mata duitan

Monday, November 26, 2012

JAYANNNNN

hehe. sampai sekarang ummy dan aku suka cakap jayan instead of giant. hehe. ni sebab dulu ada kawan aku masa practical, ayah dia sebut giant jayan. masa mula2 dia sebut tu we ols macam blur.

ohh dok UDA ni senang kan dekat dengan JAYAN.

oh okkkk GIANT kekdahnyeeee.

rindu pulak pakcik ni. hehe. illyana isa where are you now? masa practical kat SAJ dulu kiteorang rapat. pastu tidur rumah dia kat kota tinggi, i tertinggal spender dalam bilik air dia pastu mak dia basuh. wakakaka. keji dan memalukan k. tapi family dia baik sangat2. rasa ralat tak keep in touch lepas abis practical huhu. yana pon panggil ummy i ummy je. kalau ada sedara single memang i berkenan budak ni jadi sedara. hehehe.

ehh melalut pulak kann.

padahal nak share gambar cha masa kat JAYAN je pon.

kikikikii.

 eisya adelea at giant kota damansara

ni tempat wajib setiap bulan la. menyopping groceries. eisya jangan haraplah nak dok dalam trolley lama2. tengokla dia angkut kerusi la apalah. sampai tempat fruits paling excited. mommy! nak owen! nak ataayen(watermelon), nak epal. semua nak k. dahla nak makan situu jugak. so memang kena bawak bekal buah sentiasa.

wajibbb kalau pergi giant KD ni kenaaaa main kat sini. minimum rm2 abis. tapi kadang rm4. tu pon dia nak lagi nak lagi. takde makna nak melayan k. cukup cukuplah tu eisya.

dia paling suka yang mcm airplane tu. tapi last week dia nak main yang motor pulak. tapi kejap je dia main, mommy papa yang excited lebih hehe.

tu je nak cerita. hahaha. tolongla pasal jayan je. penat je korang baca hahaha.

muah muah babaiii

Monday, November 19, 2012

21

selamat 21 bulan sya.

10 perkara mengenai eisya adelea 21bulan:

  1. kenal cerita adam dan hawa. dia panggil aku cinta aku cinta!lagu siti dan hafiz tu dia suka sangat siap nyanyi2. aku cintaa ada hatikuuuu. mari salahkan tokmi ye. mommy tak tengok cerita ni haha.
  2. kalau tengok tv, dah pandai response. kalau mickey suruh cakap the magic words - miska muska mickey mouse tu dia cakap miska miska mickey mouse! kalau mickey suruh cakap oh toodles (ke apa eh? mommy main tulis je ni) dia pon respon oh tude! kalau nyanyi ABC or 123 pon dia ikut sama. kalau joget Hi 5 apatah lagi huhu. yg dia suka yang L.O.V.E tuu.
  3. bukan cartoon jela dia ikut. cerita drama pon la. tu yang malas tu huhu. dahla suka tengok marimar. T__T ummy kata dia suka tengok anak marimar yg comel tu. haha whateverla cha
  4. dah pandai cakap please. masa tu dia minta i basuhkan tangan dia tapi i tengah tangan kotor. so i asked her to ask kak siti instead. dia pon pergi kat kak siti, kakak syiti, yash pis. (wash please). alahai bila dia pandai cakap please tu i macam cair hehe. semoga dapat dikekalkan sampai besar ye sya. 
  5. kalau dulu tengok orang nangis dia ejek, eii nanis nanis. now dia cakap don kai pisss! (dont cry) siap buat tangan no no tu.i pon tak perasan i ada ke buat camtu. first time dia buat masa i pura2 nangis lepas kena pang dengan eisya secara tak sengaja hehe.
  6. kalau dia dalam situasi pelik je dia kata - AIK? 
  7. kalau sakit, mesti nak cakap aduh. aduhh, syakitnyee. macam makcik
  8. kalau tengok menda macam kagum mesti kena cakap. wow or wah or aaaa or mmmmhhh. woww banyaknyeeee car! wowww cantiknyeee. 
  9. sesuka je nak offer orang kungkung dia. selak baju pastu tanya nak kungkung? ayomaaa!
  10. makin kuat tantrum. runsing jugak. kadang2 memang mommy jadi naga je. haih, kurniakan kesabaran lebih sikit ya allah. sekarang dia tau kalau dia buat salah je i kurung dalam stor. tapi tak pernah dapat kurung pon, baru je letak dia cakap, mommy ai shayi mommy piss pisss. (i'm sorry mommy, please). so sekarang kalau dia mula nak jerit2 amok tu, i tengok je dia. terus dia kata, syetor? sya tanak.
 tengok gambar bawah tu. dia offer kungkung.
ok bye! have a good week ahead peeps! :)

