mata duitan

Tuesday, December 27, 2011

am a fussy mommy? so what?!

ada banyak sebab kenapa ibu bapa jaga pemakanan anak2. bukan saja2. makanya orang lain sila jangan pandai2 nak suap anak orang boleh tak? especially makanan yang dia belum boleh makan. tak kira sikit ke banyak ke, nak bagi rasa ke, dia macam nak rasa ke. tak payahlah susah2. suap mulut sendiri je. #maksentap!
that was my FB status sometime ago. alahai memang banyak reaction lepas tu. aku tuju kat kazen aku kak je, a new mom to twins babies (boys)! tapi macam2 pulak lepas tu. ada pulak yang datang confessed pernah bagi cha rasa jugak before ni. hehe.

ok apa je yang disuap oleh kazen ku itu? kentang rebus je. tapi bukan JE sebab dia taruk secubit garam di dalamnya. tu je yang aku jumped! dan dengan harapan aku bagitahu dia aku tak suka dia buat macam tu so lepas ni dia tak buat lagi. garam garam takmaulah. lagipun pernah sebelum ni cubaan2 dia nak suap eisya tu terhalang oleh ku sebab masa tu aku ada. so perlu lah aku marah sikit masa lepas tau pasal kentang tu. kalau takat cakap jangan lah awakkk. jangannn. jadi lagi kang aku yang sentap!

aku memang jenis macam tu lah. tak ada talam2 ni. tak puas hati cakap direct to her face dan esok aku boleh gelak2 senyum2 tolong urut2 dia semua. gua tak ada hal ok. talam talam ni yang aku lemah sebenarnya.

ada pulak kawan ku (sorry dude :p) kata camni lah lebih kurang:

aku dah tengok 9 orang anak buah aku. dah aku perhatikan anak2 yang mak dia kontrol2 tu lah yang paling tak berjaya dan yang tak kontrol tu ok.

gulp! mak sentap lagi!

aku tahu sangat2 orang akan label aku fussy mommy, suka kontrol, terlalu menjaga dan sebagainyalah kan. ikut koranglah nak kata apa pun. i do what i have to do. apa2 pun nanti yang menanggungnya kita.

walaupun kadang2 tu memang kena pejam sebelah mata jela perkara2 yang kita tak suka tapi kenalah ingat kita tak boleh nak kawal semua. contoh: kau beriya basuh tangan before pegang baby bila balik dari mana2 tapi orang lain balik2 je terkam cha. T___T adik2 aku dah selalu kena marah dah pasal ni. haha!

kalau kat luar pulak, dengan asap rokok orang2 ni haih rimas akulah! aku selalu nak tutupkan hidung cha. tapi cha pulak tak leh nafas nanti haha. ada hari tu aku makan kat satu tempat ni. open area tapi kat dalam tau bukan kat luar. budak ni isap rokok just nice belakang aku dan cha. sepoi2 bahasa asap rokok menerjah sistem paru2 aku ni. aku dah rasa amukan puaka di dalam hati. tapi baik2 aku cakap kat dia, adik, boleh tak adik smoke jauh sikit. akak ada baby ni. sian dia. dan aku senyum.

pastu budak tu cakap ohhh sori kakk! lalu beralih ke tempat lain. dan of course aku cakap terima kasih lepas tu.

aku tak boleh terima ada bapak2 ni bawak baby pakai carrier konon cool sangat pastu kepol2 asap rokok. heyyyy aku rasa nak flying kick okeh! kau nak isap rokok gua tak ada hal ok. tapi janganlah suruh anak kau hisap sekali! dahlah passive smoker lagi risky dari kau yang smoker tu! eiiiiiii



dan aku rasa aku bukanlah sampai tahap nak kawal semuanya. jatuh sikit tak boleh, kotor sikit tak boleh, calar sikit tak boleh, kasar sikit tak boleh. lembik ler anak aku macam tu!

insya allah i will know the limit. i'm trying the best for my baby and i hope others pon boleh tolong beri kerjasama or at least have some respect. tu je ok tu je. is it too much to ask for?

kemonlahhh!

note: my kazen kak je tu masa dia preggie she has no idea on how worry a mom can be, how motherhood is like. i think masa tu dia rasa her pregnancy was a total burden. she waited for 5 years and she had a very traumatic pregnancy experience. sangat kesian. my nenek sedara even suggest suruh gugurkan aje sebab dia terlalu banyak sakit.

but after dia deliver her twins i can sense that now she feels it. she was on her tears bila dengar cerita eisya speechless masa pick up aku kat airport, balik dari china tu. when eisya said nothing but hugged me thightly. seriously she was on tears. so, kesimpulannya? be in my shoes then u will know how it feels like.

of emak

lepas subuh hari sabtu tu, kita orang sambung dodo. tiba2 dalam pukul 8 tu biras ku call. katanya ambulans dah amik emak (MIL) dan orw to hospital.

aku tak terkata apa. terus kejut B cakap jom balik JB sekarang! mak sakit!

terkejutlah dia kan. aku dah terketar2 jugak masa tu. yang laki aku lagi relax dari aku. aku yang bising2 kat dia suruh cepat. haih!

siap2 semua lepas tu kita orang pon sampai JB. kat hospital, mak tengah tidur masa tu. lega tengok dia dah nampak ok.

tapi mak macam kuat je. asyik kata mak tak ada apa mak ok. tapi tula BP and gula dia tinggi masa mula2 warded tu.

alhamdulillah after few days dah stabil dan dapat discharge.

masa mak warded, eisya tak dapat naik tengok nenek sebab memang policy hospital kerajaan rasanya budak bawah 12yo tak boleh masuk. banyak kuman kan. so eisya pun tunggu kat bawah. situ ada ramai budak2. eisya pon sibuk panggil. qaqaq (kakak) or apang (abang) sambil hulur2 tangan. hihi

nasib tengahari nenek dah sihat sikit, boleh jalan so nenek turun bawah.

cha tunjuk bakatlah apa lagi.

