mata duitan

Monday, May 4, 2009

MATI ITU PASTI

takut tak baca tajuk post ni? aku takut. aku selalu fikir. macam mana aku mati nanti. mudah ke payah ke? lambat ke cepat ke? sorang2 ke ada teman ke?

aku selalu doa, aku mati dengan mudah. tanpa penyakit yang kronik, yang susahkan orang. bukan mati sebab accident atau apa2 musibah yang teruk. bukan dalam keadaan aku sangat tua. bukan mati di tempat yang aku tak ingini atau memalukan. dan yang paling penting, mati dalam keadaan aku dah bersedia untuk ke alam sana. tenang.

bersedia? bila nak bersedia? aku hari-hari sembahyang (aku cuba), tapi hari-hari buat dosa jugak. sedar atau tidak. mesti ada je yang salah. masa tu dalam hati, aku merungut cakap leceh la... tu pun dosa. malaikat tulis.

hari-hari sembahyang pun, dah tentu ke tuhan terima? kadang-kadang cepat. kadang-kadang lambat. cuba kira berapa kali kita betul-betul solat. khusyu' penuh keinsafan. sekali dalam sehari pun belum tentu aku dapat. Haih. aku la. korang lain kot.

kadang-kadang tertidur tanpa solat isya'. bila tersedar pukul 3 pagi, tidur balik cakap kejap lagi. bila sedar orang dah mengaji, dah nak masuk azan subuh. atau terlepas terus. atau yang paling common, subuh gajah atau qadha'. tuhan terima ke? aku tak tau.

kau ingat tak berdosa sebab tertidur? berdosa. sebab masa tidur dah masuk waktu kenapa pergi tidur dulu? sebab setan suruh. bodoh pergi ikut buat apa? kebal sangat nak masuk neraka eh?

okay, mesti korang wonder kenapa la pulak tiba2 aku tulis serious2 sangat ni. ederq ni dah nak mati eh? hihi. aku tak tau la pulak kan. hihiii

tapi the main reason aku tulis ni sebab last weekend, aku balik kampung tengok nenek aku belah abah sakit tenat. dah 3 minggu terlantar. aku kesian sangat sebab dia orang tua. dah 90++ kot umur dia. panjang umur kan.

berat hati masa nak balik KL. aku honestly tak pernah tengok orang tenat, nazak, tengok mayat sebelum ni. bila tengok nenek aku. dan bila orang2 ramai cakap dah tak lama dah ni. aku terkedu. aku bayangkan aku kat tempat dia. sakit. lemah. tua. seksa. aku hanya mampu bacakan quran kat dia, as much as i can. sebab dia orang cakap, time2 macam tu memang banyak syaitan kacau. dan lagi yang termampu, jaga dia. suapkan makan minum, tolong tukar pampers. dan tiap kali aku ajar dia syahadah mesti aku menangis. sebab aku tak pernah buat sebelum ni.

aku bukan cucu favourite nenek aku ni pun. aku tak ada memori denag dia yang paling dirindui pun. sebab dia paling sayang cousin aku yang muka macam ramona rahman. dan anak beranak dia. tapi aku tak pernah kisah pun. aku darah daging dia. jadi, bila dia sakit ni. memang menyentuh perasaan. sangat2. aku yang emo lebih bila tengok dia sakit.

ke aku memang jenis emo? hihi

mak ayah kita penat2 jaga kita masa kecil. kalau mak ayah kita sakit macam nenek aku, sanggup tak kita jaga dia orang? tanpa merungut, dengan penuh kasih sayang? boleh? boleh memang boleh. tapi sabar harus tebal.

tapi kalau ikutkan hati aku. aku memang nak je duduk je jaga nenek aku sakit sampai nafas terakhir dia. tapi aku tak boleh. aku hanya mampu doa dari jauh. umy aku puja sebab dia sanggup jaga mak mertua dia. dah 1minggu lebih kat sana.

sebab umy kata dulu mak dia, dia tak sempat nak jaga. mati terlalu mudah. sampai dr pun tanya, mak awak ni guru al quran ke? mmh memang pun. nenek dan atuk aku meninggal sangat mudah. orang tak sangka. orang tak sempat jaga. muka senyum. kubur wangi. aku tak tipu. sebab mereka alim. ayat quran dan zikir tu dah sentiasa kat mulut. hati mulia, baik sangat2. aku tahu mereka kat syurga sekarang. rindu tok ma..

tapi apa pun, aku nak ingatkan aku dan kau orang kalau kau orang nak kisah. dunia ni dah tua. dan kita tak muda selamanya. dan maut tak kenal usia. seram.

note: aku baca paper, orang pantai timur kenduri sotong sekarang. sotong semua lari dari laut dalam. aku dapat email, tsunami dijangka berkalu bulan 7. AKU SERIOUS RISAU TAKUT SERAM.

al fatihah untuk arwah tok ma aku...

6 comments:

Unknown said...

alfatihah juga

aku pon takot gak..
takot nk terima kematian diri sendiri
dan takot gak nk terima kehilangan kedua org tua ku...

chezzywezzy said...

"Mati itu pasti"
thanks for publishing this post for everyone.Aku suka bila berbicara tentang kematian..

Setiap yang hidup pasti akan menemui ajal.Manusia kini takut akan kematian.Why should we fear about it?
Kematian bukan perkara yang perlu kita takutkan.Allah s.w.t sudah menetapkan ajal setiap makhlukNya di dunia ciptaanNya.
Apa yang perlu kita takut adalah azab seksaanNya selepas kematian.Terlalu sakit,terlalu pedih xterkata2 di bibir kita.Adakah kita sanggup hadapinya?Walaupun kadang kala kita leka oleh nikmat di dunia ini,tapi bukan alasan bagi kita untuk rasa xbersalah ngan perbuatan kita.

Kita harus tanam sifat takut pada azabNya,takut pada bunga2 neraka yang mampu memcarik cebisan2 tubuh kita.Apatah lagi di neraka.Kalu kita ada sifat takut pada azabNya, percayalah xder sorg pun mukmin dan mukminat di dunia yang akan meninggalkan solat,tidak berpuasa(kecuali uzur),tidak membayar zakat dan sebagainya.

Aku pun bukan insan yg sempurna tapi aku takut bila teringatkan azab-azab yang menanti kita akibat dosa2 yang kita lahirkan.

p/s:saje ingatkan pada diri sendiri dan juga wat teman2 sekalian.

fati said...

awak.. thanx sgt2! entry yg secara tak langsung memberi tazkirah, ingat mengingati.. gud! thumb up!

ederq said...

kak mas: ye, tak dpt bayangkan if dorang takde.

hamdan: yes, yang aku takut adalah kehidupan kat sana. sebab amalan tak cukup. akan cukup ke tak aku tak tau.
thanks for the reminder. :)

renung2kan. dan selamat beramal. :p

.:pUbLiC_eNeMy:. said...

okay..membuatkan aku terfikir sejenak..

ederq said...

fati: :) sama2la kite.

tp jgn korang ckp aku belagak alim pulak ok. aku share apa yang aku rasa je.