Friday, November 16, 2012

playdate at munie's place

mula2 ingat nak dating dengan munie and marisse je sebab nak pass birthday present isse yang dah berkurun disimpan. haha. and munie nak kasi MGP cloth diaper cha sempena akikah cha ritu. pastu ajaklah yang lain2. lepas tu mula2 ingat nak pergi playgym je. lepas tu munie ajak lepak rumah dia, dia nak masak nasi ayam and pavlova.

i made nasi goreng kampung for kids. eisya makan banyak. before keluar rumah makan nasyi goweng. dah sampai pon makan. petang tu munie suap lagi dia tumpang makan jugak. tapiii i lupaaa sangat pergi letak telur huhuhu. hope mimi and fitri okay makan tu. :'(

i pergi bukit jalil dengan eisya and siti. hubby kat tengah laut. eisya kalau dok car seat sekarang okaylah behave je. tak pun tidur sendiri. kalau i drive tapi orang lain riba jangan haraplah okay. drama pilu sepilu2nya nanti.

so dr munie masak nasi ayam. lepas tu tengok pavlova takde ponn. rupanya munie nak buat there and then. bagus! boleh belajar kan. hehe. senang kacang je rupanya okkkkk. dahla sedap munie buat! i have tasted few pavlovas before. yang ni paling sedapp. selalunya yang lain tu manis terlebih. nanti kalau rajin, nak try buat! haha. siap cakap kalau rajin tu. sebab taknak beri harapan palsu kepada diri sendiri kikiki.

eisya had so much fun. marisse ada banyak toys so semua babies excitedlah main. dahla isse sporting je tak kisah pun orang lain main toys dia. kalau eisya???? mmh i kena buat playdate kat rumah i pulak pasni supaya eisya belajar share toys. sekarang dia selalu tunjuk toys dia tapi bila orang pegang dia marah. sabar jee.

yang join that day selain munie and myself - kak farah and mimi, maghfarah and maryam and biras and baby, aina and the boys. anak2 aina je boys lain semua girls kan. mula2 faris and fitri masuk terus ralit tengok upin ipin. eisya tiba2 tegur abang! abang, ai shayi (i'm sorry) tetiba im sorry kenapa tah kan.

masa tu faris malu2 lagi. lepas tuu haha. barulah berebut2 toys. masa dia jerit tu semua girls terkejut k. ahhaha. baru korang tahu yeee. tapi faris comel la orang tengah cakap tetiba dia kat tengah depa tangan jangan gadola. hahhaha. comel sangat pleasee. fitri baru dapat kaki. alahai comellll terkedek2 camtu sambil bawak toys. tahan je ni tangan mak nak cepuk bontot dia kikiki.

kak farah siap bawak fresh fruits and veges and juicer. macam2 dia letak dalam tu. and the taste was not bad at all. ada kailan, peria, ginger, apple, guava etc. kak farah macam dah kurus berbanding dengan last time i met her. whoahhhh. kena buat jugak ni. tapi haku ni dasar nak makan jugak. mampu ke nak tahan dengan juice jeee? kak farah cakap campur wheat germ untuk rasa kenyang. huhuh. bila aku nak determine betul2 nak kuwus niiii.

maryam minum juiceeee! so effortless! bagus betul budak niii. eisya minum buat muka pelik kikiki.

mimi and cha berak. so tandanya dorang suka dan selesa dok situ haha. cha banyak kali tukar baju kencing berak cukup lengkappp.

all kids were happy. tak ada siapa pon nangis. semua busy main.

