mata duitan

Saturday, February 27, 2010

anjing dan monyet bertopengkan kucing

seperti monyet yang tidak tahu duduk diam. ganggu konsentrasi encik supir

seperti anjing yang ternganga2 terjelir lidah. serious tak tau kenapa dia buat mcm ni. normal eh?

will be out for shopping jap gi. tengah lepak2 pastu jumpa gambar ni. hih. tensi tak leh post entry lagi satu sebab tak leh cut paste gambar. tak boleh bukak facebook lak tuuuuuu.

dan susah cari HALAL food. sighh.

Friday, February 26, 2010

hanoi trip


enjoying my choc sundae at mcd KLIA. pagi2 buta dah makan eskrim. hihi.

1hr more to go to hanoi.

i'll be there for a week. and hope i can still update my blog (i owe you my honeymoon trip part 2, so basi!) at night. harap tidak letih setelah seharian di site.

tq ummy tolong packing barang kak long semalam. ariff geleng2 kepala je tengok ummy yang tolong lipat semua baju i. hihihi.

k2 ariff marah i xlayan dia ni. sebokk taip2. hihi

bye bunnies! be good.

salam 1 malaysia. eh silap. salam maulidur rasul.

banyak2 selawat ya.

Thursday, February 25, 2010

tidak best

minggu ini tidak best.

saya pening2 kepala sejak dari 2 hari lepas.
sedang period pain.
sedang banyak kerja.
sedang malas nak pergi out station esok.
sedang letih.
sedang tidak faham kenapalah ..... mmmh suka hatilah korang.
sedang marah diri sendiri kerana tiada masa untuk pergi gym.
sedang rindu.
sedang mahu aiskrim.

you lovelies tell me what to do.

Monday, February 22, 2010

27/2/2010 weddings and . . .

there are few weddings to attend on this coming 27th. tapi adalah kecewa jiwa raga i cant make to any of those. kuciwa.

paling kuciwa adalah tak dapat attend wedding my friend, ida haryanti. we were very close during our first year in UM. sebab our rooms are next to each other. and banyak memori gedik, busuk, keji, besh, mercun dan sebagainya yang tidak dapat dilupakan sampai mati.

paling best lawak wong yong kai, botu, mercun, dan semestinya abang hensem. haha! ida ni stok ketawa kuat gilaaaaaa dan kalau lawak tu memang lawak gila dia akan terguling2 di tempat kejadian. memang istimewa dan memalukan. tak tahan aku. tiba2 rasa patut blogkan semua memori sengal di 1st college dulu. hihi

tapi aku paling terkuciwa adalah tak dapat tengok wedding dia. mesti hebat. huhu rugiiiii. sori ida sayang aku kena kerja. dah lah masa wedding aku tak sempat jumpa kau. huhu

ya memang haram lah kena fly time cuti2 umum dan weekend some more. dah la kerja tanpa henti 7 hari tu. ish harap dapat shopping barang murah dan cantik untuk hiburkan hati. eh eh tiba2.

dan tahniah juga kepada Zakiah and Affa yang rent my wedding stuffs and kahwin pada hari yang sama. cant wait to see your pictures real soon!

all the best for the wedding girls!

barang siapa yang nak sewa apa2 jangan segan meh email i. :)

psst: diah is organising a weddign gathering for all bride to bes and siapa2 saja yang nak join dan nak sewakan/ let go barang kahwin. wah macam best. tapi i malunyaaaa nak pegi. hihihi sengal.

Sunday, February 21, 2010

januari, bulan yang bermadu 1

wah tajuk tak boleh belah. haha! okay tibalah masa untuk update kisah bulan madu ieda n ariff. setelah berjanji palsu. hihi

Location: Bali, Indonesia

okay why Bali? i have been there 3 years back with my colleagues for company trip (zaman ekonomi bagus. sekarang tiada lagi lah company trip. ingat dapat pegi diving free ke ape ke. huhu)

we went to Matta fair on September 09. 2 days looking around. mula2 nak pegi Krabi. tapi last2 Bali jugak coz pakej dia lagi tempting. apa yang tempting sangat? bacalah sehingga habis. :p


Day1

nak mula dengan cerita sengal. masa tunggu nak boarding gate kan. kita orang kan. tunggu kat gate ni. pastu tiba2 diannounce nama, final call. ha kau hambik kau berlari2 ke arah kapal terbang. memang sengal kan. kalau takk, kena tinggal dah jadi macam lea dulu. huhu so kesian.

