mata duitan

Thursday, February 23, 2012

Eisya is ONE!

on 19th February 2012, Eisya Adelea turned one year old! Alhamdulillah...

macam biasa mari kita cerita ceriti perkembangan cik cha at 1 yo.

Vocabulary

Mamam - nak makan
Kung kung - nenen/susu botol/water.

kalau dia bangun tidur macam lapar je kan, tunjuk dia bowl dia or periuk kecik yg salu reheat food dia tu, dia akan gembira sambil cakap mamam mamam. kalau dia tanak makan lagi, dia cakap kung kung.

haaa cemana leh dapat kungkung tu? memula tu kalau dia nenen, dia salu akan buat bunyi kungkung masa nenen tu. pastu aku ajuk2 dia dia gelak2. pastu da sudah nenen, aku cakaplah, eisya, kungkung. dia gelak2. pastu aku cakap, where's kungkung. dia tunjuk nenen. OKAYYY. kungkung tu nenen rupanya. since then dia nak susu dia cakap kungkung. tapi lama2, tengok botol susu pun kungkung, EBM pun kungkung, sippy cup pun kungkung. fine, mommy dont feel special anymore. hehe. senang jugak sekarang, dulu nak susu je tau nangis. sekarang, kungkung. bangun tengah malam pun, mata pejam tapi kungkung sambil mulut cari nenen.

panggil mommy - appa/abbu/ibu/mama. work harder baby! it's mommy!!

Moon - Mmmmeeerr 

kalau kuar malam je, tunjuk langit cakap mmmerr. kenal moon masa balik JB masa maulud tu. subhanallah masa tu bulan sangat sempurna. eisya jakun sebentar.

 Twinkle twinkle - tinte tinte

alahai kalau dengar lagu twinkle twinkle ni, dua2 tangan bukak tutup. pastu goyang2 badan and nyanyi. da abis clap. pastu cakap tinte tinte. nak lagi ler tewww. pingsan aku nak play banyak kali.

Ustazah Eisya

tengok zikir kat oasis. kalau melasak2, bukak je ni. diam, ralit terus.goyang2 and ikut zikir la konon. aaa ooo aaa.

kalau azan tu, especially yang amy search tu kan. kan letak tangan kat sebelah telinga, nanti dia pun letak and ooo aaaa.
letak kat baby chair, automatic angkat tangan baca doa nak makan. tapi kalau lapar tak sabar nak mamam, 2-3 suap baru doa. fine.
kalau bab solat, rajin. terus je angkat takbir. sujud siap. kalau bangun pagi nangis, nampak sejadah pun tetiba angkat takbir. haha. dengar ceramah agama kat tv, dengar perkataan allah, terus angkat takbir lagi. haha!
ni semua time kasih pada tokmi :)

Skil memanjat

lajuuu naik tangga. turun tangga pun. seram aku. JALAN BELUM LAGI!! tak yakin diri lagi. hehe.


Menjadi comel


suka wave hand kat orang as if saying hi! dok strolller jalan2 tetiba hi! haha! kalau orang baru balik rumah/dia baru bangun tidur tengok orang, hi! dahla hi yang jenis kepit ketiak.


kalau dengar baby lain nangis, dia ajuk. eleh macam dia tu tak kuat nangis kan. kalau dia cubit kita, kita pura2 cry dia pun ajuk. geram okay.


sekarang kalau dia pergi sentuh menda2 kita tak bagi, awal2 dia geleng2 kepala sambil buat jari no no no. macam, ni tak leh eisya tau laa. tapi pastu pegang je. T___T


ayahsu ajar buat 1 malaysia! ayahsu ajar buat untuk nadi arena. ala cemana tah nak cite. sabar jela aku.



Penjerit

Ya Allah. pekak telinga selama 5 minit. full stop!

