mata duitan

Tuesday, June 15, 2010

losing jebon, is a dreadful pain

jebon in memories, 16/11/2008 - 13/6/2010

sighhh

day 2 since jebon gone. it is hard. sunyi gila rumah takda jebon. okay let me tell you how exactly it happened.

we were on holiday since thursday, 10/6. i already insisted to bring jebon with us. sebab selalu travel tak pernah tinggal dia. cranky macam mana pun, mesti bawak. tapi since my brother ada kat rumah, so my parents said, tinggal je dengan alan. aku tak sedap hati pun, terpaksalah tinggal.

then alan kata jebon taknak makan. thought that he didn't like his new food flavor. since that's always the case. lama2 baru dia makan. then hari ahad 13/6 tu alan kata jebon tak balik. still i thought normal sebab dia kan tengah gatal so maybe cari awek.

ebon masa kecil

tapi alan kata, the night before tu habis dia sepahkan newspaper. koyak2kan. alan gosok2 dia barulah dia ok. maybe dia rasa lonely ke apa ke. rindu aku ke. entahlah.

then sampai rumah on sunday kul 11 lebih. abah suruh alihkan kereta aku kat porch. pastu masa jalan nak masuk rumah aku dengar aiman, my brother panggil, ebon sini, miaw miaw. baru je bukak pintu nak amik kunci kereta, aiman lari ke dalam rumah panggil aku.

kak long, jebon dah mati!

aku mati2 rasa macam mimpi. aku lari ke depan rumah. and nampak jebon baring bawah kereta jiran. macam tidur. aku jerit. aku meraung. aku terduduk. masa tu abah dah bising kat dalam kereta kenapa tak alih2 kereta. tapi aku tak hirau.

pastu ummy keluar, abah turun kereta. aiman angkat jebon, pangku dia. terus nangis semua. abah kata kenapa jebon mati niiii

aku tak payah ceritalah. memang meraung cakap jebon kenapa mati jebon kenapa tinggal kak long. siap marah parents aku. kan kak long dah kata suruh bawak jebonnn.

aku nangis lagi kuat pastu ummy marah aku. baru aku sedar aku over react. tapi cant help. it's too painful to swallow.

then bawak dia letak atas meja. belek2 dia sambil nangis. hidung dia and maybe the gums pun are purple. we suspected he's being poisoned. perhaps termakan rumput yang diletak racun or terjilat racun tikus. it can be anything. no cuts no broken bone or anything like that.

macam baru2 jugak mati perhaps few hours back. lepas tu aiman gali tanah belakang rumah, kita orang tanam. masa tanam tu paling kuat aku meraung. aku and aiman cium dia. letak dia. aku tak sanggup nak kambus dia. aiman yang sudahkan.

ya allah. memang sedih gila yang sepanjang malam nak tidur menangis. bila tersedar i told myself it was only a dream. i hope it was. but it is not. then i cried again. until tertidur balik.

bangun pagi nangis lagi. mata bengkak gila. sampai ofis nangis lagi.

then later that evening, balik rumah with feeling that. tak ada lagi makhluk berbulu lembut dan comel nak sambut aku balik. tak ada. sakitnya.

hubby got home later that night. we were crying on bed together, remembering jebon. i know B loves jebon so much. protective sangat. and kalau malam2 jebon lapar, B yang bagi makan.

masa mula2 sampai rumah. nobody in the family would talk about jebon. perhaps dorang takut i menangis lagi. tapi bila i brought up jebon subject by saying sunyinya tak ada ebon. barulah semua orang cakap2 pasal jebon.

semua kata tak kan pernah dapat jumpa kucing macam dia lagi. memang special. maybe for you, he is just a cat. but he's not. he's a family, a brother. so losing him is such a pain i tell you. even ummy pun kata macam hilang anak. it is that strong feeling we have for him.

mati muda, mati terkejut, sebelum tu sihat je. manalah tak terasa impact dia macam ni.

tapi apa2 pun, aku percaya qada and qadar tuhan. tuhan lebih tahu. ada sebab dia. walaupun kitaorg sempat jaga jebon 1 tahun setengah je. aku harap tu cukup untuk jebon tahu betapa family ni sayang dia. and kita tahu dia tengah happy kat sana, dengan ofy, with god taking care of them. maybe jebon special sangat sebab tu tuhan ambil dia. terima kasih tuhan sebab pinjamkan jebon walaupun sekejap. tuhan je tahu betapa jebon istimewa kat hati family kita orang.

this may sound ridiculous but i always ask jebon to pray for me whenever i wish for something. contoh, kalau i wish for a success on something, i'll talk to him. gosok2 dia cakap, ebon nanti doakan kak long and abang arep dapat beli tu.