3 hrs journey then we arrived at Denpasar Airport. mata melilau cari our tourist guide, cari our name. tapi haram. few calls made, and we waited for like 1hr++. masa tu dah macam what the fish. adakah petanda buruk honeymoon ni tak besh?

masa ariff melilau pegi kat information counter, ada taxi drivers ni approached me. tanya2 ngapain bla bla. pastu dia tanya, udah ngebel?

err call eh? aah dah. haha aku ingat aku dah terer cakap indo. tak hebat rupanya. rupanya ariff lagi terer seyh. cis diam2 kau ya. hihi

pastu ting tong ting tong, jumpalah kami dengan guide. rupanyaaaa dia salah amek nama! dia dok tunggu kita tapi dia pegang nama orang lain yang suppose arrive 2 hours after us. ceyyyyhhh. kok capek banget tau nggak aku lagi nungguinnn.

so checked in at casa padma hotel in Kuta. lapar ok dah pukul 10pm. mana ada restaurant halal bukak at that time. so jalan2 jumpalah peniaga Jawa yang jual nasi jinggo. sedap ok. pedas2. i like!

oh nasik jinggo

okay end of day 1. tido dengan perut panas pedas kenyang.

zz ZZzzzZZz

Day 2

the tour will start at 2pm so we went jalan2 shopping2 kat Kuta. betapa jauh berjalan dari hotel sampai lah Hard Rock okay. 3km++. dahla panasssss. we had few things here and there. berazam tak mau shopping banyak sangat.

tok lakiku

balik naik cab sebab tak larat jalan. then we had lunch at kat nasi padang restaurant.

i tak suka teh botol tak sukaaa

then, tanah lot tour and Jinbaran dinner. the dinner was niceeee. and facing beach somemore. last time masa dengan company, malam dinnernya. so tak nampak apa sangat. ni betul2 facing laut. pergh syiokk.

tanah lot

pegang botol air mcm pegang flower bouquet haha

at jinbaran

oh setappp

malam tu, i dah kenyang so tak nak nasi jinggo. tapi ariff nak. so he went out bought 1 for him. masa dia makan i cekalkan hati taknak makan lalu benam diri dalam selimut. amek bau je. tapi lepas tu cakap,

me: B, esok malam i want nasi jinggo!

B: kalau hunny nak sekarang pun boleh. b pegi beli nak?

me: tak mau! gemok. (telan air liurrr)

B: meh rasa b punya.

me: tak mau! gemok! (telan air liur lebih banyakkk)


zzzZZZ ZZZZZZ

Day 3

yay! sea trex and snorkeling time! i like beach, i like oceans, i like fishes, i like coral, i like swimming so i was really really excited about today's activity!

so off we went, after dengar semua explanation bla bla bla so bersea trex lah kami.

konon2 taknak bagi hitam. tapi gagal. adalah bangla sekaranggg

dalam boat excited

mula2 dive in je i dah kuciwa kerana coral dia adalah tidak cantik mana pun. oh i miss perhentian already okayyy. then after sea trex, we snorkel. ada cerita lucu tapi i diharamkan bercerita. oleh itu, meh i gelak dulu. muahahahaah hahahaha hahahaha okay cukup.

ehhh mana muka diaaa

wah gembira jumpa nemo

adik2 ikan tersayang, sila mari makan lemak kakak mehhh mehhh

merenang renang

b look what I have foundd

lepas ni dah macam penat lah tiba2 rasa kepala terhuyung hayang. lepas lunch, we went to seminyak for lulur spa. woooo besh gilaaa.