cha exercise (goyang tangan kiri kanan depan belakang), cha doa (tadah tangan), cha solat (angkat takbir), kiss nenek, cakap telefon (letak tangan kat telinga, ooo?) cakap kakak (yay! another new word. macam burung dia kata qaqaq!)


huh! lega aku all well now. mak please, take care of yourself. huhu. risau.we love you mak!


 cha tengah doakan nenek
 alololo
:)

Wednesday, December 21, 2011

kahwin

aku dah berhadapan dengan ramai orang single yang melihat perkahwinan ni sesuatu yang menakutkan, merugikan dan tak besh. most of them are guys.

all women will end up demanding for things that husband can't afford


you will get bored and find other entertainment outside


you wont have any freedom/leisure anymore


you will lose all your friends


you will end up unhappy/stress/divorce

those are just some of the perception doranglah. banyakk lagi.

alahai. cemana nak cakap eh. sebenarnya ini semua bergantung kepada kita bagaimana kita nak corakkan perkahwinan kita. dan juga bergantung kepada nasib. kadang2 dah try the best tapi pasangan tak beri kerjasama. so, susahlah nak cakap.

aku baru kahwin 2 tahun, dan apa yang aku hadapi dan punyai sekarang adalah tak sama macam yang aku expect masa zaman bercinta. haha!

harus diingat kepada mereka yang sedang asyik dilamun cinta, life lepas kahwin seronok tu seronok tapi lebih banyak perkara serious yang kena fikir dan buat. kalau tak kena cara - stress lalu gaduh lalu tak happy. dan bersedialah untuk terima kenyataan pasangan kita atau kita sendiri pon, perangai masing2 masa kapel, masa mula2 kahwin masa dah lama sikit kahwin adalah berbeza ya. hehe.

dan memang betul bila kahwin ada banyak perkara yang kita selalu buat masa kahwin tu dah limited. but they this is life. kalau kau tak kahwin kau tak dapat rasa apa nikmat berkahwin, nikmat berkeluarga semua2 tu. so life is like that. you cant have it all.

komitmen pun satu hal. duit is a big thing! janganlah kata cinta akan membawa kita ke syurga dan membahagiakan kita. sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup. dah dah dahh! wake up now! money is not everything but everyhting is money!!

apa2 pun pada aku yang paling penting dalam sesebuah perkahwinan adalah, toleransi dan ability untuk menerima pasangan kita seadanya dan komunikasi. tak lupa jugak asas agama yang kuat. tu penting ya.

kalau nak kata masa berkahwin tu semua happy je tu tak la. ada lah pasang surutnya. biasalah kan. time happy tu appreciate every moment. masa down, masa tu mungkin sebab allah nak kita lebih ingat dia. dan lebih mematangkan kita.

cakap pasal matang ni, dulu awal2 kahwin aku ni mudah sentap. sensitif. suka merajuk dan dipujuk. awal2 kahwin pun laki mak rajin nak pujuk. sekarang? time mood baik oklah nak pujuk. salah timing jangan harap ok. kena marah balik lagi ada. mula2 kena marah pun sentap. sekarang kena marah? well i dah alah bisa tegal biasa. haha! tapi janganlah take for granted kan. mentang2 i dah biasa you nak asik marah2? no no no no. nehi nehi nehi

trust pun penting. sebab once broken dah tiada guna lagi u ols.

aku doakan u ols berbahagia dengan rumah tangga masing2 ya. dan kepada u ols yang masih mencari. relax! ada sebab kenapa tuhan lambatkan jodoh. mana tahu crown prince of johor nak masuk meminang? ehhh tu fazura punya :p

acah je. hehe. lebih baik kahwin lambat dari dapat pasangan entah apa2. 

lebih baik juga single dari dapat pasangan entah apa2. 

tapi please janganlah melihat perkahwinan itu sesuatu yang susah atau mentakutkan. besh je ok :)

okay? so chill! tuhan itu maha adil.

Monday, December 19, 2011

sepuluh bulan!

10? wait wait slow down please. cepatnya!

tadi baru realise yang hari ni dah 19hb dan terus rasa bersalah sebab tak masak apa2 special pun untuk eisya hari ni. sorry bucuk mommy.

okay anak dara daku dah berumur 10 bulan. makin lasak makin cerdik makin macam2.

last week first time out station - pergi china (guangzhou and shanghai) - tinggal eisya for 3hari 2 malam. kejap je tapi aku rasa macam aku away from her like for a month! haha! over kan.

eisya siang2 ok mula2 maybe dia ingat petang nanti mommy balik la kan. kejap lagi nak tidur malam tuuu punya meragam. dia tanak dengan sapa2 dah kecuali papa dia. dia tanak botol. dia cari mommy - abububu dia kata.
gambar papa MMS mommy. after puas nangis and papa dodoi. eisya dodo with baju bucuk mommy.


lepas tu papa dia dodoi lama2 tu baru dodo. malam2 pulak bila tersedar nak susu, meraung2 hentak dan sental kaki. yela kan kalau ada mommy, hekk sikit je terus dapat susu. tak payah buka mata pun. buka2 mulut je mommy sua. ni tokmi kasi air masak dulu then tokmi kena prepare susu dulu. apa lagi kan amarahlah dia.

sekarang cha dah pandai marah orang. HEHHH dia kata kadang siap dengan tangan. ishhhh garangnya! tokbah baru tau cucu dia dah pandai sental kaki masa marah. oh ya cha tido dengan tokmi and tokbah masa mommy tak da. papa tido mati kot penat sangat kerja. pukul 2pagi tokmi bangun nak cek cha tengok cha dah kat hujung katil. hampir jatuh. ya eisya memang tidur lasak. sedar2 kaki dia kat perut kita, kepala kat lutut. memang tak leh tido matila mommy ni. kena cek2.