B penah cakap kat ebon, ebon doakan kak long and abang arep dapat baby. then i said, nanti boleh kawan dengan ebon. dia cakap miawwwww

he will miaw miaw as if he said yes ok, ebon doakan kak long. kan orang kata binatang akan doakan kepada org yang berbuat baik kepada dia. so i believe, apa saja rezeki yang datang, sedikit sebanyak doa jebon jugak.

then whenever i gaduh dengan B, i akan ngadu kat dia. kadang kalau2 salah i, dia akan jeling i and blah dari situ as if dia xsuka dengan apa yg i buat. kalau B yg salah, dia macam pujuk aku.

then bila aku tertidur depan tv, sampai lewat malam, tak solat isya' memang wajib dia kejut aku. kalau jebon tak kejut mungkin terlepas isya' terus.

dia memang macam tu. panggil menyahut. miaw.. cakap pon macam faham je org kata apa. kalau kena marah, tau merajuk. diam je. tunduk je. bila cakap berita sedih pun kita tahu beza miaw dia and bila dia tunduk. he is just so special and too cute. oh i miss him

korang mesti rasa alah, kebetulan je. tak kesahlah, aku percaya macam tu. dan itu yang 1 family rasa.

entahlah. banyak sangat kisah jebon yang 1 family tak akan lupa sampai mati. harap sangat nanti dapat jumpa kat syurga. and i want jebon to be my pet still in the heaven. no other.

masa jelah pengubat rasa rindu dan sakit ni. only time will heal. and for now i'm not planning to adopt any cat. yes, because i'm afraid of losing. it is a teribble feeling. unbearable sometime.

anyway, i should thank to my family for being so loving. and hubby for loving jebon as much as i do. and my beautiful friends with all the comforting words.

i know semua ni ada hikmah. tuhan lebih tahu. tapi one thing. please do not say tuhan akan ganti dengan kurniaan lain cth baby.

yes i want baby. jebon has been praying for this too. i know.

but it wont be a replacement. never will. lain okay baby n kitty. even if it's the cutest and adorable cat in the world. nothing nobody will replace him.

ni ujian terbesar kepada my family. alhamdulillah as days go by, we are getting better. tapi i know, when we talked about it, semua tahan sebak.

adibon, kak long akan rindu hari2 kat bon bon. collar ebon tu kak long akan simpan. ebon special sangat2 dan terima kasih sebab happykan kita org. walaupun tak lama, harap ebon happy duduk dengan kak long.

happy cat sleeping style

harap ebon maafkan kak long time kak long marah2, tarik telinga (tapi pelan2), cubit ebon, tampar pelan2 kat ebon. tapi selalu lepas marah mesti kak long mintak maaf balik pastu kak long peluk ebon. sebab ebon suka buat muka lentok harga sepuloh sen. kak long tak tahan. kenapa comel sangat macam tu..

ebon selalu kena marah time ebon pancut nak mark territory dalam rumah (kan rumah ebon kenapa nak tanda2 lagi), time ebon kacau kak long, time bawak balik lipas, cicak, burung dalam rumah, time ebon sepahkan tong sampah time ebon asik mintak nak makan makanan manusia. tapi ebon kena faham ebon kucing. bukan manusia. dahla ebon suka berlagak jadi manusia. tidur baring, duduk macam orang sambil tengok tv. tapi ebon kena syukur ebon kucing. sebab ebon terus je masuk syurga.

berlagak manusia, tengok tv sambil sandar

kak long ni kena usaha banyakkan amal supaya masuk syurga dengan ebon. ebon doakan eh sayang.

lepas ni kak long dah tak da dah kawan nak cerita apa2 rahsia yang manusia tak boleh tahu. kalau masak lepas ni ebon dah takde nak teman kat table top sambil tengok kak long. dah tak da ebon untuk kejut kak long tidur. tak ada menda berbulu lembut dan comel untuk dipeluk. dibelai. kalau ada cicak lipas sapa nak tangkap. dulu kak long marah sebab kak long jijik je. bukan sebab tak suka ebon tangkap. ebon memang terer. dah tak da orang nak kacau kak long baca paper, duduk atas page orang nak baca or tangkap2 helaian paper masa nak selak. tak da ebon dah nak suruh main bola pingpong atau semua game yang pernah main sama2.

ini yang poling kak long lemah bila tengok muka ebon macam ni

bosannya ebon. bosannya ebon tak da. kak long sedih sangat2. takpelah. kalau sedih nanti kak long basuh pinggan sebab kubur ebon belakang tu je. sambil basuh pinggan, buka tingkap, nampak kubur ebon. just like old days when ebon will sit at the window pastu tengok kak long cuci pinggan. semua perkara dia curious. so comel.

oklah panjang gila post ni. jebon dah tak ada. tapi life must go on. i know you are happy there my dear. wait for me. :)

jebon, we love you. we miss you everyday. sayanggggg jebon.

rest in paradise sayang.

we love you, we miss you. everyday...






