mata duitan

Saturday, June 20, 2009

:) :) :)

apabila perut sudah kenyang, kaki adalah malas berjalan. walaupun sedang pakai flat je pun. okay, alasan yang lebih kukuh, tidak mahu bazir wang, risau tak dapat tahan nafsu bila masuk kedai lalu mahu beli macam2. maka wayang yang akan start lagi sejam, kau nak buat apa? aku buat nih. hihi.

muka tahan ngilu

encik supir dah tekanan perasaan terpaksa duduk atas kerusi merah depan promod sambil lihat aku dengan sengal sedang buff kuku. tanpa hirau orang sekeliling.

dapat pacar macam aku memang perlu kesabaran tinggi

dahla encik supir terpaksa menonton monster vs alien! tolong eh, give and take. nyet nyet nyet

wrong angle okayyy apesal jari yang tirus nampak gempal kat sini??? eh eh lupa mana pernah tirus pun.

okay ada cerita pasal perkara yang berada di jari manis aku yang gempal itu. itu adalah cincin pertunangan aku. selama ni kan, aku anggap tu cincin tunang. barang kemas. accessory. dan sebagai tanda aku dan dia bertunanglah. tu je. tapi perkara yang berlaku selasa lepas telah menukarkan persepsi aku terhadap cik cincin tunang kesayangan.

semasa aku sedang menunggu chacha (keretaku) dibasuh, aku dengan muka penat balik kerja dan muka mahu tidur duduk bermalasan di tempat menunggu. tiba2 ada seorang jejaka yang separa kacak (sebab encik supir lagi kacak-bodek je nih) datang mahu beramah mesra dengan aku. maka aku pun berbual jugaklah untuk mengelakkan dicop sombong dan cas cun pulak. walaupun penat, aku jawab je la dia tanya2 ni. sila ingat, muka mahu tidur semakin ketara.

selepas kereta beliau siap, beliau adalah berlegar2 di situ untuk polish2 pulak. aku ingat dah nak blah dah. dan kemudian beliau datang kepada aku semula.

aku: (balikla weyh. aku malas la nak bual) dlm hati je ah.
beliau: okay la, kereta i dah siap. i gerak dulu ok
aku: oh ok. bye!
beliau: can i have ur number?
aku: errr errrr (tengah fikir nak bagi alasan)
beliau: oh tak boleh eh?
aku: mmh.. yeah. sorry!
beliau: sebab cincin tu eh?
aku: yep!
beliau: ok2, it's ok. bye! see u around.
aku: allright, bye!

lalu beliau pergi. dan tinggalkan aku kat situ dengan satu perasaan aneh. my ring can talk! yes it really speaks up for me that day. baru aku sedar betapa berharganya cincin itu. aku tak tau macam mana nak describe tapi secara tiba2 adalah tergedik rasa sayang gila2 kepada si pemberi cincin. aku rasa aku adalah tersengih sendiri masa tu. dan sayang juga bertambah kepada cik cincin. now i'm thinking of giving a name to her. hehe.

tiba2, encik tunang call. terus terbuat suara gedik cakap, sayangggg i love you.. maka encik tunang pun dah pelik kenapa perempuan ni tadi penat sangat time call tiba2 jadi horny. eh jadi gedik je tak horny ok. hihi.

lagi 5 bulan lebih aku dan dia akan kahwin. kadang2 aku rasa tak sabar sangat. hehehe. gatal. tapi kadang2 aku adalah takuttt sangat2. gaduh tu tak payah cerita. dari yang light to the worst semua dah rasa. tapi sayang tetap sayanggggg sangat2. macam kadang2 macam angau. gedik.

apa2 pun, doakanla semua ok. berjalan lancar. bahagia selamanya. okay? i need your prayers too tau!

okaylah, cukuplah kot bergedik. sorryla lately gedik aku makin menjadi. kalau geli tak payahla baca okay. hehe. okaylah aku nak reheat ayam sapit aku. ummy abah takde kat umah. esok nak jog. wuwuwu.

have a nice weekend!

8 comments:

Ms. Omey said...

derq!

aku pon ader similar experience pasal cincin jugak!

tp bezanya aku x pakai ape2 cincin la, cuma ada satu kali ni masa ada sorang mamat-nak-usha-tapi-aku-xlayan, dia ckp dia notice aku xde pakai cincin kat jari pon, so belom berpunye la..

hemm..tu la aku ckp kat bf aku, org laki ni kalu dia nk ngusha awek yg dia xpenah kenal, dia mesti nengok jari pompuan tu ader pakai cincin ke tak! kan..kan..(motif sebenar nk suruh belikan cincin..heheh)

ederq said...

kak mas: hehe. thank u!!

omey: aku sebelum tunang ada pakai couple ring punn orang mintak fon num gak. maybe xpenah notice cincin tu kerana cincin kecil kot. maka pengajaran, sila minta cincin besar terus tau. haha!
tapi aku cite menda ni kat bf aku beliau cakap lelaki tu bagus ah. sebab respect org yg dah berpunya.

yaNa said...

wah..kuat jgk penangan cincin tunang nie ek..cam jelmaan bf kita bila ada org coba usha..huhuhu..

tp aku x pakai cincin tunang aku..aku takot hilang cz slalu sgt jatuh..agak longgar kt jari aku..

bkn petanda x de jodoh ye,tue mksdnye..en faizul! x reti2 beli cincin yg baru..hahaha..

ederq said...

ina: aku pun jarang pakai sebenarnya. sebab takut hilang shine. haha. maka selalu pakai couple ring sahaja. kebetulan pulak that day terpakai.
weh kalau longgar sila pergi alter. boleh je. hihi. kau nk cincin baru tggu kawen eh. cpt kawen cpt. haha

ederq said...

okayyy encik tunang kan nak credit pulakk. okay gambar diambil oleh beliau. kerana tengah boring. dahla tak reti amek supaya nampak jari tiruss.

The Budak Baik said...

ok apa en tunang amik.... bernakat jugak tu... apa lagi... dslr lah.... aku suggest canon 500d... baru rm3K++ huhuuhu

ederq said...

bernakat? berbakat u mean? hahahaha
u wish. baik die bli lagi satu cincin triple excellent utk aku okayyy. xde kose nk bli kamera. hahah

ayeen said...

derq kena ngorat...
phewwwiiitttt....