so all and all eisya tak berapa ok pun masa kena tinggal. dia okay masa orang main2 dengan dia. tapi time susu dia amok. siang2 pon dia pernah buat hal tanak botol. maka kurang minum susu tokmi kata. dahla siap selak baju tokmi nak nenen. haha! masa dia amok2 tu adik aku sajes bawak eisya ke rumah kazen aku yang baru deliver baby suruh nenen. hahaha yela tu.
pumping in nursing room at Pudong Airport. hijau tu baju bucuk cha :)

aku kat sana pun pam mana sempat jela. dalam van, dalam flight, dalam nursing room kat airport. kat hotel buat power pumping. tapi ada time terlalu bengkak dan susu macam merajuk tak keluar. first night aku bangun pam. dahla tak lena tidur sebab rindu cha. second night aku demam so tidur lena sikit lepas tu tak bangun pam sebab aku mimpi ada hantu kat toilet. haha!

dan nak bawak susu balik KL pun satu hal. kat Baiyun Airport, Guangzhou aku disuruh buang susu. aku tanakla kan. colleagues aku explain la bla bla si ryan siap buat hand gesture perah tetek pehal hahaha. custom tu bau satu2 botol. cis. pastu lepas. then kat shanghai (Pudong Airport) aku dah terpisah dengan colleagues cina aku. so terpaksalah explain sendiri dan aku cakap english dia cakap cina. kena pegi situ sini kaunter dan aku insist tanak xray susu tapi aku suruh dia xray cooler bag je (tq mira pinjamkan). japgi sorang custom ni - what? milk? drink drink. can not bring!

aku terus berdrama kat situ.  whattt? noo! i'm not gnna drink my milk. this is for my baby! other airports no problem. u check! check my milk. scan this bag. no no! no xray milk!

cong cheng cong chenggg sambil bau2 susu aku tiap2 botol  last2 lepas sebab aku buat muka nak nangis gitu. haha! alhamdulillah!

tak sempat nak shopping pun since we all pegi kat factories aje. rural area. rasa bersalah kat cha sebab tak beli apa2 pun for her. should have grabbed that panda. masa tu aku jiwa kacau pasal susu dan tak sabar je nak pergi boarding gate haha kemenda tah!

masa touch down, colleague aku tak bagi balik lagi sebab dia nak beli alcohol so nak tumpang la kan. ahh! sorry! arak2 aku tak campur. laki and anak aku dah tunggu ni. babai lah ok!

masa aku arrive kat KLIA, cha n papa n aiman jemput aku. bila cha tengok je aku, dia tengok and speechless and muka terharu dan tertunduk sipu2 kenapa tah. aku dukung dia then dia lentok kepala kat bahu and peluk aku kuat2. dia genggam bahu aku. masa kat kereta pun macam tu. haha. dia macam tak percaya kot.

pastu aku nenen dia. muka dia macam besh sangat je haha.

lepas2 tu dia fobia sangat takut kena tinggal. aku bangun nak basuh tangan pun meraunggg je. nak berkepit je. mommy balik terus sombong dengan orang lain. tapi ada time dia macam asik nak papa je. paa apaa paaaa je dia kata. nak pakai baju, nak papa kat sebelah, nak makan nak papa ada. before ni tak pun. ewah2 nak protes la tu kat mommy eh. papa awak OS awak tak kisah pun kan. tapi mommy OS nak majuk2 eh.

so eisya dah 10 bulan pun. lagi 2 bulan dah 1yo. ni progress beliau:

  1. dah rajin merangkak. tak main engsot2 sangat dah. tapi still tak suka sebab sakit lutut kot?
  2. asik nak berdiri tapi belum betul2 stabil. ari tu dia diri dan berjalan ke arah mommy for 2-3 steps je belum balance haha
  3. cepat tiru orang/ikut apa orang ajar. sekarang suruh solat - Allahuakbar nanti dia letak tangan dua2 kat telinga pastu letak kat perut. hihi ni tokmi ajar masa mommy g china. pastu ari tu tiba2 dia tiru aku tengah cakap fon. dia amik BB dan letak kat telinga sambil lentok2 kepala. sekarang kalau kata helo, eisya ada? nanti dia genggam tangan, letak kat telinga, lentok kepala dan kata aaa, oooo? haha sumpah geram ok. rasa nak makan mulut dia tu.
  4. kalau kita nyanyi if you happy and you know it nanti cepat2 dia clap. sangat suka clap yang pernah masa tidur, pejam mata japgi clap2 pastu tidur balik. kadang nangis pun clap2.
  5. pandai kiss orang. kalau dia rasa loving, tak payah mintak pun nanti dia kiss tapi dia bukak mulut so konfem muka kita basah dengan air liur dia. haha sib mulut awak wangi. 
  6. dah tak perlu blend halus makanan dia. aku lecek2 je. tapi ada perkara yang masih blend - pasta sauce yang ada daging ke apa2 yang aku rasa dia susah nak gigit. kalau food tu dia suka, dia akan duduk kat kita dan akan datang minta lagi. kalau tak berapa nak suka, kita kena kejar dia dan konon2 orang lain makan makanan dia. tapi dia bukan kedekut so dia tak kisah pon orang makan. hehe
  7. tau cakap papa, bird (bbbeergghh), bye (baaahh), abah, (aabbbaaahh) abang (aabbpaang), baby(baabyyhhh) tapi semua tu tak clear pun. macam struggle nak sebut. papa je clear hahha. dan dia senang nak belajar yang B n P words je. bila nak mamama mimimi cha?

tak apa lah cha. no hurry. mommy saje je. sebab mommy bengang tengok muka papa bangga semacam bila cha panggil papa. pfftt
mommy papa eisya.

Tuesday, December 13, 2011

dua

alhamdulillah we have survived for 2 years now. hehe.

happy anniversary my dear hubby.

may allah bless us. may we love each other, stronger everyday.

and i must say, this tiny little baby has brighten our marriage to the max. she is our everything. and this tiny little baby has thought us so many things in this life.

and she has made us put her at very first in whatever we do or decide to do.

b, i love you. 


eisya, mommy papa love you so much. thank you so much. 

oh by the way sya, please call mommy fast. mommy got jealous everytime you look at papa, with your bright eyes, beaming and called pa-pa everytime. this is mommy. not abubuu ok? maaaaammmmiiii! say it! :p







ps: hehe this was in my draft last week tak publish. haha.

