mata duitan

Friday, November 9, 2012

Nursing In Public

Wah isu hangat sekarang ye. mula2 kat Galaksi TV9, lepas tu Mix FM lepas tu si Mantot blogger tu. Aku tau pon dari sharing2 kat FB tu la.

Ramai BF moms yang emo. termasuklah aku ni haaa.

Alahai ni never ending issuelah. ada orang yang akan sokong NIP, ada orang akan tak suka sampai mati (macam mantot) dan ada orang akan tak amik kisah pun.

semua orang ada hak masing2. fine.

NIP adalah perkara biasa bagi aku. anak aku bukan jenis yang melalak slow2 di khalayak time lapar. especially masa dia baby, sebelum 6 bulan time belum makan.dah lapar camtu, nangis pon to the max lah. orang2 sekeliling mesti tengok kau buat muka keji macam kau tak reti jaga anak. agaknya dorang ni masa kecik tak pernah nangis kot. takpe nanti kau ada anak kau tahu cemana.


masa holiday kat Singapore masa tu cha 5m++ masa tu dia memang kuat susu. so aku nak jalan2 memang kejap2 kena kasi je kalau tak dia memang jeritan batin macam tak dapat susu setahun! and kat singapore pon, masih je ada pandangan pelik aku dapat. bukan kat malaysia je. yaya kata kat london pon sama!

dah lepas 6m, boleh makan aku boleh delay dulu nak cari pot sesuai dengan kasi snack dulu kat dia. sebab tu pergi mana2 selain dari bekal main meal eisya, aku akan make sure ada makanan yang dia boleh kunyah2 contoh buah ke roti ke biskut ke. sekarang dah besar ni sebab eisya dah minum fresh milk, kalau kebetulan ada lalu kedai tu beli je sekotak kecik. FM memang tak pernah bawak time jalan2 sebab eisya mana suka FM kan. so kalau orang yang fully BF memang bawak badan jela kan. kalau EP moms lagi tabah, bawak pump.

tapi eisya ni, buatlah apa pon. kalau dia dah kata nak kungkung shushu mommy. dah selak2 tudung mommy, tepuk2 kungkung mommy tu. aku memang kena segera jugak kasi.offer air ke, food ke. tanakkk dia.

so, nursing cover? yes it helps a lot. baju yang sesuai untuk nurse? yes it helps. tudung pun boleh bantu cover kalau tengah tak pakai nursing cover.

kadang2 kalau aku tak pakai nursing cover, laki aku akan cover dulu dengan kain lampin ke apa ke masa nak bukak tu pastu bila dah make sure tak nampak apa, baru bukak. yelah eisya dah besar sekarang mana nak ditutup dengan nursing cover. tangan pun asik merayau2. so memang kena berhati2. pakai baju yang sesuai. praktis kat rumah dulu nanti lama2 dah expert.

alhamdulillah so far aku tak ada masalah tetek terkeluar masa tengah kungkung eisya. masalah orang tengok2 tu biasalah. tapi aku buat tak tahu jelah.

aku ingat lagi aku pernah NIP eisya masa tengah shopping kasut. budak yang salesgirls situ siap carikan aku tempat (bukan tertutup sepenuhnya tapi mengadap dinding) aku duduk dan BF. pastu laki aku amik kasut2 yang dia rasa aku berkenan and pakaikan kat aku test. after trying few pairs ok done. terus beli. masa tu adik ipar aku pon belum sudah pilih haha.

syukurlah dapat husband yang faham dan support. (dan tak pervert lalalala)

aku dah tengok ramai orang NIP. sama ada pakai cover ke tak ke, memang expert je dorang tak ada dedah apa2.

tapiii

tapi aku memang pernah nampak 2 orang wanita melayu bertudung, NIP dan nampak sikit tetek dia. mmhhh... aku tak tau dia sengaja ke dia tak perasan ke apa. dan aku pasti orang lain yang tengok akan tak selesa. so mommies, pandai2lah ya.

eisya, lain kali nak BF elmo cover ok. nampak perut tuuu. :p

sebab2 camni kot yang orang marah or tak selesa. tapi tak yah kecoh nak cakap NIP walaupon covered adalah tidak menselesakan ok.


tapiiiiii kebanyakan orang yang tak selesa ni punya pemikiran pelik. contoh:

  1. kalau NIP tapi kat kampung2 takpe. bandar tak boleh
  2. kalau NIP, tetek cantik tak apa jugak. ini huduh tak yah la tayang
  3. kenapa nak NIP, bawak jela botol. bancuh je
  4. kenapa nak NIP, kenapa taknak pergi baby room
  5. kenapa tak ada perasaan malu?
ala banyak lagi. aku dah malas nak jawab persoalan macam ni. biarlah dorang ni dengan dunia dorang.

we mommies do what we need to do.

nak buat cemana kan kita hidup dalam dunia yang orang tengok perempuan pakai dedah lurah tetek adalah menselerakan manakala perempuan yang menyusukan adalah jijik. 

kalau orang yang tengok orang menyusu nak imagine tetek, menjadikan tetek yang mengandungi susu sebagai makanan anak tu sex symbol, sila ketahui kau adalah orang yang bermasalah.

kasihan sangat2.

so go fix yourself. 









 and nursing in bathroom? i would never ever do that to my baby. would YOU eat in a toilet???!





4 comments:

MOMMYLIN said...

da bnyk blog keluarkan cite pasal blog momtot du.. lin pun baru tahu. kadang2 sakit otak ngn orang mcm si montot tu...

Fathiyah said...

aih. mmg kalo psl isu ni mcm muvi never ending story kan. malaih dah nak ckp apa. yg penting i rs bf mommies jaga aurat ms nip. insyallah, moga Allah permudahkan urusan kita utk trs bf anak.

ettyzukhair said...

benci dgn mantot boleh??hish!! that what we call narrow minded!!

aZZa said...

mmg emo baca entri mantot tu.. nama pun dah dekat sama dgn b**t*t.. otak letak situ la kot..
hanya Allah yg dpt membalasnya.. tak dapat cash skrg tp mungkin dkt sana nanti.. siapa tahu kan..