mata duitan

Friday, September 30, 2011

dulu lain sekarang lain

konsep: hari malas dan penat sangat2 sedunia.

dulu, masa bujang belum kahwin.

balik kerja, beli nasi kukus ayam berempah, makan, tengok tv, tidur. tak kisah baju belum basuh ke, dah mandi ke, dah kemas ke, tak kisah.

sedar2 je tv tengok aku.

dulu, masa dah kahwin tapi belum ada anak.

balik kerja, cakap kat hubby, yang i penat. malas masak or buat apa2 pun. tapaukan dinner ok. hubby kata ok. lepas mandi makan, lepak2, tidur. kerja rumah tu nanti2 la time tak penat buat. asalkan both perut kenyang and both wangi. :p

sekarang, berkahwin dan ada anak.

balik kerja, tak ada alasan penat. nak tak nak kena buat. unless kau sakit.

takkan kau nak delay basuh berak anak sebab kau penat. takkan nak delay masak untuk anak sebab penat. laki tak pe boleh beli makanan kat luar :p.

orang lelaki lain sikitlah. penat, tak tolong bini tak apa. tak handle anak tak apa. sebab isteri dia ada kannn. kalau kita tak ada reti pulak dia kan.

orang perempuan lain sikit. naluri keibuan tu kuat. hehe. penat cemana pun buatttt jugak.

kadang2 hati isteri ada sikit panas bila kita tertonggeng2 buat kerja manakala kaum adam baca surat khabar sambil makan kuih raya. lepas tu tiba2 dia dah pingsan.

atau pun tolong pegang anak. lepas tu kau tengah masak, dan tetiba, yang baby berak. basuh jap. atau pun tengah makan. yang, baby berak, cepat sikit.

fuh fuh fuh.

haha dapat anak suka berak, nasiblah kan.

apa2 pun, aku bukan komplen pasal aku penat jaga anak or laki aku tak tolong. (sebab tau nanti mesti hubby kata, eh kenapa hunny blog macam tu. b tak tolong ke? tak baik tauuu bla bla blaaa)

ye ye sayangku encik hubby. u tolong. alhamdulillah. terima kasih, yang.

tapi aku cuma nak stresskan kat sini. bila dah ada anak. tanggungjawab tu besar. automatic kita akan dahulukan anak dalam apa jua perkara pun. terutama para ibulah. kadang2 aku nak wax kaki pun tak sempat u olss. tapi tempat lain sempat. gila kau! kang jadi kes macam ni! kikikiki

kepada para suami, silalah hargai isteri anda yang juga seorang ibu bekerja. janganlah marah dia kalau dia bebel or mengeluh penat. rajin rajinlah urut. (ehem ehem)

janganlah sesekali nak bandingkan isteri dengan mak korang ke, makcik ke, kakak ke, kawan ke dengan kata2 seperti - orang lain ada 8 anak. awak 1 anak dah kecok ketiak.

woh woh berasap telinga dan hempedu ok! jangan bandingkan! kalau isteri bandingkan suami tau pulak kau cakap jangan cuba2 derhaka ya!

enggak fair!

kepada para isteri, aku percaya suami korang sebenarnya tolong je kan. tak banyak pun sikit. hargailah. kadang2 orang laki ni nak kita ingatkan atau suruh selalu atau hari2. yang kita ni nak marah kalau dia asyik kena suruh je kan. nak buat cemana. kalau itu satu2nya cara nak suruh dia tolong, suruh jela. hehe.

tapi one thing i learn from my hubby, dia sangat marah kalau kita suruh marah2 bebel2. dari aku yang amarah, jadi aku yang kena marah. faham tak? jadi jalan penyelesaian sama ada buat sendiri atau minta dia buat dengan penuh berhemah (sebenarnya dengan penuh manja dan rayuan pujuk rayu. tak kuasa kan?) kikikikiki. tapi seriously, kalau kita suruh dengan manja2 laju ok bangun. siap kena upah peluk cium dulu baru nak buat. wah wahhh.

tapi aku rasa aku pernah dulu, mintak tolong sampai nak nangis berair mata sebab masa tu aku penat sangat2. nak marah tapi terus termenangis. terus gelabah si dia kan. haha! tu dululah masa jiwa lemah. sekarang aku kental hahahaha!

aku kagumlah kepada mereka yang sungguh baik merelakan diri buat semua kerja, jaga anak manakala suami dilayan begitu sempurna. aku tabik sangat2 sebab aku sungguh tak kuat macam tu. tak supermak macam tu. hehe.

please dont get me wrong ok. aku tulis ni bukan semata2 kisah aku dan hubby tapi juga keluh kesah orang lain. hehe. ramai je yang komplen hubby suka bersenang lenang, kita tertonggeng2 buat kerja. hehe. perkara biasa tu aku rasa.

