semasa saya kecil dahulu, saya adalah comel. saya adalah bijak. saya adalah pintar. saya adalah cerdas. saya adalah menjadi barangan panas (hot stuff) di kalangan kawan-kawan. (jangan terpedaya, bab panas tu untuk mensedapkan jalan cerita ini).
tetapi hari ini, kawan saya, Sameon (bukan nama sebenar) telah menceritakan sisi gelap (dark side) saya semasa kecil. membuatkan saya terfikir betapa kejinya saya terhadap beliau. walau bagaimanapun saya masih comel masa kecil (dah besar bertukar menjadi jelitawan ^o^) . ini kerana beliau masih menyimpan perasaan (sekarang tidak lagi) kepada saya sementelah saya memperkejikan beliau.
saya adalah lupa ingatan kerana tidak dapat mengingati peristiwa-peristiwa tersebut. Sameon masih mempunyai daya ingatan yang padu. tahniah. berikut adalah beberapa peristiwa yang membuatkan saya sakit perut ketawa semasa beliau menceritakan kepada saya melalui YM.
Peristiwa 1
Sameon suka kepada saya. (eii gatalnya. tak kuasa saya. kecil2 dah ada hati nak punyai kekasih. mesti belum sunat pun ketika itu. haha). maka beliau telah beritahu kepada kawan saya, sebagai medium untuk memberitahu isi hatinya. tetapi saya dengan kejinya berkata. ah tak nakla. dia pendek. kawan perempuan saya itu pula bermulut besar lagi luas telah beritahu kepada Sameon perkara itu. anda pembaca bayangkan sekarang bagaimana hancur luluh hati Sameon sementelah saya memperkejikan fizikal beliau. (tetapi sekarang beliau adalah beberapa cm lagi tinggi dari saya. dan sungguh kelakar patutlah semasa pertama kali berjumpa semula selepas bertahun2 tak jumpa, beliau terus mahu ukur tinggi. masih dendam rupanya. haha)
Peristiwa 2
Sameon dan saya bersekolah agama di rumah kedai, tingkat atas kedai Jaya Store. (kak mas ingat tak?? hihi) pada suatu hari, duit saya 50sen telah jatuh ke dalam longkang. saya sebagai perempuan cantik tidak mahu kotorkan baju saya yang putih mulus untuk mengambil duit itu, walhal saya amat perlukan duit itu untuk beli makanan waktu rehat. (padahal jajan. 50 sen dah boleh beli banyak jajan kan ketika itu?) maka, saya panggil sameon untuk ambil. longkang tersebut adalah berlumut. demi cinta monyet sameon (dengan harapan saya jatuh cinta kepada beliau), beliau turun ke dalam longkang, demi 50sen saya. saya tidak dapat menahan sabar kerana beliau adalah lambat. (mungkin itu penjelasan kenapa beliau menaip lambat sekarang. haha) maka saya bertindak menolak beliau ke dalam longkang. saya dapat 50sen saya. sameon berlumut, comot. dahla jatuh cinta, jatuh longkang pulak tu. haha! ustazah suruh beliau balik tukar baju. bila mama sameon tanya, beliau tidak beritahu itu adalah angkara saya. betapa murni hati sameon. tetapi saya keji. tidak minta maaf langsung. mungkin tak cakap terima kasih pon. hari esoknya, saya buat bodoh dan tak minta maaf sehingga apabila sameon dewasa menceritakan ini semua. haha. keji.