insya allah lepas ni i nak buat playdate kat rumah i pulak. tapi tunggu lepas dining table sampai k. haha yela selama ni makan atas tikar je u ols. kesian kan hehe.

oh yes before kak farah left, she hugged everyone. masa kak farah hugged me i can feel her love ok. she gosok belakang badan kita and i felt so calm anda rasa nak hug dia longer. haha. i think i should do that to everyone, hug and gosok belakang cos it feels so good. i always do that to eisya and hubby. but not to others including my mom. huhuh.

hug more pleaseee!
anywayyy.....

gambar gambar that day :)

 babies!
 mimi having ataayen (watermelon)
 haha chaos!
 cik maryam baru baik demam
 busyyyy
 juice!!!!
 maryam bagusnya!!!!
 nak lagiiii please munieeee
 budak makan banyakk
 betum betum betummm
 kakak eisya and baby maryam :p
 slidesss
 happynyaa cik chadelea
 we met online je. tapi macam dah lama kenal je kan :)

“Friendship is born at that moment when one person says to another: "What! You too? I thought I was the only one.”
C.S. Lewis

so true! hahaha! so us haha :)

Monday, November 12, 2012

kakak syiti dan kakak septi

kakak syiti.

nama dia siti sarah, umur 20tahun. lepasan STPM. anak sepupuku. tapi ni baru first time we ols jumpa ok. tak rapat dengan family dia, mungkin sebab dorang orang susah. tak ada kenderaan nak balik rumah nenek kita orang. huhu kalau tak sebab eisya, tak jumpala sampai sudah huhu.

mula2 ummy tanya2 mak dia kalau ada kenal siapa2 dari kampung dia kat bachok tu nak kerja maid. lepas tu dia offer anak dia ni. so okaylah we try la dulu. sementara dapat maid indon kan.

turn out to be she is very very quite. tanya sepatah jawab separuh patah. haha. cha yang banyak tegur2 dia. cha kan peramah. mak dia suruh pergi jugak sebab nak suruh bergaul2 dan tak pendiam sangat. hehe. rumah my mom dahla banyak jantan2 kan. lagila dia malu huhu.

then cha okay je nak main2 dengan dia tapi tanak tukar lampin/mandi dengan siti. sampai dia tampar2 siti. geram pulak aku k. tapi time nak jalan nak keluar ke, nak minta tolong ke, mesti - kakak syiti???? come here! kakak syiti ketot ke??? hehe. malu budak tu. kalau tengok tv mesti paksa kakak syiti tengok. kakak syitiii! nenok mickey mouse!! kakak syitii nenok nii. tayooo!!! dah tak pasal2 siti dah kenal kartun disney junior haha.

mungkin masa tu ada tokmi kan. so harapnya bila aku or tokmi tak ada cha ok la. tapi ni, siti kata nangis jugak k. tapi time tu jela. time lain okay je happy je.

pasal kerja rumah tu. kena suruh kena ajar. lagipun sedara, takkan nak arah2 sangat kan. cuma aku dah bagi jadual. so pandai2lah. nak expect dia tip top macam maid indon tu taklah sebab dia sedara lagipon tak biasa buat kerja rumah kan. cuma aku notice she is getting better and better lah from day to day. takpelah yang penting dia jaga eisya. slowlylah.

aku ada suruh dia mesra2 happy dengan eisya. sebab eisya suka orang camtu. pastu nampaklah dia try.

kalau ikutkan, kalau dia tak dapat lagi rayuan U tahun depan ni, kalau dia nak duduk dengan aku jaga cha. duduk jela kan tak yah amik indon. tapi dengan syarat eisya nak dengan dia. huhu. tapi tengokla cemana. laki mak approve ke tak ku tatau. 

kakak septi

nama dia septi apriyani. umur 17 tahun. okayy. ni patut maid aku tapi sebab cousin aku nak urgent so aku bagi dia dulu. ingatkan umur 17 tapi dia paspornya umur 25. akan tetapi kedua2 KTP (IC) dan paspornya umur 17 donk. 

waduh gimana ini. nggak bisa bikin permit sebab under age. so aku kena pulang balik kat agen. tapi aku nak pakai dulu 1 week. sebab eisya suka pulak kat minah ni. sikit2 kakak? kakak?

