mata duitan

Wednesday, May 18, 2011

facebook.com

aku boleh dikategorikan sebagai penfacebook tegar. nak2 ada anak ni. asik upload gambar anak. bukan apa. tu untuk tontonan saudara yang jauh dan kawan2 yang nak tengok. especially nenek eisya kat johor. hari2 kot tanya adik2 ipar2 kat rumah rumah tu, kak ida ada upload gambar eisya tak hari ni? hehe mak kena buat FB accountlah senang. hehe.

status pun aku selalu update. sukati la kan. asal aku x kacau orang. kalau tak suka kau hide je aku. sebab aku pun selalu buat macam tu kalau rasa serabut tengok cerita kau. nak2 kalau kerja kau asyik suruh join MLM, iklan itu ini. bosan kot.

yang aku hangin pasal FB ni adalah satu perkara je. aku tak kisah kau nak cerita apa pun. dah FB kau kan. yang hangin adalah tiba2 tag aku perkara yang entah apa2.

tak kisahlah barang jualan ke. lainlah kalau aku memang nak beli dan tercari2 menda tu oklah.

gambar kau pergi holiday, gambar anak beranak kau tiba nak tag aku. kalau boleh nak tag 1 album. okay apakah konsep di sini? lainlah kalau kau memang tag gambar yang aku nak tengok, memang aku klik like dan komen.

macam, apa konsep tag2 ni eh? nak suruh lihat dan komen ke? nak suruh beli ke? tak faham. kalau aku nak tengok, aku pergi je page kau. tak perlu tag please. ni page aku bukan kau punya. dok diam2 sana sudah.

lepas tu, yang rahsia namalah, zodiakla. tolonglah semakkkk!

tag kad kahwin. duh. tahu tak fb ada event punya page yang kau boleh create and siap orang boleh rsvp. duh!

sebenarnya perkara kat atas tu aku boleh toleransi lagi. aku remove je kalau rasa semak. macam patut tukar, bukan photos of ederq. tukar kepada photos of everybody who likes tagging ederq.

yang aku tak faham, ada jugak orang yang amek gambar merandung, tag semua kawan2 kat fb dia. tak kira laki ke perempuan ke. can u imagine that??!

gambar kahwin, tag semua kawan2 fb.

gambar bercuti di PD, tag semua orang.

pleaselah. tolonglah. kalau orang nak tahu apa kau buat sekarang, orang pergi page kau. tak payah susah2 klik tag button.

sengal gila tahu tak? tersengal di dunia!

apa yang korang paling tak suka kat fb?

11 comments:

hazlynda kushairi said...

mentaliti masyarakat melayu dreq. aku pun muak tengok. sekarang rasa aman.

didil said...

hahah.marah betul gayenye =)

fitria said...

saya xsuka kalau orang tag2..pastu bile kite tak komen.. meroyan merajuk sakan.. die bajet saya ni on9 fb tu 24/7 kot.. tensi!!

ederq said...

lynda, huhu aman kenapa?

didil, hi! hehehhe emo kan?

fitria, kannnnn

fati said...

samalah, lagi-lagi bab mengetag tuh! sesak napass dibuatnya!

blogging is better than facebooking :))

hazlynda kushairi said...

aman babe aku dah tak berfacebook. senang hati. aku pun macam ko sebenarnye facebooker tapi at a time aku rasa mcm jemu ngan org sekeliling, ahhh its time. tutup ;)

NahiZ (chynk) said...

..same here...
x suka la nk tag mende2 x berkenaan..jual barang, zodiak2 bodo tu..n mcm2 la semak!..even g tag gambar yg xde kaitan, apa kono eh?..ko tag gambar yg ade aku dah ler..ini dinding pun ko tag aku gak...umah aku pun banyak dindind daaa...*emo gak nih*...=)

ederq said...

fati, aah blog laaagi aman kan!

lynda, la yeke? kau jgn tutup blog dah! hehe

zihan, kan tak faham kan.

hazlynda kushairi said...

HAHAHA sebab tu dunia aku aman seketika. blog aku tak tutup sebab tu je cara aku hentam dalam diam HAHA tempat luahan perasaan.

Ms. Omey said...

a'ah derq, aku klu org tag brg2 jual tu blh thn lg phm jugak tp klu dah bab snap pic tgh pregnant pastu tag kwn2 dia tang tu mmg tak brape nak phm sgt la. mcm, helo klu aku interested nk tgk rupa ko tgh pregnant aku pg la bukak page ko. what's the purpose ntah tak tau la. dh jadik mcm trend pulak skrg. sumpah aku remove terus.

n klu nak sgt tag pun tag la ur own family or very close ones, ni simply tag random kwn2 yg ada.

ederq said...

lynda, haha kan. syg kan blog heheh

omey, kau pun kena eh? aku pelik betul la. apesal eh? nak upload tak kisah la kan. tapi kenapa tag laki aku? eh tiba. hahaha