Peristiwa 3
sameon juga tusyen di tempat yang sama dengan saya. di rumah cikgu zaleha. disebabkan kelas habis malam2. sameon diarahkan oleh umy abah saya dan mama beliau menemani saya pulang ke rumah menaiki basikal bersama2. ada ketika saya adalah sengal hendak menonton drama selepas habis kelas tusyen di rumah cikgu (macam rumah sendiri tak ada TV!!!), saya mengarahkan sameon untuk menonton drama tersebut sehingga habis dan selepas itu kami pulang bersama. kejam tak kejam saya ni tuan2 puan2? ada juga ketika sameon telah menyiapkan tugas tusyen lebih awal dari saya. tapi beliau masih tidak dapat pulang kerana terpaksa tunggu saya.
okay, 3 peristiwa yang diceritakan hari ini. di sebalik pengorbanan sameon itu, saya tidak pula jatuh cinta kepada beliau. mungkin kerana saya terlalu fokus kepada pelajaran. atau sameon suka buat muka comel minta dibuli. hahaha!
saya terhibur apabila mengimbau kembali zaman2 kecil dahulu. dan apabila melihat kembali di mana saya sekarang, saya pun tak sangka. dewasa. dan menjadi kecil adalah seronok. kan? dan tiba2 rindu roller blade pada waktu petang. huhu
kepada sameon, saya minta maaf atas kekejaman saya dahulu. saya gembira kita dapat berhubung semula selepas beberapa tahun. dan sameon adalah kawan yang baik. dan beliau masih single. sesiapa nak berkenalan dengan beliau, boleh beritahu saya. hihihi
tapi 3 peristiwa ni bukanlah yang paling keji yang saya pernah buat masa kecil. ada lagi. haha. anda? apa yang paling keji yang anda pernah buat masa kecil? tulis kat komen tau.
aman! (peace)
mata duitan
Wednesday, May 27, 2009
semasa kecil, aku agak keji. tapi comel.
Labels:
tak pecaya,
this is life....,
those days
Monday, May 25, 2009
few updates
just few things:
- i finally found my 'designer' for my wedding dress! (ceh padahal sedara sendiri baru grad in fashion designing, suka2 nak panggil designer. hehehe.) we'll discuss on the theme, fabric, design and all next month. am excited! but somehow worry. i'm still fat! still fat! do something! and fast! really fast!
- planning to go for kursus kahwin next month. thought of doing it in October. but semua orang complain lambat. ceh tak feel tau buat awal2. nanti nak kahwin, lupa then how? SIGH
- i went to Bodyshop sale last weekend. okay. i bought few things - skin care n some eye makeup. but, but. they are all cheap and worth and i memang use them pun. and let's hope that will be the last one. sila la sepak aku sekarang!
- me n meeza are planning to sign up a spa package! yay! any idea which place? cheap (reasonable) and syiok one.
- i need more more money money money. i need to win easy cash. tolongla ada bonus ke tak ni weh????
- my Jebon is makin gedik day by day. rasa nak lempang pastu kunyah muka dia. haha! sayangness...
- encik tunang day by day makin charming kenapa rasa makin sayang padahal geram gila because he still can't decide on pre wedding photo shoot! ntah2 dia guna2kan i.
Labels:
awww,
bergedik,
lovely things,
shoptildrop,
this thing called love
Thursday, May 21, 2009
:)
tuhan,
aku bersyukur punyai kekasih bernama ariff ariza...
B,
i love you....
aku bersyukur punyai kekasih bernama ariff ariza...
B,
i love you....
Labels:
awww,
bergedik,
lovely things
Tuesday, May 19, 2009
LETIH
penatnya...
Friday, May 15, 2009
al fatihah
it's 15/5/2009, it's aiman's bday. it's the day where we lost our grandma. al fatihah..
Sunday, May 10, 2009
happy mother's day, sian Jebon dah tak da mami
happy mother's day to all mothers in the world, especially my beloved ummy... no celebration today. just a call to wish and to say i love her. well she got the gift already, and we are still planning to celebrate it as soon as everything is fine. poor abah, it's mother's day and her mother is terribly sick. still. sad...
anyway my weekend is so content with mom jobs. you don't want to know. (ariff made me jog this evening and act like a coach. oh me hate hate hate it!!!!) but i rather to do those stuffs than going back to work tomorrow!!! no!!!! ohhhhh.... hell!
stop whining, shut up ederq!
okay what's the point of my writing here. thought of doing some dedication will all those sanjung-sanjungan to ummy. but...no. i'm not in the mood i guess. maybe because i miss her so much. mmhh...
anyway, i will just post Jebon's pix. he's growing up fast! look at those flabby tum tum!