ni semalam agen kata nak amik dia malam ni tapi aku minta nak pegang dia lagi sampai weekend ni. tengoklah cemana. aku bagi tau dia pagi tadi dia kata. oh jadi gimana ya kak? saya lagi kasihan sama aisya.

bila aku beritahu dia, kamu ini tidak akan dapat kerja secara sah di sini septi. umur kamu 17 memang nggak bisa bikin permit. dia nampak runsing tapi aku tataula dia faham ke pasal permit ni.

walaupon ni first time jadi maid. budak ni boleh dengar arahan dengan bagus, rajin, tak banyak cakap, solat, bersih dan cepat pick up kalau ajar. so aku rasa kalaulah dia umur 21 tahun memang aku nak aje budak ni jadi maid aku.tapi kalau tak boleh buat permit tak nakla akuu. kang tak pepasal je kalau apa2 kan.

tapi tulah, macam yang kita semua sedia maklum. never percaya 100% sebab indon pandai berlakon kan. tapi harap2 okaylah budak tu. haih kesian pulak. berenti kerja kilang kat jakarta lepas tu datang malaysia camni pulak kisahnya. huhuhu.

tapi kelakar. first day dok rumah umy tudung tak bukak. kerja pon tak bukak. second day bila dia da biasa2 dia bukak tudung. lepas tu dia tengok aku pakai short agaknya dekat rumah. dia pon lepas mandi tukar seluar paras lutut. haha. ummy pesan kat siti. suruh cakap kat dia nanti bapak marah. haha lepas tu dia tukar seluar panjang. dia kata. saya di indonesia sebetulnya tak pakai tudung. hehe. masa pergi buat kerja rumah aku pulak pakai tudung tak bukak sebab ada adik ipar aku kan. masa bawak pegi jalan2 MV semalam pon pakai je tudung. tak kisahlah dikkk. haha

so today tokmi and tokbah dah sampai china. so this week. eisya dengan budak berdua tu lah. takpela cha. prektis la k. janganlah clingy sangat. huhu

kakak eisya

haha tetiba kakak. yela selalu dia suruh aku panggil dia baby. tetiba dia cakap ritu, mommy ni kakak!
eisya jangan macam2 yeee.

aku rasa eisya dah tunjuk gaya budak manja sebab duduk dengan tok. dia kalau duduk rumah tokmi kemain eksyen and suka tantrum kalau tak dapat apa2. kalau duduk rumah we ols better. dahla nak tidur malam susah. kalau rumah kitaorang. kul 9 tu dah selamat. tapi kalau rumah tokmi?? tahan selagi boleh k. kalau dah masuk bilik tu kemain banyak alasan. nak air, nak mamilk, nak tokbah, nak ayahsu. nak tokmi. semuaaa dia nak k. last2 papa tinggi suara. EISYAAAA! TIDURRRR. terus tukar kemahuan - nak kungkung mommyyy. haishhh.

tapi sifat clingy dia dengan mommy adalah merunsingkan huhu. even kalau pakai carrier (ayin pinjamkan) ponnnn dia nak mommy carry. tu pon kejap je. dia kata nak kuar nak kuar! bukak niii. tanak niiii.
huu so tak boleh beli ke ergobaby niiiiii....

pagi tadi tinggal tak nangis sebab rasuah dengan coloring book and color pencils. dia yang pilih nak coloring book mickey. sebenarnya dia nak meja study mickey. masa tu dia pegi tengok dengan papa dia. bila dia datang kat i dia kata, sya nak mickey mouse. bila tanya mana? cuba eisya tunjuk mommy. dia pon lari2 pergi cari kat jusco tu. dah jumpa, dia duduk situ dan cakap nak mickey mouseee! i cakap mommy tak de duit nak beli cha. mahal ni rm300 k. nakkkkk mickey mousee!!! OMG she is really growing up. then i cakap, okay let's buy something with mickey mouse but not this table okay? dia terus bangun cakap okay! haha not that she understands completely. tapi kelakar je tengok. haha. dari rm299 last2 dia pilih coloring book yang harga rm4.50 je hehe. color pencils pon masa beli the other day beriya nak yang kotak mickey. i managed to convince her tu tak berkualiti! beli luna je kkk haha. eh ke faber castel i beli. tah tak ingat. haha. sharpener pun nak pilih sendiri kaler blue (sebab kaler tayo kot?) tapi i beli yg exam grade punya haha mommy ni boring kannn.