ya ampun tengok nuka dua2 ni before spa. lemauuu

this was ariff's first time on spa. i mula2 tak nak bagi. sebab nanti orang tu raba2 laki i. tapi since voucer spa rm500 yang dapat free masa book pakej ni pun i guna sorang2 dan nak tak nak i kena lah bagi can ariff diurut. tak rela hati sebenarnya. mata tu dok checkkkk je. haha. first time jugak i berspa ada teman lelaki dalam bilik spa. hihihi.

enakkk bangettt

tapi besh gila ok. segar gila. probably the best massage i ever had. pulak masa tengah floral bath i nak kencing. mencicit mak lari ke tandassss. tak feel dah mandi bunga macam princess sebab kencing punya pasal. takkan nak kencing kat bath tub. tak cukup 2 kolah ni. swimming pool okay lagi. hahaha

@ discovery mall

then we went to discovery mall pulak. ah nothing much here. then balik waduh capekk... we doze off early and woke up at 2am!

me: b, dah pukul 2. hunny nak nasi jinggo!
b: la kul 2 dah ke?
tu la b pun tertido.

me: esok kita tak stay sini dah.

b: nak wat cane.
me: :(

whoaaa! sedih tak dapat makan nasi jinggoooooo!
sambung tidur dalam sedih.

zzzZZzzzz

okaylah siri 2 coming up okay. kang panjang2 korang bukan rajin nak baca. takpelah nanti aku rindu2 zaman honeymoon aku yang rajin baca balik. hihihi.

Thursday, February 18, 2010

kenapa orang tak fikir sebelum cakap?

kenapa eh?

situasi 1


Samdol: eh kau ada jumpa tak Combi lately?
Saya: tak da. last jumpa kat wedding Senah.
Samdol: dia ada tak cerita pasal bisnes dia?
Saya: oh takda. tapi aku ada tengok facebook dia yang $$$$
Samdol: so APA PENDAPAT KAU?
Saya: sorila aku tak percaya fast money. tapi kalau dia nak kaya cara tu takpela.
Samdol: haha tak baik lah kau cakap macam tu. kalau kena caranya...
Saya: eh apa yang tak baik. kau tanya opninion aku. aku cakap je apa aku rasa. kalau korang nak join, go on la.

DUH! moral: janganlah tanya pendapat aku kalau kau dah harap aku bagi jawapan dalam kepala kau. tanyalah kepala kauuu

situasi 2

Seman: weh aku dah tengok gambar honeymoon kau. wah bukan main lagi.
Saya: hehe (apa yang bukan main. main lah! hihi)
Seman: ni kalau tak pregnant aku tak tau lah nak cakap apa
Saya: eh kena ke?
Saya: yela. kan tak de orang kacau. haha
Saya: apa2 an

DUH! wahhh luasnya pemikiran kau

situasi 3

Kak nam: eh kau da berisi ke?
Saya: aah. dah.
Kak nam: serious?
Saya: ye serious. berisi lemak2
Kak nam: cehh. kau ni. kawan aku yang kawin lambat dari kau dah pregnant tau.
Saya: hehe. so?
Kak nam: yela cepat2lah kenapa lambat2.
Saya: takpelah. dia nak cepat suka ati dia lah. hihi

DUH! kenapa eh?

situasi 4

bedah: eh kau bela kucing?
Saya: aah kenapa?
bedah: eh janganlah nanti mandul. nanti kucing tu doakan kau tak dapat anak sebab dia takut kau tak sayang dia.
Saya: sapa kata?
bedah: orang tua2 kata la weh
Saya: tak baikkkk cakap macam tu.

DUH! kucing kan kesayangan nabi. murah rezeki lagi kalau kita sayang dia. tak kan dia nak doa kita macam tu. dia makhluk kesayangan nabi. bukan syaitan. kau tu yang dok pok pek tu lah yang doakan bukan2. ish

situasi 5

makcik kepochi: awak pandai KE masak untuk laki?
saya: hehe tak lah pandai sangat. simple2 boleh la
makcik kepochi: balik kerja masak tak?
saya: kalau dua2 balik awal, ada kat rumah, masak.