29 comments:

aNoi said...

Ederq..

Sedeylah baca entry nie... :(
Jangan sedey2 lagi ye....

.:pUbLiC_eNeMy:. said...

Ok..saya nangis giler kat opis sampai bos ckp "knp nie fie?putus cinta ke?" dang!!
sabar ye kak..

nnt PG pinjam kan chimey utk akak..
Ebon kan kembar chimey..perangai sebijik sama..suka tgk org msak,basuh pinggan, nk mkn makanan manusia, kacau org baca paper n tangkap helaian kertas, main bola..semua sama..kesian chimey xsempat jumpa ebon..hmm.. :(

R.I.P ebonn..sayang jebon sgt2..

ederq said...

sirn: yg baca pun sedey. yang mentulis. yang menjaga. urghhh
pasrah je lah

pg: thanks for being so understanding. hanya org yg syg kucing mcm family mcm kita je yg phm. tula xsmpt nk kawankan dorang. ok dear. if rindu, akak kidnap chimey. jg dorang elok2 ok.

A W E E N N Y E said...

sabar...sedihnya entry ni

Cikgu Sue [CS] said...

sedey amatttttt2222222....haaaaa!!!! xtahan...teringat kat "arwah" bolen....perangai sama....dh macam adik beradik....mati mengejut gak...same case dgn jebon..umur mati pon samer...tersangat sedihlah....tak tau nk gmbarkan macamana...n akk tau perasaan ederq mcmana...masa bolen mati tu akk kat sekolah...ntah mcamana dh nk smpai umah, akk dh terasa bolen tak der...n mmg betul, sampai umah, mak n abah dh nangis...bolen suddenly mati...xtau sbb apa...Ya Allah akk pon meraung macam ederq...SEDEHHHHH...akk nangis lagi hari ni bila baca post ederq..betul..xkan ada pengganti...akk faham... sabar ye ederq... :(

ederq said...

aween: tgh sabar. mmm

kak sue: yeke. mmh nak buat mcm mana kan. yg pergi ttp pergi.
thanks kak.

rozyana said...

sabar jerlah derque....kiter pun baru bela kitten sebulan nie since fahmy's b'day...anyway kitten tuh gift utk dia...tp nampaknya kitten tuh so attachs ngan kiter so, kena la tinggalkan kiter...i know how's our feeling...cos i will feel the same...my kitten pun ader ciri2 camtuh....dia macam boleh faham aper yg kiter ckp kat dia...kalu dia tahu kiter nak tido, dia dah siap2 naik atas katil dulu ambik port dia...tido pun macam jebon dlm pict tuh....so cute masa muler2 tgk...hmmmm....takutnyer kalu my kitten pun akan mati one day...huhuhu

rozyana said...

sabar jerlah derque....kiter pun baru bela kitten sebulan nie since fahmy's b'day...anyway kitten tuh gift utk dia...tp nampaknya kitten tuh so attachs ngan kiter so, kena la tinggalkan kiter...i know how's our feeling...cos i will feel the same...my kitten pun ader ciri2 camtuh....dia macam boleh faham aper yg kiter ckp kat dia...kalu dia tahu kiter nak tido, dia dah siap2 naik atas katil dulu ambik port dia...tido pun macam jebon dlm pict tuh....so cute masa muler2 tgk...hmmmm....takutnyer kalu my kitten pun akan mati one day...huhuhu

SuRayA^i. said...

sy yg bc post nh pun nk nanges.

sdgkan dlu bile ank kucing kat hostel yg sy tlg jage kene buang ngan makcik cleaner pun sy da nanges..lg kan sis yg da bela jebon..
xpe sis, be strong.. jebon tgh hepy dkt syurga skang nh =)

puan rocker said...

dear sorry to hear bout jebon. i too pernah kehilangan 2 beautiful kittens. nangis tak ingat punya. tak lalu makan seminggu sbb terasa2 mcm diaorg tgh main2 dkt my kaki, etc2. even my other cat pun murung tgk kubur 2 kittens tu.