Wednesday, December 7, 2011

Bamboolite Giveaway

i am all crazy about cloth diapering my baby. but sebab banyak sangat commitment sekarang, pengumpulan CD dah jadi slow.

walaubagaimanaponnn, i still look around dan kadang2 tersangkutt jugak. oh tidak!

marilah kita semua sama2 join ini giveaway dengan harapan dapat menjadi emak yang bertuah untuk dapat hadiah CD besh dari Bamboolite!

go here - http://www.bamboolite.com/giveaway.htm

kemon mommies. kemon!


Monday, December 5, 2011

awesome random

ececeh awesome ke? sebenarnya tu tajuk lagu Yuna. haha. okay peeps. let's go random.

 Rumah kami

rumah sudah siap. alhamdulillah. puas hati la jugak hasil kerjanya. *happy*happy*lompat*lompat*

tinggal nak touch up sikit2 je. dan pakdi kata cuci rumah excluded. hey dulu kata include? cis. kalau upah orang kena dalam RM300 dia cuci semua. aku rasa macam mahallah! aku rasa nak upah pekerja India cousin aku si Kodiyappan tu jelah. tengok cemana laki mak kata apa.




Anniversary 

Our anniversary is coming soon. hari tu kan orang tu suruh aku listkan wishlist. kejap lagi kan dia bertindak veto beli dah hadiah. nak tau hadiah apa. tilam. romantik kannn? haha! aku dah berangan2 je nak beli apa je kan. fine lah tilam pun tilam lah. dia pergi sorang2 beli kat Dreamland warehouse sale last week. katanya harga drop up to 70% u ols.

aku cakap dia, kalau dia bagi tilam aku nak bagi dia vacuum cleanerlah. sebab nak suruh dia rajin bersihkan rumah nanti kan. berguling2 dia cakap tanak tanak. T___T yes he really did guling2. well baby, i'm still expecting you will be a lil bit more romantic when our anniversary comes. janganlah harapkan hadiah tilam tu je. lalalalaa

Eisya

ini budak kecil kan. suka ajuk orang sekarang. kelakar ok. dia punya favourite sekarang - tiru orang bersin or batuk. mula2 ummy kata eisya sesema. aku pun dah pelik. bila masa pulak dia sesema kan. yelah asik bersin je tu.

la ni dia tirula ummy. bukan betul2. haha since then semua orang rasa lawak kalau dia tiru orang bersin. bila suruh je, sya bersin sya. then dia siap tutup mata, tertunduk kepala ke bawah dan kadang2 tangan dua2 terangkat, aaachihh. geram tak? haha.

dulu dia memang kenal orang tapi tak kisah je dengan siapa2. sekarang dah pandai pilih. kalau tokbah baru balik kerja, tapi tak dukung dia, akan menangis sekuat hati. nakk jugak suruh dukung bawak jalan2 kat luar jap. kalau tokbah nak pergi surau pun nak ikut. ish ishhh.

dengan aku tak payahlah cakap. tiap2 pagi nangis nak ikut pergi kerja. kalau time dia tanak orang lain tu. dia akan berpaut kat baju aku tanak lepas. nangis. tapi kalau kita tak ada dia ok je.

dulu masa eisya selalu nangis masa dia colic aku dah risau kalau dia tak kan jadi happy baby. sekarang ni, galak kemain. asalkan ada orang layan dia, sure happy. kalau ramai2 keliling dia, agah2 dia, tickle2 ke. she will be the happiest baby in the world. :)

so i guess it is memang awesome random :) alhamdulillah

Sunday, December 4, 2011

eisya saja saja jewww

pada suatu malam....


eisya sedang baca buku.



mommy nak eisya pose.so eisya pun pose.



tapi eisya banyak kerja ni. malas nak layan mommy




kan eisya kata,eisya busyyy




okay okay eisya pose! mom, pinjam bb jap!




nooo! mine mine!!




okay nak try diri lah. woh woh steady steadyy




okay mommy catch me!




acah mak enon! cha sandar kat tokbah laaaa




:p

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, November 30, 2011

wordless wednesday







- Posted using BlogPress from my iPhone

azam muharam

nak buang 10kg

career transition

nak save more

nak beli cloth diaper banyak2.

okayyy, ambitious kan?

ok cukup selingan untuk hari ku yang memeningkan!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, November 28, 2011

poor baby :(

dah pukul 11 lebih,eisya masih guling2 atas aku.tengah cari feel and best position nak dodo. tatau dia kenapa sekarang style dia.besh kot perut mommy empuk!

sebenarnya bila tenung2 eisya ni, rasa macam ni anak aku eh? aku pregnant pastu beranak pastu jaga anak.dan sayang dia
sangat2. ni budak kecik ni aku punya eh?

sengal la jugak kan konon macam oh this is unbelievable! hahhaa tapi memang ya pun kadang2.tskkk

tadi kan,kat pasar malam,perempuan minta sedekah ni,anak dia menangis lalu dia beri AIR POWER ROOT dalam tin tu!! aku minum pun rasa akan berpinar2 kot.

B yang nampak dulu, dan beritahu aku. aku terus mencangkung tepi dia tanya,

anak berapa bulan??

dia tunjuk jari 7-8 aku tak perasan. aku rasa dia orang Myanmar kot.

jangan bagi air ini.bagi susu sahaja!

dia angguk2 lalu BF kat situ. aku dah rasa sebakkkk dowh.

aku tengok eisya, dan terus
syukur dapat jaga dia elok2, insya allah.mudah mudahan.

poor that lady.POOR THAT BABY!!! entah apa je mak dia
dah bagi.

tibe aku stress fikir pasal baby tu!

dan aku rasa aku kena lebih belajar untuk hargai dan lebih bersyukur.

ya allah.....