untuk B, terima kasih sebab tolong. tau B rajin. especially lipat kain, sidai kain, vacuum rumah, mop, strelize bottles n breastpump parts etc. cuma kadang2 tu adalah datang malas, eh bukan. penat. :p so, hunny hargai. sangat2. terutama kalau dapat urut. cuma kalau dapat lebih lama dan tiap2 hari alangkah indahnya hehe.

biasalah kan kalau hunny bising2 bila hunny tengok b senang lenang di saat hunny tertonggeng2. ye memang hunny tak senang tengok b senang lenang hahaah! bear with me k sayang? katanya susah senang lenang bersama. kan kan kannn?

macam semalam, b offer nak ironkan baju hunny. so baik of you. and b strelize bottles n breastpump parts semua tanpa hunny suruh. ha itu yg kita mahu. hehe. alhamdulillah my hubby bukan jenis yang duduk je dan nanti bini settle semua perkara. cuma i je kadang suka marah2 tak puas hati bila dia dapat relax lebih. hihi my bad.

untuk kawan2, cemana pun husband kita. tolong ke tak ke, cemana pun perangai dia. bersyukur jelah. sebab fikir je ada orang lain yang nasib dia lagi kurang baik dari kita. dan fikir jela buat dapat pahala. suami kita ada special value dia sendiri. begitu juga dengan kita.

kepada encik2 suami jangan take for granted ya.

AWASSS!

hahhhahaha!




cute gilalah this video clip! haha tapi emak2 mananya nak dapat lazy2 macam lagu ni kan. dulu boleh. sekarang tak ada makna. hehe

8 comments:

aida said...

hahaha..

bab urut tu aku sokong..laki aku sampai asik nak kene urut je dia belikan mesin urut kaki..tapi mesin manakan sama dgn sentuhan tangan urutan suami kan...hehehe..dia urut best ..siap ada burrppp..burrppp...hahaha

btw, encik suami pernah cakap yg aku lebihkan anak je..betul pun..bab anak mmg 200% extra.lgpun 1st kan..kalau 2,3,4 etc tu tau dah la kita nak handle mcm mane...

Mrs. Eeza Herman said...

bagus kan hubby2 kita..terlalu penyayang+rajin, macam mane la si mummynya tetap maintain comel+gebu..hahaha..

ni la masalah skg, bila hubby dah terlalu rajin, sampai iza yg jd malas dah nak buat keje..hihihi (ader tak la buat, masak, jaga anak, kemas umah sket2 dlm 30%..hihi..) sket je kan keje iza buat..huhuhu...bertuah dpt bini mcm i tau..hihihi

aZZa said...

hahah aida. laki aku tak reti nak urut. bila urut aku sound. "urut macam tak ikhlas je" hahaha.

ederq. aku pun sama la. nasib la en.suami ni jenis tolong bt kerja rumah. tp ada jugak masa dia malas bt, aku hot gak la sbb tertonggeng2 bt kerja sorang2 dia duk rilek atas bean beg tgk bola. aish. tp ada masa lak aku yg malas, en.suami yg hot dgn aku. hahaha

kalau dua-dua malas. rumah jadi tunggang terbalik la jawabnya.

Mira said...

kalau la laki aku paham BM, blh aku suruh dia baca n3 ko ni...

ederq said...

aida: hehe itula kalau laki aku urut dgn dia skali sendawa burp burp kiki. besh. masa aku preggie tiap2 hari aku paksa dia urut. sekarang tak leh paksa kena mintak tolong hahaha.

eh laki aku pon kata! aku lebihkan anak. heheh nak buat cemana kann.

eeza: wah 30% je. bagus ok bagus. i tak dapatlah peratusan macam tu hahahaah

azza: haha tula pasal kan. hot ok hot. last2 membawa diri merajuk tapi tak ke mana pon ahahhha, ngada.

mira: kalau aku tulis in english pon aku tak bagi kau tunjuk kat smail. hahahaha takut la aku kikiki

yaNa said...

aku bab keje umah nie..
pak tam masih lagik bleh diharap..
basuh baju..pas tue tggl dlm mesin..
basuh pinggan..tp kuali x basuh sbb x letak kt sinki..
masak nasi? rasa cm dh x de gg..

geram gak kdg2 tue..
tp redha jer ar..
kalu larang..smp ke sudah dia x tlg plak nnt kan..hi3..

tetiba berangan nk laki cm arep jgk..bleh? ha3..

ederq said...

ina: haha kelaka pak tam. tak pe lama2 dia taula tu. arep pon kdg ada je la menda yg separuh2 jalan ni. tp menda2 yg dia buat lg elok dr aku, aku suruh dia buat spt vacuum rumah, mop n lipat kain. heheh.

eh tak baik tau nanti pak tam mara hehe.

MINE MINE MINEEE hahahahaha

intoxicated-catastrophe™ said...

dapat anak suke berak, sama mcm mak dia kan.. hahahaha.. enjoy life bebeh