mata duitan

Wednesday, May 27, 2009

semasa kecil, aku agak keji. tapi comel.

semasa saya kecil dahulu, saya adalah comel. saya adalah bijak. saya adalah pintar. saya adalah cerdas. saya adalah menjadi barangan panas (hot stuff) di kalangan kawan-kawan. (jangan terpedaya, bab panas tu untuk mensedapkan jalan cerita ini).

tetapi hari ini, kawan saya, Sameon (bukan nama sebenar) telah menceritakan sisi gelap (dark side) saya semasa kecil. membuatkan saya terfikir betapa kejinya saya terhadap beliau. walau bagaimanapun saya masih comel masa kecil (dah besar bertukar menjadi jelitawan ^o^) . ini kerana beliau masih menyimpan perasaan (sekarang tidak lagi) kepada saya sementelah saya memperkejikan beliau.

saya adalah lupa ingatan kerana tidak dapat mengingati peristiwa-peristiwa tersebut. Sameon masih mempunyai daya ingatan yang padu. tahniah. berikut adalah beberapa peristiwa yang membuatkan saya sakit perut ketawa semasa beliau menceritakan kepada saya melalui YM.

Peristiwa 1

Sameon suka kepada saya. (eii gatalnya. tak kuasa saya. kecil2 dah ada hati nak punyai kekasih. mesti belum sunat pun ketika itu. haha). maka beliau telah beritahu kepada kawan saya, sebagai medium untuk memberitahu isi hatinya. tetapi saya dengan kejinya berkata. ah tak nakla. dia pendek. kawan perempuan saya itu pula bermulut besar lagi luas telah beritahu kepada Sameon perkara itu. anda pembaca bayangkan sekarang bagaimana hancur luluh hati Sameon sementelah saya memperkejikan fizikal beliau. (tetapi sekarang beliau adalah beberapa cm lagi tinggi dari saya. dan sungguh kelakar patutlah semasa pertama kali berjumpa semula selepas bertahun2 tak jumpa, beliau terus mahu ukur tinggi. masih dendam rupanya. haha)

Peristiwa 2

Sameon dan saya bersekolah agama di rumah kedai, tingkat atas kedai Jaya Store. (kak mas ingat tak?? hihi) pada suatu hari, duit saya 50sen telah jatuh ke dalam longkang. saya sebagai perempuan cantik tidak mahu kotorkan baju saya yang putih mulus untuk mengambil duit itu, walhal saya amat perlukan duit itu untuk beli makanan waktu rehat. (padahal jajan. 50 sen dah boleh beli banyak jajan kan ketika itu?) maka, saya panggil sameon untuk ambil. longkang tersebut adalah berlumut. demi cinta monyet sameon (dengan harapan saya jatuh cinta kepada beliau), beliau turun ke dalam longkang, demi 50sen saya. saya tidak dapat menahan sabar kerana beliau adalah lambat. (mungkin itu penjelasan kenapa beliau menaip lambat sekarang. haha) maka saya bertindak menolak beliau ke dalam longkang. saya dapat 50sen saya. sameon berlumut, comot. dahla jatuh cinta, jatuh longkang pulak tu. haha! ustazah suruh beliau balik tukar baju. bila mama sameon tanya, beliau tidak beritahu itu adalah angkara saya. betapa murni hati sameon. tetapi saya keji. tidak minta maaf langsung. mungkin tak cakap terima kasih pon. hari esoknya, saya buat bodoh dan tak minta maaf sehingga apabila sameon dewasa menceritakan ini semua. haha. keji.