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, November 24, 2011

eisya ikut mommy out station

eceh tajuk macam jauh nauu kau bawak anak sendiri. yela u ols. mak tak pernah bawak anak keluar sendiri sorang2. kalau ada pun dekatttt je dia dok diam2 kat dalam car seat tu. jap dekat tu adalah rumah BS je kot. tak sampai 1km kikikih. papa je pernah bawak sebab anta mommy pegi office ke spa ke :p

so i was assigned for ship survey kat Pasir Gudang. patut pergi balik hari. i thought, pergi sah2 pagi2 lagi dah kena gerak, balik lewat. so nak pam susu, nak simpan. alamak susahnya kan. sebenarnya tak susah tapi aku je rasa leceh :p

hari tu masa OS Lumut pun day trip. tapi okay i managed to pump n bring back, lagipun nearer dan tak adalah lewat sangat.

so alang2 dah balik Johor, ingat bawak jelah cha, naik flight sama2 kan. so this was her second flight trip. tapi dulu ada papanya.

nenek dia pun kata OK, nak jaga cha. so berlepaslah kami berdua sahaja. mula2 eisya pelik kenapa papa tak ikut masuk masa nak masuk boarding tu. lepas tu dia macam bosan2. dah tunjuk2 flashcards/youtube pun dia macam aaaa mommy niii bosanlahhh. garu2 kepala, tarik rambut.

 
 at starbucks. asyik nak tegur orang. pakcik kat gambar ni tamau layan T____T

elele papa ni macam tak biasa tinggal anak

kena dukung2, nyanyi2 baru OK. pastu sibuk tengok orang, macam nak tunggu orang agah dia. senyum2 kat orang. sebenarnya dia nak susu tapi i tahankan je nak bagi masa take off. selamattt dia dodo, 15min lagi nak landing dia dah bangun. i read her book, tapi dia focus jap je. asik nak cuit orang sebelah, senyum2 kat orang. hihi. masa nak landing i gave her cookies. tapi asik nak suap i je. so bila dah sampai tu, my in laws jemput. lega ok berjaya haha. walhal sejam je pun perjalanan kikiki.

 org bangun subuh dia pun bangun. wajib orang ada time tidur. haih

the next day, since meeting tu tengahari, i lepak2 dengan eisyalah pagi tu. dah risau amat sebab i nak berak pun tak leh. makan pun sumbat2. dia tanak dengan aunty aira dia. alamakkkk. cemana ni kan. then, nenek balik dari sekolah, cha da okay je. i pesan2 kat mak, mak ni susu dia. mak ni bubur dia, kalau dia boring, ni buku dia, ni biskut dia. dia belum berak pagi ni. so mesti berak banyak tu petang. 

terus mak kata, yaa, jangan risau mak kata. hahaha! yelah pagi tu dia tak boleh i tak ada so risaulah takut susahkan neneknya kan.

atok dia pun keja half day jaga cha. masa i meeting, nenek anta gambar cha dodo. lega i. seb tak cranky hehe. dia actually suka dengan atok dia. sebab atok rajin layan dia kan.

 boleh je pulak tidur lama tak ada buai. good girl

nenek kata cha okay, tidur lama. mak boleh masak. so i balik kerja perut kelaparan, dinner sudah terhidang. yayy!

tak bawak pump pun sebab rasa macam tak sempat nak pam pun kan. rasakan kau. nyut nyut nyuttt.

malam tu jugak, we flew back to KL. this time we were with my manager. eisya slept all the way to KL sampai dah landing pun dia dodo lagi. jumpa papa baru bangun.

 at senai airport. spot the teeth? hehe

fewh. all in all i gembira sebab meeting and ship survey berjalan lancar, i manage to meet my in laws and bring along my baby, my in laws can play with her and eisya tak cranky. alhamdulillah.

bulan 12 ni i akan ke OS 3 days pulak. ni lagi nak fikir nak pump and bring back, kena check dengan airport sana (2 airports) on their policy. mira will lend me her cooler bag. yay! thanks babe.

now just 1 thing. it will be a packed trip where we need to visit many places, banyak agenda, stay in two different hotels, kena usung susu from pagi till malam, bila nak pam, cemana nak simpan susu, cemana nak bawak balik yada yada.

but i know it is possible. just doakan allah permudahkan urusan.walaupun susu aku tak meriah macam orang lain, apa2 pun aku masih bersyukur aku still dapat BF eisya. alhamdulillah susu makin ok pulak kadang2. kadang pam dapatlah 6oz. tapi kalau stress ke apa ke, 2-3 oz jelah. huhu. tengok nasib.

tak apalah tak fully BF pun, asalkan dapat susukan as long as she still needs me. so, kena bawak balik tak kisah banyak mana pun.

aku tau boss aku asik hesitate nak suruh aku travel. tapi sampai bila kan. huhu. i was put to rest since i was pregnant.

cemanalah malam2 hariku tanpa eisya di sisi. cemana eisya nak tidur malam eh. aku balik lambat hari tu pun dia tunggu nak nenen. walaupun dah bottle fed. huhu. kejap je cha. tapi next year tah2 trip lagi jauh, lagi lama. oh noooo!

siapa2 ada pengalaman bawak balik susu dari China? sila kongsi bersama. terima kasih.

