mata duitan

Monday, February 25, 2013

DUA



alhamdulillah eisya adelea dah dua tahun!

gambar kat atas tu pre celebration kat rumah tokmi. tak tahu berapa kali dia nak tiup lilin tu, so tiap kali dah padam, dia cakap nak lagi. haha suka sangat dia. masa dinner pon tak sabar nak hepi beday to yo!!!

macam biasa meh kita cerita pasal eisya ok. 10 things about eisya!

  1. dia tak boleh kalau kita borak sesama kita and tak layan dia. mesti dia panggil kita kuat2 atau ajak kita main dengan dia. kalau malam2 tu memang wajiblah kena layan dia. dia akan paksa kita main toys sama2 dengan dia. kalau i je main, tapi dia tengok papa dia dengan ipad. nanti dia pergi kat papa dia cakap, papa jom main syame! papa sit here. 
  2. sekarang obses dengan princess and blocks. asal tengok dress kat kedai je, nak. wow! cantiknyeee! eisya nak ni! eisya nak pinsyessss! berangans jek nak jadi princess. eisya ni macam perfectionist pon ada. kalau dia buat blocks/coloring and at the same time kita buat, dia tengok kita buat macam cantik je kan. dia tanak buat dah. dia suruh kita buat je huhu.
  3. masih mahu kungkung mommy. masa i letih2 mabok kepayang tu memang rasa letih sangat masa tu susu tak banyak or tak de kot! malam2 dia asik bangun every hour nak BF. buat FM tanak malahan kena marah pula kita huhu. tapi sekarang ni dia dah ok, tak bangun kerap sangat. bila dia minta BF, selalu i cakap dah habis. dia cakap nak tenok! ada agi arrrrr. tataulah kalau susu dah start ada balik ke apa ke. tapi dia memang layan aje. FM minum 2-3oz jek. memang save duit papa awak. haha! nak wean off pun macam kesian. so biar jelah. maybe bukan dia nak sangat susu pon. dia nak comfort. kalau jatuh ke apa ke, i tiup2/gosok2/hug dia, dia cepat2 mintak nak kunkung mommy!!! tu ubat paling mujarab kot haha. 
  4. pandai pujuk orang. kalau kita buat2 nangis. mommy dont kai eh? janan nanis eh? i'm shoyi mommy! insert muka paling loving di sini yeh hehe. rumah jiran sekarang ada buat renovation. dia selalu terkejut bunyi bising tu konon nak minta peluk. tapi kalau kita buat2 takut dengar tu, dia cakap - tak payah takut arrrrr. pulok doh hehe.
  5. dia jenis ingat and sensitip! ada 1 time ni kat MV, i dengan papa dia nak pergi toilet so papa dia cakap, papa nak pergi toilet, eisya dok dengan ciksu k. i pulak tengah leka, so i pergi je toilet. keluar je papa and ciksu eisya tengah pujuk dia. nampak je i dia marah. i cakapla mommy pergi toilet kejap je la sya. dia merajuk and amok. waduh. lepas tu ok dah. balik rumah tu i saja la cakap, sya, tadi mommy pergi toilet, eisya marah eh? okay dia sambung marah i. cis haha. esok lusa pon tetiba dia cakap, papa, masya pegi jayan. mommy pergi toyet eh? mommy shishi. pastu dia tampar2 tangan i. ayo cha, learn to forgive and forget k nak?
  6. suka sakat orang. ada tu i balik kerja, dia muka sombong dengan i. i nak kiss hug semua tanak. lepas tu dia tetiba je cakap. mommy. eisya tak shayam mommy pon! sabar jelah. i buat2 sedih n nangis dia gelak2. lama tu baru dia cakap, okay okay eisya shayam jeeee. kalau kita tanya sayang ke tak, dia memang salu cakap tak. haha. tak pon dia kata a'ah je. :p
  7. suka iklan fernleaf yang lagu ibu. nanti dia peluk mommy and nyanyi - ibu, ibu, engka ar hatiku, biyaaa dukaaa ibu ibuu. tu aje haha.
  8. suka cakap kuat2. adu kalau depan orang malu je cakap dalam tekak. tapi kalau dia suka jerit2 tu, kadang i cakap je. eisya cakap elok2 dengan mommy please. terus dia ubah nada dia. ok la camtu tapi kena cakap selalu lah.
  9. kalau nak kuar mana2 or nak tido malam, mesti kiss and salam semua orang dulu. kalau dia keluar tapi tak sempat salam sapa2 nanti dia bising dalam kereta, eisya tak shayam tokmi tadi. eisya nak kiss tokmi!
  10. kelakar bila dia pandai tanya dengan ayat penuh, and dia ingat apa yang jadi before tu. cemana nak cakap eh. contoh before tu dia dok bawak ke hulu hilir 2 packs of her dry diapers. pastu bila i suruh amik diaper nak pakaikan, dia tanya. mana yang dua tadi? (siap tunjuk jari 2 tapi jadi 1 or 4 or 5 haha). oh ya, sekarang dia kencing bau tajam sangat so kalau jalan2 or tidur malam i pakaikan DD je. tapi kan makcik ni tanak ok. eisya tanak pepes! eisya nak lampin! pastu lari2 pergi amik CD dia. pakai niiiii! ya allah geram betul. dia tau kot tak selesa. dia ni boleh pakai mamypoko jek. tapi since yang mamypoko baru tu, extra dry ke apa, memang tak boleh jugak pakai lama2. nanti merah. huhu. pening mak kau. pakai CD pon kadang terbocor lagi stress. huhu. gonna start PT soon lah. sekarang asik cakap yang dah siap jek. 
 masa ni dia nak join budak kat belakang tu menari T__T