suka sangat duduk macam ni. risau aku takut patah back bone dia. hihi
kalau nak pergi mana2 memang kena bawak Jebon. tapi sejak takda Ofy, dia memang mengamuk kalau duduk dalam sangkar. maka...
amboi nak jugak tempat driver!
tengok buat muka jahat pulak kau.
bertukar muka minta ajar bawak kereta. amboi amboi amboi . bedebah
dah dah! ni muka minta penyepak ni.
okay baru Jebon kelihatan tenang di samping dapat duduk di atas peha yang empuk.
masih tak puas hati. tengok gedik tak dia nak duduk tengah2 dunia ni?? biasa dia!
okay lah mungkin jadi begitu kerana tidak dididik oleh ibu yang telah pergi menemui ilahi. okay, kesian Jebon tak da mami.

i couldnt picture myself in that situation. no no. i do not want to think about it. okay bye!
Friday, May 8, 2009
kak long kena masak
ummy balik kampung. aku dok umah sewa. maka abah and adik2 makan beli je. makanya, bila aku balik rumah parents. wajibla masak. (baru aku tahu, memasak sejurus balik kerja adalah penat wo)
sebab macam kesian tengok dorang. tapi kesian jugak dibuatnya tiba-tiba aku masak tak sedap dan aku memaksa dorang makan? haha. (nasib baik ayam masak merah bermadu semalam mendapat kelulusan. hihi)
okay tak apa. ini adalah latihan menjadi seorang isteri yang tahu memasak. dorang jadi si tikus okay. poyo kau ederq!
semalam aku ada blog hopping dan jumpa blog yang ada resipi2 bagai. pastu ada entry pasal perempuan sekarang yang tak tahu masak langsung. dan bangga mengatakannya seolah2 beliau sangat moden la kan.
tsk tsk. jangan tau begini. nak pikat suami salah satu cara adalah memasak. nak2 kalau masak dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan, mesti bertambah sedap. maka aku kenalah gigih belajar masak dengan hebat seperti ummyku. hihi (tapi aku adalah sangat pemalas apabila penat atau tiba hari bermalas2 sedunia)
nanti kalau rajin, aku postkan la resipi2 yang aku pernah try. at least kita boleh share2 kan. hihi.
note: aku kagum gila akan kau orang yang hebat terror memasak! BRAVO!

Thursday, May 7, 2009
CERMIN
bencila..
tolongla cermin diri sendiri sebelum nak sound2 aku
menyampah
bosan
boleh blah!

Monday, May 4, 2009
MATI ITU PASTI
takut tak baca tajuk post ni? aku takut. aku selalu fikir. macam mana aku mati nanti. mudah ke payah ke? lambat ke cepat ke? sorang2 ke ada teman ke?
aku selalu doa, aku mati dengan mudah. tanpa penyakit yang kronik, yang susahkan orang. bukan mati sebab accident atau apa2 musibah yang teruk. bukan dalam keadaan aku sangat tua. bukan mati di tempat yang aku tak ingini atau memalukan. dan yang paling penting, mati dalam keadaan aku dah bersedia untuk ke alam sana. tenang.
bersedia? bila nak bersedia? aku hari-hari sembahyang (aku cuba), tapi hari-hari buat dosa jugak. sedar atau tidak. mesti ada je yang salah. masa tu dalam hati, aku merungut cakap leceh la... tu pun dosa. malaikat tulis.