haih cha. besar dah anak mommy. harap okay jelah nanti duduk dengan sapa2 pon. bibik ke kakak syiti ke. takkan nak harap tokmi je. mommy penat sangat berulang alik huhu.

tadi ada call ada daily maid nak rm650, weekdays only tapi taknak pergi shah alam. nak pergi rumah ummy je kat sg buloh. then dia kata paling awal boleh datang pukul 730. mana boleh huhu. kena datang 630 sebab i 645 or 7 dan nak gerakk. huhu macam2 hallll.

okayla tu jela. tujela kononn. padahal panjang gila ni bebel hahaha.

ok bye! u again (gaya kakak cha - see u again)



Friday, November 9, 2012

Nursing In Public

Wah isu hangat sekarang ye. mula2 kat Galaksi TV9, lepas tu Mix FM lepas tu si Mantot blogger tu. Aku tau pon dari sharing2 kat FB tu la.

Ramai BF moms yang emo. termasuklah aku ni haaa.

Alahai ni never ending issuelah. ada orang yang akan sokong NIP, ada orang akan tak suka sampai mati (macam mantot) dan ada orang akan tak amik kisah pun.

semua orang ada hak masing2. fine.

NIP adalah perkara biasa bagi aku. anak aku bukan jenis yang melalak slow2 di khalayak time lapar. especially masa dia baby, sebelum 6 bulan time belum makan.dah lapar camtu, nangis pon to the max lah. orang2 sekeliling mesti tengok kau buat muka keji macam kau tak reti jaga anak. agaknya dorang ni masa kecik tak pernah nangis kot. takpe nanti kau ada anak kau tahu cemana.


masa holiday kat Singapore masa tu cha 5m++ masa tu dia memang kuat susu. so aku nak jalan2 memang kejap2 kena kasi je kalau tak dia memang jeritan batin macam tak dapat susu setahun! and kat singapore pon, masih je ada pandangan pelik aku dapat. bukan kat malaysia je. yaya kata kat london pon sama!

dah lepas 6m, boleh makan aku boleh delay dulu nak cari pot sesuai dengan kasi snack dulu kat dia. sebab tu pergi mana2 selain dari bekal main meal eisya, aku akan make sure ada makanan yang dia boleh kunyah2 contoh buah ke roti ke biskut ke. sekarang dah besar ni sebab eisya dah minum fresh milk, kalau kebetulan ada lalu kedai tu beli je sekotak kecik. FM memang tak pernah bawak time jalan2 sebab eisya mana suka FM kan. so kalau orang yang fully BF memang bawak badan jela kan. kalau EP moms lagi tabah, bawak pump.

tapi eisya ni, buatlah apa pon. kalau dia dah kata nak kungkung shushu mommy. dah selak2 tudung mommy, tepuk2 kungkung mommy tu. aku memang kena segera jugak kasi.offer air ke, food ke. tanakkk dia.

so, nursing cover? yes it helps a lot. baju yang sesuai untuk nurse? yes it helps. tudung pun boleh bantu cover kalau tengah tak pakai nursing cover.

kadang2 kalau aku tak pakai nursing cover, laki aku akan cover dulu dengan kain lampin ke apa ke masa nak bukak tu pastu bila dah make sure tak nampak apa, baru bukak. yelah eisya dah besar sekarang mana nak ditutup dengan nursing cover. tangan pun asik merayau2. so memang kena berhati2. pakai baju yang sesuai. praktis kat rumah dulu nanti lama2 dah expert.

alhamdulillah so far aku tak ada masalah tetek terkeluar masa tengah kungkung eisya. masalah orang tengok2 tu biasalah. tapi aku buat tak tahu jelah.

aku ingat lagi aku pernah NIP eisya masa tengah shopping kasut. budak yang salesgirls situ siap carikan aku tempat (bukan tertutup sepenuhnya tapi mengadap dinding) aku duduk dan BF. pastu laki aku amik kasut2 yang dia rasa aku berkenan and pakaikan kat aku test. after trying few pairs ok done. terus beli. masa tu adik ipar aku pon belum sudah pilih haha.