 pasrah aje minum susu botol. minumla 2oz!!

 susah ok nak amik gambar sekarang kena curik2. 

 hadiah bday from ciksu
 hamboi mak dat ni
 sampai tutup muka kalau suruh amik gambar ok.
 nak good night dengan elmo (nak good night tu nak selimut haha) 

 masa ni dia baru lepas kejar waitress amik duit mommy bayar for our lunch! dia kata tu mommy punyaaa! pastu dia kejar budak tu kat counter cakap amik mommy punye eh? eisya nak amik! orang tu kasi balance baru dia puas hati. kikiki.
 
okay tu aje. eisya. semoga eisya membesar jadi muslimah solehah, anak yang baik dan semua yang baik2 mommy doakan ya sayang!

allah, syukur dengan nikmat menjadi ibu selama dua tahun ini. this is the greatest gift in my life! alhamdulillah.....

Monday, February 18, 2013

memang dot dot dot

kisah memang 1.

pada suatu hari, mommy mengidam hendak makan vietnamese beef noodles. maka pergilah kami sekeluarga ke Pho Hua.

Suap eisya sekali. secara tiba2 dia pergi bau mangkuk tu, sambil mata terpejam, 'MMMMMHHH, MEMANG SYEDAPP!'

mommy, papa and bibik gelak besar sebab ekspresi muka eisya memang tak boleh blah, allright!

kisah memang 2.

mommy papa sedang menonton tv. tiba2 eisya datang dari dapur, turun tangga, sambil bawak semangkuk makanan. buat lagi aksi tu, sambil mata terpejam, 'MMMMMHHH, MEMANG SYEDAPP!'

kitaorang pun tengoklah apa dalam mangkuk tu. epal je ponnn!

kisah memang 3.

 mommy papa bangun solat subuh. lepas tu eisya pun terbangun sekali. dia tiba2 mintak nak tengok fireworks. eisya nak tengok pom!

mana ada pom eisya pagi2 ni. takpe2 papa buat pom untuk eisya ok. kata papa sambil pergi tutup lampu, lepas tu bukak balik lampu, buat soudn effect POMMMM!

then eisya cakap, WOW! MEMANG POM!

sarcastic tak anak aku?

kisah memang 4.

eisya: mommy, nak kungkung mommy!!
mommy: tak boleh kungkung mommy.
eisya: pis mommy!
mommy: kungkung mommy habis la sya.
eisya: nak tenok!
mommy: nah, ada lagi tak?
eisya: sambil kungkung, MMHH MEMANG SYEDAP!

kisah memang 5.

 eisya sedang tonton twinkle2 versi orang india nyanyi omputih. haha ni kelakar la sebab slang india kan. tiba2 eisya;

tsk tsk tsk (bunyi decit2 sambil geleng kepala) MEMANG BANYAK STAR!

kisah memang 6.

mommy tengah dinner. eisya and papa tengok fireworks kat luar rumah. habis je eisya masuk datang kat dapur cakap;

mommyyyyy!!!!! MEMANG CANTIK (sambil geleng kepala, muka serious). ada kawer wed, kawer gween, kawer yeyow... (sambil jari buat kiraan)

macam orang tua.

kisah memang 7

makcik ni sekarang asal pakai dress je cakap macam princess. pusing2 semua. try je 1 baju ni dia terus cakap, WOWWW! MEMANG PINSYESSSS!