Monday, November 21, 2011

renovation in progress

so, our home is currently under renovation. this keep us busy nak monitor, nak survey itu ini, nak beli barang yada yada. so our weekend always end up being here in a very very dusty area. tak lama dah nak siap, in few weeks time.
see this is me when i was heavily pregnant, in front of our house. masa ni perot bulat ya. i was 9m kot masa ni? sekarang pun. perut bulat y'all. percaya tak kalau aku cakap my weight now is sama macam pregnant 9 bulan dulu.

dahhh kau jangan nak tambah tekanan akuuuuu dengan mengatakan ederqqqqqq kau ni kenapaaaa gemukkkk haaaaaa. aku nangis kanggggg. sekarang ni kalau laki mak cakap mak gemuk pun mak sentap noks. mak sentappppp!

okayyy tujuan nak blog adalah pasal rumah so please focusss!

mula2 tak plan pun nak reno banyak2. tapi tak tahulah tetiba orang tu macam kata, biarlah habuk2 sekarang nanti senang yada yada. so sebagai isteri solehah, aku akur je. after all not my money. :p top up sikit2 je so kuasa veto tu tak banyak ok. diam sudehhh. kang tak pepasal perang dunia ketiga mak tak kuasa.

so kita buat plaster ceiling yang simple2, back yard yang sekangkang kera jadikan wet ktichen, pasang grill. tu aje pon. itupun dah cost a lot. to us lah.kalau ikut nak pecah bilik, extend belakang, tarik toilet ke belakang, pecah living room depan kasi rata lah apalahh. but no money no talk ok.

itupun we direct dengan pekerja indon ni. contractor malay/cina kat situ ramai tapi end up amik dorang2 ni jugak as labour. harga of course la beda ya donk. so mana boleh save kita save lah. thanks to meeza bagi contact num pakdi ni.

pakdi ni okay. baik. menda yang dah buat tapi aku tak suka pun dia okay, dia tukar. bukan apa ya, kalau kamu tak senang, saya pun tak senang. jadi biar semua senang. saya ini tidak mahu lihat kamu suami isteri bergaduh tidak puas hati atas apa yang saya kerjakan ini. jadinya biar cakap saja yaaaa. 

gituu omongnyaaaa

 pandangan dari dining hall


 dry and wet kitchen

 the master bedroom

tokbah n cha delea

so now we all are very dintis. siapa2 nak sponsor furniture, kitchen cabinet (i nak kaler ijau tau.) adalah amat dialu alukan. kah kah kahhhhhh.

okay siaplah pasni aku akan usaha nak masuk deko deko ke, deko bersama erik ke.

tulaaaaa masa aku nak pegi audition 1million money drop tu ada orang tu perlekehkan. kalau tak aku dan aiman (amik adik jadi partner sebab suami tak supportive kikikikih) dah millionaire dah by now! haha. masa tu aku tak pergi sebab kawan aku kata ramai gila oranggg. so aku terus malas. so orang malas tak ada lah duit kemenangan ya. lainkali kena rajin :p

okay byee!

Sunday, November 20, 2011

pumpkin pancake and beef pasta recipe

hi mommies,

it's 130pm and my baby has not taken her nap yet. being all fussy, clingy today. she's teething! gigi lagi 1 kat bawah nak tumbuh, badan a bit dedar.

anyway, i'm sharing what have i prepared for her for today's breakfast and lunch.

pumpkin pancake with raisin

flour
baking powder
milk-ebm or fm
vanilla essence
pumpkin puree
raisins
cinnamon powder
melted unsalted butter

mix all thoroughly. and cook on non stick pan and cut with cookie cutter for desired shape.






spinach beef pasta with raisin

for pasta sauce

onion
garlic
celery stick
beef
oregano
spinach
raisin
unsalted butter

melt unsalted butter in a pan. stir fry onion,garlic and celery stick. put beef let it cook and add water when necessary. dash a lil bit of oregano. add spinach and raisin. blend all and pour on cooked pasta of your choice. put grated cheese on top for mensedapkann






okie dokie selamat mencuba.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, November 18, 2011

selamat 9 bulan eisya adelea

wah masa sungguh berterbangan ya kawan2. secara tiba2 anak sulung saya (eceh macam ramai anak) sudah 9 bulan! dan persoalan yang sering saya dapat adalah, anak dah besar, emaknya bila nak kurus?

menangis. sila baik hati sikit boleh tak dengan tidak tanya persoalan yang aku pun tak tahu nak jawab.

baiklah untuk tidak membuang masa mari kita mengetahui perkembangan bayi yang sudah umur 9 bulan ini.

 happy 9m sya!

merangkak/berdiri sendiri

hai la anak. paling jauh dia merangkak pun 10steps. lepas tu dia menyulur laju2. tapi dah pandai berdiri sendiri. lepas tu berlagak nak lepas tangan lepas tu papp terjatuh. dr kata ada budak yang terus jalan, tak merangkak sangat. kadang dia tak nak lutut dia rasa sakit. so jadi malas hendak merangkak. mungkin eisya begitu.

panjat tangga

kegemaran ok! pantang lepa nanti dia laju2 pegi kat tangga. dah terel la jugak tapi still jaga la kan. risau sebab dia suka berlagak macam dah reti berdiri lepas tangan selamba je. kalau dia naik halfway lepas tu kita ambil nanti marah maka kena biar dia naik sampai atas baru gembira.
 
 do we need safety gate now? mmh

hari tu kelakar, tokmi kata dia nak berdiri sendiri, pegang dinding. lepas tu dia macam dah bangun halfway tapi macam jauh lak badan dari dinding. so dia macam takut tak balanace dan tokmi pulak agak jauh. terus buat muka kasihan, aaa aaaaa aaa macam tu. ahhaah tau takutttt

faham perkataan mudah

seronok tengok dia faham. contoh:

cha, tanak cane cha? nanti dia geleng2. kalau tanak orang dukung ke, tanak makan ke, dia geleng2 laju2. kadang siap dengan tangan dua2 ke atas geleng2 kepala.

cha, bye bye cha. nanti dia tata la tapi kelakar sikit. macam keras2 tangan haha. kalau time dia nak buat, semua orang dia wave. termasuk drebar lori sampah.

cha, nak sikit food. nanti dia suap yang dia tengah makan. so sweet of her.

cha, where's bird? nanti dia look up at the sky looking for one. kalau jumpa nanti dia tengokkkkk je.

cha, where's elmo/moo moo? nanti dia cari dan kalau nampak nanti dia senyum.

 with her let's rock elmo! (mommy yg hafal semua lagu elmo, mommy's fave, it takes 2. eh ni sapa punya ni?)

cha, clap your hands! nanti dia clap tapi bunyi pada kadar yang rendah hahaha.

pendek kata, kalau kita dah beritahu dia this is this. nanti kita tanya dia where is this and that, dia cariklah. hehe.

being tiger, buat busuk

dah lama dah suka sangat buat tiger dan muka busuk ni. tapi sekarang rawrrr rawrrrrrrr siap angkat tangan macam nak takutkan orang. terbaru ni, dengan memek muka konon2 scarylah. kalau kita eii takut takutttt nanti dia gelak lepas tu buat lagi. siap terbatuk2 sakit tekak dok roar je kan.


being active

hohoho sangat lasak selalu berpeluh. restless. kemas kain, kutip itu ini, panjat2. hari tu nak panjat kerusi. dia panjat dulu bakul ni, pastu dia panjat kerusi pulak. wah wahh!