hari-hari sembahyang pun, dah tentu ke tuhan terima? kadang-kadang cepat. kadang-kadang lambat. cuba kira berapa kali kita betul-betul solat. khusyu' penuh keinsafan. sekali dalam sehari pun belum tentu aku dapat. Haih. aku la. korang lain kot.
kadang-kadang tertidur tanpa solat isya'. bila tersedar pukul 3 pagi, tidur balik cakap kejap lagi. bila sedar orang dah mengaji, dah nak masuk azan subuh. atau terlepas terus. atau yang paling common, subuh gajah atau qadha'. tuhan terima ke? aku tak tau.
kau ingat tak berdosa sebab tertidur? berdosa. sebab masa tidur dah masuk waktu kenapa pergi tidur dulu? sebab setan suruh. bodoh pergi ikut buat apa? kebal sangat nak masuk neraka eh?
okay, mesti korang wonder kenapa la pulak tiba2 aku tulis serious2 sangat ni. ederq ni dah nak mati eh? hihi. aku tak tau la pulak kan. hihiii
tapi the main reason aku tulis ni sebab last weekend, aku balik kampung tengok nenek aku belah abah sakit tenat. dah 3 minggu terlantar. aku kesian sangat sebab dia orang tua. dah 90++ kot umur dia. panjang umur kan.
berat hati masa nak balik KL. aku honestly tak pernah tengok orang tenat, nazak, tengok mayat sebelum ni. bila tengok nenek aku. dan bila orang2 ramai cakap dah tak lama dah ni. aku terkedu. aku bayangkan aku kat tempat dia. sakit. lemah. tua. seksa. aku hanya mampu bacakan quran kat dia, as much as i can. sebab dia orang cakap, time2 macam tu memang banyak syaitan kacau. dan lagi yang termampu, jaga dia. suapkan makan minum, tolong tukar pampers. dan tiap kali aku ajar dia syahadah mesti aku menangis. sebab aku tak pernah buat sebelum ni.
aku bukan cucu favourite nenek aku ni pun. aku tak ada memori denag dia yang paling dirindui pun. sebab dia paling sayang cousin aku yang muka macam ramona rahman. dan anak beranak dia. tapi aku tak pernah kisah pun. aku darah daging dia. jadi, bila dia sakit ni. memang menyentuh perasaan. sangat2. aku yang emo lebih bila tengok dia sakit.
ke aku memang jenis emo? hihi
mak ayah kita penat2 jaga kita masa kecil. kalau mak ayah kita sakit macam nenek aku, sanggup tak kita jaga dia orang? tanpa merungut, dengan penuh kasih sayang? boleh? boleh memang boleh. tapi sabar harus tebal.
tapi kalau ikutkan hati aku. aku memang nak je duduk je jaga nenek aku sakit sampai nafas terakhir dia. tapi aku tak boleh. aku hanya mampu doa dari jauh. umy aku puja sebab dia sanggup jaga mak mertua dia. dah 1minggu lebih kat sana.
sebab umy kata dulu mak dia, dia tak sempat nak jaga. mati terlalu mudah. sampai dr pun tanya, mak awak ni guru al quran ke? mmh memang pun. nenek dan atuk aku meninggal sangat mudah. orang tak sangka. orang tak sempat jaga. muka senyum. kubur wangi. aku tak tipu. sebab mereka alim. ayat quran dan zikir tu dah sentiasa kat mulut. hati mulia, baik sangat2. aku tahu mereka kat syurga sekarang. rindu tok ma..
tapi apa pun, aku nak ingatkan aku dan kau orang kalau kau orang nak kisah. dunia ni dah tua. dan kita tak muda selamanya. dan maut tak kenal usia. seram.
note: aku baca paper, orang pantai timur kenduri sotong sekarang. sotong semua lari dari laut dalam. aku dapat email, tsunami dijangka berkalu bulan 7. AKU SERIOUS RISAU TAKUT SERAM.
al fatihah untuk arwah tok ma aku...

Subscribe to:
Posts (Atom)