be strong and do take care yea. :)

fati said...

syahdunyaaaaaa.......
sabar ida!
Fati sumpah penakot gile dengan haiwan kucing ni.
Tak semua manusia bertuah macam kamu. Tak semua kucing juga bertuah macam jebon. Bertuah sungguh jebon. Pasti jebon mendoakan yang baik-baik untuk tuannya, InsyaAllah :)

fabulous.farah said...

i xpaham sangat perasan u. sebab xpernah bela kucing kut. tapi my friend yang ade kucing selalu mcm ni kalau kucing derang meninggal. menangis2 sampai kat sekolah

matbe doa jebon nak u ade baby nak termakbul kut.

ade hikmah kut. be strong ye

Norsyira said...

sedih yee blog ko ni...haii aku pun ade kucing mmg sedih sgt bila dia dah takde...tak kan sama even kita bela kucing lain...i know ur feeling...tu laa..aku nangis baca blog ko tu...mmg sedih sgt...tp kan sabaryee...ade hikmah disebaliknya...

Norsyira said...

sedih gile baca blog ko..aku nangis huhuh...aku faham apa ko rasa sbb aku pun bela kucing ...dan bila dah pergi even ade kucing lain pun tak akan sama...sabarye...ade hikmah disebalik semua ni...sayang kita yg kuat untuk dia...lagi kuat sayang dia buat kita...

SHILZ said...

hi...sorry to hear bout that...

anyway..first time i bace expression manusia utk kucing..i never thought the luvs would be dis way...[sbb x pernah rs..and i takut kucing since i was kids..klaka kan].. after read ur entry suddenly tringin nk rs kasih syg kucing...=) but i have to learn to fight with my fear first..=) anyway..be strong n redha eh..=)

darkside said...

Aku yg jiwa metal pun bace nk menitis air mate....isskk3..

R.I.P Jebon.

ms.n said...

dear, sorry 2 hear dat..
b strong k.. =)

nisa said...

i cried reading this :( i hope u'll stay strong dear. i pun mcm u. sayang kucing sgt2.mcm family. sekarang i tgh ada 15 cats. selalu pray jugak dpt jumpa kat syurga nanti

take care k

ederq said...

too all cat lovers, thanks. god bless u all.

farah: apa kaitan doa ebon utk i dpt baby dgn kematian dia. i dont understand why people relate that.

Nurulhuda|Adlie said...

ieda, sedihnyeeeeeeeee, i pun kalau bab2 kucing ni sensitif ya amat, kalau mati atau hilang tu mmg rasa hilang keluarga sendiri..

but i lama2 boleh terima la, cos dah banyak sangat cat yang come and go (i banyak bg makan stray cats, and ada yg duk dalam rumah, tp i salu biar dia jalan2 sendiri), ape nak buat sampai masa pergi jugak, sampai masa hilang..

ape pun just think of the sweet memories and all the efforts we took in taking care of them.. rasa puas jaga even sedih sangat bila dia mati..

be strong..

ederq said...

thanks huda
i'm coping well.

Anis izyan Abd Rahman said...

saba yer..kucing sy pon mcm tuh..
dah 12 tahun hidup dgn kitorunk..die pon dah tue dah..sbb jumpe die mase die dah besar..kucing jalanan je die tuh...name die mickey..mati dlm keadaan yg sgt teruk..mulut die pecah semue..sbb die termakan air sabun..air sabun tuh berasid..dah bawak pg klinik..tak dpt buat ape2..depan mate sy tengok die merekot tahan sakit dan mati
=(((( sob3x..
mak sy kate..
die akan doakan kite yg syg die kat cnie..

ederq said...

oh no anis kesiannya mickey :((
xpela mickey jebon n other dead cats are happier there. i hope

dialicious said...

oh mannnn!!sedey gileeeeee k..i xsuke bela kucing sbb nanti sedey gile bila mati..tp jebon pegi ade 'pengganti' kan kan kan..hehe..nway bday jebon sama w my bday..hahaha..motiffff

ederq said...

diah: tak samalah babe. :)

Aznimm said...

ederq...
sendu jer aku baca ni..
bergenang ayaq mata..
sob..sob..

ederq said...

kak meme: :'(

e.t.t.y said...

im very sensitive about cat. i read every single word and makes me cried!

tapi, kalau rindu, do visit my blog. insyaAllah, my kids ada utk buat u tersenyum just like ebon did before!

ederq said...

oh etty if reread this entry memang sebak.

i'll visit ur blog. ur kids are too adorable! tido mcm ebon....

nakkkkkkk