mata duitan

Monday, February 28, 2011

meh nak cerita

hi all!

tq for all the well wishes n doa! sorryla tak sempat lagi nak update blog. malas nak buka lappie. kat phone pulak sikit punya leceh la kan nak type! kena beli blogpress kot hihi.

my routine now memang quite hectic.eceh hectic ya. yela eisya menyusu every 2 hours. kadang every hour.kadang dia nak beriba,melekatttt je. so time dia tido la nak catch up nak makan,mandi,tungku,bengkung,tido sume.

the first 5 days were quite stressful. dengan susu tak berapa banyak, eisya meragam malam2, penat sangat2. bersyukur dapat suami yang sangat2 supportive n helpful. my ummy pun penat kot jadi nenek baru. hihi.

lagi stress sebab dr kata eisya kuning sikit masa lahir. i dah fikir bukan2 takut dia warded, amek darah kat kaki. pastu nangis sebab takut.padahal kuning dia tak teruk pun. hari ke 5 pegi check up, eisya tak ada kuning dah.syukurrr.

sekarang muka asik merah2 adalah sebab teran nak jerit kuat2. hahaaaa

now dah better. eisya tak meragam macam dulu lagi. susu pun alhamdulillah. takla melimpah ruah macam orang lain tapi cukup untuk eisya kenyang. and i pon dah pandai curi masa untuk diri sendiri.

pantang, mmm not bad jugak makan. hihi oreo chipsmore pun i makan je. rasa sikit2 :p

nantila pasni cite pengalaman bersalin lak ok. yang pastinya kehadiran eisya memang lagi eratkan kasih sayang suami isteri eceh eceh.

nak2 dia tengok kita sakit2 masa nak bersalin kan. i rasa terharu sangat2 tengok my hubby jaga me and eisya. sampai menkurus.

tak lupa, kita akan lebih hargai mak kite. masa sakit bersalin, pun dah sedih2 sebab buat salah kat ummy. dah bersalin ni, ummy jugak yang susah payah jaga i pantang,jaga eisya. hope i can be a great mom just like ummy. she is the best!

mmh ok la.lenguh tangan gwe. later ok!

xoxo
mommy eisya

Wednesday, February 23, 2011

Eisya Adelea says hello!

Introducing our lilttle princess, Eisya Adelea Binti Ariff Ariza.

Eisya Adelea means kuhidupan yg harmoni :)

after delivery

day 2



berjaga malammmm

panda mommy with baby

okay bye! Eisya nak nenen



alhamdulillah

as salam

yes, i have safely delivered our lil princess on 19/2/2011.

alhamdulillah. tq for doakan!

i am breastfeeding her now and will update soon ok.

ni type from fon xreti aplod gambar haha jgn gelakkk!

ok tata!!!!

-panda mommy-

Saturday, February 19, 2011

permudahkanlah ya allah

maghrib semalam, ada bloody show. did not hurt till 3am in the morning, contraction came every 10 mins.berpeluh2 i.

now here i am. kat ward. dah buka 2cm tadi. tengah tunggu dr zarul datang cakap apa.

doakan me n baby will be fine ok! semoga diberi kekuatan n dipermudahkan.

thank u.

Thursday, February 17, 2011

FAQ

most FAQ these days:

derq, tak beranak lagi ke?

derq, baby da kuar lom?

ieda,ada sakit2 tak?

kak long, bila baby nak kuar?


haha jawapannya: belummmmmm lagi! 4 more days till due hihi. doa2 la ya nanti selamat semuanya.

banyak nak tulis tapi type kat phone macam selowwwww gila dan mempenatkan.

lappie sungguh lembap tekanan perasaan okayyyy!

okay nak titton! nitey nite!

Sunday, February 13, 2011

sambil baring kebosanan

1. congrats diah for the gebu nayli! comel sangat ok! beshnya semua da selamattt, alhamdulillah :)

2. i had my check up this morning. 64kg tak naik sebab berak banyak pagi tadi hahahaha.

3. had my first VE. dr buat coz i told him perut kerap mengeras. dang! nasib tak sakit pun. tak dilate pun lagi. yela tak ada contraction pun.

4. cuti ni cane? nak kensel or biar je tunggu je? hmmph tiba2 rasa macam rugi ambilcuti awal. awal ke? due 22/2. dulu dr suruh amek a week before due. dillema

5. oh ya, semalam ada urut2 dgn bidan. lega lah sikit urat2. dia kata dalam seminggu lagi macam tu. yeke tak, tak tau.

6. blogpress besh ke?

6. bosannya. b dah book movie tix tadi tapi i'm bot in the mood! oklah nak pergi mandi basuh baju semayang makan pengat pisang jalan2 taman makan aiskrim k dah tu je.

