mata duitan

Friday, August 10, 2012

nauzubillah

masa kat out station kat NZ tu, malam2 aku bosan, aku tengok tv. tiba2 hampir tiap2 malam tu la ada cerita kes bunuh pasangan.

ngeri.

kebanyakan kes sebab ada skandal. sebab nak duit insurans. 

ada satu cerita ni, husband dia baik gila. religious, sayang anak, sayang bini. tapi bini dia bosan sebab laki dia tak cukup adventurous kot. tapi memang macam sial perempuan tu sebab kat neighbourhood pon boleh selamba pegang2 tangan kiss2 dengan scandal. depan husband dia lagi. bukan satu scandal tapi banyak ah. sabarnya laki dia kan.

last2, scandal yang last ni pakat dengan pempuan ni sebab laki dia dah dah amok tau dia ada scandal. then diaorang putuskan tali brek kereta laki tu. tapi somehow tak mati laki tu. tapi last2 kena tembak dengan scandal perempuan tu. 

then, ada lagilah cerita lain2 u aku tengok. 


ni tetiba kan sekarang tengah hot cerita pasal kes Syaleza tu. ya allah sedihnya kan. aku paling tak dapat bayangkan, kalaulah betul suami dia yang bunuh, masa dia orang gaduh teruk2 tu. mesti anak dia tengok kan? mesti dengar? masa bunuh, cemana?  anak dia nampak ke?????!!!!!

ya allah, aku harappppp sangat tak! kesian sangat budak tu!!!

orang selalu kata syaitan yang akan selalu hasut manusia buat perkara jahat. tapi ni bulan puasa dek non. tak payah nak salahkan syaitan je ya!

entahla kan perkara macam ni susah nak jangka. kita tak tahu apa yang akan berlaku depan2 nanti. kalau korang tengok muka laki syaleza ni pon mesit tak sangka kan dia jahat. (kalau betul dia bunuhlah).

apa2 pon aku rasa yang paling penting adalah iman. ingat allah. nak buat jahat ke nak curang ke ingat je allah. kalau tanak ingat pasangan kita pon ingat allah dulu kan.

minta jauhlah perkara macam ni. nauzubillahhhhh.

perkahwinan ni pun bukan sesuatu yang mudah. kena banyak SABARRRRR!

aku dah hampir 3 tahun kahwin, dari gaduh manja ke gaduh besar ke gaduh gila babi besar pun ada dah. rasa dah semua. kalaulah jiwa tak kental, alahaii. 

betullah orang kata, zaman bercinta dengan masa kahwin lain. aku ingat tu semua dusta haha!

ala biasa lah tu kot. alah bisa tegal biasa katanya khennnn.

tapi tak tegal2 jugak kot aku ni ahahaa. ada hari tu, menda kecik je. ni contohh.

aku tengah drive nak g kerja. hubby dah keluar awal. si dia call. eceh si dia.

hubby: eh awak jangan ikut jalan dpn KTM ni. jam gila. masuk ikut hosp sg buloh.
me: o yeke. teruk ke?
hubby: teruk gila yanggg. ni B dari tadi kuar, baru je sampai traffic light ni. adoo.
me: ok nanti bitau kat hiway jem tak sebab kalau jem nak ikut LDP.
hubby:NAK IKUT LDP BUAT APA? TAU TAK JEM GILA NI JALAN HALA KE DAMANSARA DAMAI TUU KE OU TUU!
me: MANA TAUUU! tadi cakap depan KTM JEEEEE!

pappp! aku hang up! MENYIRAP! tataula kenapa tetiba je hangin. maybe sebab dia tetiba tinggi suara kan. he called back like 6 times baru aku angkat. 
 
me: what?
hubby: kat hiway ni tak jem dah. ok tu ikut hospital sg buloh.
me: sama je jem niii.
hubby: tapi lagi okay dari bawah tu bla bla bla blaaa
me: ye lain kali cakap kasi terang ni tetiba nak marah orang kenapa?
hubby: mana ada saya marah. awak yang tak dengar. janganlah sensitif sangat.
me: cakap elok2 laaaaa. tadi cakap KTM je pastu lain pulak!
hubby: bla bla bla. pung pang pung bla bla *whatever*
me: ok bye!

pap! hang up lagi!

haha nampak tak? menda kecik je tapi boleh jadi situasi memetir antara satu sama lain.

tapi sebab dah biasa kan, so bila dah jumpa tu macam nothing happened. dalam hati aku bengkek je tapi malas la cari pasal lagi kan. lagipun malas nak gaduh depan anak kan.

tapi kalau kumpul2 yang bengkek2 ni memang bernanah jugaklah kan.

mungkin korang akan cakap apesal la aku ni tak leh jadi perempuan yang redha je. diam je bila kena marah ke kan. macam tulah yang MIL and BIL aku nasihatkan. hehehe.

adoi. bukan tak pernah. selalu je tapi kalau dah asik kenaaa je. acaner tu? ha macam tu lah.

haih. tu time gaduh. time loving ok pulak kan. macam pagi tadi aku tak tau la aku mimpi apa tapi tiba2 sedar rasa sayangg sangat kat laki mak. hehehe.

adoi. harapnya biarlah sentiasa ada loving2 tu kan. kalau memetir je siksa jugak haha.

macam kawan kita amira sariyati kata, orang perempuan kena banyak sabar. sebab lelaki ego kan. kena sabar bebanyak je.

cakap senang kan sabar jela sabar je. takpela sabar je selagi mampu, asal tak diambil kesempatan atas kesabaran tu ye dok?

biasalah ups and downs dia perkahwinan ni. takkan nak happy je kan. sekali sekali kita remukkan hati pon okay je kann. hihii.

remuk hati jela ye jangan nak remuk badan pulak. takutnya!

okayla tu aje nak cerita. aku doakan rumah tangga kita semua dijauhkan dari semua mala petaka. dan sesiapa yang cuba merosakkan rumah tangga orang, semoga dia mendapat hidayah Allah ataupon balasan setimpalnya.

p/s: hubby, i love you.

4 comments:

Mixed-family in da house.... said...

seriously i like this entry...hehehhehehe

Areyou Callypso said...

Ederq

Sku sgt2 setuju tang bile kapel lain.. Bile kawen lain.. Ayat tu la aku selalu habaq kt kazen2 pompuan aku yg nk kawen.. Sbb kite dah mkn garam dulu kan..eceyy.. Mcm dah lame naw kawennn... Hehe

Allene said...

uhuhhu.. semua orang kot selalu bergaduh. yang terbaik, bila gaduh lari jauh2 untuk tenang kan hati. pastu mesti rindu.. jumpa la balik...:D

Fay Farah Rahim said...

Kadang-kadang you dont know that things macam ni hit closer to home
http://pinkgoodness.blogspot.com/2010/01/our-dearest-fazlina-ahmad-mother-of-two.html

Al fatihah...