Peristiwa 3

sameon juga tusyen di tempat yang sama dengan saya. di rumah cikgu zaleha. disebabkan kelas habis malam2. sameon diarahkan oleh umy abah saya dan mama beliau menemani saya pulang ke rumah menaiki basikal bersama2. ada ketika saya adalah sengal hendak menonton drama selepas habis kelas tusyen di rumah cikgu (macam rumah sendiri tak ada TV!!!), saya mengarahkan sameon untuk menonton drama tersebut sehingga habis dan selepas itu kami pulang bersama. kejam tak kejam saya ni tuan2 puan2? ada juga ketika sameon telah menyiapkan tugas tusyen lebih awal dari saya. tapi beliau masih tidak dapat pulang kerana terpaksa tunggu saya.

okay, 3 peristiwa yang diceritakan hari ini. di sebalik pengorbanan sameon itu, saya tidak pula jatuh cinta kepada beliau. mungkin kerana saya terlalu fokus kepada pelajaran. atau sameon suka buat muka comel minta dibuli. hahaha!

saya terhibur apabila mengimbau kembali zaman2 kecil dahulu. dan apabila melihat kembali di mana saya sekarang, saya pun tak sangka. dewasa. dan menjadi kecil adalah seronok. kan? dan tiba2 rindu roller blade pada waktu petang. huhu

kepada sameon, saya minta maaf atas kekejaman saya dahulu. saya gembira kita dapat berhubung semula selepas beberapa tahun. dan sameon adalah kawan yang baik. dan beliau masih single. sesiapa nak berkenalan dengan beliau, boleh beritahu saya. hihihi

tapi 3 peristiwa ni bukanlah yang paling keji yang saya pernah buat masa kecil. ada lagi. haha. anda? apa yang paling keji yang anda pernah buat masa kecil? tulis kat komen tau.
aman! (peace)

10 comments:

Anonymous said...

Sameon ?? letak la nama Brad ke, Hans ke, baru la rasa mcm cute sket... kalau org baca mesti terus terbyng ketidak cutekan "mamat tu"... hahahaha

meezameez said...

ehem! aku tau sape sameon itu hahah!

ederq said...

Anonymous: aku tau kau sameon kan? elele. ok la tu sameon. aku siap tlg promot kau ni. hihi

Anonymous said...

keji la ko ederq!...hehehe kesian sameon..

perkara paling keji aku pernah buat ialah aku gaduh dgn Dila pada hari raya pertama, pastu aku tarik baju dia smp koyak..kesian dia..dah la baju baru (sbb raya kan..)..smp skrg aku nyesal la..tapi aku mmg kena dgn mak aku lps tu "baik punya"..

ederq said...

mira: aku pun tak sangka aku sekeji tu. selama ni aku ingat aku ayu dan sopan. sehinggalah sameon cite kt aku semalam. haha!

weh kau jahat. gila gagah kau smpi koyak. sian dilla. huhu

tp aku kan penah gado2 dgn adik aku, iwan. pastu dia tarik rmbut aku. pastu aku geram, aku tiru cara wanita lawan lelaki. ya aku sepak boboy dia!

Unknown said...

banyak perkara keji yg kakmas lakukan masa kecik2 dulu.. antaranya:

1) blasah kawan skolah (lelaki) sehingga jalan tincut2.. akibat dia suka sgt tarik tudung aku dulu2 dan ejek rambut aku GQ (masa skolah sg.buloh la ni)

2) membawa replika tikos dan mencampakkannya pada geng skolah pada sesi selepas exam.. huahahaha.. gangster skolah turut terkejut gile dan menjerit2 pada masa itu.. huhahahaha (darjah 6 skolah subang)

3) slalu buat kawan kelas (pompuan) menangis sbb merampas pen-pen beliau yg baru dibeli.. tu la, sape suh bawak pen baru g skolah.. pastu tayang2.. aku nak laa..!! hahaha (time ni tingkatan 2 di subang jaya.. hahaha)

er.. lain2 malas nk citer kt sini.. kang jadi blog aku plak ruang komen ni.. miahahahah

ederq said...

waa gangster siot kak mas! haha! rasa yg plg keji adalah num 3. mmg btol2 pembuli ah. mesti bdk tu dendam dgn kak mas. byk eh perkara keji sbnrnye? hihi

ederq said...

meeza: SSSSSSHHHHHH! hihi

Najib SUKA™ said...

aku seorang lelaki yg suci murni lagi bersopan santun dlu2...
x der keji2 ni...;p

ederq said...

najib: ye la tu! aku rasa kau la yg selalu kena sebat dgn cikgu husrin dulu. haha