Okay 7 je hehe. kelakarlah time dia cakap memang tu. kalau nak record susah sikit sebab bila kita suruh dia punya ekspresi lain. haha. 



Friday, February 15, 2013

lucky woman!!!

masa tu aku dalam lift, nak turun car park. masuk2 je dah ada 2 orang perempuan cina melayu. masa ni aku kat depan pintu lift so dengar jela ye dorang cerita kat belakang aku.

perempuan cina : how many children do you have?
perempuan melayu: i have 3.
perempuan cina: oh. the eldest one how old?
perempuan melayu: 11 years old. baru masuk darjah 5 this year. second one darjah 1. last one 4year old.

pastu dorang sambung borak pasal anak2 sekolah bla bla.

ting! dah sampai B3 tempat car park kitaorang sama rupanya. bila aku keluar, aku nampak perempuan melayu itu adalah..........

okay nak menangis dulu.....

:'(
:'(
:'(
:'(
:'(
:'(
:'(
:'(
:'(
:'(
:'(
:'(
:'(
:'(
:'(
:'(
:'(
:'(
:'(
:'(

 okay sambung.

perempuan itu adalah HOT okay nampak macam awal 20-an je!!!! dahlah rambut cantik, muka cantik. KURUS, stylo semua. pendek kata kalau orang tengok dia orang tak akan sangka dia ada anak yang darjah 5!

aku pon cepat2 masuk kereta sebab malu aku comot kan. kah kah kah!

haih dah berapa kali aku terserempak dengan dia memang dalam hati aku asik cakap. so unfair so unfair! kenapa kau cun! hahaha

some lucky women kan?

mungkin kena tunggu eisya darjah 5 nanti baru aku tetiba jadi cantik kurus bergaya. hahaha!

sebenarnya rajin ke malas je kan. aku ni memang malaslah. kalau pergi office memang selebet. unless kalau ada presentation ke, menda penting2 ke barulah aku ada effort lebih sikit. dulu masa anak dara rajin jugak make up sikit2. sekarang jangan harap!

ni pregnant ni lagilah aku tempek moisturizer je kan muka. siap dah. kadang siap2 dalam gelap sebab eisya tidur lagi kan. teramik baju and tudung tak ironlah, bedak bertompok kat mukalah. eiii apa nak jadi tah. hahaah.

kalau jalan2 wiken tu baru letak effort sikit sebab kang kena kutuk dengan laki kan. tapi kadang malas jugak. bukan kadang2, most of the time! hahaha.

entahlah tengoklah bila nak rajin nak cantik2kan diri. kikiki.

k bye!

Thursday, February 7, 2013

derq, bila nak kasi eisya adik?

amaran: LONG ENTRY....

gosh. tula soalan glemer of 2012. bila bila bila bila?

biasalah tu kan kita ni manusia suka bebenor tanya2 soalan sedemikian rupa. sampai aku pon jadi annoyed sebenarnya sebab kadang2 orang yang tanya ni bukan setakat tanya malahan datang dengan pelbagai komen2 menarik seperti:

  1. ish takyahla tunggu lama2. kau tu da tua k. rugi je nanti
  2. ishh sian nanti eisya tak de kawan. nanti kalau jarak sangat nanti dia tanak kawan adik dia
  3. ishh nanti jarak2 nanti susah nak lekat
macam2lah lagi. bahaha! aku kan manusia cepat sentap. so macam eh eh kau ni kenapa sibuk ni. aku ke kau yang nak merandung nanti. haha mak memang emo noksss.

tapi emo dalam hati je la kan. bila orang2 push2 i cakap jela. nanti dah settle maid baru fikir nak beranak lagi sebab penat berulang anta eisya rumah tokmi every single day. 