NAMPAK SANGAT AKU BOSANNNNN
































dan,hey tak baik tau selfish :(

Thursday, February 10, 2011

pregnancy randomness

kerja

esok last kerja before maternity leave. mmh tak ada sakit2 contraction lagi pun (tak tahu pun lagi contraction tu macam mana). cuma perut kerap mengeras, sakit celah kangkang, sakit ari2, sakit biasa2 ajelah. tapi amek jelah cuti awal seminggu dari due kan. nak duduk rumah, prepare apa yang patut.

kerja office boleh kata dah siap mana yang patut siap tu. tapi yang menunggu orang punya kerja tu tak dapat2 lagi. suka hati engkorang lah. aku dah nak cuti ni huuuuu.

debar debar

hari ni rasa badan ringan dan sihat. tak macam pagi semalam naik tangga pun slow gila, terkengkang2. tengok moodlah. kejap larat kejap tak.

tapi hari ni asyik berdegup kencang jantung tiap kali ingat bersalin. maybe sebab orang yang hampir2 due sama or due sama dah deliver. ya allah, permudahkanlah urusanku ya allah.

ummy pulak tiap pagi nak cium dia pergi kerja, mesti dia tanya. ada sakit tak ada sakit tak. hihi.

39th week check up hari ahad ni. takuttt. berat naik lagi tak? ari tu dah 64kg yow!

makan makan

sebelum bersalin saya adalahhh ingin makannnn prosperity burger, macaroon, nasi beriyani mahbub, ice blended, milk shake, milk tea dengan bubble tu. okay tu je. tu jeee! see i'm so easy to please.

orang negatif

seboleh2 nak jauhkan diri. seboleh2 pekakkan telinga. malasssss nak layan. bernanah mata hati telinga kalau ikut perasaan. maka, abaikan!

merasa mengada ngada

semalam ada borak dengan kawan yang baru juga deliver baby girl. dia cerita sekarang suami kalau call tanya anak okay ke, balik cium anak dulu. wife second.

i knew it, i knew it! haha!

kadang2 eh bukan kadang2 tiap2 malam. i watched him sleep and thought, would things will ever be the same again after this? will i be treated like a princess lagi after this? lepas tu emo, sedih2 sorang2. apa2 tah kan. blame the hormones!

yela mana taknya kan. whenever i want to eat something, dia tanya, anak papa nak makan ke hunny nak makan.

kalau balik pun, tanya how's my daughter today?

kalau nak tido pun kiss perut yang paling lama dari kiss i. dahla siap bisik2 macam nak cakap rahsia2 tak nak bagi i dengar. fineeee.

kalau berjauhan pun cakap, rindunya nak cakap dengan baby.

belum keluar lagi tu kannn.

hehe baby, you are one lucky baby, you know!

sungguh mengada2 jugak sebenarnya aku ni. hahahaha!

okaylah tu aje. byeee!

Tuesday, February 8, 2011

selepas baca entry nurul jamian :p

hihi bila baca blog nurul, ada entry pasal menulis bahasa rojak. cepat baca cepat.

dah? kan kemas kan blog dia. ayat teratur macam tu. kalau baca blog dia or other blogs lain yang teratur macam tu terus rasa agak tenang di situ ya. magik ah dorang ni kan.

bukan macam saya ya para pembaca. hihi. kejap itu kejap ini. hehe

tapi yang comel kelakar, nurul kata kena baca my blog slow2 untuk faham. hahah nampak sangat saya ni jenis suka peningkan orang bila mentulis. sebenarnya bila cakap pun sama. ha ha ha!

harap nurul tabah ya! :p

sebenarnya kalau siapa2 yang kenal saya secara rapatnya, maka tahulah saya insan yang cakap laju2. becok. dan saya jenis tak sabar bila orang jawab pertanyaan saya secara lambat2. tapi masih sopan dan ayu (okay tipu dosa tahu okay tak tak tak)

maka semasa tulis pun main tulis secara langsung apa yang dikeluarkan dari kepala otak. main taipppp je. hehe nasiblah kan.

tapi dulu Grace pernah cakap dia suka baca my blog sebab very honest macam straight from the heart. eceh ceh ceh. (where are you now Gracie? lama dah tak berborak!)

kadang2 ada je yang komen, kat blog kau kat blog kau kat blog awak kat blog awak itu ini. kenapa tulis itu. kenapa tulis ini.

tapi saya adalah tidak kisah kerana saya tulis pun bukan sebab nak dapat duit nuffnang ke apa (eh tapi kalau dapat pun bagussssss! okay sila tulis perkara membina jika mahu ederq!)

sebab tu nama dia sayapunyasuka. hihi.

tapi seriously, kasihan kadang2 kat certain bloggers yang kena kondem itu ini. kau tak suka tak payahlah baca. pastu nak kondem2 macam2. pelik ok pelik.

okaylah sekian.

lapar la weh. pastu belum mentahi secara sempurna lagi hari ni. adakah sebab too much Milo now. huhuhuh.

tengok betapa sengal. tiba2 mentahi. okay bye!