DUH! wah intonasi nya. menyentap jantung aku. tahulah aku bukan hebat pon tapi tak lah laki aku mati kelaparan kat rumah. dan kalau dia lapar pun bukannya dia tak reti cari/buat makanan sendiri. ingat ni zaman dulu2 ke perempuan kerjanya dapur, kain, kemassss je. nasib lah laki aku tak macam tu.

so dah dapat jawapan kenapa? sebab dorang bodoh aku rasa. dan nosy. seriously.

nota: semua nama adalah bukan nama sebenar untuk elak sebarang komplikasi pada masa akan datang.

sorry korang. gambar honeymoon kat labtop ariff. aku dah draft sikit2. nanti ya.

Wednesday, February 10, 2010

selingan

saya selesema. berjangkit dari encik suami.

jebon semakin pengecut. tidak boleh berenggang. ke mana sahaja nak ikut sampai saya kencing pun nak teman.sebabnya ada kucing jahat masuk rumah curi makanan dia.

sampai sekarang tidur dalam kotak untuk sembunyi dari musuh. dan semalam dia panjat atas peti ais. haih.

semalam pula pukul 5 pagi dia panjat masuk bilik saya melalui balcony dan sliding door yang terbuka. miaw miaw... macam mana dia boleh sampai ke situ pun tak tau. dia panjat katil, duduk kat kaki. geget saya dan ariff minta makan.

ariff: awchh jebon gigit B
me: dia lapa la tu. awwchh. gigit kak long pulak! jebon lapa ke?
jebon: miaw miaw
me: B, turunla jap yang bagi dia makan. yawn yawnn
ariff: come jebon.
jebon: miaw miawwwww (kling kling bunyi loceng saat dia berlari kelaparan)

B jumped to the bed

me: dah bagi dia makan?
B: dah. makan dengan lahap. awak tak bagi dia makan ke semalam?
me: dahh berapa kali dah bagi. esok before masuk tidur kena bagi.

ZZ ZZz zzz ZZZ

eh sorry kata nak update honeymoon tapi Jebon pulak. hihi

tu kena tunggu feeling feeling datang. haha

oh ya saya marinate daging semalam nak bakar malam ni. harap2 sedap. haha

oh ya lagi 7 hari bekerja baru astro dipasang. sumpah sakit otak tengok tv salam 1 malaysia je.

Friday, February 5, 2010

up next - honeymoon update


jap ya. tunggu ya. agak sibuk.

elehhh macam lah orang tunggu sangat. kau yang nak update sangat.
penggedik.

Wednesday, February 3, 2010

jam = tahi

terlebih dahulu maafkan saya kerana tulis perkara tahi. tapi ini kisah benar.

tapi pagi ini memang tahi.

tahi gila!

jam adalah macam tahi.

lebih tahi lagi tahi saya melonjak2 ingin melihat dunia.

dan jam macam tahi itu adalah kerana abang2 polis yang rajin menjaga jalan yang tiada apa2 hal pun. hanya berdiri di pertengahan jalan dan semua orang membawa kereta secara perlahan.

peluh dingin membasahi tubuh. bulu roma adalah meremang2. saya cengkam steering kereta dengan kuku dan menyanyi2 dengan kuat kaki atas kepala bawah. sungguh tahi.

bila dapat parking, saya adalah separuh berlari ke office dan akhirnya misi membawa tahi melihat dunia yang fana ini berjaya. gembira. puas. lega. bersyukur.

ini bukan kali pertama tapi ini yang paling kronik. haih! harap jadual tahi akan berubah kepada waktu yang lebih sesuai ya. sila lah mendengar kata.

sekian laporan tahi.

Tuesday, February 2, 2010

the fun is over now

yeah we are back from Bali. it was fun. fun. fun. :)

B i love youuuu. haha tiba tiba

will update on the trip soon, all the pix with hubby now and he is in labuan now. sigh. tak best lah. i cant imagine he will be leaving me all alone every week. few days in every week. sighhh

B i miss youuuu. eii apa iniiii

and kerja adalah banyakkkkk. sighhhh

oh the fun is over. the real life is back. face it!

sighhhhhh