 

all she wants to do is play play play. nak tidur malam pun kena paksa. dulu tidur awal. sekarang average is 11-12pm. adoi mommy dah melayang2 mengantuk. aku dah tutup lampu, dia panjat2 main itu ini, korek mata mulut daku. time dia haus nanti dia datang nenen lepas tu guling2 main2. last2 dia ngantuk nanti dia guling2 cari perut buncitku, menonggeng2, hisap perot, cium mulut pipi mommy, cari ketiak, geleng2 kepala dan tiba2 tidur. hahaha! aku jangan tegur je nanti dia ingat aku nak main. so aku tahan je gelak tengok dia macam tu. haha.
 

kalau pagi2 dia dah tanak tido dan aku masih tido, mulalah dia korek2 mata mulut kita kan. sampai kita bukak mata. tak pun dia cium. actually bukan cium dia hisap. kena dia hisap hidung, terus tak bernafas!

her first word

it was papa. tapi paa paaah, paaa pehhh. mula aku realise bila B nak dukung dia nanti dia kata paaa paaa paaa paaa. tapi lama2 jelas. paa paaah! tapi semua orang pun dia panggil papa. hahaha!


with paa paah at cameron
 bike ride with papa. tokbah's

crowd lover

kalau tak ada ramai orang kat rumah, dia mudah jadi cranky. kalau ramai, kemain happy! kalau dia happy dia yang agah orang dulu, siap cuit2.

tapi dia tak suka baby at her age or below. sombong gila. buat dek je. kalau budak, dia yang tegur dulu. jerit2. tengok budak main kejar2 pun dia gelak sorang as if budak tu agah dia. kalau dengan orang yang dia suka, friendly lah dia. kalau tak, sombong! 

pandai merajuk

ni ikut siapa ni? mommy cool ok mana merajuk2 ni! hehe. kalau dia nak main2 or dia tegur kita or dia senyuum tapi kita buat tak tahu kan. nanti dia macam tak nak dah tengok muka kita. adik aku aiman tu, eisya suka sangat kat dia. aiman cakap sikit je dia gelak gila2. apa je yang kelakar sangat entah. kalau aiman tengah tak ada buat apa lepas tu dia datang tegur, tapi aiman buat tak tahu or buat muka eh eisya ni kenapa? lepas tu merajukkk ok. aiman pujuk2 tak nak. hahaha!


her first teeth!


dah naik dah! sebatang kat bawah. alhamdulillah tak demam. patutla asik gigit i masa nenen before ni. now tak gigit dah.
dah nak ikut mommy gi kerja dahh

dulu relax. sekarang, i wajib dukung dia dulu, bawak masuk kereta, panaskan enjin. kalau buat tak tahu je nanti dia menangis secara pilu. lepas tu, kalau nak bagi kat tokmi balik kemain pegang baju tudung i. lepas tu nangis, cebik2, tanak bye dah. merajukkkk. alololooo

okaylah semua lah kau nak listkan. over kan mommy ni heheh. alhamdulillah eisya is growing healthily. everyday memang always looking forward for her. bukan aku sorang jelah. everyone in the family pun macam tu. papa dia OS je balik, of course terkam anak dulu. adik2 aku, parents aku kalau eisya kuar pagi balik malam pun, dengar bunyi kereta je masing2 dah keluar sambut cha kat kereta. hamboi! family kat johor lagilah kan jarang2 jumpa. eisya kalau balik sana kemainlah happy, atok dia rajin layan dukung kan. hehe.

biasalah tu kan. i guess all babies pun macam tu. jadi penyeri. :)

okaylah tu je nak cerita. please lah tu je?? kau tengok dah berapa panjang ni kau bebel. tu je kononnnn. ok dah bye! u all have a great weekend!


Wednesday, November 16, 2011

praying for kak mas

kak mas ni aku kenal masa sekolah agama kat rumah kedai kat BBSB masa kecil2. biasalah kan budak kecik mesti macam suka tiru2 orang besar kan.

yang paling aku ingat, kak mas dulu pakai jam tangan. tak pernah bukak. mandi ke tidur ke pakai ok. konon macam nak kata jam tu hebatlah, lasak.

wah! aku terus mintak abah beli jam yang boleh kena air. pastu buat macam kak mas. tak bukak ok. bangga je pakai jam tu. aku tak ingat brand apa tapi dia kaler itam.

lepas tu kak mas pindah subang kot. tak jumpa tak contact. cemana tah boleh jumpa kat FB. sebab aku sangat ingat nama dia. Normasilla Ponijan.

so kitaorang pun contact2 balik, borak2, baca blog masing2, kak mas attend wedding aku and so on.

kak mas ni cool gila ok. dia banyak travel. diver, biker. macam2lah! tengok blog dia sini.

tadi tiba2 aku tengok kat FB, baru perasan kak mas dah undergo 3 operation. ke 4? tak sure. sebab accident masa konvoi superbike. hati terkoyak katanya.

ya allah aku rasa nak menangissssssss!

please pray for her! if you are reading this, please pray that she will be allright.

kak mas, please kak mas sembuh cepat. kak mas kan kuat!!!

