mata duitan

Thursday, February 18, 2010

kenapa orang tak fikir sebelum cakap?

kenapa eh?

situasi 1


Samdol: eh kau ada jumpa tak Combi lately?
Saya: tak da. last jumpa kat wedding Senah.
Samdol: dia ada tak cerita pasal bisnes dia?
Saya: oh takda. tapi aku ada tengok facebook dia yang $$$$
Samdol: so APA PENDAPAT KAU?
Saya: sorila aku tak percaya fast money. tapi kalau dia nak kaya cara tu takpela.
Samdol: haha tak baik lah kau cakap macam tu. kalau kena caranya...
Saya: eh apa yang tak baik. kau tanya opninion aku. aku cakap je apa aku rasa. kalau korang nak join, go on la.

DUH! moral: janganlah tanya pendapat aku kalau kau dah harap aku bagi jawapan dalam kepala kau. tanyalah kepala kauuu

situasi 2

Seman: weh aku dah tengok gambar honeymoon kau. wah bukan main lagi.
Saya: hehe (apa yang bukan main. main lah! hihi)
Seman: ni kalau tak pregnant aku tak tau lah nak cakap apa
Saya: eh kena ke?
Saya: yela. kan tak de orang kacau. haha
Saya: apa2 an

DUH! wahhh luasnya pemikiran kau

situasi 3

Kak nam: eh kau da berisi ke?
Saya: aah. dah.
Kak nam: serious?
Saya: ye serious. berisi lemak2
Kak nam: cehh. kau ni. kawan aku yang kawin lambat dari kau dah pregnant tau.
Saya: hehe. so?
Kak nam: yela cepat2lah kenapa lambat2.
Saya: takpelah. dia nak cepat suka ati dia lah. hihi

DUH! kenapa eh?

situasi 4

bedah: eh kau bela kucing?
Saya: aah kenapa?
bedah: eh janganlah nanti mandul. nanti kucing tu doakan kau tak dapat anak sebab dia takut kau tak sayang dia.
Saya: sapa kata?
bedah: orang tua2 kata la weh
Saya: tak baikkkk cakap macam tu.

DUH! kucing kan kesayangan nabi. murah rezeki lagi kalau kita sayang dia. tak kan dia nak doa kita macam tu. dia makhluk kesayangan nabi. bukan syaitan. kau tu yang dok pok pek tu lah yang doakan bukan2. ish

situasi 5

makcik kepochi: awak pandai KE masak untuk laki?
saya: hehe tak lah pandai sangat. simple2 boleh la
makcik kepochi: balik kerja masak tak?
saya: kalau dua2 balik awal, ada kat rumah, masak.

DUH! wah intonasi nya. menyentap jantung aku. tahulah aku bukan hebat pon tapi tak lah laki aku mati kelaparan kat rumah. dan kalau dia lapar pun bukannya dia tak reti cari/buat makanan sendiri. ingat ni zaman dulu2 ke perempuan kerjanya dapur, kain, kemassss je. nasib lah laki aku tak macam tu.

so dah dapat jawapan kenapa? sebab dorang bodoh aku rasa. dan nosy. seriously.

nota: semua nama adalah bukan nama sebenar untuk elak sebarang komplikasi pada masa akan datang.

sorry korang. gambar honeymoon kat labtop ariff. aku dah draft sikit2. nanti ya.

15 comments:

a.m.a.l.l.e.a said...

derq..aku amat setujuuuu dengan apa yg ko tulis tu

Lea Shmea said...

ok yg pasal masak tu.. i pun terasa kak. hehe. cos i mmg tak pandai masak.

ederq said...

lea: kannn. kita kan selalu berluah perasaan tentang ini. hih. people. mmh

lea shmea: tak pandai boleh belajar. tapi kalau perangai penyibuk kepochi macam mana tu nak belajar bertaubat. hihi

d.O.n.A.t said...

dah kawin tny bila nak pregnant.. dah kuar anak baru tak sampai bape bulan dah tny psl tambah anak.. tipikal.tipikal.

lepas ni ko jgn terkejut org tny anak ko minum susu ape lak.. hihi

ederq said...

azza: aku tak kesah lagi kalau takat tanya2. biasala kan. tapi jgnla bag komen2 tak membina tuh. ish ishhhh

haha! semesti susu cap gantung. tiba2 da plan. haha

Ms. Omey said...

derq aku penah kena sound skali makcik tanya kenapa tak kawin lagi padahal ada cousin yg lagi muda da kawin..siap bgtau anak dia paling lambat pun umur 26 da kawin..tergamam sekejap..kecik rasa hati..ni kan semua ketentuan Allah..cepat ke lambat..dan biar lah lambat asal dapat yg terbaik..tapi malas nak layan sgt ngan org camtu..and dear, u dont have to pressure pasal soal nak dapat anak..just enjoy ur moment sementara berdua ni :)

ederq said...

omey: poor u. nak tanya, tanya je la kan. apesal nak komen macam2.

my dear, we have no pressure at all. we are on honeymoon lagi kan. cuma kadang serabut dengan kata2 macam tu. cuba cakap yg baik2. kan doa tu kata2. baru lah sejukkk hati ni. hihi

ijad said...

cantik blog...

Fakhariah@Affa said...

ederq..i adalah bakal puan yg rsanya org2 kepochi dah mula tya2 soalan "stupid"..fyi,i ada twin,so mrk2 dok tya..kembar u bila pulak??...sakit hati tau..kesian my sis..klu kita ddk kat tpt dia mcm mana..(tgk adik dia tergedik2 nak kawin ni)..lgi satu,mrk2 kepochi ni sedang mempersoalkan ketentuan Allah..tak takut ker kita manusia lemah tpi mempersoalkan Allah??

olynn said...

ha'a edeq, biase le tu...aku slalu kena situasi 3 n situasi 6...

it's a neverending question...kalo ko da beranak pon dorang akn tnya bile lak da nex one...

ahaha kepochi tol....

ederq said...

affa: oh u ada twin sis eh. sian dia mesti pressure. pada i kalau tanya2 je xpe la tp jgnla kau komen pelik2 kan. huhu. and good luck with the wedding! hope u will look gorgeous dgn veil itu. hihi

olynn: haha yeke. biasala kan. sedap je kau masak ari tu aku mkn. hihi. nt arep OS kau tdo umah aku, kita masak bersama2 ewah2.

awin said...

ederq, sangat tipikal soalan2 sebegitu kan?..ala mak aku suka cakap, jangan peduli sangat cakap orang. Allah tak bagi lagi tu, adalah sebabnya..usaha je..lain orang, lain rezekinya..yang penting kita tahu jaga diri dan family kite..tak payah nak kepochi hal org kan?? =)

ederq said...

awin: soalan typical aku xkesah. komen berapi tu yg aku nk bakar mulut dia tu. haha
in my case belum usaha lagi. harap murah rezeki bila masanya :)

Anonymous said...

Saya tidak BODOH

fati said...

betol! kepochi mmg begitu.. sampai bila-bila ponnn ada je yang tak sedap pd mata telinga mereka..
abaikan.. buat donno, kita tau sapa diri kita cukop! ;)