semalam, saya dan encik tunang bersiar2 ke mid valley. selepas bersesak2 solat maghrib di jusco (saya memang benci mid valley akan saiz surau yang sangat pathetic compare to size mall nya), kami bergegas ke pets wonderland dengan harapan dapat melihat tikus belanda idaman. malangnya, tiada seekor pun di situ. hampa. meninggalkan nombor telefon supaya dihubungi apabila tiba stok baru.
berjalan dengan pantas dan memandu laju ke ikano untuk ke pet safari di ikano pula. mata bersinar gembira kerana melihat 3 ekor shelty tikus belanda dan absyniian yang sangat ramai dan comel. encik tunang pula jatuh cinta kepada sang arnab yang tidak kurang comel dan sentiasa membuat muka kasihan meminta dibeli. awww.... tapi saya lantas berkata kepada beliau, arnab memang comel tapi dia sangat busuk. jangan beli.
saya jatuh cinta kepada 2 ekor ini. saya lupa pula untuk memeriksa jantina mereka tapi satu long haired satu lagi short haired. kalau yang si rambut panjang ni, susah sikit nak jaga tapi sangat bergaya lah nampaknya! kacak! sangat sedap dipeluk okayy... tapi harga adalah 2x lebih mahal dari si rambut pendek.
si rambut pendek itu pula sangat mirip kepada gambar dalam entri yang lalu. warna sangat sama tapi pattern berlainan sikit. oh saya suka!!! encik tunang pun suka tapi beliau macam takut tikus2 ini tidak jinak. tapi daripada apa yang saya baca, tikus belanda memang sangat sensitif dan sentiasa memerlukan belaian tuannya. oleh itu, setelah beberapa lama, ia akan jinak, manja malah boleh diajar pelbagai helah (tricks)! wah! teruja! kalau tak percaya, lihat ini.
kami juga melihat2 rumah untuk tikus2 ini. wah saya suka satu ni. besar, bertingkat2, ada banyak ruang bermain. mesti gembira nanti mereka. tapi lihat harga, RM450. erkk... dah boleh beli satu belt braun buffel untuk hantaran. mungkin nanti setahun dua lagi baru mempertimbangkan untuk beli yang besar. oleh itu, nanti saya akan beli yang sederhana besar sahaja dan senang dibawa ke sana ke mari. murah saja. rm 45. ok better.
tapi kata-kata encik tunang semalam membuatkan saya terfikir... berbelah bahagi. beli ke tidak tikus2 ini? kata beliau - nanti kalau dah kahwin, ada baby, siapa nak jaga tikus2 ni? kalau pregnant, boleh ke ada tikus2 ni? boleh ke bahagi masa, sayang?
ish encik tunang ni macam tidak percaya pula kebolehan saya ya. biasa dia. dan sangat berfikiran jauhnya beliau! pregnant? baby? ish ish ish... hihihi...
tapi saya asyik termimpi tiap2 malam mengenai memelihara mereka dengan gembira. tapi ada satu mimpi buruk. ofy tak suka tikus belanda saya dan asyik ingin mengejar. ish. apa ni ofy. geget kang! saya doa ia tidak berlaku. ofy dan jebon, be good okay?
oleh itu, kalau sudah mimpi tiap2 malam dan benar2 jatuh cinta dan sudah khatam buku2 penjagaan mengenainya, mungkin saya sudah bersedia. kan? olynn dan hana pun suka. mira pun suka. encik tunang? dia suka tapi risau. hihihihi... tapi poll di sebelah, tidak setuju?? how come you??
okay, sekarang saya nak cari nama untuk mereka. male: BIBO @ TOBY @ ACE @ ED & , female: EVA @ GABBY @ DAISY @ DORA (the explorer).
haha! okay tak? bulan depan beli! yee baaa!
5 comments:
oho...encik tunang mung mmg berfikiran jauh....
xpe le ederq...kalu mung pegnen n xleh jga deme...kasi ofy yg jgakn tikus2 mung...hihihi...
smpai termimpi2 mung dgn tikus2 tuh...ya x sabo ku nk melihat hasilan atr ederq dgn tikus2 tuh...amek yg chumel2 aje...
wahhh..saya suka tikus itu..tp hamster n tikus itu mne la chumewl n busuk??hehehe..
tp ok laa..amik je.. :)
en.tunang da xsbr la tue..hehe.. ;p
xpe...klu dh x sgp utk menjaga nye
ble sedekh je kt sy
sy menrima nye dgn tgn terbuka...
hihih..
aku advise la jgn la ko beli tikus belanda ini..nt tersangat suka..terbawak2 dlm mimpi..kang kenan kat baby time pregnent kang haa..susahhhhh..kuar2 rupe tikus belanda..amacam?? x ker harunyer nt...
apai! btol ke ko sggp baby sit mereka? aku risau time weekend la. nak bwk blk seri kembangan. kucing aku hyper. weekdays aku xde hal. kalu leh carik partner utk jaga dorang pon bagos.
sape si anonymous yg agak tak sayang mulut ni ha? tak baik doh cakap pasal kenan2 tu. serious aku xsuke. sgt xsuke statement itu.
kata2 itu doa. sila insaf.
Post a Comment