Monday, November 14, 2011

eisya's meals last weekend - recipe

hi! hari ini emak eisya ingin berkongsi recipe lagi. of courselah recipe makanan eisya. makanan dewasa emak eisya tak terel. kikiki masa kecik2 suka cakap tereL kan?


hari sabtu adalah hari berinspirasikan kak guru besar kita iaitu kak farah. i made baby keria and bubur lambuk junior!

Baby Keria


Bahannya:
  1. Keledek oren
  2. Oat (i used rolled oat)
Caranya:

Potong dadu keledek oren. Rebuskan sampai lembut. Oat diblend halus sehingga jadi seperti tepung. Lenyekkan keledek tadi dan uli dengan tepung oat. Jumlah oat bergantunglah. Asal boleh bentuk dah cukup. Bakar dalam oven for 15min at 100F.

ada hati nak post gambar kan. tengok tu bentuk tak sekata! tengok kak farah buat ni. cantikkk je kan. hahah. mula2 aku nak buat lurus2 macam biscotti je senang eisya nak pegang. tapi nanti eisya ingat biskut. ni mommy dah bitau keria so keria kena bentuk macam ni ok! kikikikiki

see! tak guna buat cantik2 kerna nanti hancus! :p

Bubur Lambuk Junior

Bahan2:
  1. 5 sudu makan Beras (for eisya, ini 2kali makan)
  2. Daging cincang
  3. Sedikit santan (i used 1/4 cup je)
  4. Sedikit minyak untuk tumis
  5. 3 ulas Bawang merah
  6. 3 ulas Bawang putih
  7. Sedikit halia
  8. Serbuk sup (tapi masa tu tak ada so i tumbuk sedikit jintan manis, jintan putih. ambil juga kayu manis, buah pelaga, bunga lawang. SEMUA NI AMBIL SEDIKIT2 JE SEBAB KALAU BANYAK SANGAT NANTI PERAP!)
  9. 1/3 cup keledek oren
  10. 1/3 cup kentang
  11. 1/3 cup carrot
Cara2:

Rebus daging sampai lembut. simpan stok daging, ketepikan.
Tumbuk jintan manis dan jintan putih, masukkan bawang putih dan bawang merah. tumbuk halia zass sekali je.
panaskan api. masukkan kayu manis, pelaga dan bunga lawang. masukkan bahan tumbuk. tumis sampai wangi.
masukkan daging dan air stoknya dan beras*. masak sampai beras lembut. masukkan sayur - kentang, carrot dan keledek.
masak sampai sayur2 lembut. masukkan santan dan kacau2 sampai lah ia masak.

Sebab my baby still makan blended, so I blendlah lepas tu. buangkan dulu ya kayu manis, pelaga, bunga lawang dan halia sebelum blend.

*i main tipu, i masak dulu nasik pagi tu. tengahari baru tumis2 dan masukkan bubur nasi kosong dalam tumisan bersama stok daging. pehe dok?

kalau dok pehe jugok sila rujuk blog kak farahla. baru complete. i tak ada kacang peas. hehe

ala carrot n keledek tenggelam kat bawah. kikiki
eisya sangat suka lah! dia yang datang kat i, panjat2 badan i and nganga. siap nak amik kat bowl nak suap sendiri. selalu makan 2 senduk tapi ni 3 senduk sekali makan. (senduk kecil la hehe). itu pun dia nak lagi, tokmi kata stopp! nanti pecah perut kah kah kah.

Bubur Ikan Merah

Bahan2:

  1. Beras
  2. Isi ikan merah (diperap dengan limau kasturi untuk hilangkan hanyir)
  3. Sedikit bawang holland (potong dadu)
  4. 1 ulas bawang putih (hiris nipis)
  5. Sedikit batang saderi
  6. daun sup
  7. daun bawang
  8. sedikit keledek oren (potong dadu)
  9. sedikit bunga kobis 
Cara2:

masak beras sehingga jadi bubur. ketepikan.
tumis bawang2 sekalian. masukkan batang saderi. masukkan keledek.
masukkan isi ikan merah. agak2 ikan dah masak masukkan daun sup, daun bawang dan bunga kobis.
masukkan air bilamana perlu. dah siap tu, masukkan dalam nasi yang sudah jadi bubur tadi, kacau2. blend kalau baby still makan blended meals.

kalau u all perasan, i ni asik tumis je bubur eisya kan. yelah rebus2 dia dah bosan. tapi sekali sekala i masih bagi yang rebus2. cuma make sure bila tumis tu guna corn oil/olive oil/unsalted butter.

semalam i jugak buat chicken pasta soup, campur carrot n keledek this time. topkan dengan grated cheese. dia amat suka.

habit eisya sekarang suka buat tiger. kalau lambat suap pun dia grrrr arrrrrr. siap dengan 2 tangan nak terkam. kalau kita buat takut2 dia gelak pastu ggrrr arrrr lagi. hihii. sampai terbatuk2 dia buat suara tiger banyak kali. i pun tak tau mana dia belajar tiba2 buat sendiri. hihi.

gigi eisya sedang tumbuh. i raba2 gusi bawah dia dah tajam2 dah sebijik gigi. before ni nampak putih2 and bengkak je. alhamdulillah tak demam, tak meragam. melasakkk lagi ada. tak gigit nenen dah. betulla kot orang kata dia gigit masa gatal gusi je kot. i give her heinz teething biscuit tu. dia gigit pastu ketuk2 kat lantai, gigit, ketuk2. T___T

tapi masak apa2 untuk eisya puas hati sebab dia makan. tapi kalau tak sedap dia tak makan ya. pernahlah i masak tak sedap macam ikan jadi hanyir sikit ke, terlebih sayur ke, letak tauhu ke. dia makan dan sembur2. haha! tapi kalau dah kenyang pun, tengok orang makan nanti dia kecap2 mulut. tak pun korek mulut kita. i pernah nganga tunjuk food pastu dia nganga nak mam mulut i. hahaha keji tak abbuu eisya (sya call me abbuu). hahaha.
abbuu loves you baby!