syukurlah dapat husband yang faham dan support. (dan tak pervert lalalala)

aku dah tengok ramai orang NIP. sama ada pakai cover ke tak ke, memang expert je dorang tak ada dedah apa2.

tapiii

tapi aku memang pernah nampak 2 orang wanita melayu bertudung, NIP dan nampak sikit tetek dia. mmhhh... aku tak tau dia sengaja ke dia tak perasan ke apa. dan aku pasti orang lain yang tengok akan tak selesa. so mommies, pandai2lah ya.

eisya, lain kali nak BF elmo cover ok. nampak perut tuuu. :p

sebab2 camni kot yang orang marah or tak selesa. tapi tak yah kecoh nak cakap NIP walaupon covered adalah tidak menselesakan ok.


tapiiiiii kebanyakan orang yang tak selesa ni punya pemikiran pelik. contoh:

  1. kalau NIP tapi kat kampung2 takpe. bandar tak boleh
  2. kalau NIP, tetek cantik tak apa jugak. ini huduh tak yah la tayang
  3. kenapa nak NIP, bawak jela botol. bancuh je
  4. kenapa nak NIP, kenapa taknak pergi baby room
  5. kenapa tak ada perasaan malu?
ala banyak lagi. aku dah malas nak jawab persoalan macam ni. biarlah dorang ni dengan dunia dorang.

we mommies do what we need to do.

nak buat cemana kan kita hidup dalam dunia yang orang tengok perempuan pakai dedah lurah tetek adalah menselerakan manakala perempuan yang menyusukan adalah jijik. 

kalau orang yang tengok orang menyusu nak imagine tetek, menjadikan tetek yang mengandungi susu sebagai makanan anak tu sex symbol, sila ketahui kau adalah orang yang bermasalah.

kasihan sangat2.

so go fix yourself. 









 and nursing in bathroom? i would never ever do that to my baby. would YOU eat in a toilet???!





Tuesday, November 6, 2012

Kisah Mek Cha Suka Kentut

Mommy dukung Eisya sambil berbual dengan orang. Eisya kentut Potttttt. Mommy tak perasan pon tapi,

Eisya: Mommyy!!!!!
Mommy: bla bla borak dengan orang
Eisya: Mommyyyy!!!! (sambil pegang dedua pipi mommy)
Mommy: yerrr apa? bla bla borak lagi
Eisya: Mommyyyy! Sya ketot!!!
Mommy: Bla bla borak lagi
Eisya: Mommmy! Sya ketot!!! sambil tepok2 bontot dia.
Mommy: Hah? oh okayyyyy. sya kentot??
Eisya: busyukk! (sambil buat muka busuk)

Mommy lepak tengok TV. Cha tengah buat sepah. Ayahsu dalam bilik. Ayahsu pon kentot kuat.

Eisya: Lari ke bilik cepat2. Ayahsyu ketot, ke?????
Ayahsu: Mana ada.
Eisya: Ayahsyu ketot! Tepuk2 bontot ayahsu.

Eisya dah mamai2 dah pejam mata nak tidur. Mommy (or Papa, most of the time) kentot kuat2. 

Eisya: Buka mata. ketot! ketot!
Mommy: Mana ada. tidurrrr. 

Eisya tengah buat sepah, mommy tarik kerusi meja makan nak duduk. bunyi macam kentot kan bila kena seret tu.

Eisya: Mommy ketot ke???

Mommy: Mana adaaa. tu bunyi kerusi la cha.

Dalam kereta, in long journey. Eisya bosan. 

Eisya: Tokbah ketot. 
Tokbah: eh mana ada. 
Eisya: busyuk.
Tokbah: Sya cakap. Eisya
Eisya: Syia
Tokbah: Suka
Eisya: Syuka
Tokbah: Kentot!
Eisya: Tak. Tokbah.

T_____________________________________________________________________T

Pengajaran dan amaran keras: JANGAN KENTOT DEPAN EISYA ADELEA!


awak ketot keeee?