa. aiyooo.
  18. suka bila kita involve dia kalau nak buat apa2. rasa penting gitew. biasalah budak. kadang tengah masak pon nak tolong kacau. asyak asyak! nampak kuali ke stove ke kat kedai. asyak! mmh syedapp.
  19. kalau tengah main sorang2. ada time dia tanak kita join dia. ada time dia ajak kita main. kalau kita busy je buat kerja or nak tidur ke nak tengok tv je. nanti dia datang kejut. huhu. like last weekend, dia main blocks dia. yay eisya da pandai sambungkan haha finally. dia kejut i tengah tidur. mommy, nenok! i pon wowww what is that? dia kata, epen! wuuuu siap terbangkan kiri kanan. kadang penat la nak tidur je nak rest. time tula sian eisya main sorang2. nak susu je datang selak sendiri haha.
  20. pentakut jugak budak ni. haih. i tak ajar pon takut2 ni. tataula. dia takut guruh, bunyi cengkerik or cicak (masa balik kg), and dia takut CAMWOW. huhu some kids find it funny but not eisya. dia fobia gila2 macam nampak hantu. kesian ok. huhu. sampai nak tango dengan aunty2 dia n nenek pon da fobia. dia tutup muka dulu sambil tengok celah2 jari, tengok sume ok baru dia ok .
okaylah cukup ah 20 hahaah.

enjoy her pics. hehe. 

 mam, asyak. mmg syeddapnye!

 manja mommy

 tiru mommy!
18months princess eisya!

5 comments:

Allene said...

wah... almost 2 year baby u bf kan... congrat... :) tak pe, jangan sedih nak wean off, mengandung la lagi... leh bf lagi...:)

Admin said...

Bestyeee dh nk 2years bf....suka sgt baca blog ida ni....hehe,,tahniah sya...

Admin said...

Bestyeee dh nk 2years bf....suka sgt baca blog ida ni....hehe,,tahniah sya...

didil said...

yes! mengandung lg.kehkehkeh
cha ni chomel lahh!! gerammm!

ederq said...

hahahaha