so me and husbeng planned to start ttc after eisya umur 2.5yo. that should give us enough time to pergi holiday ke, kumpul duit ke, prepare my mental fizikal ke, manjakan eisya puas2 ke. macam2lah kan plan nye. (read my pre pregnancy plan masa cha here)

sebenarnya i is paling takut mabuks. huhu masa cha dulu mabuk teruk gak ler sampai 4m. so fikir2 kalau preggie lagi nanti mabuks nanti eisya cemana kan.

tapi kita ni manusia yang merancang sahajalah. kau plan la pungpang pungpang cemana pon, kalau Allah kata. mengandung kau sekarang! pakailah apa2 protection pon, hati2 cemana pon. tetiba jeeeee kau dah pregnant.

huhuu. ye aku la tuuu.

i is merandung okay kawan kawansss. 3months now. hew hew hew.

selalu period memang tetap je 28 days cuma kalau hormon tak stabil tu adalah lambat or awal sikit. masa before period due aku dah pelik pesal aku ni.

lalu kedai makan, bau2. apesal ni sume ingatkan aku zaman loya2 cha dulu? eii yakkek! getus hati kecilku. ceywah.

then bau pencuci pinggan and pencuci CD eisya, i cakap kat ummy.

ummy kenapa menda ni busuk ha? teringat zaman kak long mengandung cha laa.

eh ngandung ke ni??? ummy cakap.

eii dok ehh. takkan laaaa.

pastu lama tu tengok2. okayyy dah lewat 1 week ni period. dup dup dup.

i told hub:

b! cemana ni hunny lewat period 1 week dahh. 
abis tu hunny nak cek ke?
eii kalau pregnant cemana b?
ish kalau pregnant tak pela. eisya ada adik. 
wuuuu are we ready?
we will lah kalau ada k. dont worry lahh. tak baiklah hunny niii

lepas tuu, kiteorang pon masa jalan2 tu masuklah farmasi. i jadi malu k nak beli upt.

b, b pegila tanya! mana menda tu hunny malu!
nak malu apa? kita dah kawen kottt

T___T sengal gak la aku ni.

so malam tu aku dah macam tak sabar2 nak test. ingat nak tunggu pagi esok je. tapi tak sabar k. aku kata, ala test malam, kalau pregnant, dia kuar negative pon takpela nanti esok beli lagi kita test pagi. or kalau tak pregnant. so be it. tapi takkan aku pregnant kot? tak kot tak kotttt. 

 kejap lagi. test. tak sampai 10saat ting!!! double line!

aku termenung beberapa saat dalam toilet.

lepas tu aku kata, can this be real? man. no. shit. i'm pregnant. no. can't be. no. god, cemana ni.

then i cried panicking tak tentu arah for few minutes in the bathroom, wishing the second line disappear.

then i wanted to slap my face. astaghfirullah apa aku fikir niii. aku ni orang islam. apa aku fikir ni. ni mesti keja setan dalam bilik air ni. okay mandi2 sume. keluar bilik. tak lama tu hubby masuk. i shoved him the stick. dia macam. apa ni? postive ke negative? i shoved the manual pulak. he was very the slow i tell u. 1minute camtu baru dia. pregnant ke?  

*silence*

alhamdulillah... eisya dapat adik la nanti. *forced a smile*

b!!!! why u not happy niiiiiiiiiiiiii! masa cha dulu b tak macam ni ponnnnnnnnnn! b niiiiiiiiiiiii!!!!!

ishhh b happy je lah. adalah tu sebab kenapa allah bagi rezeki... sini kat b!

perempuan emo mula menangis lagi. berdrama. suami terpaksa pujuk yadayada malas nak cerita geli jek haha.

so yes peep. i'm pregnant. masa tau ni end of 2012. terkezut mak. siapalah kita untuk menidakkan kuasa allah. bila dia kata kun fayakun. memang mula2 we were not ready. macam2 fikir. tapi later than i learned that Allah ni dah rancang semua2 dah untuk kita. dia ada rahsia dia sendiri. mesti ada sebab atas sesuatu yang berlaku, kita tak mungkin akan tahu...

