mata duitan

Tuesday, June 9, 2009

Perlukah lulus English untuk SPM?

pagi tadi aku dengar Hot FM discuss pasal ni. kerajaan minta pandangan orang ramai. setuju kah? tidak kah? pandangan aku? periksa ia di luar! (check it out!)

dari sekolah rendah,. aku lebih perform dalam English berbanding BM. tetapi adalah bernasib baik kerana setiap peperiksaan besar (UPSR, PMR dan SPM) aku dapat A untuk kedua-dua subjek. mungkin graf turun ke ape aku tak tau la.

bukan nak berlagak tapi aku rasa English paper adalah straight forward dari BM. kan ke ada prosa klasik ke ape tah SPM tu. menggelupur aku menjawabnya tahu tak? tapi sekarang, both papers ada menda tu eh? kena baca novel segala? macam kat matrix dulu. eii tak kose aku la menda2 ni.

muhyiddin yassin kata last year 70% lulus english dan 30% lagi tak lulus tapi still dapat sijil SPM. anda rasa patutkah wajibkan english lulus? aku rasa kan. tak payah la.

memangla kalau kau push, budak2 akan berusaha. tapi kan tak ke rugi kalau kau dah score subject lain tiba tak dapat sijil spm sbb tak lulus English? cukupla BM weh. kerana BM bahasa kebangsaan maka wajibla semua orang tahu kan. English kan second language je. ye aku tahu penting. tapi itu akan develop. kau belajar kat U kau refer English books or notes. kau keja kau guna English. so aku tak rasa itu masalah besar. kau practice, lama2 kau okay la. better kau concentrate kat core subjects lain.

lagi pun kasihan la kan student luar bandar yang adalah kekurangan sumber untuk mantapkan bahasa inggeris. bagila can kan. kan ke ni open cert? fail amek la balik. hihi.

aku rasa sistem pendidikan kat malaysia ni terlalu tumpu kat akademik. berlumba nak dapat paling banyak A. patut kita didik orang tu ikut kelebihan dia. kalau dia lebih kepada seni, go for it. kalau sports, go for it. kalau science, go for it. kan? be specific. sebab tu kita ada kes budak 12 tahun bunuh diri sebab tak score UPSR. patutnya kita cari kelebihan. bukan tonjolkan kekurangan.

tapi aku fikir2 balik, kalau lah sistem pendidikan yang aku cadangkan ni dilaksanakan ke atas aku. di manakah kelebihan aku? aku tak rasa aku terror bab2 science, engineering segala. aku rasa hidup aku ni macam nasib je.

tapi kalau aku diberi pilihan nak pilih kerja baru (jangan ambil kira kebolehan kepala otak aku untuk terror bio) aku nak jadi vet. tapi nak jaga pets je. gajah buaya badak sumbu tak nak!

apahal tiba2 off topic??? okaylah, kesimpulannya. aku tak setuju jika bahasa inggeris sebagai syarat lulus SPM kerana kasihan. okay bye!

6 comments:

meezameez said...

betol! saya setuju. pendidikan di malaysia sgt tertumpu pd akademik a.k.a teori. aku rasa kite ni kurang sesgt praktikal. more to teori. jadik nya kalo exam pon ada yg belajar untuk lulus bukan untuk disimpan sbg ilmu sampai mati. asal lulus pastu habis. lepas blajar, mananye ingat lg semua tu.

aku rasa jika dh mereka2 itu ade kelebihan memasing, biarkan diteruskan dgn kelebihan itu. adalah lebih bermakna.

yg pasal bahasa inggeris ni, aku rasa ok jugak kot jika wajib lulus. hihi.. kebykan rakyat malaysia ni bila dh kene push baru diorg berusaha. jadi aku setuju utk masa depan mereka dan negara ;)

derqdnl said...

cik meeza,

mmg benar juga kata cik meeza. kena push. baru boleh strive. positive!

brp passing mark sebenarnya? 40? tapi tak mustahil nanti kalau ramai tak lulus tiba2 la pulak dorang nak turunkan graf. tak pasal2 yang 25 pun lulus nanti. maka, kualitu yg dpt a pun tak seberapa pun.

tapi kalau nak ikutkan. lulus je kan? bukan credit ke ape. boleh je kot lulus weh! tak susahla weh. :p tiba tak berpendirian tetap ni apehal kah?

qunia said...

saya pun rase biarkan ajelah kalau gomen nak buat BI wajib lulus dalam SPM. tak perlu risau.

Nanti kalau ramai studen tak score... markah 15%pun boleh jadi lulus jugak kalau gomen dah turunkan gred.

yg bezanya kualiti studen kita yang rosak.

intoxicated-catastrophe™ said...

SPM'98.. English - A, BM - credit.. opss!! wakakakakkaka.. kasihan la wehh.. kasihan kat aku. hahaha!