Monday, February 7, 2011

at 38 weeks

hari tu B tanya, apa perasaan hunny dah nak dekat bersalin?

dalam hati saya macam hihihi comel tau tanya perasaan. tapi saya jawab, surreal. macam tipu. macam tak percaya. tapi excited! :)

surreal. yes. that's the exact word kot.

macam eh dulu dok muntahan lembik2, lepas tu orang komen perut kecil. lepas tu orang komen perut besar gila. lepas tu eh, dr zarul kata semalam. okay good! your baby dah engage!

when all this happened?

walaupun rasa lega dia dah engage tetapi adalah dup dup dup la jugak. dah la dr kata, it can be anytime. lagi sekali dup dup dupppp.

mmmh. sekarang, muka saya makin tembam ke sembap ke tak tahu lah. tengok cermin mesti lama2, tenung muka kenapalah begini mukakuu. dabel chin pun dah say hello world. tiba2 ada jerawat kat tepi hidung (yang B suka ejek, tapi hari ni dah pecah, yay!) kaki pulak tak bengkak biasanya tapi ada nampak sedikit menggemuk. dannn perut pun sob sob sob (sila pasangkan latar belakang violin punya music), masa 9 bulan adalah tiba2 ada garis2 stretchmarks sikit kat bawah perut tu!

kan tak perasan, B yang tolong tengok. and all he said, tak apa tu tanda hunny bawa anak kita.

huhuhu adakah ia akan hilang?

sebenarnya selalu risau takut suami dah tak suka bila banyak perubahan kat badan. tapi bila cakap kat B, dia memang akan soothe me with his charming words. tapi still la kan. biasalah perempuan. rasa insecure. tell me i'm not alone! tell meee it's normal! tell meeee!

okay okay maybe it's just me. huhu.

ini semua untuk dikau, anakku! silalah jadi anak yang baik tau. hihi.

semalam pergi rumah sedara. lepas tu, chik (nenek yang dah tua), masa before balik, dia panggil i, cakap nak pegang perut. dia usap2 perut pastu dia baca2 selawat kot. lepas tu kata, tak lama dah ni tak lama dah. dah turun. biar mudah2 semua.

aminnn. takut jugak bila semua orang kata tak lama tak lama dahh. huhuh. berdebar2 jantungkuuuu.

oh ya. congrats saif and eeza for the newborn. anak saif tak sempat nak tengok lagi. busy pulak masa dia still kat PMC. anak eeza dah tengok kat PMC semalam. lepas check up. comellll sangat! alahai beshnya dorang! syukur semua dah selamat!

lepas ni siapalah dulu? mesti diah dulu. hihihihi.

kepada B, i would like to thank you sebab jaga hunny macam princess. yelah lepas ni kan B ada princess baru. hunny jadi queen. but he said no. i'm still the princess hunny sebab queen macam tua. haha so baby jadi princess number 2!

:p

Saturday, February 5, 2011

hati hati dengan hati hati

dalam hidup ini memang banyak hati hati orang kita kena jaga dan tatang.

kadang2 memang pening dan penat. bukan semua hati kita boleh nak puaskan, gembirakan.

sampai hati sendiri pun tak terjaga.

tapi hidup tak boleh nak berkira sangat. kadang2 memang kena let go je lah.

kadang2 memang salah sendiri tapi nak buat macam mana. kita pun bukan sempurna.

entahlaaaaaaa

huhuhuhu

Wednesday, February 2, 2011

di bulan febuari

hari ni kat office 4 orang je. tak boleh la nak cuti. nak setelkan kerja2 yang tak setel ni. betul la kerja mana pernah habis.

my due ni kejap 19/2 kejap 22/2. tapi latest, 22/2 la pulak. hihi tak tahulah mana satu kan. tapi maybe nak start maternity leave on 14th. or 17th. ish kenapalah maternity leave include public hols and weekends huhu.

baby, apa kata baby keluar masa maulud nabi? hihih.

semalam ya ampun susahnya nak lelap. baring macam mana semua tak kena. huhuhu. tengok B tidur sedapnya lah. sian dia. penat tak hilang. tak out station, kerja kat office berlambak pulak. 16/3 kot baru dia start OS balik. huhuhu

kadang2 kan, masa tidur, bila tersedar nak wee wee, baby mengeras gila2. sakit nak bangun. kena pusing2 kiri kanan, barulah boleh bangun. haha tak tahulah macam mana position baby masa i baring2 tu. agaknya dah sempit sangat.

tak kisah lah baby, asal your head is always down and in good position for natural birth, when the time comes!

memanglah kan. macam tulah mak2 kita pregnantkan kita dulu. belum sakit nak bersalin lagi ni.

saif tengah struggle contraction sekarang. me and her sentiasa update kat ym like 24/7 on perkembangan baby. haha!

doakan dia and baby selamat2 aja today. 2/2/2011 woot woot!

oh ya. nama anak sudah diputuskan. muktamad! hihi.

suka!

:)

baby, mommy tak sabarrr nak tengok awak!