TV

aku sebenarnya tak ajar sangat eisya tengok tv. kartun2 memang tak ada pun bagi tengok sangat. unless lagu2 kat youtube - Barney, Elmo etc. so sekarang ni aku perhatikan dia suka lagu2 je kat tv. kalau cerita2 dia malas nak layan. tak pun yang tunjuk numbers n ABC ke.

kalau iklan, dia suka iklan softlan yang budak laki comel cakap ada 4 sebab patut guna softlan tu. apa tah. dia senyum sampai telinga. dan jerit2 pastu clap bila abis. lagi dia suka iklan ribena, tah apa tah lagi lupa. 

lagipun rumah aku tv dikuasai di tangan orang lain. haha. sebab pakcik2 dia sukaaa tengok bola 24jam, eisya da jadi peminat bola. aku ajar sekali je buat goal! angkat tangan. sekarang tiap kali tengok bola sepak, dia angkat tangan dedua. dan tepuk tangan kat atas. wah wah.

aku ingat suka bola je. japgi masa iwan tengok tennis, dia meniarap mendongak tengok tennis dan tepuk2. macam fahammmm je.

okay cha. nanti pegi ganti nicol david la kalau da minat sangat sukan. hih


First Birthday


cukup ler tu. hehe. alhamdulillah. masih menyusukan eisya. walaupun tak 100%. Susu FM pun dah tukar yang langkah 2. From Enfalac A+ to Enfapro A+. ok je kot. sekarang pump sekali je kat ofis. sampai kadang rasa nak quit pump. ayoma ayopa. tapi tengok balik betapa eisya tak boleh lupakan kungkung mommy, macam alahai kesian. tabahkan hati. huhu.


Eisya, mommy minta maaf sebab tak buat party untuk eisya. kang mommy risau gak nanti besar sya kata, kenapa sya tak ada first birthday party?! ayoma ayopa!



tak ada party sayang tapi kita celebrate dengan family. kita gi melaka. eisya enjoy pegi zoo. ok la tu kan? hehe.


pagi2 tu gerak gi tangkak, amik ciksu. pastu gi kerja kahwin sedara atok eisya kat melaka. selamba aku pegi kendiuri kawen kat kampung pakai jeans. T___T


then sebab nak gi zoo, pergi jela McD depan zoo Melaka tu nak potong kek. ayayai kek dah cair ya. sebab buttercream kurang manis aku order so dia tak hold sangat. lagipun singgah kenduri tu, kek dah relax2 kat kereta for 1hr++ camtu.


cha pulak tengah dodo masa sampai McD tu. so tunggu dia sedar, moody lak. so amik mood main kat slides dulu, ok sikit. tapi stress sebab tak leh main lama2. haha sebab tu muka monyok je masa potong kek. orang nyanyi2 happy birthday dia pelik, pehal korang nyanyi2 di khalayak niii haha.




papa awak kan cha, nak dominasi awak sorang2. sentap mommy! tak ajak pun mommy.

 takpe. bagi can.

 ok shushhh! mommy pulak. eisya cakap eisya satu tahunn!! satuuuu tahunn! (gaya najib cakap satu malaysia. seriously eisya salu buat camtu haha!)

Elmo Rainbow cake by kak Amnah Saba :)
masa mula2 amik cake ni eisya memang recognise elmo dan excited! 
masa potong pun dia nak pegang n nak cium haha. 



 pastu zoo!!!

 muka mommy minyak2. peluh2.

   

ni yang dia paling suka. tiger! aummm!


okay eisya. hope you had fun. pasni mommy bawak lagi jalan2 tempat2 camni. sebab nampak u really had fun. u dont really like malls do you?

anyway, happy birthday eisya adelea, my sugarpie honeybunch! tak sangka kan eisya dah ada dengan mommy for a year. hidup ni memang lagi besh dengan adanya eisya. dari eisya newborn yang kuat nangis sampai sekarang yang kelakar macam2 ni.rasanya masih teringat lagi cemana rasa mabuk masa pregnant, sakit bersalin, stress masa pantang, stress masa susu sikit. ala macam2. tapi kejap je dah setahun!

tiada apa yang mommy harapkan melainkan eisya sentiasa dilindungi Allah. diberkarti Allah. sihat sentiasa. jadi anak yang berhati mulia. taat Allah. taat orang tua. cerdik.

 ha panjangnya. haha. sure korang tengok gambar je kan. tak kuasa nak baca sesatu. haha ok bye!



4 comments:

shima wibowo said...

happy birhday cha omei2...cepat besar ye sayang...jgn nakal2 cam mami tau...;)

Anonymous said...

nape stop susu badan, bru je stahun..rugi la..

ederq said...

tq kak shima. mami kita baik la haha

anonumous, takla tak stop lagi. cuma rasa down bila susu macam makin sikit. huhu

mrs.spicy said...

hahahaha..kenapa susu jadi kung kung cha?