5 weeks, we had our first appointment with Dato' Dr Zarul. masa mula2 masuk bilik dia, dia bulatkan mata tengok both of us selang2.

apa khabar? *senyum*
okay dr. *sengih*
so???? ada lagi ke ni? 
mmmhh. yela kot dr. i checked upt positive. 
*big smile here* mesti dalam hati dr ni, budak ni dulu aku suruh pakai family planning berlagak cakap pandai plan sendiri. kikiki

so, bila scan tu nampaklah kan ada makhluk Allah dalam rahimku. surreal...  i dont know why after that, both of us rasa happy. i saw my husband did not stop smiling after we went of from the dr's room.

i really hate myself when i actually tergamak menangis ketakutan when i found out that i got pregnant again. so.not.me.

guess that not that i dont like being pregnant but i'm just too scared if i mabuk and cha will be neglected.

well. true enough.

i am very mabuks. constant fatigue. constant pening. muntah kalerful, muntah darah due to tekak luka, hampir pingsan, dehydrated, tak selera makan. tapi dah turun 4kg. peace! hehehe..

so eisya is quite kesian coz mommy dont get to play with her much. luckily bibik is around. dia banyak tolong. but i dont really like lah when i'm around kadang i'm too tired untuk uruskan eisya. doakanlah ye semoga mabok ni berakhir cepat, nak cargas2 pulak. huhu.

eisya pulak sangat understanding. before dia nampak i muntah, dia kalau i ada memang tanak bibik handle dia. nak mommy! nak mommy. tapi lepas banyak kali tengok i muntah semua. dia dah cerdik. dah faham.

mommy syakit eh? syian mommy. mommy muntah wek wek.

kadang dia tolong urut. tolong passkan minyak angin semua. alahai my baby....

thanks eisya. tapi dia pon kuat amok sekarang. biasa kot eh orang nak dapat adik.

okaylah kawan2. cukuplah tu kan. panjang ni ha. haha.

bye! take care everibadi!

xoxo





Monday, February 4, 2013

dua puluh tiga bulan

hok alohhhh laaaaa. entry ni dari bulan 1 lagi ku draft tapi takdek mood nak publish. okaylah sebelum mek cha berumur 2 tahun marilah kita sambung ok.


meh nak citer pasal cha.

dia dah pandai bagi alasan. ini kelakar jugak. kadang2 bila kita tengah buat apa2, dia nak sibuk2, kita cakap. eisya, jangan kacau tokbah k. nanti dia jawab, tak ar. tenok je. (taklah. tengok je)

lagi satu, i bebel2 kat dia pasal dia nangis tak nak duduk car seat masa mommy drive. i cakap dia kalau tanak duduk car seat, dok dengan bibik. pastu boleh dia cakap, haa? tak ada owang ar. (tak ada orang) meaning dalam kereta tu tak ada orang lain pon. mommy je ada. sod ba ro jelah budak ni. 

language skills. alhamdulillah she can form full sentence dah. kadang2 mcm panjang jugak ayat dia. kalau kita salah, dia betulkan dengan cakap - bukan! or takde arr or tak arrr. 

contoh dialog eisya
- mommy syakit ke? tak arrr. mommy shiyat dah, kan? (pandai sedapkan hati orang k)
- eisya nak ikut dog! tapi tak boyeh arr. uncle punya... (sendiri fikir kenapa tak boleh)
- bibik! ni dirty. cepat wash! (amboi. asal menda kotor2 je panggil bibik!)
- ni kalau lalu depan post guard - papa! cepat angkat tangan! angkat tangan syame (sama-sama)

sangat suka berkawan. dari kecik pun eisya ni jenis peramah macam mommy dia. eh? hehe. suka kawan. tapi kadang kesian sebab orang tak nak kawan dengan dia. especially budak2 besar. hehe. kat rumah kita orang ramai anak2 jiran yang budak baya dia and besar2 sikit. petang2 je, kalau papa balik ajak papa pergi playground. papa! jom! let's go paygaun! paygaun tu playground yeh. lepas playground nak main dengan kawan2 pulak. nak kawan nak kawan! nak kick ball! nak elis! nak kak syitiiii!

kadang tengahari buta pon sibuk nak kawan. pantang dengar orang sebelah bukak gate. ish awak ni nak sangat kawan, mommy anta school la nak? ke nak adik? heheheeh.