Anyway, aku rasa kementerian pendidikan patutnye pertingkatkan usaha utk menaiktaraf kemahiran berbahasa Inggeris dikalangan budak2 skolah luar bandar!!! hantar cikgu2 yg boleh motivasu dorg, dan ajar guna strategi baru.. bukan hantar cikgu2 yg mengajar semata2 sbb nk dpt gaji tiap2 bulan... mereka x sepatutnye terus2 mencadangkan undang2 baru. dorg ni.. eee... bodo ker hape.. nama jer keje pendidikan.... stupiiddd......

hehehe...
hanya pandangan saya yg terbengong2 ini.. sekian, masehh!!

The Guitar Geeks said...

hehehe... aku nak menyampuk sket...

setakat apa yg aku baca and dengar, semua pandangan tu hanya tertumpu pada satu dua pihak serta kumpulan sajer.... kalau nak di rungkai secara detail, mmg banyak yg tertinggal dan terlepas pandang. secara "realiti" serta sebagai org yg dah lalui zaman remaja serta pernah jadi budak sekolah and bergaul ngn ramai org, banyak faktor yg kena di amik kira.

apa yg nak aku jelaskan kat sini ada beberapa peringkat serta group yg harus di kita amik perhatian yg serius.... amik ayat mudah la supaya korang paham apa yg aku nak maksudkan nie.... kita pecahkan beberapa kumpulan pelajar dari segi pemikiran mereka.

group A :- (budak2 yg punya matlamat tinggi)
budak2 yg target mereka nak masuk universiti. selalunya dari kelas aliran sains or perdagangan. boleh dikatakan pelajar2 dari golongan nie mmg punya matlamat atau wawasan untuk score dlm apa jugak papaer yg diorg nak amik. so taklah risau.

group B :- ( budak2 yg minat belajar diorg biasa2 jer )
Selalunya banyak kat aliran perdagangan or sastera )
Budak2 mcm nie selalunya, janji lulus sudah. kalau dpt sambung beljar tu satu bonus bagi diorg.

group c :- ( budak2 yg tak kisah langsung pasal belajar, dtg sekolah sbb nak lepak ngn member2 or tunjuk samseng )

golongagn nie la yg aku nak tekanan. Diorg nie selalunya dari aliran sastera yg mmg dari awal2 lagi dah di diskriminasi oleh sistem pendidikan. di letakkan pada satu tmpt yg org tau "owh kelas budak2 tak pandai" ( realiti speaking - sorry... ). So, golongan yg mcm nie selalunya dtg dari samseng2 sekolah, bohsia2, mat-minah rempit, tokang dadah, serta bermcm lagi. dtg sekolah mmg tak kisah pasal belajar ke apa ke. Kadang2 buku pun tak bawak dtg sekolah.

golongan2 nie lah yg kita terlepas pandang. Mmg la konon nak push supaya budak2 lebih berusaha dlm pelajaran BI. tapi budak2 yg dari group C nie tadi kisah ke ngn apa yg kerajaan nak buat nie. bagi diorg lantak la apa kerajaan nak buat, janji aku enjoy. hehehehe.....

apa2 pun keputusan kerajaan, yg penting jgn biarkan budak2 dari kumpulan yg nie hilang minat ngn belajar. nak ubah mentaliti seseorg tu bukan senang beb, tapi from the root la. ubah mentaliti parents tu dulu. semua nie bermula dari rumah. kalau dah kat rumah kucar-kacir mmg kat sekolah pun kucar kacir la. Pendidikan agama dan moral tu penting.

so pendapat aku buat masa sekarang nie budak2 kat Malaysia nie, tak lagi bersedia nak terima keputusan mcm tu. mmg akan ada yg tercicir, mungkin 10 tahun lagi pun belum tentu kot... hahahahaha....

tq
(sekadar pendapat.)

p/s :- patut buat, sapa tak lulus SPM takleh kahwin. Mmg kompem suma bantai study BI jer...hahahaha...

P/S/S :- sapa2 nak kahwin amik aku jadi photographer wei .... huhuhuhu.
http://www.flickr.com/mellow_shutter/

derqdnl said...

quina: turunkan gred/graf tu yg i tak berkenan tau. tq for reading my blog! :)

kak mas: haha! SPM punya BM mmg sux la kan?

ye, krajaan mmg kena buat sesuatu utk tolong pelajar luar bandar. daripada abes duet kat projek tak berfaedah, adalah lbh baik invest utk budak2 ni.

n i have to agree that ada ramai org jadi cikgu sebab nk cuti byk sume2. sudahnya tak brapa nk jalankan tgjwb dgn iklas. padahal tugas mendidik tu berat sbnrnya. tp ada jugak cikgu yg baik, iklas. kan?

ikram: aku setuju gila! aku rasa tak patut letak aliran budak2 macam tu. sebab org akan pandang serong terus budak2 kelas bawah. macam aku cakap, kita patut cari kelebihan seseorang. bukan nak kelaskan orang macam tu.

dan betul! paling penting didikan agama dan sokongan family. takde 2 ni. abesla.

marila kita bersyukur dengan apa yg ada sekarang.

tq all for the precious comments!