suka nyanyi dll. sangat suka. dari lagu cinta jiwang2, nursery rhymes kepada lagu patriotik. dia dah boleh follow lagu 1 Malaysia yang selalu kat TV tu. yang hujung2lah. kalau tukar channel pon marah ok. kadang2 dia nak panggil i pon dia nyanyi. mommy mommy ma ma miiii. (rentak twinkle2) macam2 ini budak. suruh je nyanyi lagu papa ke, tokmi ke, eisya ke. nanti dia nyanyi tapi semua rentak twinkle hehe. pon suka main piano yang toy tu or ipad. kadang2 dia tekan adalah bunyi twinkle2 punya lagu. maybe dia perhatikan i mainkan kot. suka kemain lagi dia. dan jugak suka menari. semalam kat paradigm mall dia jalan pastu dengar lagu joget2 kat tengah2 jalan tu. dahla suka buat aksi menari yang kelakar ok. macam monster cemana tah.

caring sangat. kalau i sakit ke pening ke. nanti dia datang kat i cakap n muka kerut2, mommy syakit? syian mommy. siap tanya, mommy are u okay? hehe. pastu hug i. pastu kiss. pastu amik minyak angin ke vicks ke pass kat i. schweettt sangat. 

suka main masak2. ni her favourite sekarang. kalau tanya masak apa tu? masyak kueh. masyak syup. masyak syayurrr. tu je la yang dia masak haha. rasa nak beli je kitchen ikea utk budak2 tu hehehehehe.

jadi emak2. kan dia suka treat soft toys dia macam anak dia kan. selain dari kungkungkan dorang, oh ya siap tandem nursing ok. haha. dia cakap bear pakai lampin! bear biyak busyuknyeeee. jom washh! pastu i tanya wash cemana. dia nak pergi bawak toilet. haha. i cakap eh tak yahla basuh sini je k. cemana basuh? dia gosok2 bontot bear ahha. pastu pakaikan lampin.

kuat makan. alhamdulillah selera makan sangat baik. terlalu baik malahan tanak berhenti makan. haha. mulut nak kunyahhhhhh je. buah oren boleh habis 2 bijik sekali makan. kalau i prepare pancake ke jemput ke untuk breakfast pastu nak roti bakar. lepas makan nasik mintak buah lagi. sekarang memang kadang2 kasi dia makan adult food. dah ada garam. tapi kalau masak still asing. cuma kalau makan kat kedai time tak bawak bekal, mak ai payah ok makcik ni. tanak dia. tapi sejak ada bibik ni, dia taknak makan sendiri k. makan cekodok pon suruh suap. ngadanyaaa.

suka pukul diri sendiri. okay ni tak best. ni perangai baru ni. kalau dia rasa dia buat salah je, dia nak pukul kepala or muka dia. ayoma ayopa. i dah baca few tips from encik internet. the best way is to ignore and distract. contoh kalau dia tengah nak pukul, kita cepat2 kasi dia toys ke apa ke untuk dia lupa pasal pukul dan jangan mention pasal dia pukul tu. because all she wants is attention. sekarang dia dah jarang pukul diri sendiri. alhamdulillah. tapi sekarang kuat amok woh. ayoyoyyo! andd. both me and husband ada join seminar parenting bijak by Ibu Rose. barulah faham kenapa eisya ni macam tu macam ni sekian sekian. nantilah ada masa i share ok.

pandai shopping. hehe ni ikut sapa eh? dia kalau pergi jalan2 pastu nampak baju, dia tunjuk kat kita. wow! tenok tuu? cantik tak? pastu ada sekali ni dia pergi amik baju tu and letak kat badan dia, tanya papa cantik tak? semalam pon bawak masuk kedai kasut. muka kemain focus amik letak amik letak kasut. kalau tak berkenan dia letak. kalau suka dia tanya kita cantik tak? eisya nak ni! kalau kita suruh dia try pon dia try pastu tanpa disuruh dia jalan pergi tengok cermin. kalau cantik dia tanak bukak! T__T

tapi mujur dia belum pandai lagi mengamuk kalau nak sesuatu barang tu. kena bagi dia pegang/main puas2 pastu kita letak, pujuk dan suruh dia bye barang tu. in shaa Allah okay! haha. tapi semalam hampir amok jugak dia nak selipar ala crocs rupa elmo tuuuu. memanglah comel tapi rm149 ok. papa kata sama je selipar semut rm10 cha tu haha. lagipon dah shopping 3 kasut dah before tu for cha je. beshla february birthday month dia kan banyak less! huhu.

 tengah tunggu school bus kononnya.sambil nyanyi- the sykul bush, the sykul bush. the gate big yeyow sykul bush!


kat giant pon nak bawak school bag k

s
 making and eating bubbles

okaylah tu aja ye. bye u ols!